Monday, December 30, 2019

Tomato

Tomato 

Dari zaman kecil dulu, mak sua sebiji tomato setiap hari makan mentah2. Dari rasa tak sedap sampai lah boleh makan macam makan epal. Mak kata kalau nak kulit cantik kena selalu makan tomato. Serius ini benar...

Tomato memang banyak khasiat, kaya dengan vitamin A dan C serta asid folik, mengandungi nutrien dan antioksida yang baik dan bermanfaat.

Ia boleh membantu kawal gula dalam darah, memperbaiki vasodilatasi (tambah diameter pembuluh darah) dan melindungi daripada retinopati dalam kalangan pesakit diabetes.

Pemakanan berterusan mampu membantu dalam pemuliharaan isu otak serta saraf, pergerakan otot, pembelajaran dan memori. Ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit bahaya seperti kanser prostat, sembelit, penyakit kulit, tekanan darah, kanser usus, penyakit jantung, kemurungan dan diabetes.

Bagi wanita hamil, pengambilan asid folik yang mencukupi yang ada pada tomato bisa mengelakkan kecacatan bayi.

JOM kita makan tomato sebiji setiap hari. Demi kesihatan diri dan kesejahteraan keluarga.

Kredit BERITA HARIAN

Off All Your Electronic Devise

Bila pengumuman minta off semua peralatan elektronik sebelum berlepas, berapa peratuskah penumpang yang akan akur kepada arahan tersebut? Terutama pengguna telefon bimbit.

Boleh dikatakan ramai yang akan berhenti menggunakan peralatan elektronik sejurus mendengar pengumuman namun tidak ramai yang benar2 ikut arahan untuk off. 

Ada juga jenis ketegak yang kekal terus menggunakannya sehingga perlu ditegur secara personal oleh pramugari bertugas. Dan kalau jenis ini, lepas kena tegur stop sekejap nanti sambung balik lepas pramugari pramugari itu berlalu pergi.

Aku pula jenis ikut arahan. Rasa jelas arahan kalau tidak matikan alatan nanti boleh mengganggu sistem penerbangan. Jelas kan? Bahaya... Itu yang tak faham bila ada yang rasa benda ini tidak serius. So setiap kali nak take off confirm aku Off semuanya. On flight mode, spare kalau kalau flight lama sangat at least boleh main game bila bosan. 

Tetapi kan aku ada satu habit tak berapa bagus iaitu taknak dengar arahan bila jelas kapal terbang tu dh berada di landasan. Konon2 situasi selamat, kapal atas darat an, payah nak terhempas. Jadi aku akan ON segera sejurus landing. 

Teruk tak? 


Perempuan Belaka

Sudah 3 minggu kelas berlangsung bagi sesi Disember 2019. Seperti kebiasaan, aku diberi kelas yang majoritinya adalah pelajar perempuan. Almaklum program berkaitan Setiausaha, memang rare kalau ada lelaki ramai.

Kali ini, lebih menarik dan mewujudkan kejanggalan dalam aku cuba melantik ketua kelas. Selalu memang aku pilih jantan untuk jadi ketua namun sesi ini langsung tiada lelaki dalam kelas ku ini. Semua 32 pelajar wanita bidang setiausaha. Masak lemak.... 

Dalam lecture aku selalu guna kejadian sebenar dalam menyampaikan maksud sesuatu tajuk. Aku suka gunakan perbandingan antara lelaki dan perempuan bagi menarik perhatian mereka. Memang meriah bila mereka mula berhujah menegakkan kenyataan. Yang perempuan ada yang keras bersuara dan tidak mahu kalah. Yang lelaki walaupun bilangan mereka sedikit selalu juga betah berbicara lagi2 bila ada sokongan padu pensyarah seperti aku. Dah aku lelaki, mesti bantu maa..

Tetapi kali ini, aku selalu kalah bila berbalah. Nak ku lawan 32 kepala yang penuh idea dan alasan. Aku langsung tiada penyokong sejenis ku. Jadi terpaksa lah guna fakta lebih dari auta kalau nak beri contoh dan perbandingan. 

Sudah azali perempuan banyak cakap. Ada yang bising2 kosong. Duk borak pasal macam2 perkara. Kalau bising sangat memang aku suruh mereka share apa benda yang seronok sangat kepada rakan2 lain. Paling mereka takut kalau aku suruh pindah duduk depan aku. 

Seronok kalau provoke mereka tentang isu2 semasa. Ada sahaja yang mereka tidak bersetuju. Bukan apa, mereka perlu belajar berani berkomunikasi dengan cara yang paling baik. Salah satunya, medium forum dalam kelas. Nak buang rasa malu bagi segelintir pelajar perempuan agak sukar lagi2 yang jenis senyap sunyi.

Aku cuba buat cara lain, aku letak satu isu dalam apps EDMODO dan minta mereka untuk memberikan komen atas isu yang aku bangkitkan. Aku wajibkan setiap seorang untuk menyatakan sesuatu. Mana yang beri pandangan bernas aku puji sebaiknya.

Budak2 setiausaha ini selalunya vogue dia lain macam berbeza dengan budak jurusan lain. Mereka memang diajar untuk jaga imej dan penampilan. Jadi setiap kali masuk kelas memang sedap lah mata memandang. Tiada lah yang kusut masai. Ini lah yang jadikan mereka ini sebutan dan tumpuan. Tetapi percaya atau tidak dari kesemua 32 pelajar perempuan ku ini tidak punya kekasih. Ke diorang kencing aku ni?

Thursday, December 26, 2019

Bus MINI

Ini public transport Lejen. Siapa yang lambat gi kerja atau kelas better pilih kontot ini dari bas panjang. Laju, terer selit, pantas dan mencabar.

Syarat wajib, mesti kuat bergayut.

Dulu2 dating jarang pilih bus ni, sebab cepat sampai ke destinasi. Laju nokharom. Tapi kalau dengan geng jantan ini memang pilihan terbaik sebab confirm pasang lagu Rock kapak. 

Bagi BBNU boleh jumpa benda ini di muzium. Kalau dulu warnanya berbeza ikut kawasan liputan. Geng2 keramat dulu sure pernah naik bus mini warna kuning. Betul tak?

Wednesday, December 25, 2019

Hobi 2

Hobi Part 2

Anda ada dua atau lebih hobi dalam kehidupan anda?

Itu BIASA. Pasti ia juga hasil pengaruh rakan tak berapa sebaya.

Dulu aku kumpul kereta mainan HW. Mula terjebak sebab aku selalu nampak staf opis susun kereta mainan dia atas meja kerja dia. Elok cantik ikut jenis, comel2 semuanya.

Bila ku tanya kenapa simpan di opis?

Kelat senyumannya, rupanya tidak mahu orang rumah bising sebab beli mainan banyak2. Hehehe okay, aku dah nampak kekangan yang berlaku dalam berhobi.

Aku masuk jerat bila sobat ni hadiah kan aku sebiji kereta HW mainan. Ini lah permulaan segalanya... Dari sebiji hadiah, sudah pandai beli sendiri. Sebiji jadi dua jadi tiga jadi berpuluh jadi beratus biji.

Dari simpan dalam kotak dah buat display rak IKEA. Susun elok2. Cantik, sekali sekala jengah rasa puas hati walaupun tak boleh follow penggila HW yang lain. Koleksi abam biasa2 je.

Satu hari, lepak lah aku bersama rakan2 HW di satu kedai mamak. Port kami lepak sambil membeli belah kereta kecil. Ada sorang sahabat tanya "Kita semua kumpul HW kan, cuma cuba tengok apa beza kau dan kami yang lain?" Jenuh aku tengok apa beza, dari atas sampai bawah tak jumpa beza. Di depan masing2 ada koleksi belian. Apa beza ya?

"Kami semua pakai jam GShock dan kau tidak"

Uikkkk apa kena mengena HW dengan GS?

Baru lah ku tahu, siapa kumpul HW mesti pakai GS baru ngam. Dan inilah punca aku ada dua hobi.

Korang camna?

Cuba lah amalkan...

Andai KITA ada waktu, cubalah amalkan bacaan 4 perkara ini.

1. Bismilah
2. Ishtifar
3. Selawat 
4. Surah Al Ikhlas

1000 setiap satu. InsyaAllah saksikan perubahan yang baik2 buat KITA. 

1 Bukit 1 Tanah Tinggi

Sempena cuti sekolah dan bila anak2 mula minta di bawa berjalan. Alasannya, nanti masuk sekolah segan tiada topik nak berbual dengan kawan2 pasal cuti sekolah. Agaknya mula sahaja sesi persekolahan persoalan yang dibualkan adalah lokasi dan pengalaman sepanjang percutian keluarga.

Tanpa sebarang perancangan, kejut anak2 pagi suruh siap2 nak berjalan. Lokasi belum ditentukan. Start enjin kereta nanti baru fikir. 

Okay jom sarapan dahulu. Isi perut siap2 baru best berjalan. Kami pilih Old Town White Coffee di Taman Permata. Ku hadap 2 bungkus nasi lemak dan satu set parata sardin plus ais lemon tea. 

Mula2 set nak pergi GPO. Masuk kereta, tayar bergolek keluar idea nak ke Bukit Fraser. Alasan, tidak pernah lagi sampai dan nak cuba pengalaman baru. Okay set terus menuju puncak. 

Bagi yang tidak pernah ke sana siap sedia isi minyak awal2 ye. Sebab di atas tu tiada stesen minyak. Pengalaman sendiri, bawa kereta siap berdebar takut minyak tak cukup. Kalau naik ikut Kuala Kubu Baru, sebelum simpang masuk ada dua stesen minyak. Kalau banyak kereta, itu standard sebab last stesen. Aku ni yang tak sabar menunggu terus panjat dengan harapan ada lagi di tengah jalan. Hampa bro. Takde dah sampai atas puncak.

Jalan kecil dan sempit, kena rajin tekan hon untuk alert kereta yang datang dari depan sebab pandangan yang terbatas dek pokok dan bukit. Mohon berhati2 ye sobat semua. Memang tak boleh laju. 

Siap2 buka cermin kereta, bagi angin masuk. Siapa tak biasa, confirm mabuk kereta. Jalan seperti ulau melingkau atas pagau. Jangan lupa bawa plastik kecemasan incase kemuntahan.

Sampai simpang GAP, start jalan sehala. Sempit muat2 satu kereta. Slow2 di sini, sangat bahaya. Lebih kurang 7 km juga mendaki. Dengar cerita orang lama, dulu jalannya satu sahaja, so memang jem. Kena clear orang naik dulu baru slot turun pula. Dulu la.. Sekarang dah ada jalan turun sehala yang lain. 

Sambung kisah petrol, selepas debaran yang sangat2, sampai sahaja ke pintu gerbang selamat Datang ke Fraser Hill, minyak tinggal satu bar sahaja. Ini kes naya. Jeling2 nampak satu four wheel drive jual minyak petrol. Yes... Nasib baik. Harga? Double bro what do you expect? Hehehe apapun janji selamat ada petrol nak turun. 

Apa ada di Fraser Hill? 

Untuk kaki shoping, ini bukan tempat anda. Untuk geng kuat makan, ini juga bukan tempat anda. 

Perkara paling wajib bila tiba di sini adalah rakam gambar kenangan anda di Menara Jam Fraser Hill. Tanda anda sudah sampai dan maybe itu lah sekali anda ke sini. 

Toilet awam di sini sangat bersih dengan bayaran 50 sen. Kalau tiada yang jaga, sila lah ringankan tangan isi duit dalam tabung yang disediakan. Sebab nanti ada notis bertulis "Tidak MALUkah anda menggunakan toilet tanpa membuat bayaran"... Hehehe

Sebabkan sudah makan awal2 sebelum naik tadi, aku tak singgah pun mana2 kedai makan. Ada beberapa pilihan kedai dan ada juga medan makan tak lupa juga pilihan penjaja tepi jalan. So pilih la sendiri ikut selera. 

Apa lagi kena buat sekiranya naik sini? 

1. Ada masjid lama, so boleh la solat tanpa masalah. 
2. Kebun strawberry, besar dan merah2 buahnya. Tidak boleh petik sendiri macam di Cameron Highland ye. Pekerja di sini peramah, tapi kan nama dia AZIZUL. Anak ku kata kembar papa. Hampeh kembar Bangladeshi. 
3. Ada tasik ALLAN'S WATER, boleh buat aktiviti air dan flying fox. Sejuk wei kalau jatuh naya. 
4. Paddock - boleh naik kuda dengan harga tertentu. RM6 naik seorang atau RM10 naik berdua. Satu pusingan sahaja. Bagi mereka yang suka memang, boleh main dengan harga RM10 untuk 10 arrow. 

Ada air terjun tetapi pakcik yang jual minyak petrol kata ia di tutup sehingga hujung bulan sebab musim hujan. So tidak la kami menjenguk apa yang ada di situ. 

