Thursday, December 20, 2018

Nilai Sebuah BINGKAI

Ada ketika aku buntu mencari kata-kata. Permulaan selalunya lebih sukar walaupun kekadang punya pilihan untuk terus atau mundur dalam perjalanan satu nota ringkas.

Apa ya aku mahu tulis hari ini?

Pandang atas.. pandang bawah... pandang luar jendela... masih belum muncul-muncul bait-bait. Walau jari sudah sedia untuk menari di papan kekunci, ia terhalang dek kerana perkara POKOK.
CUba kau tutup kan mata... mana tahu ilham kan lalu...
NGANTUK sey... jangan lah tutup mata nanti tiada hasil pula hari ini. Tadi waktu solat JUMAAT pun sama, niat nak tutup mata je tuan-tuan bukan nak lelap pun.. tetapi faham2 lah tutup mata jadi LELAP sampai penghujung Khutbah.

ISU AKU? Masalah kepada sesuatu. Orang baru seperti aku selalu buntu mencari TAJUK.
TAJUK menarik? Bukan penulis yang tentukan ia menarik atau tidak.
Kerisauan yang melanda adalah adakah pembaca yang suka dengan apa yang aku tulis... atau mereka TIDAK SUKA!!

Itu lah masalah aku hari ini.
Apa mahu ku tulis?

OKAY

SUDAH KETEMU...

"Kisah NILAI Sebuah BINGKAI"

Semalam aku ceritakan tentang KEGAGALAN aku menghabiskan bacaan sesebuah buku yang aku beli. Dan ada rakan yang memberi pandangan bahawa penulis yang baik adalah sebenarnya PEMBACA YANG BAIK. 

BENAR

Dan aku belum sampai ke TAHAP itu. Selalu sahaja separuh jalan. Susah benar untuk sampai ke penghujung cerita. Rakan itu bertanyakan pula tentang SEBUAH BINGKAI yang dibelikan sebulan yang lalu. Adakah aku sudah MEMBACA tulisan dalam gambar tersebut? Hehehehehe

Walaupun ia sekadar sepotong AYAT yang diframe cantik di dalam bingkai, percaya atau tidak aku tidak pernah HABIS membacanya walaupun sudah sebulan berada di depan mata.

DAN hari ini baru ku baca bait ayat itu hingga HABIS.
Bingkai ITU
LIFE IS LIKE A MOUNTAIN
HARD TO CLIMB

BUT ONCE YOU GET TO THE TOP
THE VIEW IS 
BEAUTIFUL

Semua rakan2 dalam pejabat ini telah dihadiahkan sebuah BINGKAI seumpama ini. Dan punya bait-bait kata yang berbeza. Pembeli memilih setiap BINGKAI sesuai dengan TUAN PUNYA badan. DAN Bingkai ini dibelikan KHAS untuk aku.

Dan hari ini BARU aku benar-benar FAHAM tentang AYAT yang selama ini aku abaikan walaupun ia ada dekat dengan ku. Untuk orang seperti aku yang punya CITA-CITA kecil untuk memiliki BUKU SENDIRI amatlah SUKAR. Seperti mendaki GUNUNG yang TINGGI... Sukar.. payah.. banyak halangan.. duri.. cabaran.. ku pasrah (eh ini lagu)

Dan aku benar-benar berharap ANDAI puncak GUNUNG penulisan ini BERJAYA ku tawan, NIKMATnya pasti yang TERBAIK sepanjang hidupku.

Amin. Terima kasih SAHABAT atas Nilai Sebuah BINGKAI.

3 comments:

  1. Komen dialu-alukan. Bantu saya untuk berjaya.

    ReplyDelete
  2. good job friend..byk bnda ko boleh tulis...x semestinya ko tulis bnda2 yg new shj...leh jgak ko tulis khidupan sebuah sukan...cth sukan sofbol yg byk lahirkan kawan2 baru n kawan2 lama...bak kata sbnr erti sebuah persahabatan....aku suka mmbaca biler ko tulis

    ReplyDelete

Ceramah 6/8/2024

 Unsur manusia 1. Jasad - makan baik2. Minum yang halal.  2. Roh - solat 5 waktu 3. Akal - didik akal dengan ilmu manfaat  4. Hati - bahagia...