TIPS
UNTUK MEREKA BERKOLESTROL TINGGI
Facebook posting Rabu 02 Januari 2019
Saya
berumur 43 tahun dan bacaan KOLESTROL saya agak tinggi. Setiap malam saya perlu
mengambil satu biji pil SIMVASTATIN 40mg yang dibekalkan oleh doctor secara
berterusan.
Apa
yang saya cuba amalkan adalah:
1. Makan
oat + susu setiap pagi
2. Elakkan
daging
Kemungkinan
ada rakan-rakan yang seperti saya. Boleh tak share tips pemakanan dan kesihatan
yang kalian amalkan untuk turunkan kolestrol terutama kolestrol jahat.
Share
sikit please.
Posting ini telah menjemput ramai
rakan-rakan samada pemilik kolestrol tinggi mahupun bukan untuk memberikan
pandangan dan nasihat buat aku. Sejumlah 45 like dan 169 komen direkodkan bagi
tujuan pengumpulan sumber berkaitan kolestrol. Terima kasih buat kalian yang
tidak lokek dengan ilmu dan berkongsi dengan aku yang sangat-sangat memerlukan.
Tahukah anda bahawa kolestrol tinggi
dalam darah adalah disebakan oleh cara dan pengambilan makanan seharian, berat
badan berlebihan, kurang melakukan aktiviti senaman, faktor usia, keturunan dan
tabiat tidak sihat seperti merokok.
Aku kongsikan semula semua cadangan
dan nasihat yang dicoretkan oleh rakan-rakan FB buat bacaan aku sendiri dan
semua insan yang memerlukan diluar sana. Dalam umur yang sudah jejak 40 tahun
ini, aku dan ramai rakan sebaya punya masalah yang sama. Kolestrol dan kami
agak sukar dipisahkan. Samada ia berkaitan dengan tabiat pemakanan atau aktiviti
seharian yang tidak menyumbang kepada tahap kesihatan maksimum.
Oat
+ Susu Segar – Antara
yang paling banyak kali disebut dalam
komen yang diterima dari rakan-rakan FB. Ada yang mengamalkan oat dan susu sama
seperti aku. Apa yang amalkan setakat ini adalah 5 sudu oat (Quiker Oat)
dicampur dengan segelas susu segar (pelbagai jenama) untuk sarapan pagi dan
makan malam. Mungkin ada yang berpandangan oat segera (bukan 3 in 1) kurang
berkhasiat namun ia antara hidangan yang boleh diterima tekak dengan baik. Pada
aku ia adalah lebih baik dari tiada.
Oat
Rolled – dikatakan lebih
serat dari oat biasa yang memberikan kita rasa kenyang lebih lama dan boleh
digunakan untuk menurunkan paras gula dalam darah. Oat jenis ini lebih tebal
dan perlu dimasak sekurang-kurangnya lima minit. Untuk lebih sedap, hidangan
perlu dipelbagaikan menu. Antara menu yang menjadi pilihan adalah overnite oat,
bubur oat dan fitbar.
Sayur
– Banyakkan pengambilan sayur dalam hidangan sebagai serat yang
diperlukan untuk badan setiap hari. Antara yang disebut boleh menurunkan paras
koelstrol adalah brokoli, seledri, karot, bayam, kubis, tomato dan kacang soya
hijau (green soy bean).
Air
Masak – Pengambilan
air putih atau air masak dalam kuantiti yang banyak juga dikatakan mampu
membantu dalam mengatasi isu kolestrol ini. Antara amalan yang bagus untuk
diikuti adalah mengambil segelas air putih sebelum makan. Ia boleh buat anda
cepat kenyang dan bagus untuk diet bagi mereka yang punya berat badan
berlebihan.
Air
Barli + Biji Barli – Salah
satu minuman alternatif yang ditulis oleh rakan FB. Dipercayai berkesan untuk
menurunkan kadar kolestrol yang tinggi. Juga boleh diambil bersama lemon bagi
mendapatkan variasi rasa yang berbeza dalam setiap hidangan. Cuma lemon boleh menyebabkan
gastrik menyerang perut jika diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan.
Barli adalah gandum yang kaya dengan fiber, vitamin, protein tinggi dan
beberapa mineral penting. Pengambilan secara kosisten mampu membantu mengurangkan
tekanan darah dan membantu mengawal berat badan.