Untuk yang ingin menginap, ada dua hotel yang utama iaitu Puncak Inn dan Shahzan Inn. Tetapi dengar cerita orang, seram. Entah lah... 

Selesai semua sesi lawatan di Fraser Hill dalam masa lebih kurang 3 jam. Suasana tenang, tiada kesesakan, agak sejuk. Bagi mereka yang gemarkan suasana begini boleh lah stay lama sikit. 

Anak2 tanya takde shopping mall ke? Opss kalau di Fraser Hill memang tiada. Cuma ada beberapa kedai cenderamata. 

Bagi tidak mengecewakan mereka jom kita ke GPO Genting Highland. Tidak jauh kalau dari Fraser Hill. Ambil masa lebih kurang satu jam 15 minit untuk sampai ke lokasi. 

Perjalanan turun agak mencabar , 10km jalan sehala sehingga persimpangan GAP. Kami turun ikut jalan Kuala Kubu Baru, hati2 ye lalu sini banyak monyet tepi jalan. 

Dari jalan Kuala Kubu Baru terus potong ikut jalan ULU yam/Batang Kali terus naik ke Goh Tong Jaya. Dekat je. 

GPO takyah cerita la. Semua orang tahu. Shopping mall pilihan keluarga. So seharian kami di dua puncak. Satu bukit dan satu tanah tinggi. Selesai percutian balik hari kami. Janji anak2 happy. 

HARAP anak2 ada la sedikit cerita untuk dikongsi dengan rakan2 buka sekolah nanti. 







Friday, December 20, 2019

Hobi

Semua orang ada HOBI.

Percaya atau tidak, rakan handai adalah punca anda mempunyai HOBI tertentu. Pengaruh rakan tidak sebaya ini mampu mengubah lanskap kehidupan anda. So please hati-hati.

Tengok orang kumpul siling. TIRU.
Tengok orang bela pokok. IKUT.
Tengok kawan kumpul Hot Wheels. FOLLOW.
Tengok rakan simpan GShock. TERJEBAK.
Tengok sahabat collect SETEM. EH ada lagi ke geng kumpul setem?

Sebelum turut serta dalam kejadian HOBI ini, sila cermin kemampuan diri sendiri. Jangan kerana ini, Isteri menjeling geram tidak terkata.

Pesanan ringkas ENTULIS.

Sunday, December 15, 2019

Puji vs Cela

Kita merasa tersanjung dengan pujian meskipun ia jelas palsu.

Kita enggan terhadap dengan kritikan dan celaan mesti kan ia benar.

Apakah? Cuba kalian teka siapa SAYA?

Siapakah saya?

Teman sejati yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipu mu dan teman yang tidak membuatmu bosan. Teman yang sangat toleran yang tidak akan mengusirmu, tetangga yang tidak akan menyakitimu dan dia adalah teman yang tidak akan memaksamu mengeluarkan apa yang anda miliki. Dia tidak akan memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak akan menipumu dengan kemunafiqan dan tidak akan membuat bohong. 

Dia memberikan kenikmatan yang panjang, menajamkan kemampuan intelektual, melancarkan lisan, memperindahkan lafaz, menenangkan jiwa, melapangkan dada.

Dengannya, anda dapat menghindarkan hutang dan kesusahan mencari rezeki. 

Dia sentiasa taat kepada anda siang mahupun malam. Dia akan setia baik dalam perjalanan mahupun Ketika berada di rumah. 

Dia tidak menyakitimu Ketika anda sedang tertidur. Guru yang baik jika diperlukan, tidak akan merasa malu untuk membantu dan jika anda meninggalkannya kerana kebendaan, maka dia tidak akan memutuskan faedahnya. Dia akan kekal taat. 

Walaupun orang sekitar memusuhimu, dia tidak akan berpaling. Bersamanya anda pasti lebih unggul daripada orang lain. 

Dia tidak akan menenggelamkan anda dalam kemurungan, berteman dengan keburukan meskipun dia tidak berbuat apa-apa terhadap anda. 

Dia mencegah dari perbuatan sia-sia, pandangan yang menyesatkan, bergaul dengan manusia rendah, ikut serta dalam perbincangan yang tidak berguna, perkataan yang merosak, akhlak yang buruk dan kebodohan yang tercela. 

Cuba lah teka siapa SAYA? 

Petikan - Sebaik-baik teman sejati "La Tahzan Jangan Bersedih" 


'Uzlah - Jom asing kan diri

'Uzlah merupakan hijab yang melindungi nilai kebajikan dan mutiara-mutiara keutamaan dan moral.' Uzlah yang terbaik adalah dengan banyak membaca buku. 'Uzlah juga dapat me a bah usia, memberikan kelonggaran bagi ajal, meningatkan daya konsentrasi, mengembara menuju ketaatan dan memperdalamkan renungan.

Ketika ber'uzlah akan dapat menyelami makna-makna, menangkap butiran-butiran nilai, merenungkan tujuan hidup dan membangunkan cara pandangan dan pemikiran. 

Thursday, December 12, 2019

Lemon lawan kolesterol

Bila boss kau share tips turunkan lebel kolesterol, kena tulis dan share.

Ramuan 1
6 biji lemon - perah airnya.
Halia sebesar ibu jari
Bawang putih 3 butir
Kisar ketiga-tiganya.

Rebus 6 kulit lemon yang telah diperah tadi bersama ramuan yang telah dikisar sehingga mendidih.

Minum setiap pagi dan malam. Campur sedikit madu untuk memberi rasa kepada bancuhan.

Ramuan 2
1 biji lemon - perah airnya
1 biji timun
3 batang daun saleri

Kisar ke semuanya dan tapi. Amalan minum sebelah pagi.

Selamat mencuba. InsyaAllah turun kolesterol kita ke paras selamat.

TQ bossku for sharing this ilmu.

#entulis
#mrkolesterol

Tuesday, December 3, 2019

Huruf Z

Tadi kan..
Ada lah terbaca satu statement. entah betul entah tidak lah...

Ayatnye berbunyi gini... "Lelaki yang namanya ada huruf Z, sumpah ENSEM habis"

Cuba bayangkan kalau banyak-banyak Z dalam nama...

Udang & Sotong

Info untuk Geng Koles,

Udang dan sotong memang sedap dimakan tanpa mengira apa jua bentuk dan jenis masakan.

Namun, hakikatnya memang pahit ditelan. (hakikat yang pahit, Udang sotong sedap je) Bahawa kedua binatang ini harus dijauhi oleh pemegang kad kolesterol tinggi.

Elak selagi mampu, jauhi keduanya demi kesihatan anda yang lebih baik. Semoga bermanfaat.

#EncikTulis

Tuesday, November 12, 2019

Satay Tulang Mak Dayang

Satay ini so istimewa. Lain dari yang biasa. Selalu kita makan satay ayam, daging, kambing. Kalau ada pun beza ada satay perut, hati, satay arnab dan RUSA.

Lain jenis lain harganya.

Ini namanya SATAY TULANG MAK DAYANG. Satay ayam yang sizenya agak besar dengan ada tulang2 kecil yang di bakar sekali.

Kalau ada seorang kawan ni kalau dia hadap boleh makan lebih dari 20 cucuk. Merujuk kepada pemilik kedai, sahabat saya ni lah yang sedang memegang rekod makan satay terbanyak dengan sekali hadap. (Nama Dirahsiakan).

Kalau saiz comel macam saya, 5 cucuk sudah memadai untuk kenyang jika dimakan bersama seketul nasi impit, timun dan bawang.

Apa yang istimewa satay tulang ini, isinya banyak. Kuahnya sedap dan Tuan Kedainya sangat peramah. Memang kaki borak.

Harga memang berbaloi. Secucuk RM1.60 sahaja. Pasti puas hati.

Dulu tumpang kedai makanan siam dan pernah diniagakan di Restoran Rezky. Sekarang sudah ada kedai sendiri dan beroperasi di lokasi tidak jauh dari kedai yang dahulu.

Kalau orang luar maybe kena la waze SATAY TULANG MAK DAYANG. sebab kedai dalam kampung. Landmark, nampak masjid Bagan Pinang masuk, dalam 100 meter ada simpang belok kanan. Kedai betul2 lepas masuk simpang sebelah kiri jalan.

Latest menu, selain satay tulang, kedai ini menawarkan menu Nasi Ayam Penyek (boleh tahan kawan dah rasa), roti puri cecah sambal tumis, ada nasi lemak bungkus, nasi ayam dan rojak buah. Owner kedai kata akan tambah menu dari masa ke semasa.

Kalau satay tulang dia memang saya bagi A++ la. Terbaik dan sedap. Kalau yang nak mencuba, saya share kan alamat kedai seperti di bawah:

SATAY TULANG MAK DAYANG
Jalan Pantai, Kampung Bagan Pinang 71000 Port Dickson

Sekian REVIEW KU

Wednesday, October 30, 2019

Gagah vs Gagal

Cubaan Yang GAGAL

Rasa badan cukup fit sebab konon2 main Bolasepak, main sofbol... Namun hakikat yang harus ditelan sangat pahit. GAGAL bro...

Kalau kau fit berlari bersukan belum tentu kau fit mendaki. Memang berbeza. Bolasepak ada waktu bila bola jauh dari kaki boleh lah ambik nafas sambil berjalan. Sofbol juga sama, ada ruang untuk merasa kelegaan.

Mendaki...

Setiap saat kederat dikerah, namun turun naik, jantung Bekerja keras pam darah. Memang lain. Bukan calang2 orang boleh mendaki. Respect geng2 panjat bukit gunung bagai ni. Korang memang fit.

Al kisahnya, cubaan riki laluan untuk sesi CABARAN ANGSI bagi team pengurusan PoliPD. Bersama 3 rakan dengan dua daripadanya memang geng mendaki (sahabat hutan), selepas riki kawasan perkhemahan di Ulu Bendul, kami decide naik ikut Bukit Putus.

Alasannya, lebih pendek laluan dan cepat. Okay kita cuba. Bayar permit RM5 seorang, kami di belanja dengan dua set tangga tegak dan dua kali laluan tegak yang licin (musim hujan).

Masuk 20 minit mendaki, penyesalan mula terasa. Kalau tahu seksa camni, baik la duduk opis diam2. Nafas pendek2, kaki mula tangkap lain macam. Duduk la atas tunggul kayu menunduk diam. Teguk air mineral sejuk sambil merenung nasib, apa la nak jadi lagi 1jam 40 minit lagi. (Geng daki kata 2 jam beh sampai puncak).

Tanya semangat, masih nak terus. Tanya badan dia suruh menyesal sungguh2 dah. Jadi kita tanya kawan2... "Boss, kita turun je lah, kang ada yang kena panggil JPAM datang ambil"

Ok setuju. Jom turun.

Last2, Angsi kemana, nasi arab kita bedal. Hakikatnya, orang sukan belum tentu boleh mendaki. Memang feel dia lain, penatnya lain macam. InsyaAllah, one day aku sampai puncak tu.

Tunggu.

Tuesday, October 22, 2019

Rotan

Terbaca posting sahabat dari KK Batu Pahat tentang Rotan. Mereka sedang bertanding dalam pertandingan bakat seni dan semoga mereka berjaya.

Siapa pernah kena Rotan?

Sebut pasal rotan mesti ramai yang serupa dengan saya, ada pengalaman di makan rotan. Dek sebab perangai nakal, memang tak sah kalau tidak merasa rotan ni samada di punggung mahupun di tapak tangan. Kalau zaman sekolah, cikgu yang bawa rotan confirm garang gila. And for sure mesti dia lah guru disiplin sekolah.

Budak dulu, kena rotan adalah kenangan. Sebab takkan lupa sampai bila-bila. Kalau buka cerita semula memang ada gelak tawa sebab di rotan itu bukan satu kesedihan tetapi sesuatu yang indah untuk diingati.

Pelik ke?

Siapa yang tak pernah merasa rotan mungkin takkan faham apa itu indah dirotan. Benda yang mudah diingati sampai bila-bila adalah benda yang kalau kau alami ia sesuatu yang luar biasa. Dapat hadiah biasa, awek suka biasa, cikgu puji biasa, menang sukan biasa, periksa pandai pun biasa tetapi kalau kena rotan itu luar biasa.

Kalau dulu, bila kena sebat kekadang tak pakai rotan pun, ada yang merasa penyangkut baju, paip getah, batang kayu, pembaris panjang, glove sofbol pun kawan aku pernah rasa. Sakit? Sakit sekejap. Takut? Menyesal? Ia mendewasakan.

Cikgu dulu sebat bukan tanpa sebab. Dah dulu nakal gila, hisap rokok, kacau kawan tidur, curi buah kelapa, fly beli roti canai, rembat anjing dengan kayu, main mercun bulan puasa, gaduh dengan budak vokay memang penyebab kukuh untuk kena sebat dengan rotan. So bila salah, tadah je lah punggung tu.

