“Restoran Tanpa Asap Rokok/Vape”
Berita BAIK buat aku, juga mungkin berita baik buat sebilangan besar rakan2 yang lain. Dapatlah aku menikmati hidangan bersama keluarga dengan lebih tenang tanpa perlu mengibas kiri dan kanan menolak asap.
Bukan bencikan perokok sebab aku juga bekas perokok tegar. Mula merokok seawal usia 14 tahun hinggalah berjaya hidup tanpa rokok 8 tahun yang lalu. Ayah aku, adik2 aku, sepupu2 ku, rakan2 ku dan boss2 ku juga merokok.
Bagi mereka yang tidak pernah merokok, diselubungi asap rokok adalah sesuatu yang menjengkelkan. Aku faham apa mereka rasa. Rasa tidak gembira lagi2 apabila sedang menjamu selera bersama keluarga.
Tempat makan seperti restoran mahupun gerai selalunya dipenuhi dengan pelbagai lapisan manusia termasuk kanak-kanak. Bagi perokok yang punya anak kecil selalunya mereka memiliki siifat sensitiviti yang lebih tinggi kerana pastinya mereka tentu tidak suka anak kecil mereka diselubungi asap. Jadi apabila mereka merokok mereka akan sedikit prihatin dengan orang sekeliling.
Aku pernah lihat ada rakan2 yang berhenti merokok serta merta bila ada kanak2 berada berdekatan. Itu namanya prihatin. Aku suka dengan situasi sebegni. Kalaulah semua perokok punya nilai seumpama rasanya tiada keperluan untuk kerajaan membuat peraturan 3 meter ini. Hehehe
Cuma dalam ramai2, pasti ada yang lain dari yang lain. Mungkin bilangannya kecil dari sebilangan besar populasi perokok2 tegar Malaysia. Mereka yang tidak ambil peduli orang sekeliling. Hembus tanpa tengok kiri kanan. Kalau dijeling pun akan buat tak tahu sahaja. Seperti dunia ini ana yang punya.
Bermula hari ini, 1 Januari 2019, jarak 3 meter dikuatkuasakan. Walaupun ada dilaporkan dalam media ada yang masih berdegil dengan tabiat ini namun bilangannya makin berkurangan. Penguatkuasaan pada peraturan ini perlu dibuat oleh pihak berwajib bagi mencapai objektif bebas rokok di premis menjual makanan. Semoga apa yang diusahakan ini, mampu mengubah kualiti kehidupan yang lebih baik dan sihat buat semua.
Dengar khabar, sudah ada sekumpulan perokok telah mengambil tindakan perundangan.
Kita tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment