31 Disember 2018
Hari terakhir dalam tahun 2018 yang bakal pergi meninggalkan kita. Dan pergi takkan kembali semula dan hanya akan memahatkan kenangan manis dan pahit buat semua manusia. Ada cerita yang penuh ceria, ada kala ceritanya sedikit suram dengan kesedihan dan kedukaan.
Bagi aku...
2018 tahun penuh mencabar akal dan fizikal. Alhamdulillah berjaya ku harung dengan kesyukuran bersama mereka-mereka yang selalu di sisi dan di hati. Antara sebab musabab aku terus berdiri adalah bukan kerana diri sendiri tetapi untuk keselesaan insan-insan yang ada di sekeliling.
Emak dan Ayah
Dua insan kesayangan hamba yang berada di Melaka. Semoga ALLAH beri kesembuhan dan kesihatan buat keduanya. Walaupun tidak lagi kuat seperti dahulu, namun kekal tersenyum bila anak cucu pulang ziarah. Kalau balik selalu dihidang lauk kegemaran. ASAM PEDAS. Selalu bertambah nasi walaupun sedang dalam berdiet.
Kolestrol
Dikesan sewaktu aku buat pemeriksaan kesihatan bagi penjawat awam umur atas 40 tahun. Prosedur biasa, ambil darah, cek mata, cek gigi dan macam-macam lagi dan yang sangkut cuma kolestrol. Doktor maklumkan kolestrol ku tinggi. Kolestrol ini ada dua jenis, satu geng BAIK dan satu lagi GENG JAHAT. Yang duk hinggap dalam badan ku ini yang jenis jahat. Bacaan agak tinggi hingga aku dibekalkan dengan ubat warna pink/peach. Wajib makan sebji setiap malam selama 6 bulan.
Lepas 6 bulan cek darah sekali lagi. Kantoi aku dengan Doktor, marah dia pada aku yang culas makan ubat. Bebel panjang dia pada aku, disuruh aku untuk jaga pemakanan harian. Pesannya, elakkan daging, makanlah ikan, banyakkan sayuran, buah-buahan, oat wajib secara berterusan dan yang paling penting exercise lah setiap hari.
Lepas 4 bulan nanti kena ngadap lagi doktor yang sama. Kali ini aku janji makan ubat dan jaga makan. Serta banyakkan exercise. Terima kasih buat rakan2 yang banyak membantu, meneman sewaktu exercise. Sekali sekala panjat tanjung tuan bersama Izhar, Izham, Saiful, Ijan, Zul dan En Daud. Ada waktu masuk gym bersama Shah, Rizal. Janji berpeluh itu yang wajib.
Filipina dan China
Sofbol beri aku peluang lihat negara orang. Terima kasih kepada PSM dan PKAT MSP kerana sudi ambil aku jaga team Malaysia. Bersama Coach Abee dan Tuan Manager Farizal bawa team Under 19 Malaysia Wanita ke Clark City Filipina. Panas ya Rabbi. Berjuang dalam bulan Ramadhan memang menguji keimanan namun ia sangat menyeronokkan.
Ke Nanjing China pula bersama Coach Abee, Cikgu Muin dan Pak Ujang. Bawa team Varsity Malaysia ke Kejohanan Antara University Asia Kali Kedua. Game dalam cuaca sejuk sangat berbeza dengan Malaysia.Apapun, pemain telah tunjukkan kecemerlangan dalam permainan. Pantang mengalah kecuali operasi. Eh itu Zero MaharajaLawak Mega.
Kedua-dua lokasi memang mengujakan. Fasiliti permainan sofbol di sana jauh berbeza dengan di Malaysia. Alangkah indah kalau Malaysia punya perkara yang sama. Mesti TERBAIK.
Menulis
Sepanjang 2018 aku cuba titipkan sebanyak mungkin penulisan yang bermanfaat. Tulisan cara aku. Tiada peraturan, cuma masih ikut adab. Pantang menulis untuk menyakiti. Seronok bila tulisan dibaca insan lain. Seronok bila lihat wajah dan bahan tulisan terpampang dalam surat khabar. Al maklum bukan wartawan jadi keterujaan bagi sekali sekala itu sangat2 memberikan kesan.