Dulu la, siapa kena sebat dia glamor sikit di kalangan yang lain. Boleh masuk list geng budak nakal. Dak dak gadis suka geng budak nakal. So, bila gadis tanya kena sebat ke? Ahah... Tanpa rasa bersalah, muka bangga. Teruk tak? Hehehe

Tapi itulah kenangan. Kenangan yang memberi banyak makna, pedoman dalam kehidupan, pengajaran tanpa sedar, pembelajaran di luar bilik darjah. Kenangan dirotan sukar di cari, dan tidak boleh dibeli. Ia datang bersebab dan ia tinggalkan kesan yang baik-baik dalam diri.

Sunday, October 20, 2019

Suratkhabar

Kalau aku pegang surat khabar, mesti ada kawan yang tegur aku ni spesis rare sebab masih baca surat khabar sedangkan mereka sudah bertukar online.

Kalau dulu, dua surat khabar yang menjadi antara satu dari dua yang ku pilih.

Metro vs Kosmo

Metro buat kemunculan lebih awal dengan bentuk separuh dari saiz kebiasaan surat khabar ketika itu. Kelainan dari segi saiz dan susunan berita sedikit sebanyak menjadi penyebab ia jadi pilihan berbanding Utusan, Berita Harian.

Kemudian muncul Kosmo, adik bongsu keluarga Utusan. Size sama seperti Metro, namun harga yang ditawarkan lebih murah.
Lalu bertukar lah aku ke Kosmo, lebih murah lebih padat beritanya (jumlah muka surat lebih sedikit) dan yang paling penting bagi ku ia kurang sedikit berita hiburan. Pada aku Metro kekadang banyak sangat berita artis yang meleret2. Bosan.

Surat khabar ni selalunya beli waktu pagi, dekat2 dengan waktu sarapan. Dan sekiranya ada keperluan untuk jadi kan surat khabar sebagai pelapik tempat makan (selalunya di opis) memang bahagian tengah Metro (Hiburan) selalu jadi pilihan jadi pelapik. Opss sorry.

Lepas Utusan Melayu umum naik harga Kosmo sebab perlu tampung peningkatan kos dan untuk elak di tutup, aku terus membeli Kosmo. Kita sokong terus. Harapan ku supaya orang lama macam aku boleh terus menikmati pagi hari dengan nescafe sambil belek2 surat khabar ini.

*saje bebel pagi2 sebab dah lama tak nampak Kosmo depan kedai runcit.

Friday, October 4, 2019

Budak Poli 2019

Budak Poli 2019 memang berani. Tetapi berani buat banyaknya yang tak berani tanggung. Suka cari jalan mudah. Suka selamat diri sendiri, yang penting hidup tak susah.

Kau kalau jadi pentadbir mahupun pensyarah jangan lah dok percaya mereka bulat-bulat. Alamat basah lencun kena tipu. Apapun jawapan yang mereka beri pada setiap persoalan yang kau timbulkan, adalah lebih kepada alasan dari jawapan fakta.

Nanti sia-sia malu sendiri lagi2 geng kaki viral. Sikit-sikit ambil gambar buh bedal dalam group.

Selidik dulu, budak kuat auta sekarang. Jiwa janji selamat. Mengakui kesalahan sendiri bukan satu trend bagi mereka.

"Kenapa datang lambat ke poli hari ini?"

"Kelas mula 8.30 pagi" Padahal jam 8.00 pagi pensyarah kelas dah tercongok dalam bilik kuliah.

Yang jadi mangsa amarah, pensyarah konon lambat masuk kelas. Padahal hantu tu yang datang lambat.

Tidak semua la yang buat perangai. Ramai yang baik, ramai yang pandai hormat pensyarah. Hanya sekelumit kecil namun ia boleh ubah cuaca dalam kelas.

Pensyarah kena ambil perhatian. Memang rasa geram bila pelajar tak datang kelas atau datang lewat. Bila geram, start le membebel sebelum mula kuliah. Perasan tak yang tukang dengar bebelan tu pelajar2 cemerlang yang datang awal.

Itulah namanya mangsa keadaan.

Budak 2019 semua ada gajet. Konsep belajar sekarang pun dah banyak berubah. Kalau ada pensyarah yang masih guna marker pen dan papan putih consider KUNO.

Semua atas talian. Nota, kuiz, ujian semua atas talian. Hendak taknak gajet perlu di izin guna dalam kuliah. Baru nampak canggih, baru nampak up to date. Namun ada juga yang tak buka nota tetapi buka chat cinta sama buah hati.

Kalau kantoi memang bikin panas. Nasib le aku dah tua malas nak bising-bising. Kalau dapat aku yang 15 tahun lepas memang siap berdarah telinga sepanjang semester aku kerjakan dengan kata2 yang tajam menikam.

Garang tau aku dulu....

Friday, September 6, 2019

Hadiah

Seorang wanita sedang sibuk memilih pakaian sama ada baju, tudung, blouse untuk dijadikan hadiah hari jadi buat stafnya dengan ditemani sang suami.

"U rasa warna biru atau merah?" sambil diunjukkan dua helai tudung.

"Merah" si suami menjawab.

"Ala, biru la yang cantik... Tapi kan I sebenarnya nak belikan dia benda yang dia tak pernah pakai" terang wanita ini bila melihat si suami mencebek.

"Hah senang, u belikan je spender lelaki, confirm dia tak pernah pakai"

Kih kih kih

Wednesday, August 28, 2019

Aku yang kuat LUPA - TIPS ELAK LUPA

Masalah ini aku sendiri hadapi. Dalam menjalani kehidupan seharian, ada perkara yang biasa berlangsung secara rutin dan ada perkara yang berlaku hanya sekali sekala. Ada urusannya bertemu ramai manusia dan insan berkepentingan dan masalah aku akan bermula dengan GAGAL mengingati NAMA mereka walaupun suatu waktu dahulu pernah berurusan dengan ku secara dekat.

Masalah betul.

Kekadang jadi malu bila terpaksa bertanyakan nama insan yang berdiri di hadapan kita walhal, sebelum ini pernah berbincang dan berbual malah sudah bertukar-tukar kad nama. Teruk sungguh tahap pelupa ku.

Ada orang senang hilang barang peribadi seperti kunci rumah, kunci kereta, spek mata... Bukan hilang pun sebenarnya, tetapi sangat-sangat lupa letaknya dimana. Rupanya, isu ini adalah satu masalah yang agak serius dari segi kesihatan. Bukan perkara main-main ye tuan puan sekalian. CUba bayangkan HILANG HANDPHONE selama satu jam.... murung tak?

Perkara ini bukan sahaja boleh berlaku kepada mereka yang meningkat usia tua tetapi boleh juga menyerang mereka yang dikategorikan muda belia.

Aku ada baca satu artikel tulisan DR Zubaidi Hj Ahmad berkenaan perkara ini dan beliau ada memberikan beberapa panduan berkenaan aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi mengurangkan risiko jadi pelupa. Walaupun ia bukan satu bentuk rawatan namun ia bisa membantu melindungi diri dari menjadi lebih teruk dari sekarang.

SENAMAN FIZIKAL SECARA BERTERUSAN
Jalani lah kehidupan harian yang sihat dengan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti senaman berbentuk fizikal. Bersenam bukan sahaja baik untuk jantung malah ia mampu mencegah diabetes, tekanan darah tinggi, insomnia, anxiety dan kemurungan. Dan dalam pada masa yang sama ia mampu mencegah kepada pelupa dan nyanyuk.

Lakukan lah senaman fizikal ringan secara berterusan. Bagi mereka sudah berusia atau yang mempunyai masalah kesihatan boleh cuba amalkan SENAMAN MELAYU TUA atau sekadar berjalan kaki. Ia sudah memadai.

AMALKAN MEDITERRANEAN DIET
Tambahlah dalam diet pemakanan kita, buah-buahan, sayur-sayuran, snek yang bersumberkan bijiran penuh (whole grains), kekacang (beans and nuts) dan bijiran (seeds). Mula amalkan pengambilan minyak zaiton, pilihlah ikan daripada daging merah sebagai makanan utama dan ambil yogurt dan keju sebagai diet pemakanan.

Pemakanan sihat seperti ini mampu membantu dalam mengatasi masalah pelupa. Cuma bagi kita yang berada di Malaysia mungkin sedikit janggal dengan menu diet seperti ini,

CUKUP TIDUR - TIDUR BERKUALITI
Sangat penting bagi tubuh manusia memiliki tidur yang berkualiti. Dapatkan tidur yang secukupnya sekurang-kurangnya 6 - 8 jam sehari bagi membantu otak mengingat dan menyimpan segala kejadian dan perkara yang berlangsung sepanjang hari.

LATIHAN MINDA
Cuba amalkan beberapa latihan minda yang berkesan seperti membaca, menghafal, menulis, bermain teka silang kata, sudoku dan melakukan perbincangan sihat bersama rakan-rakan dalam usaha kita untuk kekal dan kuatkan minda dan ingatan terutama bagi mereka yang berusia seperti saya. 

BERSOSIAL
Ada kajian menunjukkan mereka yang mengalami tekanan, kemurungan dan mudah lupa adalah mereka yang selalu keseorangan. Jangan bersendirian lagi-lagi bila sedang menghadapi masalah yang melibatkan emosi. Carilah keluarga dan sahabat handai yang rajin melayan dan memahami masalah yang kita hadapi. Berkongsi lah dengan mereka, banyakkan gelak tawa dalam bersosial. InsyaALLAH ia boleh mengelakkan kita daripada mengalami masalah mental

Meh dengar sini wahai mereka yang pada hari ini sudah melebihi angka 40 tahun usianya. Masalah pelupa dan nyanyuk ini masalah yang sangat serius. Ramai antara kita yang hampir sebaya ini, menghadapi masalah ini tanpa kita sendiri sedari. Bahaya kan. Jom periksa dan mulakan amalkan hidup cergas dan cerdas.

Kredit: Dr Zubaidi Hj. Ahmad

Sunday, August 25, 2019

Penat

Bila kau terasa sangat penat, berehat lah... Tak perlu susahkan diri kau lagi. Buat apa yang kau mampu. Jangan fikir sangat pasal orang lain...

Tak perlu jaga hati orang keliling bila kau laksana kau bakal penat yang amat sangat.

Takde untung gitu...

Wednesday, August 7, 2019

Tips Kesihatan

Panduan RINGKAS Fungsi NUTRIEN

GINSENG - meningkatkan kekuatan fizikal, kurangkan keletihan, membantu anemia, kuatkan fungsi otak, tingkatkan tahap fokus, tingkatkan sistem imun, peredaran darah dan mengurangkan tahap lemak darah dan glukosa darah.

DEBUNGA LEBAH - tingkatkan sistem imun, mencegah selsema, cegah anemia, stabilkan sistem saraf, tingkatkan kualiti tidur, cegah sembelit, cegah keilitis angular, beriberi; anti-penuaan.

ALOE VERA - mencegah sembelit, urus masalah kulit kasar dan jerawat serta melindungi perut.

KUNYIT - kurangkan sakit sendi, tingkatkan peredaran darah dan masalah sejuk kaki dan tangan, cegah degenerasi fungsi otak, lindungi mukosa gastrik, ejen antioksidan dan anti-kedut, melindungi hati.

BERI BIRU - mencegah rabun jauh, rabun malam dan katarak.

TEH HIJAU - antioksidan, anti-penuaan, cegah nafas berbau, cegak plak dan masalah gusi, membantu kekalkan kesihatan usus.

BIJI ANGGUR - antioksidan, cegah penyakit kardiovaskular dan penuaan, tingkatkan ketajaman penglihatan.

MULTIVITAMIN - asas pemakanan makanan tambahan.

VITAMIN B KOMPLEKS - asas pemakanan makanan tambahan.

ASID FOLIK - asas pemakanan makanan tambahan, kekalkan perkembangan tiub neural janin dan mencegah anemia.

VITAMIN C - asas pemakanan makanan tambahan, antioksidan, membantu dalam penghasilan kolagen.

VITAMIN D - asas pemakanan makanan tambahan, bantu penyerapan kalsium dan mencegah osteoporosis.

VITAMIN E - asas pemakanan makanan tambahan. antioksidan, mengawal atur ketidakseimbangan hormon.

ZAT BESI - asas pemakanan makanan tambahan, mencegah anemia.

ZINK - asas pemakanan makanan tambahan, membekal nutrien untuk perkembangan janin, kuatkan sistem imun badan, percepatkan penyembuhan luka.

KROMIUM - asas pemakanan makanan tambahan, mengawal tahap glukosa darah.

KALSIUM - asas pemakanan makanan tambahan, mencegah osteoporosis.

SELENIUM - asas pemakanan makanan tambahan, antioksidan, mencegah aterosklerisis, strok.

KRANBERI - antioksidan, cegah jangkitan saluran kencing.

SCHISANDRA - melindungi hati, tingkatkan fungsi hati.

MINYAK BIJI LABU - kekalkan fungsi prostat, mengawal tahap kolestrol.

MINYAK IKAN - asas pemakanan makanan tambahan, meningkatkan pembelajaran dan ingatan dan mencegah Alzheimer.

BILBERI - antioksidan, nutrisi untuk mata dan cegah rabun malam.

MARIGOLD - antioksidan, melindungi mata dan mencegah degenerasi makular.

BUAH KISMIS HITAM - melegakan mata letih, anti-penuaan.

LAKTOBASILUS - melegakan kembung perut, cirit birit, mengekalkan kesihatan usus, tingkatkan sistem imun, membantu menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

OLIGOSAKARIDA - menggalakkan pergerakan usus, bantu masalah sembelit, melindungi hati, menurunkan kolesterol dan tekanan darah.

KLORELLA - mengekalkan kesihatan usus, tingkatkan fungsi imun, menyahtoksik, mengawal pH badan.

SERAT - menggalakkan pergerakan usus, tingkatkan jumlah bakteria baik dalam usus, turunkan kolesterol, stabilkan tahap glukosa darah dan membantu dalam pengurusan berat badan.

ISOFLAVON SOYA - bantu melegakan simptom putus haid, cegah osteoporosis, mengekalkan keanjalan kulit.

JELI RAJA - legakan ketidakselesaan simptom putus haid dan simptom pra-haid, anti-kedut, mengurangkan keletihan, tingkat sistem imun.

GLUKOSAMIN - melindungi sendi, melambatkan masalah sakit sendi.

KONDROUTIN - melambatkan degenerai sendi, lambatkan masalah sakit sendi.

LIKOPENA - antioksidan, cegah penyakit kardiovaskular dan sinaran UV, kurangkan kolesterol, cegah pembesaran prostat, melegakan masalah saluran kencing.

KO-ENZIM Q10 - antioksidan, mengekalkan kesihatan kardiovaskular, tekanan darah tinggi, cehan penuaan kulit dan melambatkan penyakit parkison.

RESVERATROL - antioksidan, menurunkan lemak darah, melindungi kardiovaskular, anti-penuaan, kurangkan penghasilan melanin.

ASTAXANTIN - melindungi dari kerosakan ultra-ungu, lembabkan kulit, antioksidan, khas melindungi mata, cegah katarak, melegakan ulser perut, keradangan perut, mencegah penyakit kardiovaskular.

ACEROLA - sumber vitamin C, antioksidan, anti-penuaan.

POLYGONUM (HE SHOU WU) - mengekalkan rambut hitam, kurangkan keguguran rambut dan melegakan sembelit.

KACANG HITAM - kurangkan tahap trigliserida, cegah penyerapan kolesterol, cegah penyakit kardiovaskular, antioksidan, melindungi jantung, kesihatan kulit, menggalakan pergerakan usus, melegakan sembelit, melindungi sel otak, mencegah penyakit Alzheimer dan mengekalkan rambut hitam.

BAWANG PUTIH - tingkatkan sistem imun, mengurangkan tahap kolesterol, mencegah penyakit kardiovaskular.

PROPOLIS LEBAH - kuatkan sistem imun, kurangkan masalah selsema, legakan sakit tekak dan hidung berhingus, anti-penuaan, anti-kedut, mengekalkan fungsi hati, kurangkan jangkitan saluran kencing, cegah masalah karies gigi.

ECHINACEA - legakan simptom selsema, mempercepatkan penyembuhan selsema, cegah jangkitan bakteria, tingkatkan sistem imun.

GANODERMA - tingkatkan sistem imun, kekalkan kardiovaskular, anti- penuaan, melegakan sebahagian besar simptom penyakit.

LAKTOFERIN - kurangkan jangkitan virus usus, tindak balas alergi, kekalkan kesihatan usus.

EKSTRAK KACANG PUTIH - membantu dalam pengurusan berat badan.

KAPSAISIN - membantu dalam pengurusan berat badan, meningkatkan sistem peredaran darah.

EKSTRAK BIJI KOPI HIJAU - cegah pengumpulan lemak, mengawal metabolisme glukosa.

GARCINIA CAMBOGIA - membantu dalam pengurusan berat badan dan mengekang selera makan.

SEMOGA BERMANFAAT....

Thursday, July 11, 2019

Trip Krabi Gang Kanina 2019

AMARAN - PANJANG KARANGAN KALI INI.

Selesai Trip Réunion Gang PMM 2003 ke Krabi, Thailand. Setelah 16 tahun baru sekali dapat pergi bercuti sama.

Empat orang semuanya; Kimi, Pak Ed, Chah and Me. Tiga masih di PMM dan seorang sedang bertugas di PPD. Walaupun berjarak, kami tetap gang baik dari dulu hingga sekarang.

Seronok?

Mesti lah seronok, sebab jalan2 dengan kawan2. Exploring macam2 yang di luar rutin harian.

Moh ku kongsikan sedikit coretan perjalanan buat rakan2, mana tahu ada yang berminat nak ke lokasi yang sama.

Day 1...
Flight jam 1.00 petang dari KLIA2 ke LT Krabi. Flight mengambil masa 1jam20 minit. Kami beli pada harga RM300 seorang. Kami mendarat tepat jam 1.20 pm local time. Kami tak ambil luggage ye, semua gang backpackers sahaja dengan minimum pakaian. (ada yang bawa 3 helai baju je atas sebab pengarah rakan sebaya)

Sampai je Di LT Krabi, terus buat dua perkara.
1. Cari simkad khas Untuk pelancong. Sornag satu sim kad dengan kos belanja 150 baht dengan kemudahan internet tanpa had.
2. Cari transport ke lokasi hotel. - - - > cari transport tetapi ejen offer pakej jalan2 pulau. Ada banyak jenis pakej, dari yang naik bot pancung, bot besar (Big boat) atau bot laju. So kami pilih single pakej paling mahal hehehe naik bot laju ke 7 Pulau. (sambungan cerita pasal trip boat di hari ke dua). Dengan harga seorang 1,500 baht kami dapat pakej Phi Phi Island dan transport percuma pergi balik dari Airport Krabi ke Au Nang Beach.

Aku yang penakut naik boat dah di paksa bayar harga pakej juga oleh encik kpro garang. Emmm waktu ni duk memikir le apa la nak jadi esok atas boat. Jangan menyusahkan orang sudah lah esok.

Perjalanan dari LT Krabi menaiki kereta dan ambil masa lebih kurang 40 minit ke Hotel Grand Inn, Ao Nang. Pemilik hotel

Hotel murah, bilik okay dengan satu katil size queen dan satu katil double decker sesuai untuk kami berempat yang tak berapa kaya ni. Yang paling penting lokasi ya memang terbaik. Boleh dikatakan ditengah2 Ao Nang. Hendak ke pantai dekat hendak ke masjid juga berhampiran. Cuma kalau hendak ke Ao Nang Night Market agak jauh (20 minit jalan kaki).

Lepas letak beg pakaian dan solat. Kami keluar berjalan2 di kawasan sekitar penginapan sahaja. Deretan kedai yang menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan.

Dan percaya atau tidak?

Ada 3 jenis kedai yang paling banyak bilangannya di sepanjang jalan Ao Nang ini.
1. Seven Eleven
2. Family Mart
3. Farmasi

Memang banyak beb. Dalam satu pandangan normal manusia boleh nampak 2 atau lebih kedai jenis ini. Tiada dominasi dalam perniagaan.

Satu lagi yang banyak dan memang bersepah2... ATM Machine. Berlambak di sepanjang jalan. Ada yang attach dengan kedai, ada yang betul2 bank, ada yang bawah pokok, sebelah bus stop, depan bar dan memang banyak celah-celah kedai. Rasional nak tunjuk kurang atau zero kes2 pecah ATM di sini. Agaknya la.

Ops lupa satu lagi.. Banyak gak. Kedai Tapak Kaki. Memang melambak. Berjuntai mereka diluar premis mencari pelanggan. Ada yang siap tarik. So kuatkan lah iman ye. Ada satu hari tu, aku pakai kain pelekat jalan keluar dari masjid dan nak try adakah orang pakai kain pelekat akan di tarik atau di biar jalan dengan tenang... Rasa2 korang apa terjadi? Selamat kah aku?

Hehehehe

Makan2 disini senang. Takyah beria bawa bekal roti atau maggi dari Malaysia. Banyak kedai Muslim. Dan ada juga kedai makan ornag Malaysia di sini. Terutama jalan berdekatan masjid memang banyak kedai makanan Muslim. Ada kedai Firdaus, Fatimah... Macam2 la.

Jenis masakan. Tomyam la best kat sini. Jangan lupa mencuba Thai Pancake. Memang menu wajib kami hari-hari di sini. Kalau kat Malaysia masak dia macam roti canai pisang dan disapu dengan coklat Nutella. Sedap sangat. Pancake ni ada juga variasi rasa yang lain.

Day 2...
Subuh sini awal tau. Almaklum sejam awal waktu Malaysia. So pukul 4 lebih dah subuh. Sarapan kami pilih ke kedai dan tidak ambil pakej sarapan di hotel. Dan kebanyakan kedai makan mula beroperasi jam 7.00 pagi.

Menu biasa; ada nasi lemak, nasi goreng belacan , nasi kerabu, nasi goreng biasa, pok tau dna macam2. The best thing lepak Siam ni adalah Thai Tea. Memang lain dari lain. So selalu lah order Teh Tarik, Teh Susu Panas atau Teh Ais.

Hari ini, lepas sarapan masing2 telan pil mabuk laut. Hehehe kejap lagi nak naik speed boat ke Phi Phi Island.

Jam 8.30 pagi Mexican van kutip kami di hotel. Dan sepanjang perjalanan ke lokasi muara sungai, van ini akan berhenti ambil pelancong lain di hotel berbeza. Dan dalam kepala aku ini mesti semua gang nak pergi trip yang sama.

Sampai je terus daftar diri dan semua pelancong diberikan kumpulan berdasarkan benang berwarna yang diikat di tangan. Kami berempat dapat warna PINK. Best kan. So kami  PINK Team. Disini kami diminta membayar 400 baht seorang. Bayaran macam Cukai pelancong yang di kenakan di Melaka.

Selepas sedikit penerangan aspek keselamatan dan perjalanan ke 7 Pulau yang akan dilawati, kami mengikut Mr Sabri aka Subway selaku pemandu pelancong kumpulan Pink. Jam 9.30 pagi perjalanan speed boat bermula. Laju bak hang. Cuak gak la bagi orang pertama kali macam aku.

Hentian pertama, Pulau Bamboo. Lawa sangat2, cantik bersih pantainya. Putih pasir dan air laut yang jernih. Satu jam di peruntukan di sini. Apa lagi kami terjun laut le. Jangan lupa ambil gambar di sini. Lawa sangat2.

Pit stop kedua; Viking Cave. Hentian ini, boat gerak slow bagi peluang kepada pelancong untuk ambil gambar sahaja dari atas boat.

Lepas itu ke Lohsamah Bay dan berenang di Pileh Bay. Memang lawa tempatnya.

Lokasi seterusnya adalah Maya Bay yang sangat terkenal kerana menjadi lokasi filem The Beach lakonan Leonardo Di Caprio. Namun kami berasa sedikit kecewa kerana kerajaan Thailand telah menutup kawasan dari kunjungan pelancong. Jadi kami hanya dapat melihat dari jarak jauh sahaja. Dapat ambil gambar dari boat yang sedang bergerak.

Boat terus bergerak ke Monkey Bay. Ada le dua ekor monyet sedang makan di atas batu. Awal2 masa taklimat kami dimaklumkan bahawa jangan berada dekat dengan kawanan monyet kerana mereka sangat garang dan ganas. Namun, bila tengok hanya ada dua ekor sahaja dan sangat2 comel... Kat mana yang ganasnya?

Tengok jam sudah melepasi tengahari. Perut sudah mula berlagu. Lapar bro...

Kami dibawa ke Phi Phi Island. Pulau yang kelihatan lebih besar dari pulau terdahulu. Dan ada struktur bangunan seperti kedai, surau, rumah dan restoran. Di sini, kami di bawa ke sebuah restoran muslim untuk makan tengahari. Bufet simple dengan nasi putih bersama 2 lauk serta spegati dan buah tembikai. Sedap maybe sebab lapar. Sempat kami menikmati aiskrim kelapa home made yang sangat sedap.

Tempoh bertenang di Phi Phi Island adalah selama satu jam 30 minit. Cukup untuk makan dan berehat sebentar.

Sebelum tamat trip ini, kami di bawa ke kawasan sekitar Phi Phi Island untuk aktiviti snorkelling. Peralatan disediakan dan 30 minit diperuntukan untuk menikmati keindahan coral dan ikan2. Bagi aku yang pertama kali menjalani aktiviti ini, aku rasa ia sangat menarik walaupun alami sedikit kesukaran menggunakan alatan. Namun bagi mereka yang pernah ke lokasi snorkelling yang lain, mereka komen lokasi ini besha besha sahaja, masih belum boleh menandingi tioman atau pun perhentian. Entah lah... Acik first time kan.

