Hendak seribu daya... Tak hendak macam2 la alasan kau beri... YE tak?
HaHaHaHa
Semalam cuaca nampak cerah... lalu satu keputusan diambil untuk mencari kelainan dari sebelumnya. KAMI (berdua je pun) decide nak MEMANJAT.
Lokasi PEMANJATAN adalah berdekatan dengan tempat KERJA. Jarak memandu 8 minit bersamaan dengan 4.4 km. Tak jauh pun. Dan memang LOKASI feberet orang Port Dickson keluarkan peluh.
Kalau rujuk kepada GOOGLE MAPS lokasi tersebut namanya
CAPE RACHADO.
Sebuah rumah api yang mempunyai pemandangan hutan dan laut.
Tapi kami selalu panggil tempat tu. Rumah api Tanjung TUAN je. Ikut alamat rumah api ini adalah berada di MELAKA bukan Negeri SEMBILAN.
Sedikit INFO BERKENAAN CAPE RACHADO:
Cape Rachado, juga dikenali sebagai Tanjung Tuan, adalah
tarikan alam sekitar 18 km ke selatan dari bandar Port Dickson. Tambak bukit ini
merupakan hutan simpan yang diwartakan dan tempat perlindungan hidupan liar,
dengan beberapa pantai tersembunyi, paya bakau paya bakau dan sebuah rumah api bersejarah
di puncak. Ditadbir oleh negeri Melaka, Cape Rachado juga menjadi tempat
tumpuan burung kegemaran, terutamanya semasa musim migrasi raptor.
Anda hanya boleh berkhemah di sini untuk bermalam dan
selain pilihan penginapan hotel yang sesuai boleh didapati di Blue Lagoon yang
terletak berhampiran. Pelawat boleh mendaki melalui hutan dan melalui lereng
bukit untuk sampai ke pantai yang terpencil - masing-masing dipenuhi dengan
karisma semulajadi dan pemandangan istimewa.
Cape Rachado dinamakan sempena perkataan Portugis untuk
'Broken Cape'. Selepas menakluk Melaka, pasukan penjajah Portugis membina
sebuah rumah api pada puncak pada 1528, untuk menunjuk arah kepada kapal-kapal
yang ingin ke pelabuhan dan ia juga digunakan untuk memerhatikan kapal-kapal
musuh. Mercu sejarah ini masih berdiri di sini hari ini, tetapi dengan
peningkatan moden dan pemancar radar yang bersebelahan yang dapat dilihat
pengunjung.
Dari puncak, pelawat mempunyai pemandangan laut yang
menakjubkan, bersama dengan pemandangan hutan yang subur di bawah dan kelebihan
granit yang indah di sepanjang pantai. Garis besar Sumatera yang berdekatan
juga dapat dilihat pada hari yang sangat jelas. Laut-laut di sini juga
merupakan tapak penting pertembungan angkatan laut antara pasukan Belanda dan
Portugis pada tahun 1606.
Pintu masuk ke Cape Rachado bermula selepas Blue Lagoon,
bersebelahan dengan Ilham Beach Resort. Jalan berturap berterusan sehingga mercu
Rumah Api. Pada waktu petang, jalan mendaki ini sering dikunjungi oleh peminat
samada berjalan atau berjogging. Dari rumah api, pelawat boleh meneruskan
perjalanan melalui laluan hutan yang membawa kepada pantai tersembunyi, yang
paling popular ialah pantai yang menghadap Pulau Intan.
Satu
lagi laluan popular adalah Batu Putih, kawasan pandangan yang menghadap ke
garis pantai PD. Perhatikan serangga, mamalia dan burung semasa anda melangkah
ke hutan, kerana kawasan ini agak kaya dengan hidupan liar.
OK sambung cerita....
Masa hendak mulakan perjalanan cuaca memang cerah. Selepas membuat pembayaran RM1 seorang di kaunter masuk, perjalanan mendaki pun bermula.
Lepas 5 minit baru teringat nak ON apps Run Tracker.
Memang mengah bagi yang belum biasa mendaki. Tetapi pemandangan hijau dengan sekali sekala disakat serangga dan binatang kecil membuatkan perjalanan ini penuh senyuman.
Untuk sampai ke Rumah API Tanjung Tuan hanya memerlukan kurang dari 15 minit perjalanan dengan TAHAP KESUKARAN level RENDAH. Hahahahaha
Walaupun memang mengah penafasan sebenarnya.
Ada DUA pilihan..
1. Jalan menuju BATU PUTIH
2. Track HUTAN menuju Pantai TERSEMBUNYI
Memandangkan hari masih awal petang dengan cuaca yang masih panas berbahang, perjalanan diteruskan ke PANTAI tersembunyi. Ini serius kali pertama. Memang tak pernah jejak laluan ini. Selalu nampak abang2 ASKAR je duk berlari guna track ini.
Sedia maklum yang memang tak se FIT abg2 askar tetapi semangat nak tumpaskan kolestrol menjadi pemangkin untuk mencari pantai tersembunyi ini.
Track hutan yang disediakan nampak selamat digunakan dengan tangga dan pemegang tangan di sepanjang perjalanan (kawasan yang tampak bahaya). Sepanjang perjalanan, laluan nya meneruni bukit. Ada yang agak curam tetapi ada tangga yang disediakan.
HARUNG.. dan akhirnya sampai.
Sakit lutut membawa badan yang makin membesar.
BETUL ke ada PANTAI tersembunyi??
IYE
Memang ada. Air jernih. Cantik.
CUMA... agak kotor. Banyak botol2 dan sampah makanan ditinggalkan merata-rata.
Niat dihati satu hari nanti akan dibawa team CSR bersihkan pantai ini.
Geng Wataniah/PISPA/RELASIS/Pengakap/PanduPuteri siap sedia ye. Nanti kita datang ramai kasi bersih ini tempat.
Apapun, misi lawan kolestrol akan diteruskan. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan secara berterusan bersama rakan2 yang punya KOLESTROL tinggi.
Jom SIHAT. Jom SENAM. JOM punah KOLESTROL.
Apapun, misi lawan kolestrol akan diteruskan. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan secara berterusan bersama rakan2 yang punya KOLESTROL tinggi.
Jom SIHAT. Jom SENAM. JOM punah KOLESTROL.
No comments:
Post a Comment