Monday, December 31, 2018

Tahun Lama DAN Tahun Baru

31 Disember 2018

Hari terakhir dalam tahun 2018 yang bakal pergi meninggalkan kita. Dan pergi takkan kembali semula dan hanya akan memahatkan kenangan manis dan pahit buat semua manusia. Ada cerita yang penuh ceria, ada kala ceritanya sedikit suram dengan kesedihan dan kedukaan. 

Bagi aku...

2018 tahun penuh mencabar akal dan fizikal. Alhamdulillah berjaya ku harung dengan kesyukuran bersama mereka-mereka yang selalu di sisi dan di hati. Antara sebab musabab aku terus berdiri adalah bukan kerana diri sendiri tetapi untuk keselesaan insan-insan yang ada di sekeliling. 

Emak dan Ayah

Dua insan kesayangan hamba yang berada di Melaka. Semoga ALLAH beri kesembuhan dan kesihatan buat keduanya. Walaupun tidak lagi kuat seperti dahulu, namun kekal tersenyum bila anak cucu pulang ziarah. Kalau balik selalu dihidang lauk kegemaran. ASAM PEDAS. Selalu bertambah nasi walaupun sedang dalam berdiet. 

Kolestrol

Dikesan sewaktu aku buat pemeriksaan kesihatan bagi penjawat awam umur atas 40 tahun. Prosedur biasa, ambil darah, cek mata, cek gigi dan macam-macam lagi dan yang sangkut cuma kolestrol. Doktor maklumkan kolestrol ku tinggi. Kolestrol ini ada dua jenis, satu geng BAIK dan satu lagi GENG JAHAT. Yang duk hinggap dalam badan ku ini yang jenis jahat. Bacaan agak tinggi hingga aku dibekalkan dengan ubat warna pink/peach. Wajib makan sebji setiap malam selama 6 bulan. 

Lepas 6 bulan cek darah sekali lagi. Kantoi aku dengan Doktor, marah dia pada aku yang culas makan ubat. Bebel panjang dia pada aku, disuruh aku untuk jaga pemakanan harian. Pesannya, elakkan daging, makanlah ikan, banyakkan sayuran, buah-buahan, oat wajib secara berterusan dan yang paling penting exercise lah setiap hari.

Lepas 4 bulan nanti kena ngadap lagi doktor yang sama. Kali ini aku janji makan ubat dan jaga makan. Serta banyakkan exercise. Terima kasih buat rakan2 yang banyak membantu, meneman sewaktu exercise. Sekali sekala panjat tanjung tuan bersama Izhar, Izham, Saiful, Ijan, Zul dan En Daud. Ada waktu masuk gym bersama Shah, Rizal. Janji berpeluh itu yang wajib.

Filipina dan China

Sofbol beri aku peluang lihat negara orang. Terima kasih kepada PSM dan PKAT MSP kerana sudi ambil aku jaga team Malaysia. Bersama Coach Abee dan Tuan Manager Farizal bawa team Under 19 Malaysia Wanita ke Clark City Filipina. Panas ya Rabbi. Berjuang dalam bulan Ramadhan memang menguji keimanan namun ia sangat menyeronokkan. 

Ke Nanjing China pula bersama Coach Abee, Cikgu Muin dan Pak Ujang. Bawa team Varsity Malaysia ke Kejohanan Antara University Asia Kali Kedua. Game dalam cuaca sejuk sangat berbeza dengan Malaysia.Apapun, pemain telah tunjukkan kecemerlangan dalam permainan. Pantang mengalah kecuali operasi. Eh itu Zero MaharajaLawak Mega.

Kedua-dua lokasi memang mengujakan. Fasiliti permainan sofbol di sana jauh berbeza dengan di Malaysia. Alangkah indah kalau Malaysia punya perkara yang sama. Mesti TERBAIK.

Menulis

Sepanjang 2018 aku cuba titipkan sebanyak mungkin penulisan yang bermanfaat. Tulisan cara aku. Tiada peraturan, cuma masih ikut adab. Pantang menulis untuk menyakiti. Seronok bila tulisan dibaca insan lain. Seronok bila lihat wajah dan bahan tulisan terpampang dalam surat khabar. Al maklum bukan wartawan jadi keterujaan bagi sekali sekala itu sangat2 memberikan kesan. 

Terima kasih kepada rakan2 yang memberi sokongan. Sumpah gembira bila ada yang sudi komen pada penulisan yang ku buat. Andai perlu penambahbaikan insyaALLAH akan ku laksanakan. Sokongan kalian amat2 aku perlukan untuk sebagai perisa dalam masakan. 

Terima kasih buat Dr Adib, abang besar UM. Orang yang memaksa aku menulis dalam keterpaksaan. Seronok kerana dia punca artikel keluar paper. Impian ku dari kecil untuk punya buku sendiri dengan nama ku di sampul buku. 

Port Dickson

Masuk 2019 ini adalah tahun ketiga aku mencari makan di Port Dickson Negeri Sembilan. Lokasi tepi pantai, selalu panas terik. Banyak lokasi makan yang best yang jadi punca aku jadi GEMUK macam sekarang. Sebut je mana, semua sedap. Kg Kaw, Leha, Kedai Lima Lauk, Kedai Depan Kubur, Cowboy, Cendol Bakar, Ayam Pasu Telangkup, Nasi Arab 115, Cendol Depan Petron dan macam-macam lagi. Tambah satu lagi McD baru je memulakan operasi belakang shell Sunggala.