Kami pulang dan sampai ke Aonang Beach dalam jam 4.45 petang.

Mabuk?

Alhamdulillah, aku tak mabuk laut. Pening sikit je bila tiba darat. Cepat-cepat telan panadol dan lelapkan mata sebentar.

Bangun lapar. Terus book van ke Krabi Night Market. Kos 150 baht seorang untuk perjalanan pergi balik. Apa yang best di Night Market? Macam2 ada bro. Ada makanan, ada pakaian, ada cenderamata, ada perse bahan dan macam2 lagi. Siapa peminat sea food memang best la. Semua jenis makanan laut ada di jual pada harga yang sangat berpatutan. And off course kami tak lupa beli Thai Pancake, buah nenas kecil (baby), teh ais, air kelapa, ayam goreng (kalah KFC) dan buah mangga potong.

Jam 9.00 malam kami pulang ke hotel. Masa untuk urut kaki pula. Best Lagi2 bila sudah penat berjalan sepanjang hari. Kos urut kaki hanya 250 baht untuk satu jam.

Ooo jangan lupa kalau sepanjang di sini jangan lupa ambil kesempatan untuk menikmati Kopi ARABUS. Ada tiga perisa iaitu latte, mocha dan capuchino. Semua sedap. Aku try semua. Harga 35 baht je. Kopi dia berasa, kenapa lah tidak ada dijual di Malaysia.

Day 3...
Bangun pagi lepas sarapan, kami siap2 untuk ke Kolam air panas dan Emerald Pool. Kos kali ini adalah 600 baht seorang. Perjalanan agak jauh lebih kurang 80km dari Aonang ke lokasi. Tempoh masa diambil satu hala perjalanan adalah 45 minit.

Tempat air panas agak menarik. Air terjun semula jadi yang aliran airnya panas. Panas original ye. Ada juga kolam buatan yang dibina untuk kegunaan pengunjung. Namun tarikan utama pastilah air panas area air terjun.

Duduk sini dalam satu jam sahaja. Boleh la. Beza lah dari lokasi air panas di Malaysia. Sangat berbeza.

15 minit perjalanan ke Emerald Pool menaiki van. Kami dimaklumkan oleh Sharon (pemandu pelancong) bahawa Blue Pool sedang di tutup untuk tempoh 4 bulan. Kenapa tutup? Ada kaitan dengan penghijrahan burung di kawasan berhampiran. Tak faham aku apa kena mengena burung dengan penutupan Blue Pool.

Memang lawa Emerald pool. Air biru jernih nampak dasar kolam. Untuk ke kawasan kolam ini, kita perlu  berjalan kaki sejauh 800 meter. Jenuh gak la. Orang fit macam kami tiada masalah, kecuali gangguan anjing yang mengiringi en Mohd Rakime Shaffai sepanjang perjalanan tatkala leka bermain HP.

Kami mandi kejap sebab peruntukan masa yang diberikan hanyalah 90 minit sahaja. So mandi 3o minit, Jalan kaki cepat-cepat sebab masa masuk tadi ada nampak Restoran tomyam Muslim. Perut sudah mula berkaraoke.

Makan di sini memang sedap harga je sedikit mahal. Makan 4 orang kos lebih kurang RM100 plus. Apapun layanan A++.

Habis sudah trip hari ini. Petang ini acara bebas untuk semua. Kami jalan kaki menuju Krabi Night Market, lebih kurang 30 minit juga. Berpeluh la juga. Timing kami memang cun sampai je di kawasan dituju sunset sedang berlangsung. Dapat lah dalam 10 minit sehingga matahari turun habis. Lepas habis sunset baru perasan di tengah pantai ada satu bot/tongkang lama terbiar dan sangat cantik untuk di frame kan bersama sunset. Tetapi itulah, kalau ada LAIN KALI nanti jangan dilupa moment ini untuk dirakamkan.

Makan malam hari ini yang juga malam terakhir trip Krabi ini kami pilih Krabi Night Market. Aku beli Poktai dan ikan rubi Bakar, chah dan pak ed order nasi goreng nenas, kimi makan mee rebus dan kami up satu Thai Pancake. Makanan laut di sini memang murah dan sedap. Banyak pilihan di sini cuma hati-hati memilih penjual. Tips kami mudah, ada kedai yg letak logo HALAL, sekiranya tiada kami lihat penampilan si penjual. Pakai tudung, kami ON je. Tawakal...

Balik ke hotel MEMANG TAK La nak suruh jalan kaki lagi. Dapat la merasa naik tuk tuk. Satu tuk tuk naik 4 orang terus. Muat walaupun sedikit berhimpit. Harga kos seorang 100 baht. At least sekali korang kena cuba naik benda ni. Lain macam feel dia.

Sampai je hotel nk dekat isyak. Cepat2 tukar pakaian dan terus ke LOKASI to do list yang terakhir. Memang dari awal dah pasang niat nak solat di Masjid Al Munawarah. Naik tuktuk sekali lagi kali ini kosnya hanya 100 baht untuk 4 orang.

Lawa Masjid Al-Munawarrah ini, lampu tiang dia akan bertukar warna setiap 7-10 saat. Kalau kena gaya memang lawa gambar kita. Lagi2 kalau guna Huawei Mate20Pro. Pehhhh..

Masjid ini dua tingkat. Dewan solat di tingkat atas. Kecuali bulan Ramadhan dewan bawah akan dibuka bagi menampung kehadiran jemaah. Jangan tak percaya ramai orang Malaysia di sini yang mencari rezeki. Sempat berbual dengan orang Kandang Melaka, kahwin orang satun. Rezeki dia di sini katanya.

Day 4...
Last day di sini. Bangun awal. Lepas subuh kemas-kemas barang dan terus ke kedai Firdaus untuk sarapan pagi. Wajib minum Teh Susu. Sedap sangat. Tak sama dengan teh di Malaysia. Sure rindu rasa nya.

Sharp jam 8.15 am, van tiba untuk bawa kami ke LT Krabi. Sebelum berangkat pulang, sempat kami bergambar dengan owner Grand Inn Hotel, MakDee. Senyum dia siap pesan suruh kami datang lagi.

Apapun trip ni memang best. 1st time jalan2 dengan gang kanina selepas 16 tahun kenal. Terima kasih daun keladi buat semua isteri2 sporting kami yang beri laluan untuk acara hebat ini berlangsung. Semoga lain kali boleh buat lagi.

Next lokasi belum diputuskan. Ahli berempat ini wajib mula kumpul duit. Kemana pun pilihan yang penting adalah ukhawah. Itu yang kami cari dan kami mahu ia kekal selamanya.

TERIMA KASIH SAHABAT.

OKAY.. dah abis. Suka suki tulis.

Azizul Azrin

Friday, June 14, 2019

Aku Yang Terliur...

Jalan-jalan Pustaka Rawang (bukan di Rawang Selangor), teman anakanda cari alat tulis sambil itu belek-belek buku yang tersusun di rak. Dan percaya tak, niat membeli membuak-buak kembali...

Ada sebuah buku menarik minat minta dimiliki. Baca tajuk dan belek-belek helaian, sempat juga baca sedikit isi kandungan. Sangat-sangat menarik buat aku. Ada perkara yang boleh aku share nanti bersama anak didik.

"Alibaba World"

Pegang, then letak semula pada rak. Jalan keliling kedai, datang semula ke rak yang sama. Pegang semula, belek depan belakang. Letak balik. Undur setapak, renung dari jauh. Ishh menarik buku ni... Langkah ke depan. Pegang lagi. Senyum sorang-sorang.

Akhirnya aku keluar kedai tangan kosong tetapi dengan satu janji. Hujung bulan datang semula ke kedai untuk memiliki buku itu.

Bila duk memikir banyak lagi buku belum tamat dibaca, dan dek penangan sambutan raya yang mengekang. Aku tangguhkan sementara.

Penyakit membeli menyerang kembali. Kekangan sementara berjaya dilaksanakan. Hehehe.

Sekian.

Azizul Azrin Mahmor
Tulis Suka Suka

Saturday, June 8, 2019

Viral Duit Raya 2019.

Viral pasal duit raya.. Nilai cukup mencukupi? Bukan syarat sah wajib berhari raya pun kan.

Teringat zaman kecik-kecik dahulu...

Kalau nak berjalan raya mesti cari geng dalam 5 hingga 7 orang baru ngam..

Dan trend berjalan, redah semua rumah tak kira kenal atau tidak. Kalau datang hari kekuatan berlipat ganda melanda sampai kampung dan taman sebelah pun kami jalan beraya.

Plan awal2 dengan semua geng, jangan makan banyak2. Minum air sedikit dan satu kuih je setiap rumah. Supaya tangki simpanan mampu bertahan lama dan masa yang diambil untuk setiap rumah juga dapat dikawal. Nampak tak, kecik2 dah pandai urus masa dan perancangan.

Dan tak semua rumah ada habuan duit raya. Ada rezeki baik, ada la duit kertas. Memang senyum lebar dan aim rumah itu untuk diviralkan kepada team lain supaya hadir segera. Ada kala pula dapat duit syiling. Masa kecik2 ni dapat 50sen pun dah bahagia.

Kalau yang perempuan siap bawa uncang syiling tetapi geng lelaki kami penuh kan dalam poket baju melayu. Kalau berjalan dalam rumah  beraya, kena jalan perlahan2 supaya tuan rumah tak dengar duit syiling berlaga. Nanti akan keluar statement "Hah dah banyak dah tu duit raya, takyah la pakcik bagi lagi"....

Paling best kalau pergi beraya ke tokey kedai runcit, sebab kami akan diberi pilihan samada mahu duit raya atau ambil air oren dalam peti ais di kedainya. Confirm la pilih peti ais.

Ada juga rumah yang ada pintu tol. Belum sempat masuk dah di tanya, "Ni nak beraya atau nak duit raya je" Sopan kami menjawab, kami nak beraya pakcik. Terus dijemput masuk. Kecik2 lagi kami dah pandai coverline. Nampak tak....

Kalau pergi taman rumah besar2 kena tgk tiang rumah betul2. Kalau silap tengok ada penunggu menyalak kuat. Hehehe salah rumah daaa. Rumah uncle cina.

Kalau orang sekarang tak suka pergi beraya sebab akan ditanya soalan pasal BILA KAU NAK KAHWIN, BILA NAK KAU NI NAK DAPAT ANAK, KAU NI TAK TAMBAH2 KE ANAK TU...

Kami kecik2 dulu pun sama. STRESS bila ditanya. KAU NI DAH SUNAT KE BELUM?

Penah juga buat perangai repeat rumah yang sama semata2 dapat duit kertas hehehe dengan sedikit teknik penyamaran. Raya pertama baju melayu pakai songkok, raya ketiga datang lagi pakai baju moden rambut sikit tepi nampak suci. Aku tahu pakcik makcik tu perasan tetapi dia layankan je kami.

Dah puas berjalan seharian, kami akan pilih salah satu rumah antara kami untuk jadi port kira hasil kutipan. Masing2 kena declare ke LHDN la macam tu la konon2nya. Tak boleh sorok hasil kutipan, kena maklum semua ahli. Sapa yang terbanyak kira dia la paling hensem. Tu je pun.

Isu budak sekarang buka sampul raya depan2 tuan rumah, dapat sikit siap buat muka. Kami dulu takyah buka, sebab syiling diberi tanpa sampul pun. Lebih tulus, ikhlas tanpa selindung. Sikit pun tak tarik muka, senyum dan tak lupa ucapkan terima kasih.

Mak ayah selalu pesan dulu, kalau pergi rumah orang susah, jangan minta macam2. Makan apa dihidang sahaja. Jangan demand air oren bagai. Niat beraya tu nak ziarah.

Seronok lan raya dulu2.

Sekian.

Azizul Azrin Haji Mahmor
Suka2 Tulis.

Monday, June 3, 2019

Mamai Nak Raya Cepat

Bila bangun pagi tengok jam 7.30, tiba menggelabah tanya mak sembahyang raya kat sini pukul berapa...

Memang kena gelak le jawabnya..

"Esok le raya, hari ini puasa lagi. Dah bangun, pergi beli ayam dan daging... Nanti orang ramai."

Bahana tidur lepas subuh.. Cepat benar kau nak beraya. Kih kih kih...

Ampun mak..

Cuti Raya

Tidak ramai yang bertuah dapat cuti di hari raya. Bersyukurlah bagi kita-kita yang dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga tercinta.

Sewaktu mengisi borang rekod pulang ke kampung di Balai Polis berdekatan, sempat berbual dengan seorang Anggota Polis bernama Fadli.

"Tuan bila cuti raya?" tanyaku sambil mengisi borang.

