Bukan Review Berbayar
Pertama kali untuk aku menjejak kaki ke Kedai MyeongDong Topokki, itupun atas permintaan halus anak sulungku yang sememangnya penggemar makanan korea. Memandangkan perut semua sudah lapar, terus ku hadap menu yang terpampang. Dengan bantuan dua peminat korea sejati (Yaya dan Chaca), beberapa hidangan telah ku pilih.
Yaya memilih MyeongDong Topokki (Spicy Korean Rice Cake) RM7.90 saiz biasa dan Kimchi Bokkeumbap (Kimchi Fried Rice) RM17.90 untuk satu set, datang bersama kimchi sampingan, sup dan air green tea. Pada aku yang topokki kurang menyelerakan. Rasanya biasa-biasa sahaja. Makan pun tak habis. Tetapi nasi goreng dia memang sedap. Warna merah menyala, sedikit pedas, enak dimakan bersama kimchi. Yang ini habis licin. Siap ada niat hendak order lagi.
Chaca memesan Yangnyeom Wings and Drumetts (Spicy Korean Fried Chicken) RM15.90 untuk 6 ketul. Sumpah pedas abis. Asyik refill air sebab kepedasan yang amat sangat. Pengakhirannya, daripada 6 ketul masih berbaki 3 ketul lagi atas meja. Sedap tetapi pedas. Kalau untuk orang yang tidak tahan pedas, elok la cuba makan last-last, sebab boleh potong stim untuk makan benda lain.
Boboi pula memilih Hangul Chicken Ramyun (Fried Chicken Ramyun) RM18.90 untuk satu set bersama kimchi sampingan, sushi dan air. Menu ini, pada pandangan aku adalah yang terbaik dan paling enak atas meja kami. Paling cepat habis, licin. Kalau nak repeat, memang aku akan pilih yang ini. Bila hadap hidangan ini bersama kimchi, memang sampai lupa nak usap boboi.
Mem order Dol Sot Bibimbap (Rice Layered With Mixed Vegetables) RM19.90 satu set breast kimchi sampingan, sup dan air. Ada dua pilihan samada ayam at daging. Pada aku, menu ni besha-besha sahaja. Habis sebab lapar. Boleh la...
Nasib air boleh refill, kimchi pun boleh tambah. Adik yang jaga lobi kedai tu maklumkan boleh tambah tiga kali sahaja. Okay lah tu mencukupi kehendak. Banyak lagi menu yang belum dicuba. Orang pertama kali mencuba kan, bila jeling meja sebelah nampak menarik. Mungkin lain kali datang semula.
Sekian...
No comments:
Post a Comment