Walaupun jauh destinasi dari rumah, aku rasa gembira dengan kerja yang dipertanggungjawabkan. Berulang alik hari-hari sudah jadi lali, sekali sekala kalau keletihan melanda rumah Ijan dan Zul jadi mangsa lokasi tumpangan. Kalau ke rumah ini, wajib menu makan malam satay tulang. Peh sedap habis diet ku.

Seronok berada di PD sebab dikelilingi dengan rakan-rakan sekerja yang menggembirakan. Seronok bekerja dengan insan-insan hebat. Terima kasih rakan-rakan.

2019

Semoga tahun baru ini memberi cahaya kehidupan yang baik-baik buat semua kenalan sekalian. Kita sebagai manusia kena terima hakikat, tidak semua yang kita buat buat orang gembira, dan ada kala mungkin perbuatan dan perkataan yang kita gunakan telah mengguris hati insan lain tanpa sedar. 

Hati kita takkan gembira bila tahu orang tidak sukakan kita. Namun kita harus telan, cari punca dan cari jalan penyelesaian. Dan kalau mereka tidak gembira kerana kita berbuat sesuatu kebaikan untuk masyarakat, maka biarkan lah mereka dengan rasa itu. Kekallah dengan niat yang baik-baik. 

Walaupun pahit tetap ku telan. Pengalaman ke Melaka tanpa destinasi tetap kekal dalam ingatan. Walaupun hanya separuh jalan, ia buka mata bahawa bukan semua sukakan aku.

Sebelum melabuhkan tirai 2018 ini, ku susun 10 jari mohon kemaafan andai dalam keghairahan aku menulis, ada insan yang terluka. Maafkan lah kesalahan dan keterlanjuran ku dalam bercoretan. 

Salam Tahun Baru 2019 buat semua.
Adios
  
JOYAZRIN

Masuk Bengkel

Hanya selepas setahun setengah menerima jemputan ke majlis ilmu melalui emel yang tak jemu berkunjung tiba baru terbuka hati dan jiwa hendak mencari jalan baru untuk terus kekal dalam landasan mengejar impian. Impian masih kekal impian kerana ia masih belum terlaksana. Cuma sudah mula nampak jalan yang kurang simpang dari jalan sebelum.

Berbekalkan semangat untuk memiliki sebuah buku sendiri dan keinginan yang amat tinggi untuk membaca nama sendiri di sampul buku aku ambil langkah untuk masuk kelas. Itupun betul-betul last minute punya keputusan. Sehari sebelum kursus baru jiwa betul2 bersedia. 

Bengkel penulisan buku pertama jadi tajuk pilihan. Tuan Zamri yang telah banyak melahirkan penulis baru jadi tenaga pengajar. Aku baru pertama kali bertemu beliau yang sejarahnya sebagai penulis juga bermula dengan bengkel penulisan sama seperti yang aku hadiri. Salah seorang anak didik hebat Puan Ainon. Legend dalam dunia penulisan.

Sengaja aku masuk lewat untuk tidak berada di ruangan depan kelas. Agak tidak selesa untuk aku yang sangat2 baru dalam dunia tulis menulis untuk berada di barisan hadapan. Takut sebenarnya. Seram pun ada.

Melihat pada tajuk bengkel sahaja, aku jangkakan semua yang hadir pasti orang yang belum punya buku seperti aku. Namun apa yang difikirkan meleset sebab ada dikalangan peserta kali ini telah berjaya menerbit buku. Jadi tebal malu dan berat mulut ku. Paling risau takut tertanya soalan yang tidak patut. Inilah kelemahan paling besar ku. Berat mulut.

Aku kira2 semua ada 20 orang peserta. Ramai yang muda2. Dan ada juga yang nampak berumur dari ku. Kumpulan yang datang dari pelbagai latar belakang. Dari apa yang aku dengar, ada jurulatih silat, ada yg suka kucing, ada yang pakar pemakanan, ada juga pakar pelaburan, ada beberapa mereka adalah trainer dan yang pasti mereka semua hebat-hebat belaka.

Best ke bengkel?

Mestilah best. Kenapa best? Banyak ilmu baru aku dapat dari bengkel. Buka mata aku yang selama ini tiada arah tuju betul. Buka minda aku dengan jalan yang lebih terang. Kalau selama ini jalan yang aku ikut banyak liku2 penuh simpang siur yang mengelirukan. Kini lebih jelas, terang cerah masa depan.

Selama ini aku punya satu masalah yang selalu membantutkan usaha untuk capai impian. Aku selalu buat separuh jalan dan kekadang berhenti sebelum mula perjalanan. Teruk kan? Kekadang jadi celaru. Ada masa langsung tiada idea dan ada ketika penuh idea dan sampai tidak tahu mana patut aku tulis dahulu. Pengakhirannya TERBANTUT. BERHENTI sebelum sampai ke penghujung.

Rupanya aku selalu menulis ikut TURUTAN. Ikut LINEAR LOGIC. Lepas tulis A baru boleh tulis B lepas itu C dan seterusnya D. Selagi A tidak siap, jangan mula B. Kalau masih ingat zaman sekolah, kita di ajar buat karangan mesti ada perenggan. Kita mulakan dengan....

Pendahuluan
Isi 1
Isi 2
Isi 3
Penutup/Kesimpulan

Dan orang macam aku selalau sangkut di peringkat paling awal. Pendahuluan. Sekali sekala berjaya lepas pendahuluan sangkut pula di salah satu bab. Sebabnya kena tulis ikut peraturan. Peraturan yang buat jadi buntu bila ada batu besar ditengah-tengah perjalanan.

Jadi semalam aku diajar satu teknik penulisan yang pada aku bakal menyelesaikan masalah di atas. Sangat2 berkesan dan terkesan kepada aku.

KJ Method (Kawakita Jiro). Hanya perlu TABUR - TULIS - SUSUN - PILIH.
Tiada lagi penulisan konsep LINEAR LOGIK. Tiada lagi tulis atas ke bawah. Tiada lagi susunan wajib dalam karangan. Sangat-sangat membantu bagi penulis yang cepat bosan atau yang menulis ikut mood macam aku. Tiada lagi peraturan. Manusia akan lebih seronok bekerja tanpa ada peraturan yang ketat mengikat tangan dan kaki.

Aku juga diajar satu teknik lain yang banyak digunakan oleh penulis-penulis motivasi terkenal. Iaitu SEMBANG TEH TARIK METHOD. Nampak macam seronok dan mudah. Sekadar sembang2 kita dapat sumber penulisan. Idea yang melambak2 datang tanpa perlu memikirkan sendirian. Cuma LONTAR - LIHAT - TABUR - SUSUN. Biar rakan2, peminat (kalau ada), orang awam beri maklumbalas atas isu yang dilontarkan. Percaya atau tidak maklumat yang muncul dari maklumbalas bakal mengujakan anda untuk terus menulis.

Banyak lagi kaedah yang diajar dalam bengkel. Ada juga peserta bengkel yang tidak lokek ilmu berkongsi kaedah-kaedah lain yang juga membantu dalam menulis. Apapun kaedah yang diajar dan dikongsikan ia bersifat GESAAN YANG MENGUJAKAN.

Harapan?

Aku berharap sangat impian aku dari kecil bakal tercapai tahun 2019. Sekurang-kurangnya aku bakal ada satu buku berhalaman at least 80 muka surat dengan nama aku tertulis di sampul buku tersebut. Kalau ada DUA lebih baik. TIGA bonus. InsyaALLAH.

Oh ya..

Untuk perkongsian kali ini, aku juga sebenarnya di beri jalan dalam penerbitan buku. Samada memilih untuk menerbit sendiri atau diterbit oleh rumah penerbitan. Beberapa aplikasi dan laman sesawang berkaitan penerbitan juga dikongsikan dalam bengkel oleh Tuan Zamri. Beliau juga kongsikan tentang peluang-peluang penerbitan yang ada termasuklah tentang Dana Belian Penulis oleh perpustakaan. InsyaALLAH satu hari nanti aku akan sampai ke peringkat itu.

Kalau selama ini tulis main ikut suka. Hentam sahaja lah LABU. Mungkin lepas ini ada penambahbaikan hasil didikan Tuan Zamri. Anak murid hebat Puan Ainon ini benar2 membuka mata dan minda aku yang selama ini selesa dalam dunia aku sendiri. Semoga bermanfaat buat ku dan insan-insan sekelilingku.

Berbaloi?

Ya sangat2 berbaloi. Terima kasih TUAN ZAMRI.

Friday, December 28, 2018

Mr Kolestrol Beli BUKU Lagi

Dek terngiang2 kata2 seorang sahabat. “Penulis yang baik adalah sebenarnya PEMBACA yang baik” Aku jadi berfikir panjang. Mampukah aku menjadi pembaca yang baik? 

Ilmu bila hendak ditimba tidak semestinya datang dari orang lama yang lebih berumur. Tatkala Allah beri izin, ilmu mampu disampaikan dari seorang anak yang masih kecil. Oleh itu, bila ada sahaja seseorang ikhlas menyampaikan pesanan/ilmu, tadahlah dengan penuh kesungguhan, terima lah dengan sepenuh hati. Biar ilmu jadi berkat.

Bila aku dilontarkan dengan satu statement yang selama ini aku rasa aku gagal merencana hingga selesai. Ia jadi satu cabaran baru untuk ku bermula hari ini. Habiskan mana yang sedang tersadai yang selama ini berlangsung setengah jalan. 

Aku jenis suka menyinggah... tengok2 buku, pegang sini pegang sana dan letak semula. Bila niat membeli pasti terkenang SEKUMPULAN buku yang terbiar di rumah yang belum khatam. Jadi aktiviti letak semula memang selalu berlaku. Baru aku tahu perasaan orang perempuan bila mereka window shopping... belek sini sana lepas tu letak semula dengan rasa yang sangat tidak menyeronokkan. Serius tak best. Jadi ada kala untuk memuaskan hati dan nafsu membeli, aku akan beli juga dan pemilihan adalah sangat2 bergantung kepada harga sesebuah buku. Mungkin aku mudah diperdaya, tanda % sangat2 mempengaruhi pemilihan dalam membeli. Pengurangan harga yang ketara buat naskah tersebut bakal jadi pilihan untuk dimiliki. Mesti ada yang tertanya kenapa tidak pilih isi yang berkualiti pada harga yang mungkin lebih tinggi tanpa potongan diskaun? Aku punya pandangan bahawa bila sudah terbentuk dan terbit sebagai sebuah buku, JARANG ada buku yang tidak bagus. Dan sewaktu memilih kita tak punya julat masa yang banyak untuk melihat isi secara mendalam jadi apa yang wajib dilaksanakan sewaktu memilih adalah berdoa semoga buku yang dipilih ini punya keistimewaan tersendiri dan bakal memberi manfaat kepada aku dan orang sekeliling. 

Jadi tak rugi membeli buku yang memberi ilmu. Akal yang baik bakal memimpin ilmu yang diperolehi menjadi sesuatu yang berfaedah buat diri sendiri dan mungkin untuk orang yang lain. 

Jadi....

Aku pun beli dua lagi buah buku. Harap bermanfaat. Dan harap BERJAYA membaca hingga TAMMAT.

Wednesday, December 26, 2018

Mr Kolestrol Terus Menulis - Aktiviti Kebudayaan Pemangkin Generasi Cemerlang

Perkongsian berkenaan aktiviti kebudayaan di Politeknik Malaysia khususnya Politeknik Port Dickson.

Portal Sinar Harian
kampusuols.com

https://kampusuols.com/article/423898/Uni-Kita/Aktiviti-kebudayaan-pemangkin-generasi-cemerlang

Terima kasih kepada sahabat yang juga SIFU ku Dr. Nahrizul Adib Kadri (Uni. Malaya)

Bagi seorang wartawan, membaca bahan penulisan di media seperti akhbar dan majalah adalah sesuatu yang mungkin biasa bagi mereka. Almaklum sudah jadi tugas rutin mereka menghasilkan artikel dan berita buat pembaca sekalian.

Namun bagi insan kerdil seperti Mr Kolestrol melihat dan membaca tulisan sendiri di media seumpama adalah satu yang LUAR BIASA. Apatah lagi terpampang wajah bersongkok nan suci pilihan editor buat jadi gambar cover artikel. Ia sesuatu yang sangat mengujakan. Dan ini bakal jadi semangat untuk terus dan terus menulis. Walaupun sedikit kekok apabila diPAKSA menulis genre SERIUS seperti artikel di atas. Terasa kekangan dari lenggok bahasa yang kurang bebas. Namun itu temanya. Harus ditulis ikut kehendak. 

Terima kasih ku ucapkan buat sahabat dan SiFU dalam bidang tulis menulis benda serius ni. Prof. Madya Dr Nahrizul Adib Kadri (UM) yang selalu memberi peluang dan latih bertubi2. Walaupun bahasa dan pengisian belum capai GRED A, akan diusahakan dalam masa ke semasa untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Sumpah seronok bila tulisan kita terpampang buat bacaan awam. Mesti lebih gembira. Kalau satu hari nanti punya BUKU sendiri.

Buat Dr Adib, terima kasih atas ilmu. Semoga Allah tambah lagi buat mu.

Sunday, December 23, 2018

Mr Kolestrol Sudah BELI BASIKAL

Duk ushar dah lama. Selalu je tengok2 kawan2 duk main basikal. Ada yang suka pusing bandar, ada yang suka lalu highway, ada yang masuk hutan, ada juga yang suka ride malam, ada yg suka kena matahari. Dan ada yang HEBAT ride sampai negara orang. Bak kata orang jauh perjalanan luas pandangan tapi mahu tercabut punggung kalau jauh2 ni kan...

SIFU OTAI
Ada sorang OTAI sahabat di Port Dickson. Kami panggil dia SIFU. sebab memang GURU segala guru dalam banyak bidang. Kalau bidang BASIKAL rasanya dalam Port Dickson ni tiada siapa BISA menandingi BELIAU. Kalau AWAK cerita pasal KAYUH sure dari segi jarak confirm awak kalah dengan dia. HEHEHE.. Bak kata Mat Siri (Sahabat PSA) cerita mesti mahu UP.

UP pun UP lah...
Tetapi memang SIFU ini HEBAT. Dah jauh dia berkayuh. Umur TUA jauh dari aku tetapi badan fit macam acik muda2. Dalam negara banyak kawasan dia dah tapau. Sampai luar negara pun dia dah banyak jelajah dengan berbasikal. Niat dihati memang nak ikut jejak idola ini tetapi baru nak buka bicara dah diajaknya berkayuh sampai ke MUAR. Memikir le semula hahhahaha.

Kalau sesiapa nak cari barang basikal pun boleh minta nasihat SIFU. Lebih baik kalau bawa dia bersama ke kedai bila hendak membeli. CONFIRM dari hendak beli harga 2k jadi beli yang harga 4k dek kerana panas telinga kena BAHAN dan BAKAR. 

IQBAL
Sorang lagi kenalan yang kuat kayuh duduk di SEREMBAN (rasanya). Dulu orang kuat game SOFBOL. Tuan punya team NS Baracudda selepas itu bersama2 naik dengan team NS Plegong. Masa dia mula gantung GLOVE badan dia agak SIHAT. Hehe
Dia mula kayuh dan berlari. Selalu je follow FB beliau yang gemar berkayuh bersama ahli keluarga. Kekadang ada juga terserempak waktu join event LARIAN. 

Memang nampak perubahan. Badan makin slim. Makin FIT. 
Hasil kayuhan hebat barangkali. Belum sempat minta Tips kejayaan dari beliau.

FARIZAL dan Dr DIN Bulan Sabit
Ini pula dua rakan yang bertugas di Melaka. Dua2 kuat RIDE. Kalau DULU rajin le nampak FB feednews masuk event itu dan ini. Selalu rakam gambar dengan medal. Memang antara sumber motibasi untuk Mr Kolestrol hendak follow jejak brader hebat berdua ni.