"Oh, tahun ini turn saya bertugas, memang tidak bercuti. Kami anggota keselamatan memang ambil giliran cuti raya" ujarnya sambil mengukirkan senyuman.

Kalau aku yang kena macam ni, sure monyok tanpa senyuman. Itulah pengorbanan anggota keselamatan. Terima kasih abang polis.

Ditengah perjalanan ke kampung singgah mengisi minyak di stesen Shell. Seorang pemuda umur awal 20an bertugas diruangan pam bagi memudahkan para pelanggan membuat bayaran.

Kalau geng bangla, dia set kan bayaran di pam, kita yang kena isi sendiri. Tetapi dengan adik ini, dia yang bantu isikan.

"Tak cuti ke dik" tanyaku

"Cuti bang, tetapi mula raya ketiga. Raya pertama dan kedua saya kerja bang" ulasnya jujur dengan senyuman.

Seusai mengisikan minyak, kami bersalaman dan saling mengucapkan selamat hari raya. Sempat beliau berpesan untuk saya berhati-hati memandu.

Benarlah, tidak ramai yang bertuah seperti saya. Mereka ini tidak sedikit mengeluh walaupun perlu bertugas dihari lebaran. Bagi mereka mungkin, hari raya adalah hari-hari biasa yang perlu dilalui dengan tugasan yang selalu mereka laksanakan.

Semoga Allah merahmati semua mereka yang bertugas di hari lebaran. Terima kasih atas khidmat anda sekalian.

Sekian.

Sunday, May 5, 2019

Pelupa vs Terlupa

Lelaki kuat PELUPA...

Biarpun ada yang kata, wanita jadi pelupa sebab sakit bersalin putus urat-urat. Namun hakikatnya lelaki lebih mudah jadi pelupa walaupun tidak bersalin.

Sangat sensitif buat kaum hawa bila lelaki lupa sesuatu seperti tarikh-tarikh keramat hari lahir isteri dan ulang tahun perkahwinan. Confirm muncung sedepa, merajuk sebulan.

Tetapi ketahuilah, lelaki bukanlah tak ingat tetapi mereka TERLUPA. Banyak beza antara dua terma ini. Harap kaum hawa hadam dan faham.

Setuju tak?

Plastik Hitam

Ada satu benda kalau dijinjing pada siang hari bakal mengundang rasa pelik dan sangsi sekalian yang memandang.

Plastik hitam.

Fenomena ini hanya berlaku sepanjang bulan Ramadhan sahaja. Permintaan ke atas plastik hitam ini sangat tinggi terutama dari pengguna lelaki.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah memilih warna plastik ketika membeli belah disiang hari. Ada mata-mata yang memandang penuh kesangsian kepada anda walaupun tidak pasti apakah isinya.

Thursday, April 18, 2019

Separuh atau Penuh?

Separuh yang sukar dipisahkan...

Atas kecemerlangan penjagaan kesihatan yang berlangsung selama 6 bulan yang lalu, tahap kolesterol ku turun pada kadar yang agak baik. (Rujuk kisah sebelum ini).

Berdasarkan nasihat DR, pengambilan SIMVASTATIN USP 40 mg sebelum ini dikurangkan kepada 20 mg sahaja. Consume untuk 5 bulan akan datang sehingga Ogos.

Masalah BARU bermula.

Sebenarnya tidak lah besar mana isunya tapi memang remeh temeh dan jadi kan aku malas.
Bekalan 20 mg yang perlu diambil menyebabkan aku perlu patah, potong, atau apa cara sekalipun untuk jadikan ubat itu separuh.

Hahaha

Bila suka menulis walaupun perkaranya tiada bertajuk yang menarik, ini lah jadinya. Hal nak potong ubat pun boleh jadi cerita.

Nak potong satu hal dan nak simpan baki ubat satu hal lagi. Jadi, aku buat satu tindakan yang aku sendiri tak tahu betul atau tidak caranya. Aku makan satu biji (40 mg) tetapi selang sehari. Boleh tak?

Kalau ada DR boleh lah nasihatkan sikit.

Monday, April 15, 2019

Pernah Tak Terjadi Pada Anda?

Pernah tak, bila ada DUIT lebih sedikit mesti ada hal yang pakai duit akan berlaku...

Ada duit lebih sikit, time tu la kereta ada problem. Minta diganti, ditukar dibaiki.

Ada je sikit lebih, mesin basuh berhenti membasuh.

Ada je lebih duit, tiba2 TV stop bersiaran, peti ais dah tidak lagi sejuk.

Pernah?

Syukurlah kita pada Allah, perkara2 ini berlaku masa kita masih berduit, masih ada lebihan dari kebiasaan yang mampu kita ubah keadaan dari teruk kembali jadi sebaiknya.

Bayangkan jadi waktu betul2 sengkek. Naya kan. Allah susun cantik dah tu. Usaha, doa dan tawakal. InsyaAllah.

Makanan KOREA

Bukan Review Berbayar

Pertama kali untuk aku menjejak kaki ke Kedai MyeongDong Topokki, itupun atas permintaan halus anak sulungku yang sememangnya penggemar makanan korea. Memandangkan perut semua sudah lapar, terus ku hadap menu yang terpampang. Dengan bantuan dua peminat korea sejati (Yaya dan Chaca), beberapa hidangan telah ku pilih.

Yaya memilih MyeongDong Topokki (Spicy Korean Rice Cake) RM7.90 saiz biasa dan Kimchi Bokkeumbap (Kimchi Fried Rice) RM17.90 untuk satu set, datang bersama kimchi sampingan, sup dan air green tea. Pada aku yang topokki kurang menyelerakan. Rasanya biasa-biasa sahaja. Makan pun tak habis. Tetapi nasi goreng dia memang sedap. Warna merah menyala, sedikit pedas, enak dimakan bersama kimchi. Yang ini habis licin. Siap ada niat hendak order lagi.

Chaca memesan Yangnyeom Wings and Drumetts (Spicy Korean Fried Chicken) RM15.90 untuk 6 ketul. Sumpah pedas abis. Asyik refill air sebab kepedasan yang amat sangat. Pengakhirannya, daripada 6 ketul masih berbaki 3 ketul lagi atas meja. Sedap tetapi pedas. Kalau untuk orang yang tidak tahan pedas, elok la cuba makan last-last, sebab boleh potong stim untuk makan benda lain.

Boboi pula memilih Hangul Chicken Ramyun (Fried Chicken Ramyun) RM18.90 untuk satu set bersama kimchi sampingan, sushi dan air. Menu ini, pada pandangan aku adalah yang terbaik dan paling enak atas meja kami. Paling cepat habis, licin. Kalau nak repeat, memang aku akan pilih yang ini. Bila hadap hidangan ini bersama kimchi, memang sampai lupa nak usap boboi.

Mem order Dol Sot Bibimbap (Rice Layered With Mixed Vegetables) RM19.90 satu set breast kimchi sampingan, sup dan air. Ada dua pilihan samada ayam at daging. Pada aku, menu ni besha-besha sahaja. Habis sebab lapar. Boleh la...

Nasib air boleh refill, kimchi pun boleh tambah. Adik yang jaga lobi kedai tu maklumkan boleh tambah tiga kali sahaja. Okay lah tu mencukupi kehendak. Banyak lagi menu yang belum dicuba. Orang pertama kali mencuba kan, bila jeling meja sebelah nampak menarik. Mungkin lain kali datang semula.

Sekian...

Sunday, April 14, 2019

Vs Garam Dalam Sajian

Utamakan Kesihatan

Gula berlebihan tidak bagus untuk kesihatan. Begitu juga dengan pengambilan garam secara berlebihan, ia boleh menjejaskan kesihatan.

Antara makanan tinggi garam yang menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

1. Nasi Goreng
2. Ayam Goreng
3. keropok Ikan
4. Ikan Goreng
5. Kicap Soya
6. Sos Tomato & Cili
7. Ikan Bilis
8. Kari Ikan
9. Kari Lembu & Kambing
10. Bebola Ikan & Udang

Pengambilan makanan tinggi kandungan garam secara berterusan adalah satu corak pemakanan berisiko tinggi dan merupakan faktor penyumbang kepada serangan jantung,  angin ahmar dan hipertensi.

JOM kurangkan gula dan garam dalam makanan. Lebihkan manis pada senyuman.

Bila Kolesterol Kau Turun...

Cerita petang tadi...

Selepas seminggu terlewat temujanji dengan Doktor, hari ini pergi mengadap untuk mendengar keputusan ujian darah. Almaklum, geng kolesterol tinggi kan.

Inilah rutin setiap 5 bulan, ambil darah cek tahap kolesterol. Diam tak diam sudah hampir setahun diarah telan ubat 40mg setiap malam.

Hari ini, tengok Doktor senyum je. Rupanya, keputusan baik. Kolesterol turun banyak, kalau tidak silap 4.25 sahaja. Elok dari sebelum pada tahap 7.10.

Kalau Doktor senyum saya lagi lah senyum. Seksa tahan nafsu makan berhasil. Demi kesihatan, banyak benda sedap ku elak2.

Doktor suruh sambung ubat tapi ambil separuh sahaja, 20mg. Kalau prestasi kolesterol menurun lagi, insyaAllah boleh potong ubat tapi kena rujuk keputusan ujian darah 5 bulan dari sekarang.

Doakan saya ye. Terima kasih kepada mereka yang beri tips kesihatan buat saya selama ini.

Cerita Budak Poli

Setiap kali hujung semester, pejabat sukan pasti akan dikunjungi dengan ramai pelajar yang dibar subjek koko. Kegagalan mereka untuk hadir sesi koko sekurang-kurangnya 80% sepanjang semester akan menyebabkan mereka automatik gagal koko semester tersebut.

Karan (bukan nama sebenar), pelajar semester 1 kejuruteraan awam. Ambil koko unit beruniform pertahanan awam (pispa). Hadir kurang 80%, datang siap buat-buat tempang. Bila ditanya kenapa tidak hadir beri alasan tidak fit/sihat untuk turut serta aktiviti uniform. "Ada surat Doktor?" soal saya. Senyum sahaja dia tanpa jawapan.

Fatah bukan Fatah Amin ye, pelajar semester 1 Senibina. Dari masuk Askar Wataniah tukar ke Relasis. Tukar konon sebab tidak larat melasak sangat. Tetapi rekod kehadiran tetap tidak cantik. Siap bawa surat ditahan menduduki peperiksaan akhir subjek koko. Dengan penuh keyakinan maklumkan saya bahawa dia tidak pernah ponteng aktiviti relasis. Saya tanya satu soalan, dan dia gagal jawab dengan betul. Soalan paling mudah untuk seorang bergelar pelajar. "Siapa nama pensyarah Relasis awak?". Pasti kecil hati pensyarah kalau tahu perangai anak murid seperti Fatah ini. Nama pensyarah pun tidak boleh sebut. Nampak sangat kaki ponteng level dewa.

Jom kenal Mira(juga bukan nama sebenar) pelajar pemasaran semester 2. Koko bola jaring. Mohon tukar sebab ada surat doktor maklum tidak bokeh terdedah dengan cahaya matahari secara berterusan. Ala-ala puteri lilin ni. Mohon tukar koko catur. Selesa duduk dalam kelas ada kipas, sejuk pun tak datang juga. Jangan cakap elergic dengan angin pula. Memang cari gaduh betul.

Ahmad (nama samaran) pelajar semester 7. Semua subjek akademik telah selesai diambil. Tinggal dua subjek koko wajib sahaja untuk diselesaikan bagi membolehkan Ahmad sah bergraduat. Tetapi itulah, koko tidak dipandang penting sedangkan wajib lulus dan punya kredit tersendiri untuk bergraduat. Sayangkan, tertangguh sebab tidak serius.

Macam-macam lagi kisah ada. Dan kebanyakkannya akan muncul dipenghujung semester. Boleh buat buku khas kisah budak poli.

Wednesday, April 10, 2019

Bila salah dengar...


BILA KAU MINTA JOGET ZAPIN TETAPI DAPAT JOGET BATIN...

Kau rasa???

Siapa nak KURUS.... angkat tangan...

"Siapa hendak kurus/sihat?"

Pasti ramai akan jawab YA kerana kurus dan sihat memang satu objektif kehidupan yang baik. Kurus perlu diusahakan. Yang pasti ia tidak mudah untuk diperolehi. Usaha yang berterusan perlukan pengorbanan masa, tenaga, wang dan lain-lain.

Ada satu situasi manusia jadi kurus kerana sakit. Bab ini, kita minta Allah jauhkan dari kita dan keluarga. Biarlah kurus dengan usaha. Pecah peluh untuk buang lemak degil. Bukan kurus sambil baring-baring hadap ubat-ubatan. Kurus tetapi tidak sihat dan ini bukan satu yang kita mahukan.

Saya suka dilihat berketrampilan kemas, lawa dan kurus namun itu adalah apa yang saya suka bukan yang saya miliki hehehe. Fahamkan.