Bawang
Putih Mentah – Beberapa
posting rakan-rakan menyatakan bahawa pengambilan bawang putih mentah juga
berkesan dalam melawan kolestrol. 7 biji bawang putih mentah diambil bersama
hidangan nasi setiap hari. Bawang putih bakar pula boleh dijadikan satu pilihan
yang baik sekiranya anda merasakan makan secara mentah agak keterlaluan.
Kandungan allicin dan aliin di dalam bawang putih mempunyai daya antikolestrol.
Ia juga kerap digunakan dalam bidang perubatan kerana ia bersifat antibakteria
dan antiseptik.
Minyak
Zaiton – Antara makanan
sunah yang punya banyak khasiat sejak 1400 tahun yang lalu. Minyak zaiton
mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, disamping lemak tepu
dan lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk omega 3 dan 6. Ia juga mengandugi bahan
antioksidan yang tinggi serta vitamin E dan K. Tidak dinyatakan dengan jelas
oleh rakan-rakan FB tentang cara pengambilan namun ada yang mencadangkan
pengambilan minyak zaiton secara berterusan adalah satu yang boleh membantu mendapatkan
kesihatan yang baik. Satu kajian oleh ahli sains di Jepun yang diterbitkan
dalam jurnal perubatan Medical Science Monitor 2004 menunjukkan pengambilan
minyak zaiton oleh 28 pesakit yang mempunyai masalah kolestrol tinggi selama
enam minggu membantu menurunkan paras kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan
meningkatkan kolestrol HDL (kolestrol baik).
BG22
+ Lesitin atau Oat Grain 35 –
Oat yang boleh dibeli dari farmasi berhampiran. Berbentuk serbuk dan rasanya
tidak berapa menyelerakan tekak. Benda yang baik selalunya tidak sedap.Ada
rakan yang mengambil oat ini dengan air suam dengan menggunakan shaker bagi
memudahkan ia larut dalam air.
Cuka
Epal Cider Vinegar – Dalam
satu kajian 2012 yang diterbitkan dalam Life Science Journal, cuka epal dapat
membantu menurunkan paras kolestrol dan trigliserida. Cara pengambilan yang
disarankan adalah satu sudu campur segelas air suam. Ambil waktu pagi dan
malam. Tambah madu sebagai perasa.
Susu
Omega Plus – Boleh pilih
samada yang bentuk serbuk dan perlu dibancuh atau yang siap sedia diminum dalam
kotak. Harga agak sedikit mahal namun baik untuk pemilik kolestrol tinggi. Ada
rakan yang mengamalkan susu omega ini diambil bersama 3 biji kurma dan 3 sudu
oat sebagai hidangan sarapan pagi.
Supplement - Antara pilihan dalam mendapatkan sumber yang
baik bagi mengatasi masalah kolestrol tinggi. Kolestrol jika pada tingkat normal
adalah zat penting untuk tubuh. Namun jika kosentrasi dalam darah terlalu
tinggi, itu menjadi bahaya senyap yang boleh membuat orang berisiko terkena
serangan jantung. Antara supplement yang dicadangkan rakan FB adalah Fish Oil
dan Omega 3.
Beras
Perang – alternatif
buat beras putih yang aku amalkan dirumah. Menurut pakar beras perang lebih
nutrisinya berbanding beras putih. Beras perang dikategorikan sebagai bijiran
penuh kerana ia tidak hilang zat penuhnya setelah melalui proses penapisan ‘refining’
dan ia terbukti dapat mengurangkan pembentukan plak di arteri dan secara tidak
langsung mengursangkan risiko penyakit jantung dan koelstrol tinggi. Harganya
lebih tinggi namun khasiatnya bagus untuk kesihatan. Bagi mereka yang pertama
kali mengambilnya pasti sukar menerima perubahan. Rasanya agak tidak berasa
kerana kurang gula.
Epal
Hijau – Bukan sahaja
enak dimakan sebagai pencuci mulut namun epal sesuai dijadikan snek kesihatan
bagi mengurangkan risiko sakit jantung dan kolestrol darah. Pengambilan dua
hingga tiga biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan.
Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai kandungan nutrien dan serat
termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan dan kulit seseorang. Epal
wajar diambil setengah jam sebelum menikmati hidangan utama kerana kandungan
seratnya yang tinggi beruapaya mengisi perut dan mengurangkan pengambilan
hidangan utama.
Buahan Lain – Antara senarai
buah-buahan yang dapat membantu mengatasi masalah kolestrol dalam darah adalah aprikot,
pear, beri (strawberi, beri biru, cranberi), anggur, betik, jambu batu dan
jeruk.