Tetapi itu lah, tak pernah diorang ajak RIDE sesama.
Mana tak nye... kawan takde besikal. 
Hahaha

PAK ED, RIZMAN DAN UNCLE NAJIE
Trio team Merlimau. Semua dilahirkan kacak bak hang. Punya karisma yang tersendiri dan menjadi idola anak muda di Pekan Merlimau.

Ada satu kesamaan antara mereka bertiga.

Ketiga-tiga mereka mempunyai.......
BASIKAL LIPAT.

Ada perpatah menyatakan... "pemilik basikal lipat... hensem2 belaka"
Antara benar atau tidak, kawan terpaksa akui... IA BETUL semuanya.

Dan inilah antara sahabat yang banyak memberi semangat untuk mempunyai BASIKAL LIPAT.
Macam-macam program dirancang seandainya aku punya satu seperti mereka. Konon-konon nanti nak RIDE sama2 lalu celah2 bangunan merah, Jonker Walk, lalu Padang Pahlawan, selfie depan A Famosa, minum kat McD dan macam2 lagi. 

Menarik kan..

Nanti KAMI nak tubuh GENG BASIKAL LIPAT Daerah SELATAN. 


DOKTOR KOLESTROL
Antara ramai2 tadi sebenarnya punca Mr Kolestrol cari basikal sebab Doktor yang pernah marah sebab kolestrol tinggi yang suruh. (Kisah Terdahulu)

Dr tu masa marah dia cakap "Encik walaupun nampak MUDA dan KURUS tetapi kolestrol agak tinggi. Ini tidak baik untuk kesihatan. Saya mahu encik EXERCISE setiap hari. Encik boleh buat jogging, atau exercise di GYM atau main BASIKAL"

Nampak tak?
Dr ni yang paksa aku beli basikal. HaHaHa

Atas sebab2 di atas maka dengan ini diumumkan. Mr Kolestrol telah memiliki sebuah BASIKAL LIPAT (sebab nak nampak ensem macam Trio Merlimau). Dan akan memulakan acara mengayuh secepat mungkin. Kepada rakan2 yang berminat dengan hobi yang sama, boleh lah roger2 Mr Kolestrol untuk set kayuhan beramai2. 

JOM KAYUH untuk SIHAT. JOM lawan KOLESTROL.

Terima kasih.

Thursday, December 20, 2018

Nilai Sebuah BINGKAI

Ada ketika aku buntu mencari kata-kata. Permulaan selalunya lebih sukar walaupun kekadang punya pilihan untuk terus atau mundur dalam perjalanan satu nota ringkas.

Apa ya aku mahu tulis hari ini?

Pandang atas.. pandang bawah... pandang luar jendela... masih belum muncul-muncul bait-bait. Walau jari sudah sedia untuk menari di papan kekunci, ia terhalang dek kerana perkara POKOK.
CUba kau tutup kan mata... mana tahu ilham kan lalu...
NGANTUK sey... jangan lah tutup mata nanti tiada hasil pula hari ini. Tadi waktu solat JUMAAT pun sama, niat nak tutup mata je tuan-tuan bukan nak lelap pun.. tetapi faham2 lah tutup mata jadi LELAP sampai penghujung Khutbah.

ISU AKU? Masalah kepada sesuatu. Orang baru seperti aku selalu buntu mencari TAJUK.
TAJUK menarik? Bukan penulis yang tentukan ia menarik atau tidak.
Kerisauan yang melanda adalah adakah pembaca yang suka dengan apa yang aku tulis... atau mereka TIDAK SUKA!!

Itu lah masalah aku hari ini.
Apa mahu ku tulis?

OKAY

SUDAH KETEMU...

"Kisah NILAI Sebuah BINGKAI"

Semalam aku ceritakan tentang KEGAGALAN aku menghabiskan bacaan sesebuah buku yang aku beli. Dan ada rakan yang memberi pandangan bahawa penulis yang baik adalah sebenarnya PEMBACA YANG BAIK. 

BENAR

Dan aku belum sampai ke TAHAP itu. Selalu sahaja separuh jalan. Susah benar untuk sampai ke penghujung cerita. Rakan itu bertanyakan pula tentang SEBUAH BINGKAI yang dibelikan sebulan yang lalu. Adakah aku sudah MEMBACA tulisan dalam gambar tersebut? Hehehehehe

Walaupun ia sekadar sepotong AYAT yang diframe cantik di dalam bingkai, percaya atau tidak aku tidak pernah HABIS membacanya walaupun sudah sebulan berada di depan mata.

DAN hari ini baru ku baca bait ayat itu hingga HABIS.
Bingkai ITU
LIFE IS LIKE A MOUNTAIN
HARD TO CLIMB

BUT ONCE YOU GET TO THE TOP
THE VIEW IS 
BEAUTIFUL

Semua rakan2 dalam pejabat ini telah dihadiahkan sebuah BINGKAI seumpama ini. Dan punya bait-bait kata yang berbeza. Pembeli memilih setiap BINGKAI sesuai dengan TUAN PUNYA badan. DAN Bingkai ini dibelikan KHAS untuk aku.

Dan hari ini BARU aku benar-benar FAHAM tentang AYAT yang selama ini aku abaikan walaupun ia ada dekat dengan ku. Untuk orang seperti aku yang punya CITA-CITA kecil untuk memiliki BUKU SENDIRI amatlah SUKAR. Seperti mendaki GUNUNG yang TINGGI... Sukar.. payah.. banyak halangan.. duri.. cabaran.. ku pasrah (eh ini lagu)

Dan aku benar-benar berharap ANDAI puncak GUNUNG penulisan ini BERJAYA ku tawan, NIKMATnya pasti yang TERBAIK sepanjang hidupku.