Niat selalu tebal untuk kurus namun selalunya tindakan tidak selari dengan perbuatan yang wajib dilaksanakan bagi mencapai tahap kurus dan sihat yang dimahukan.

Niat dihati hendak bersenam mula jam 5.30 sehingga jam 6.30 petang namun pelbagai faktor jadi penghalang seperti hujan, kekangan kerja, arahan bos suruh siapkan tugasan, cuaca panas sangat dan alasan yang paling kerap digunakan... "ESOK lah kita senam, hari ini kita cheat day" aka MALAS.

Lain pula cerita bila NIAT hendak menikmati santapan. Selalunya niat ini tercapai. Mekdi, ayam goreng, kambing bakar, nasi arab, nasi lemak, soto ayam dan macam2 menu yang menggoda. Dengan sedikit bantuan sokongan kawan2 yang lahap confirm gagal bakar kalori tetapi menambah kalori tidak diperlukan.

Payahkan...

Eh ini kisah saya tau. Serius susah nak susun betul2. Niat memang ada namun.. tetapi.. Oleh itu... selalu ada sahaja penyambung ayat kepada niat yang baik.

Semalam pun saya makan mekdi tanpa sedar.
Hehehehe

Wednesday, April 3, 2019

Ada AKU KISAH

Dari awal aku sudah memilih 3 buah buku untuk aku jadikan peneman sepanjang tempoh menunggu kereta ku di servis. Walaupun aku tahu masa yang ada tidak mengizinkan aku membaca kesemuanya namun ku bawa semua kerana tiada kata putus di hati yang mana satu yang jadi bacaan.

Sampai sahaja aku di kawasan parkir terus ku ambil salah satu dari tiga buku dan kusimpan selebihnya. Nampak poyo seperti rajin sesangat lah nak membaca. Tapi... ADA AKU KISAH?

Buku ni rasanya sudah lebih 5 tahun dalam simpanan. Sebenarnya aku lupa bila aku mula memilikinya. Tetapi memang bertahun. Melihat kepada bentuk dan kondisi tampak seperti buku baru. Almaklum buku tidak berusik. Tersusun indah dalam kabinet buku.

Koleksi buku DR TUAH ada tiga semuanya dalam simpanan. Beli 3 sekaligus dulu dan tidak satu pun dah mula dibaca hingga lah ke hari ini. Tempoh menunggu aku untuk sesi kali ini sangat panjang. Janji manis pukul 2 susah selesai, akhirnya hanya jam 3 baru kunci diserah ke tangan tanda selesai.

Percaya atau tidak, tempoh dari jam 11 hingga jam 3, aku berjaya baca hingga tamat buku "Ada AKU KISAH". Walaupun tidak setiap huruf dan perkataan (sebab BOSAN). Boleh dikatakan lebih 90 peratus kandungan nya kubaca.

Komen pasal BUKU?
Belum layak lagi bagi ku untuk komen penulisan penulis hebat seperti Dr TUAH. Belum berani kerana belum ada buku.

Menurut penulis buku ini, beliau tidak gemar membaca buku motivasi tulisan penulis lain kerana tidak mahu terikut dengan gaya penulisan dan kandungan yang mungkin diceduk. Dan bagi penulis ini lagi, beliau mengidolakan diri sendiri dalam dunia penulisan ini. Hak masing-masing kan.

Bagi penulis baru (tak layak pun nak panggil penulis) seperti aku, membaca buku orang lain adalah satu bentuk pembelajaran dari pembacaan. Mungkin gaya penulisan sedikit sebanyak akan mempengaruhi namun ia untuk tempoh masa terhad. Gaya tersendiri yang sudah sebati akan kembali menguasai. pengisian dan kandungan pasti nya berbeza walaupun mungkin ada yang diambil sebagai panduan.

Membaca jambatan ilmu. Membaca juga boleh membentuk peribadi positif. Membaca buku motivasi ada manfaatnya. Kalau tidak banyak, sedikit pasti ada perubahan dalam kehidupan. Untuk merasai sendiri pengalaman orang pasti mustahil. Kisah yang berbeza, latar belakang juga tidak sama. Belajar dari pengalaman orang lain juga beri impaks baik dalam penulisan mahupun kehidupan. Ambillah yang positif dan jadikan yang kurang positif sebagai benteng untuk diri sendiri.

Kenali tahap dan kekangan yang ada. Dalam semua urusan, pastinya kaedah penyelesaian pasti berbeza merujuk kepada keadaan sebenar yang sedang berlaku. Pengalaman ini tidak boleh dibeli namun ia boleh dikongsi nikmatnya dengan orang lain.

Ada mungkin bertanya, "Kenapa MENULIS"...

Saya suka membaca tulisan sendiri dan setiap kali saya membaca pasti saya tidak percaya bahawa garapan itu saya sendiri yang hasilkan. Seperti membaca tulisan insan lain. Mungkin pandangan orang lain berbeza. Serius peringkat awal rasa malu bila baca tulisan sendiri. Nampak banyak salah dari betul.

Sewaktu menulis entri ini, aku telah GAGAL untuk terus menulis selama hampir 2 bulan secara berterusan. Janji awal dahulu, untuk rajin menulis dengan lebih kerap. Mahu hasilkan sebuah buku sendiri sekurang-kurangnya pada penghujung tahun. Namun masih dalam mimpi. Mimpi yang menghantui orang GAGAL. Gagal sementara je, insyaALLAH.

Semangat masih ada, jiwa masih kental, hati sedikit keras. Cuma MALAS masih menebal. Tak tahu macam mana lagi nak diajar supaya malas ini menjauhi. Melekat bak belangkas, sukar dipisahkan.
Sekiranya ada rakan-rakan yang ada tips BUANG MALAS, silalah berkongsi dengan ku.

Biar ku HALAU jauh2 rasa tidak enak ini dari diri.

Tiada MASA exercise?

Masa kena CARI
Ia tidak akan datang bergolek sebab ia sangat berharga. Sehingga disamakan dengan EMAS. Hendak bersenam memang perlukan masa. Cari lah ia dengan bersungguh-

Dan MALAS adalah musuh terhebat dalam diri tetapi ia bukan tidak boleh dikalahkan.

Ada seorang coach maklumkan. Nak bersenam memang susah sebab ada macam-macam alasan untuk berkata tidak. Namun sekiranya ada niat untuk kurus, menjadi lebih sihat... Mulakan dengan satu langkah kecil... "Keluar dari rumah/pejabat menuju ke lokasi exercise"

Kalau berjaya keluar pasti akan berjaya bersenam. Kalau tidak percaya cubalah. InsyaAllah tahap kemalasan akan sedikit demi sedikit menurun sehingga level zero.

Jiwa kena kental, hati mahu keras. Baru lemak2 jadi takut nak melekat pada badan.

Ayuh... KITA mampu mengubahnya.

Wednesday, February 13, 2019

Piramid EMAS Hilangkan LEMAK

Siaran ulangan dari posting FB...

Piramid EMAS menghilangkan LEMAK

1. Defisit Kalori - pengambilan bilangan kalori yang kurang dari yang diperlukan oleh tubuh badan secara berterusan boleh mengurangkan lemak dalam badan.

2. Pengambilan PROTIEN yang secukupnya - untuk mengekalkan otot-otot, untuk pulih dari latihan keras, untuk memastikan anda kenyang dan sihat sewaktu berdiet dan untuk elak anda kelihatan kurus berlemak.

3. Dua hingga 5 kali seminggu - (adalah sesuai 3 - 4 kali seminggu untuk kebanyakan orang) jangan risau untuk angkat berat, ia tidak akan buat anda jadi besar kecuali anda mengambil kalori berlebihan.

4. Tidur - 7 hingga 9 jam tidur setiap malam untuk kembali pulih, berehat dan memastikan tahap kelaparan anda terkawal. Kurang tidur akan menyebabkan anda cepat lapar.

5. Kardio, pergerakan dan 10 ribu langkah sehari - cari lah satu hobi yang boleh buat anda gembira melaksanakannya bagi mencapai objektif ini.

Kredit kepada Dr Sumon MSH dan Dr Adib UM.

Saturday, January 26, 2019

Bila Nama Kau Sama

Dulu zaman sekolah, aku berkongsi nama pertama yang sama dengan beberapa rakan satu sekolah. Nama budak2 zaman itu selalunya ada dua perkataan (nama), bukan macam budak sekarang nama panjang sampai penuh dalam kad pengenalan.

Jadi bila kau ada nama yang sama selalunya nama gelaran akan muncul bagi menggantikan nama sebenar. Ini bertujuan bagi mengurangkan kekeliruan dan kesilapan identiti lagi-lagi kalau melibatkan kes disiplin. Takut cikgu sebat Azizul yang salah. 

Azizul Azrin - Copot 
Azizul Tajudin - TJ
Azizul Mansor - Siong
Azizul Hisham - Sham

Hari ini, birthday salah seorang Azizul di atas dan yang bestnya ada rakan yang wish birthday buat ku. Ini mesti kes save nama kami AZIZUL sahaja. Hehehe 

Apapun terima kasih atas doa dalam ucapan tersebut wahai sahabat ku. 

Joyazrin - Lama tak menulis.

Sunday, January 20, 2019

5 Perkara JANGAN BUAT Selepas MAKAN

Untuk abang-abang dan sis-sis yang sedang menjaga diet untuk kurus, ada 5 perkara perlu elak anda buat selepas mengambil juadah makanan.

Pertama - Jangan makan buah-buahan. Orang kita selalu jadikan buah sebagai makanan pencuci mulut sedangkan yang sepatutnya buah-buahan adalah lebih sesuai jadi makanan pembuka selera. Ambil buah-buahan sebelum makanan utama. Baru betul caranya.

Kedua - Jangan minum teh kerana ganggu zat besi. Kalau sudah peminat tegah teh, mohon tunggu sejam selepas makan untuk menikmati teh.

Ketiga - Jangan merokok. Rokok memang tidak bagus untuk kesihatan. Adalah lebih baik, anda berhenti terus dari merokok. Sambutlah saranan kerajaan untuk bebas rokok dan jadi lebih sihat. Geng perokok confirm payah hendak buat perkara ini. Abam tahu lah sebab abam bekas perokok tegar. Paling best hisap merokok adalah selepas makan dan sewaktu membuang.

Keempat - Jangan terus berbaring atau tidur sejurus selepas makan. Semua maklum sihat orang kenyang, pasti mata jadi mengantuk. Bentuk badan yang berbaring tidak bagus untuk proses penghadaman yang baik. Sebaiknya badan berposisi tegak selama dua jam sebelum anda tidur atau berbaring.

Kelima - Jangan bersenam sejurus makan. Bersenam memang bagus tetapi tidak sejurus selepas ambil hidangan berat. Takut termuntah semula semua benda yang baru makan. Dan memamg tidak bagus untuk kesihatan. Ambil lah waktu rehat dahulu, bersenam lah selepas dua jam ambil hidangan berat. Bersenam memang baik cuma perlu pada waktu yang betul bagi memberikan tindakbalas maksimum kepada tubuh badan.

Jom kongsi.

Kredit to AIA MALAYSIA

Joyazrin Menulis.

Saturday, January 19, 2019

Hanya Selepas 11 Tahun

Setiap kali aku membeli buku, akan aku tulis tarikh di penjuru buku sebagai tanda kenangan. Dan ada satu buku berada dalam koleksiku, “Menjadi Penulis Jutawan” tulisan Nimoiz TJ yang aku beli pada 18 Sept 2007. 

Kenapa aku beli?
Sudah tentu aku punya kemahuan yang tinggi untuk menjadi seperti penulis-penulis hebat. Sebagai langkah permulaan, aku merasakan buku ini sesuai untuk aku jadikan pemangkin untuk berjaya. Cuma aku punya satu masalah yang tidak elok dijadikan contoh. Aku suka membeli tetapi selalu gagal membaca hingga habis.

Percaya atau tidak? Buku hebat ini akhirnya  berjaya aku habiskan pada hari ini. Hanya selepas lebih dari 11 tahun aku mulakan bacaan perkataan pertama. 

Mungkin... kalau aku baca buku ini 11 tahun yang lalu, aku sudah punya beberapa judul hebat selaku penulis. Itu kan mungkin, angan-angan kalah Mat Jenin. Pasti ada yang kata, aku telah kerugian. Benar aku banyak rugi dalam menunggu. Ada kemahuan sahaja tidak mencukupi. Ia perlukan tonik hebat dipanggil kegigihan. Dan tidak ramai punya elemen hebat ini dalam diri.

Bak kata penulis buku ini, banyak halangan dalam menulis dan halangan sebenar adalah diri sendiri. Macam-macam alasan direka untuk tidak memulakan sesuatu. Tiada idea, tiada masa dua isu yang selalu jadi alasan kukuh untuk berhenti seketika. 

Penulis buku ini nasihatkan aku, tulis yang kecil hingga siap adalah lebih bagus dari bercita-cita menulis yang besar tetapi tidak pernah sampai siap. 