Walnut
dan Almond – Beli mentah
dan bakar dalam frying pan. Amalkan makan 5-10 biji sehari. Almond juga boleh
dibuat susu almond. Caranya 300gm almond rendam semalaman dan kisar bersama
susu sehingga hancur. Selepas tapis anda boleh terus menikmati susu almond yang
menyelerakan.
Ikan – Pilih lah ikan yang punya kadar
merkuri yang rendah seperti mackerel, sardine dan salmon. Cara yang baik untuk
hidangan ikan adalah dimasak car abakar atau stim. Elakkan yang digoreng.
Beras
Parboiled (Beras Rebus)
– Antara pilihan yang baik selain beras perang. Rasanya lebih menyerupai beras
putih dan lebih sedap dari beras perang. Beras jenis ini adalah yang biji
padinya direbus/stim terlebih dahulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Dan kaya
dengan fiber dan vitamin yang menyerap ke dalam beras. Sudah tentu harganya
adalah lebih tinggi tetapi berbaloi kalau hendak dibandingkan dengan harga ubat
sekiranya kita jatuh sakit. Tidak rugi melabur lebih untuk kesihatan yang baik.
Buah
Naga – Antara diet
yang baik untuk kesihatan jantung. Merujuk kepada satu artikel kesihatan,
khasiat buah naga mampu menurunkan kadar angka kolestrol dalam darah.
Jangan
Itu dan Jangan Ini
Bab ini pula aku nak share
perkara-perkara atau makanan yang perlu dijauhi dan dielakkan bagi membantu
proses menurunkan kadar keolestrol yang tinggi dalam diri. Nasihat ini aku
perolehi dari seorang doktor yang merawat ku. Dalam banyak-banyak makanan,
doktor pesan untuk elakkan sotong dan udang (musuh utama). Dua makanan kesukaan
aku yang perlu aku jauhi. Kalau masak sambal selalunya pasti bertambah nasi
dari sepinggan ke dua atau tiga.
Doktor juga pesan elak ambil makanan
laut selain ikan. Selain tidak membantu dalam isu kolestrol, makanan laut
menyumbang kepada penyakit gout. Daging juga antara makanan yang perlu
dielakkan. Pengambilan secara berterusan boleh menyebabkan kadar kolestrol
meningkat.
Elakkan juga masakan berminyak,
masakan bergoreng kerana minyak menyumbang kepada kolestrol. Mulai hari ini,
jom amalkan hidangan yang dibakar atau direbus sahaja.
Doktor juga pesan untuk aku bersenam
(exercise) setiap hari. Dalam erti kata bersenam yang sebenar-benarnya. Ada
yang menganggap aktiviti seperti berkebun, menyapu sampah ataupun membasuh baju
satu aktiviti senaman. Walaupun, aktiviti sedemikian mengeluarkan peluh tetapi
ia bukan satu aktivti yang efektif bagi maksud bersenam.
Bersenamlah ikut minat kerana minat
yang buat kita kekal dan gembira dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Bagi
yang suka dengan air, berenanglah. Bagi mereka yang suka dengan kehijauan,
boleh cuba mendaki bukit atau gunung atau sekurang-kurangnya explore kawasan
hutan yang selamat. Bagi yang suka aktiviti yang simple boleh cuba berlari atau
berbasikal atau masuk gym 3 kali seminggu sekurang-kurangnya. Pilih lah satu
sukan untuk kesihatan diri.
slm
ReplyDelete๐Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐ข
ReplyDelete๐ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐ข๐
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....
Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐๐ผ *En Mohd Zuhairi- 0174687570*
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐๐ป
3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....
5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .
Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐ช๐ผ
Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*
๐๐ปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
*NOTE* :
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAs salam, terima kasih diatas informasi. Sangat membantu saya.
ReplyDeleteHi nk share kolestrol sy 5.6 ..dlm masa sebulan sy amalkan bg oat22 konsisten 2 kali sehari sebelum mkn dan sebiji supplement fish oil..lgsung xmkn daging atau seafood hnya mkn ikan atau isi ayam dgn nasi..ayam tu ada jgk ayam goreng ..lebihkan sayur..sy amalkan jgk epal hijau n epal fuji, avocado..mnum air masak ikt keperluan tubuh masing² ..dlm masa sebulan sy check balik kolestrol turun 4.2..gula dari 4.5 turun 4.1..
ReplyDelete