Amin. Terima kasih SAHABAT atas Nilai Sebuah BINGKAI.

Mr Kolestrol Suka Membeli Buku TETAPI...

Mr Kolestrol memang seorang yang suka membeli bahan bacaan seperti buku, majalah dan seumpamanya. Pantang jumpa kedai buku jarang lah kalau tak masuk. Ada rezeki pasti ada sahaja bahan yang dibeli. Kalau tiada yang dibeli mesti wajib jejalan tengok-tengok apa yang best dan terbaru dalam pasaran. Kalau di Putrajaya, selalu ke Alamanda dan seHARUSnya masuk ke MPH. 

Masuk2 je terus ke rak Hot Wheels. Cuci2 mata, pegang sini pegang sana. Ambil pegang lepas tu letak balik. Jeling isteri confirm dia jeling balik sebab rak almari di rumah sudah tiada ruang untuk koleksi ku bertambah.

Lepas tu baru ke wall yang ada tulis BUKU TERLARIS...
Di susun dari no 1 sampai le no penghabisan. 

Confirm capai yang punya ranking No 1.
Apa lah yang best sangat pasal buku ni... Belek punya belek. Mesti cari info pasal penulis. Tengok biodata penulis. Suka benda ini, info yang buat rasa semangat untuk menulis datang.

Bila lah buku tulisan sendiri nak berada dalam susunan buku terlaris. 
hehehehe

IMPIAN akan menjadi KENYATAAN.

Memang betul, saya suka MEMBELI buku. Tetapi percaya atau tidak saya JARANG berjaya menghabiskan bacaan buku-buku yang saya beli. Semangat membaca sangat membara tatkala buku itu panas dalam tangan. Namun masalah utama dalam membaca adalah mata ini selalu jahat dan jadi musuh. Selalu kuyu dan layu segera bila lihat huruf-huruf kecil yang berbaris rapi. Time membaca la serangan NGANTUK datang secara bertubi-tubi tanpa dapat dibendung.

Buku cermin mata, tandakan muka surat buku last baca di mana.... TUTUP.
Dengan harapan akan ada hari ESOK yang rajin.

Dan selalunya HARAPAN tinggal HARAPAN. Dimana pengakhiran cerita buku itu, tidak pernah dapat dicapai dengan jayanya. Akhirnya ia kekal sebagai buku yang tiada kesudahan. Sekadar koleksi simpanan "antara buku2 ku yang gagal dihabiskan"

Rak buku juga semakin penuh. Aku cemburu lihat anak-anak kecil ku yang BERJAYA menghabiskan bacaan buku dengan kadar yang amat singkat. Fokus mereka tertumpu. Tidak lari jauh. Mungkin orang dewasa senang hayut dari sesuatu perkara. 

Banyak2 genre buku dan bacaan, aku suka buku tentang motivasi diri. Banyak juga buku2 lama dalam koleksi ku dan seperti buku2 lain, ia masih dalam proses bacaan yang belum selesai. hehehe
Ada yang tulis tentang KEWANGAN PERIBADI
Ada yang cerita pasal KEPIMPINAN
Ada yang ajar tentang BISNES
Ada yang beri tunjuk cara MEMBINA KENDIRI

CEPAT BOSAN
Mungkin ini masalah yang sebenar bagi pembeli buku seperti aku. Membeli satu kegemaran tetapi membaca hingga HABIS adalah satu perkara yang menyeksakan. Ada antara buku yang dibeli adalah nukilan yang telah difilemkan. Akhir cerita bagi buku seperti ini pasti aku ketahui namun bukan dari bacaan dari tontonan movie. Ada yang akan kata jalan ceritanya pasti tidak sama sebab ada plot yang diceritakan dengan jelas dalam buku dikaburkan, dipendekkan dan ada juga yang hilangkan. Yang penting endingnya sampai. hehehe

Apa jadi dengan KOLEKSI Buku ku?

Ada yang sudah bertukar tangan. Semoga pemilik baru punya kekuatan untuk menghabiskan bacaan yang tertangguh dek pemilik lama. Ada juga dah tersimpan elok dalam perpustakaan awam. Dari disimpan sendiri tanpa pembaca, moga ada pahala yang sampai hasil bacaan insan-insan yang rajin.

InsyaALLAH.

Sekian.

Sunday, December 16, 2018

MR KOLESTROL

Hari ini dilanda migrain yang agak teruk. Bangun pagi tak daya nak layan sakit denyut kepala. Jadi ambil keputusan teruskan berbaring sambil bubuh minyak angin. 

Ini lah salah satu punca datang dari kolestrol yang tinggi selain mungkin beberapa faktor lain yang penyebab. Dan kerana ini juga lah, rejim lawan kolestrol yang dimulakan perlu diteruskan secara berterusan. Hari-hari sebaiknya. Tanpa ada CHEAT DAY lagi dalam exercise dan makanan.