Idea ada kala jadi musuh. Jauh pergi dari minda, jadi kosong. Tetapi ada waktu ia jadi sahabat terbaik, sentiasa disisi sehingga jadi keliru mana yang perlu dijadikan nombor satu. 

Menulislah dan jangan berhenti. Otak yang kerap diasah dengan menulis akan menjadi lebih tajam seperti pisau. Ada yang hebat menulis dalam suasana sunyi dan memilih mengasingkan diri dalam bilik sendirian. Ada pula yang perlukan pencetus suasana riang dan menjadikan lokasi indah seperti tepi pantai ataupun shopping mall yang meriah untuk mencari ilham. Dan ada yang suka menulis dalam tekanan, kerana ia seperti satu paksaan dan tiada jalan keluar sehingga penulisan selesai.

Apapun cara, pasti ada hasilnya. Yang penting kemahuan perlu disertakan dengan usaha yang gigih dan tidak jemu. Jangan takut kepada komentar insan-insan yang membaca nukilan. Kerana sekurang-kurangnya, kita tahu bahawa tulisan kita ada pembacanya.

Demikianlah sedikit sebanyak aku kongsikan ilmu yang diperolehi dari buku yang umurnya dalam pemilikan ku sudah lebih 11 tahun. Pencetus untuk aku terus menulis, kembali menulis dan mencari peminat.

Joyazrin

Wednesday, January 16, 2019

Makanan Tinggi Kolestrol

Meh ku kongsikan satu senarai panjang makanan yang perlu dijauhi kerana dipercayai mengandungi kolestrol tinggi. Bertabah lah untuk aku dan rakan seperjuangan menjauhi makanan-makanan ini demi kesihatan yang baik.
  1. Hati lembu
  2. Hati ayam
  3. Telur itik
  4. Telur puyuh 
  5. Udang
  6. Telur ayam
  7. Ikan bilis
Jom sihat dengan menjaga diet pemakanan. Jauhi makanan TERLARANG ini dengan memilih pemakanan sihat. Cari lah yang mudah diperolehi tetapi berkhasiat. 

Kalau ikut list aku panjang lagi sebab Aku masukkan semua hidupan laut dalam senarai WAJIB ELAK kecuali ikan.

Selamat mengelak dan jangan culas jaga makan.

Joyazrin

Monday, January 14, 2019

Aku dan Mainan (Zaman Dulu2)

Lepas asar, aku dan rakan-rakan sekampung akan berkumpul di lokasi permainan. Zaman dulu tiada taman permainan khas untuk bermain, jadi kami main atas jalan atau kawasan lapang berdekatan.

Dulu sepakat, kalau main perang-petang mesti main permainan yang sama. Dan pemilihan jenis permainan selalunya ikut musim. 

Kalau musim berangin, kami main layang-layang. 

Kalau musim panas boleh main guli, konda kondi, gasing, nyorok-nyorok, polis sentri (police and theft), tembak-tembak (peluru buah ceri), main kawin-kawin (jarang la sebab jantan ramai), main basikal, teng teng dan banyak lagi.

Kalau hujan selalu mak tidak izin keluar rumah. Jadi aku selalu kira hujan dijendela. Tetapi sekali sekali bila mak tak nampak aku keluar main hujan. Kalau kantoi confirm kena sebat tapi seronok. 

Ada waktu, bila hujan dan sempat kami berkumpul, kami main tepuk kad, main tutup oren atau main tiup batang aiskrim. Sekali sekala kami lawan labah-labah. Dulu simpan labah-labah dalam kotak mancis.

Macam dirancang, bila musim guli semua orang akan main guli. Bertaruh lah semua tengok siapa akan miliki guli paling banyak. Kalau main gasing, pakat ramai-ramai gelakkan kawan yang gasing dia pecah kena pakok. Semua akan main permainan yang sama. 

Biasalah kalau yang kalah memang kena kutuk. Dan bakal punca jadi punca air mata meleleh menahan marah sebab kalah. 

Apapun jenis permainan yang kami main, pasti akan ada gelak tawa penuh riang, meriah satu kampung. Yang menang ada hak untuk berbangga sekurang-kurangnya sehingga esok.

Dan apapun jenis permainan dahulu, ada had waktu bermain. Ada wisel penamat. Dengar sahaja azan magrib semua pakat-pakat cabut balik. Takut lambat nanti kena sesah dengan batang paip.

Semua kini jadi kenangan. Aku cuba tunjukkan beberapa permainan buat anak generasi sekarang, namun tidak timbul minat macam aku rasa dulu. Sekarang geng gajet. Semua ngadap handphone dah tak berkawan. 

Beza.. memang berbeza.
Korang rasa yang sama tak?

Joyazrin berceloteh

Saturday, January 12, 2019

Tiada Masa Exercise

Aduh! Aku busy lah. Mana ada masa hendak buat exercise. Habis kerja pun sudah dekat magrib, dah gelap bahaya nak buat aktiviti. Nanti kena sampok pula magrib2 ni. Mak aku bising nanti.

Macam-macam alasan boleh direka untuk berkata TIDAK. Memang benar ada hari yang kita benar-benar sibuk sehingga terlepas masa makan, habis kerja badan sudah lesu keletihan. Payah juga kan.

Dan inilah yang berlaku kepada aku. Dah banyak hari asyik cheat day ni. Bab makan dah boleh kawal sikit, kurangkan mana yang boleh, elak mana yang tidak patut diambil. Tetapi bab senam memang culas selalu.

Antara ramai-ramai rakan ku yang punya tahap kolestrol tinggi, ada sorang sahabat ni punya masalah yang sama. Seorang isteri dan Ibu kepada anak-anak yang sedang membesar. Tugas beliau sebagai pensyarah, buat beliau kurang masa senggang untuk diri sendiri.

Namun beliau ada jalan penyelesaian mudah kepada isu aku ini. Bila aku jawab tiada masa, beliau setuju dan beri aku satu cara untuk aku bersenam.

Apa yang beliau buat adalah - LOMPAT BINTANG (Star Jump) 20 kali pagi, 20 kali petang dan 20 kali sebelum tidur. Tidak pakai masa yang banyak untuk buat perkara ini. Janji pecah peluh. Maka ia sangat sesuai buat semua yang banyak alasan macam aku.

Dah cuba ke belum? 
Aku belum. Kejap lagi kita mula jom. Semoga bermanfaat, terima kasih sahabat.

Joyazrin Mr Kolestrol
#terusmenulis


Friday, January 11, 2019

Yang TERBAIK

Kita selalu cuba jadi yang terbaik dalam semua perkara, termasuklah dalam pekerjaan, hubungan dengan Allah Maha Pencipta, hubungan sesama manusia (keluarga/majikan/rakan/murid/jiran) dan hampir semua hal kita akan cuba lakukan yang paling sempurna.

Walaupun ada kala nampak canggung dan lompong sini sana, sebenarnya mencuba buat yang terbaik buat hati jadi puas sendiri. Mungkin ia belum capai satu tahap yang diperlukan namun usaha penting sebelum berserah.

Kekadang kita rasa apa yang kita buat sudah cukup bagus namun ia belum tentu bagus dimata orang sekeliling. Itulah adat kita sebagai manusia. Tiada yang sempurna. Kita mungkin bagus dalam perkara A tetapi rakan kita lebih bagus dari kita dalam perkara B.

Untuk dapatkan hasil terbaik dalam kehidupan, kita boleh berharap kepada insan2 hebat yang berada disekeliling kita. Mereka tidak jauh, selalu ada berhampiran. Apa yang perlu, kita meminta dengan baik. Dua tiga kepala adalah lebih baik dari satu kepala. Supaya kita tidak syok sendiri, kita perlukan nasihat dan komen rakan2. 

Jangan kita tutup pintu perbincangan dengan amarah. Bila ada yang bertanya, jawablah dengan jawapan bukan persoalan. Persoalan yang dijawab dengan persoalan sukar ditafsir maksudnya hingga mungkin timbul persepsi yang tidak enak. 

Bak kata seorang sahabat, kita kadangkala didatangkan dengan manusia yang bawa permasalahan kerana Allah nak didik kita kawal hati. Selalu lah bersangka baik pada mereka yang sedang marah, kerna mungkin masalah mereka disebalik agak berat dipikul waktu itu. Kita pula tidak sedar dan prihatin, jadi jangan tambah minyak pada apu yang sedang marak. 

Bergurau lah pada batasnya. Gelak tawa bisa segarkan hati yang sedang berduka. Temani lah mereka yang dalam kesukaran, kerana sukar yang dikongsi pasti ringan untuk dijinjing bersama.

Wednesday, January 9, 2019

KOMEN

KOMEN

Benda yang sangat diperlukan dalam menjadikan AKU lebih baik dari semalam dan kelmarin. Esok dan hari-hari mendatang kalau kita tidak dapat menerima KOMEN maknanya kita sudah selesa dengan apa yang kita miliki dan tidak lagi mahu lagi terokai peluang untuk lebih maju.

Ada komen yang memuji... tentu buat penulis mana2 pun tersenyum..
Ada yang komen membina... sangat positif..
Ada yang komen jenis kritik... kena tarik nafas dalam2 dan telan...  
dan lebih baik dikritik dari tiada langsung komen. Sebab kita tidak tahu dimana kita berada sekarang. Takut sesat jauh sangat tanpa ada teguran dan peringatan dari yang melihat dan membaca.

Ada satu komen memang menusuk KALBU. 
Buat aku jadi termimpi2... buat jadi banyak benda jadi perlahan... 

Pernah tak kalian baca semula apa yang korang pernah tulis 4-5 tahun yang lalu. Betul ke aku yang tulis ni? Bukan gaya aku rasanya? Ye ke aku yang tulis?
Ada rasa janggal bila baca tulisan sendiri walaupun kekadang terbit rasa tidak percaya bahawa lelaki kasar ini mampu mengarang.

Oh... 

Nak tahu ye apa komen cucuk kalbu tu ye.

Meh aku share.

"Tulisan awak ni masih belum boleh buat saya sebagai pembaca TERSENYUM tatkala tamat" 

Ikhlas kan bunyinya... tetapi cucuk dalam2 kan... huhu

Janji Tidak Tepati

Bila janji SEHARUSNYA ditepati.
Apapun bentuk janji.. bertulis, siap perjanjian, atau sekadar cakap mulut tetap juga ditepati.
Janji umpama kita berhutang selagi tidak ditunaikan. Dan selagi tidak ditunaikan ia seperti satu sumpahan yang menghantui kita.

Ada satu JANJI ni memang manusia selalu hadapi keSUKARan.
Tapi tidak semua manusia la.. ramai je yang baik dan tunai apa yang dikata.
Janji BAYAR HUTANG.. 
lagi2 bila si peminjam sebut "nanti ada DUIT aku bayar lah semula" 
PEH memang berjinggut. Korang pernah KENA tak?
HeHeHe

Tapi kali ini bukan nak cerita pasal janji bayar hutang tapi cerita pasal aku yang tak tunai janji pada diri sendiri. Asyik kantoi je. Apa lah yang nak jadi.
Tahun lepas janji nak EXERCISE hari2... emmm hampir ke laut nampaknya. 

Dah dekat seminggu tak bersokan ni. huhuhu.
Badan pun nampak montok je naik sini naik sana. Minggu lepas pun masa join game bola pun rasa seksa nak mengejar team lawan yang lebih gemuk dari aku. 

Apakah janji tinggal janji?

Ada DUA HUTANG besar sebenarnya yang sedang aku hadapi. Memang masalah. Kantoi besar ni. Yang pertama tadi lah, hutang janji exercise. Bab ini memang terpaksa berharap kepada rakan2 seperjuangan (Geng Kolestrol TINGGI) untuk kerap ingatkan aku tentang PERLUnya bersenam secara berterusan. Tolong GENG, please ingatkan aku. 

Hutang yang kedua... pun besar gak. Lepas join bengkel penulisan (rujuk topik terdahulu) aku diMESTIkan menghantar TAJUK BUKU dan ISI Kandungan buku tersebut. Dan sehingga hari ini aku masih GAGAL melaksanakan. Ada je benda lain, ada je alasan, ada sahaja yang buat benda ini tertangguh. Sehari ke sehari dan jadi berminggu... dan tak lama lagi jadi berbulan. Tapi percayalah wahai SIFU, aku tak pernah lupa ilmu yang diberikan. 

InsyaALLAH ada jalan nanti.

Target tetap target.

Jom lah kita mula perlahan2. Janji jadi. 

Satu buku pasal SOFBOL
Satu buku pasal KISAH POLI
dan SATU pasal KISAH AKU.

Tunggu......

Ceramah 6/8/2024

 Unsur manusia 1. Jasad - makan baik2. Minum yang halal.  2. Roh - solat 5 waktu 3. Akal - didik akal dengan ilmu manfaat  4. Hati - bahagia...