Terima kasih kepada rakan2 yang memberi sokongan. Sumpah gembira bila ada yang sudi komen pada penulisan yang ku buat. Andai perlu penambahbaikan insyaALLAH akan ku laksanakan. Sokongan kalian amat2 aku perlukan untuk sebagai perisa dalam masakan.
Terima kasih buat Dr Adib, abang besar UM. Orang yang memaksa aku menulis dalam keterpaksaan. Seronok kerana dia punca artikel keluar paper. Impian ku dari kecil untuk punya buku sendiri dengan nama ku di sampul buku.
Port Dickson
Masuk 2019 ini adalah tahun ketiga aku mencari makan di Port Dickson Negeri Sembilan. Lokasi tepi pantai, selalu panas terik. Banyak lokasi makan yang best yang jadi punca aku jadi GEMUK macam sekarang. Sebut je mana, semua sedap. Kg Kaw, Leha, Kedai Lima Lauk, Kedai Depan Kubur, Cowboy, Cendol Bakar, Ayam Pasu Telangkup, Nasi Arab 115, Cendol Depan Petron dan macam-macam lagi. Tambah satu lagi McD baru je memulakan operasi belakang shell Sunggala.
Walaupun jauh destinasi dari rumah, aku rasa gembira dengan kerja yang dipertanggungjawabkan. Berulang alik hari-hari sudah jadi lali, sekali sekala kalau keletihan melanda rumah Ijan dan Zul jadi mangsa lokasi tumpangan. Kalau ke rumah ini, wajib menu makan malam satay tulang. Peh sedap habis diet ku.
Seronok berada di PD sebab dikelilingi dengan rakan-rakan sekerja yang menggembirakan. Seronok bekerja dengan insan-insan hebat. Terima kasih rakan-rakan.
2019
Semoga tahun baru ini memberi cahaya kehidupan yang baik-baik buat semua kenalan sekalian. Kita sebagai manusia kena terima hakikat, tidak semua yang kita buat buat orang gembira, dan ada kala mungkin perbuatan dan perkataan yang kita gunakan telah mengguris hati insan lain tanpa sedar.
Hati kita takkan gembira bila tahu orang tidak sukakan kita. Namun kita harus telan, cari punca dan cari jalan penyelesaian. Dan kalau mereka tidak gembira kerana kita berbuat sesuatu kebaikan untuk masyarakat, maka biarkan lah mereka dengan rasa itu. Kekallah dengan niat yang baik-baik.
Walaupun pahit tetap ku telan. Pengalaman ke Melaka tanpa destinasi tetap kekal dalam ingatan. Walaupun hanya separuh jalan, ia buka mata bahawa bukan semua sukakan aku.
Sebelum melabuhkan tirai 2018 ini, ku susun 10 jari mohon kemaafan andai dalam keghairahan aku menulis, ada insan yang terluka. Maafkan lah kesalahan dan keterlanjuran ku dalam bercoretan.
Salam Tahun Baru 2019 buat semua.
Adios
JOYAZRIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ceramah 6/8/2024
Unsur manusia 1. Jasad - makan baik2. Minum yang halal. 2. Roh - solat 5 waktu 3. Akal - didik akal dengan ilmu manfaat 4. Hati - bahagia...
-
TIPS UNTUK MEREKA BERKOLESTROL TINGGI Facebook posting Rabu 02 Januari 2019 Saya berumur 43 tahun dan bacaan KOLESTROL saya agak t...
-
Terbaca posting sahabat dari KK Batu Pahat tentang Rotan. Mereka sedang bertanding dalam pertandingan bakat seni dan semoga mereka berjaya. ...
-
Ini public transport Lejen. Siapa yang lambat gi kerja atau kelas better pilih kontot ini dari bas panjang. Laju, terer selit, pantas dan me...
Satay tulang yok! 😁😁😁
ReplyDeleteSeronok baca. Jgn lupa tahun 2019 sebagai pengerusi kelab staf bos. Hahahah
ReplyDelete