Seminggu ni dah start on OAT semula. Enam bulan lalu dah mula tetapi on off. Sekarang nampaknya kena mula semula tanpa off day. Pasal OAT ni pun macam2 cara boleh makan. Kalau beli dipasaran rasanya ada dua jenis satu instant boleh terus rendam dalam air dan satu lagi yang perlu dimasak. Bagi manusia yang super busy macam saya, type yang instant menjadi pilihan. Senang dan cepat. Harap khasiatnya sama dan baik untuk saya. Ada yang suka makan macam makan bubur, masak dengan air panas campur dengan susu, letak strawberi letak pisang. Ada pula yang suka makan sejuk. Blend oat dengan kurma, susu dan ais. Ada yang letak pisang atau buah yang sesuai. Sedap juga dan saya amalkan sebagai sahur sepanjang Ramadhan yang lalu. Tetapi sekarang punya lah nak cepat dan segera, saya cuma ambil oat dengan susu. Sekali pagi sebagai sarapan dan sekali lagi malam. 5 sudu oat dicampur dengan susu segar sejuk. Simple. Rasanya boleh tahan. Mungkin awal2 rasa tak selera nak telan namun dek kerana nak sihat dan baik dari kolestrol ku telan jua.

Dan hari ini ada yang mula menggelar ku MR KOLESTROL. Macam tajuk sebuah drama dahulu CINTA KOLESTROL. Menarik nama ini, boleh buat tajuk BUKU PERTAMA. Harap nama ini hanya sebagai pemangkin untuk jadi lebih baik dan sihat. Gelaran yang perlu dihilangkan dalam masa terdekat. Semoga saya MR KOLESTROL dan RAKAN2 sekolestrolku ini terus berjuang untuk sihat demi keluarga yang perlu dijaga, demi diri sendiri yang masih banyak hajat dan impian yang belum dicapai.


Saturday, December 15, 2018

Koleksi Dan Hobi

Koleksi vs Hobi —-> Bila ada hobi selalunya wujud koleksi. Apa jua hobi WAJIB berkoleksi. Kalau dahulu, zaman 80an menyimpan dan mengumpul setem adalah pilihan hobi murid sekolah rendah dan menengah. Ada juga sang dewasa yang teruja jadi pengumpul. 

Percaya atau tidak LELAKI yang mempunyai HOBI adalah lelaki yang selalu dimarahi ISTERI. 

Bagi wanita hobi dan koleksi adalah suatu yang membazir dan menyepahkan rumah. (Yang dia kumpul hand bag tu boleh pula). Sedangkan bagi LELAKI, hobi adalah anugerah masa yang diisi dengan suatu perkara yang mereka percaya mendatangkan kebaikan dan kekadang menghasilkan keuntungan.

Macam SAYA - kumpul koleksi kereta mainan. Bermula dengan beberapa buah kereta comel bersaiz 3 inci berjenama HOT WHEELS hadiah dari rakan sekerja. Mamat ni la peracun utama saya memulakan koleksi dan menjadikan ia satu hobi. Bermula dengan percuma dan saya mula membeli dan terus membeli. Hingga muncul amaran2 awal dari sang isteri bila melihat koleksi tidak terurus dengan baik. Ada yang dalam kotak ada yang bawah meja dan ada juga yang masih dalam plastik beg. Jangan lah salahkan isteri bila mereka mula membebel... lagi2 bila dia belikan kabinet cermin IkEa buat tempat koleksi mainan saya bersusun cantik. Hehehe

Dari mula satu sehingga hari ini sudah beratus jumlahnya. Ada macam2 varian dari pelbagai jenama kereta. Honda, Toyota, BMW, Mini, Ford, VW dan macam2 lagi. Yang tiada adalah jenama Malaysia seperti Proton dan MyVi. Ada jenis kereta sedan, ada yang jenis truck ada motor, ada juga kapal terbang. Semua susun cun dalam almari. Dari satu almari kini dah ada dua. Itupun tak cukup sebab masih ada koleksi  yang duduk dalam kotak. 

BEST KE?

Percayalah anda akan rasakan satu ketenangan bila melihat, memegang, menyusun koleksi anda. Satu perasaan yang sukar digambarkan namun ia benar2 menyenangkan. Boleh jadi satu langkah dan amalan baik untuk kurangkan rasa STRESS.

MAHAL KE?

Ada yang mahal dan ada yang saya beli pada harga pasaran. Yang biasa2 boleh dapat bawah RM10 tetapi yang jenis sedikit istimewa boleh cecah ratus untuk sebiji kereta mainan. 

KENAPA BELI KALAU MAHAL?
Seronok memiliki. Dan tahu bahawa koleksi ini punya nilai yang baik. Mungkin bukan satu pelaburan yang baik namun ia mampu membantu bila berada dalam terdesak ataupun kesempitan wang. Koleksi ini punya nilai untuk dijual semula kepada penggemar kereta mainan. Koleksi saya juga pernah dijual untuk membantu insan2 yang memerlukan. Senang kata koleksi yang disimpan ada nilai ringgit yang agak baik untuk ditukarkan. 

KOLEKSI LAIN - setiap kali berpeluang ke luar negara atau ada adik beradik yang keluar negara salah satu benda wajib dibeli dan dicari adalah koleksi baju tshirt Hack Rock. Menarik bila digayakan tetapi ia lebih menarik digantung cantik dalam almari sebagai koleksi peribadi. 

Ada rakan2 yang mengumpul JENAMA. Seorang sahabat baik di Terengganu penggemar ADIDAS. Dari hujung rambut sampai hujung kaki selalunya memang ADIDAS. Sebagai peminat tegar jenama ini, beliau mempunyai koleksi cermin mata hitam, topi, kasut dan baju yang sangat menarik. Menurut beliau ada antara koleksi yang harganya boleh meningkat dari harga beli. Sahabat saya ini bersetuju bahawa koleksi seperti ini punya nilai tertentu dan mampu beri pulangan yang baik untuk diniagakan. 

