Saturday, January 12, 2019

Tiada Masa Exercise

Aduh! Aku busy lah. Mana ada masa hendak buat exercise. Habis kerja pun sudah dekat magrib, dah gelap bahaya nak buat aktiviti. Nanti kena sampok pula magrib2 ni. Mak aku bising nanti.

Macam-macam alasan boleh direka untuk berkata TIDAK. Memang benar ada hari yang kita benar-benar sibuk sehingga terlepas masa makan, habis kerja badan sudah lesu keletihan. Payah juga kan.

Dan inilah yang berlaku kepada aku. Dah banyak hari asyik cheat day ni. Bab makan dah boleh kawal sikit, kurangkan mana yang boleh, elak mana yang tidak patut diambil. Tetapi bab senam memang culas selalu.

Antara ramai-ramai rakan ku yang punya tahap kolestrol tinggi, ada sorang sahabat ni punya masalah yang sama. Seorang isteri dan Ibu kepada anak-anak yang sedang membesar. Tugas beliau sebagai pensyarah, buat beliau kurang masa senggang untuk diri sendiri.

Namun beliau ada jalan penyelesaian mudah kepada isu aku ini. Bila aku jawab tiada masa, beliau setuju dan beri aku satu cara untuk aku bersenam.

Apa yang beliau buat adalah - LOMPAT BINTANG (Star Jump) 20 kali pagi, 20 kali petang dan 20 kali sebelum tidur. Tidak pakai masa yang banyak untuk buat perkara ini. Janji pecah peluh. Maka ia sangat sesuai buat semua yang banyak alasan macam aku.

Dah cuba ke belum? 
Aku belum. Kejap lagi kita mula jom. Semoga bermanfaat, terima kasih sahabat.

Joyazrin Mr Kolestrol
#terusmenulis


1 comment:

  1. exercise dik...akak dh start buat dh..itupun sebab sebelum ni x pernah buat..allah bg penyakit kat akak..terus akak work out dengan brisk walk dan dan si jogging..kena jjaga kesihatan

    ReplyDelete

Ceramah 6/8/2024

 Unsur manusia 1. Jasad - makan baik2. Minum yang halal.  2. Roh - solat 5 waktu 3. Akal - didik akal dengan ilmu manfaat  4. Hati - bahagia...