Koleksi vs Hobi —-> Bila ada hobi selalunya wujud koleksi. Apa jua hobi WAJIB berkoleksi. Kalau dahulu, zaman 80an menyimpan dan mengumpul setem adalah pilihan hobi murid sekolah rendah dan menengah. Ada juga sang dewasa yang teruja jadi pengumpul.
Percaya atau tidak LELAKI yang mempunyai HOBI adalah lelaki yang selalu dimarahi ISTERI.
Bagi wanita hobi dan koleksi adalah suatu yang membazir dan menyepahkan rumah. (Yang dia kumpul hand bag tu boleh pula). Sedangkan bagi LELAKI, hobi adalah anugerah masa yang diisi dengan suatu perkara yang mereka percaya mendatangkan kebaikan dan kekadang menghasilkan keuntungan.
Macam SAYA - kumpul koleksi kereta mainan. Bermula dengan beberapa buah kereta comel bersaiz 3 inci berjenama HOT WHEELS hadiah dari rakan sekerja. Mamat ni la peracun utama saya memulakan koleksi dan menjadikan ia satu hobi. Bermula dengan percuma dan saya mula membeli dan terus membeli. Hingga muncul amaran2 awal dari sang isteri bila melihat koleksi tidak terurus dengan baik. Ada yang dalam kotak ada yang bawah meja dan ada juga yang masih dalam plastik beg. Jangan lah salahkan isteri bila mereka mula membebel... lagi2 bila dia belikan kabinet cermin IkEa buat tempat koleksi mainan saya bersusun cantik. Hehehe
Dari mula satu sehingga hari ini sudah beratus jumlahnya. Ada macam2 varian dari pelbagai jenama kereta. Honda, Toyota, BMW, Mini, Ford, VW dan macam2 lagi. Yang tiada adalah jenama Malaysia seperti Proton dan MyVi. Ada jenis kereta sedan, ada yang jenis truck ada motor, ada juga kapal terbang. Semua susun cun dalam almari. Dari satu almari kini dah ada dua. Itupun tak cukup sebab masih ada koleksi yang duduk dalam kotak.
BEST KE?
Percayalah anda akan rasakan satu ketenangan bila melihat, memegang, menyusun koleksi anda. Satu perasaan yang sukar digambarkan namun ia benar2 menyenangkan. Boleh jadi satu langkah dan amalan baik untuk kurangkan rasa STRESS.
MAHAL KE?
Ada yang mahal dan ada yang saya beli pada harga pasaran. Yang biasa2 boleh dapat bawah RM10 tetapi yang jenis sedikit istimewa boleh cecah ratus untuk sebiji kereta mainan.
KENAPA BELI KALAU MAHAL?
Seronok memiliki. Dan tahu bahawa koleksi ini punya nilai yang baik. Mungkin bukan satu pelaburan yang baik namun ia mampu membantu bila berada dalam terdesak ataupun kesempitan wang. Koleksi ini punya nilai untuk dijual semula kepada penggemar kereta mainan. Koleksi saya juga pernah dijual untuk membantu insan2 yang memerlukan. Senang kata koleksi yang disimpan ada nilai ringgit yang agak baik untuk ditukarkan.
KOLEKSI LAIN - setiap kali berpeluang ke luar negara atau ada adik beradik yang keluar negara salah satu benda wajib dibeli dan dicari adalah koleksi baju tshirt Hack Rock. Menarik bila digayakan tetapi ia lebih menarik digantung cantik dalam almari sebagai koleksi peribadi.
Ada rakan2 yang mengumpul JENAMA. Seorang sahabat baik di Terengganu penggemar ADIDAS. Dari hujung rambut sampai hujung kaki selalunya memang ADIDAS. Sebagai peminat tegar jenama ini, beliau mempunyai koleksi cermin mata hitam, topi, kasut dan baju yang sangat menarik. Menurut beliau ada antara koleksi yang harganya boleh meningkat dari harga beli. Sahabat saya ini bersetuju bahawa koleksi seperti ini punya nilai tertentu dan mampu beri pulangan yang baik untuk diniagakan.
Hidup ANDA akan pasti lebih menarik jika anda punya satu HOBI dan KOLEKSI yang mampu memberikan keceriaan dalam kehidupan. Bila ANDA gembira, satu KELUARGA pasti BAHAGIA.
Cubalah!
No comments:
Post a Comment