Hidup ANDA akan pasti lebih menarik jika anda punya satu HOBI dan KOLEKSI yang mampu memberikan keceriaan dalam kehidupan. Bila ANDA gembira, satu KELUARGA pasti BAHAGIA.

Cubalah!

Thursday, December 13, 2018

PT3 2018 - Tahniah ANDA berjaya NAIK Tingkatan EMPAT

Hari ini PENUH berita tentang ANAK2 dan PT3. Seronok dan tumpang gembira dengan berita kejayaan anak2 sahabat. Ada yang WOW.. semua A's.. Ada juga yang 1 je B lain A. Ada juga yang 2 je B lain A belaka. Macam2 ada.. apapun TAHNIAH buat anak2 yang telah BERUSAHA GIGIH. 

TAHNIAH juga buat IBUBAPA yang hebat. Kalau tak dek kerana IBUBAPA... ada yang GARANG dan TEGAS... ada yang baik namun TETAP TEGAS.. 
IBUBAPA ni macam2 cara nak buatkan anaknya rajin belajar. Ada yang hantar tuisyen.. ada yang DUK NGADAP dan ajar sendiri. Ada yang panggil PERSONAL TEACHER datang rumah. 
Itu lah namanya PENGORBANAN. Anak2 ingat tu...

Tahniah atas kejayaan anak2 anda. Kejayaan mereka juga kejayaan anda. 

Walau apapun KEPUTUSAN mereka... PERCAYALAH... anak2 ini telah berusaha sebaiknya. 
Logik akal.. TIADA siapa yang berusaha untuk GAGAL. 
Dan Tidak ADA orang yang suka akan KEGAGALAN. Tetapi inikan namanya REZEKI..

MUNgkin belum REZEKI anak2 ini... belum lagi... bukan sekarang...

InsyaALLAH... telah tertulis REZEKI mereka. Berusaha dan berdoa.. 
Tawakal kepada yang MAHA ESA.. 

Jangan PUTUS ASA.. ini baru permulaan kehidupan... mungkin belum suku perjalanan. Baru nak bermula. Langkah lah dengan berani. Jatuh sekali belum tentu jatuh terduduk selamanya.

APA JUA keputusan...

ANDA TETAP HEBAT...

dan 

BERJAYA ke TINGKATAN EMPAT.


Saturday, December 8, 2018

Cheat Day

Cheat Day - pernah dengar? Adoiiii dah dua hari kantoi. No exercise at all. Jahanam. Rasa naik seinci tang perut. Makan tanpa diikuti exercise. Satu amalan yang TIDAK HARUS diikuti oleh rakan2. No GOOd.

Hari cuti agak mengelirukan. Terlupa bahawa senaman tidak sepatutnya ikut bercuti. Cuti dari bekerja bukan cuti dari melakukan senaman. Maafkan ku kawan. Gagal dua hari. Semoga esok diberi kekuatan dan semangat untuk sekurang2 nya 30 minit senam.

Memulakan telah dilaksanakan. Mengekalkan sedang diusahakan. Tampak lebih sukar dari yang difikirkan. 

Esok niat pulang ke kampung. Set baju seluar dan kasut siap sedia dalam boot kereta. InsyaAllah akan digunakan esok sebaiknya. Tidak lagi bertangguh. Tidak lagi mengelat. No more cheat day. Aminnnnn...

Thursday, December 6, 2018

Rejim Lawan Kolestrol 2

Jom sihat diteruskan lagi hari ini. Program tidak berjadual ini cuba dilaksanakan secara berterusan bersama sekumpulan geng yang setuju bahawa kolestrol itu sangat jahat.

Hari ini aku, ijan, shah dan rizal masuk gym. Bagi aku orang baru dengan aktiviti gym agak kekok apa yang perlu dilakukan dahulu. Hendak bertanya rasa pelik. Jadi lebih banyak memerhati rakan2 lain buat KERJA. 

Antara ramai2 RIZAL nampak sistematik sikit hahaha. Almaklum sebagai pegawai belia dan sukan sudah tentu dia sudah dididik dengan ilmu asas senaman. Orang KBS kalau tidak tahu tentu pelik bukan. 

Ikut pemerhatian, regangan sebagai aktiviti pemanas badan. Bila sudah beberapa kali ke sini, rasanya kegiatan itu tampak WAJIB bagi elakkan otot dan sendi sakit selepas menjalankan aktiviti.

Beginner macam aku masih banyak perku belajar. Setiap alat dan peralatan yang ada di dalam gym ada kegunaan yang berbeza. Syukur cara menggunakan alatan JELAS ditunjukkan pada setiap alatan tersebut. Jadi tidak lah nampak bodoh bila hendak menggunakan HaHaHa

Aku paling suka kayuh basikal. Reset untuk 15 minit dan mula mengayuh. Peluh mengalir macam mandi. Lencun baju, nasib kali ini sudah bijak bawa tuala kecil buat lap peluh yang menjurai. Cukup 15 minit mesin ini menunjukkan aku telah berkayuh sejauh 1.6 km. Jauh tak?? Tapi serius terasa penat terutama otot kaki.

Sit up 10 kali setiap set. Aku buat 3 set. Masuk set last, rasa macam2 hendak keluar semula HaHaHa kemudian tarik besi angkat besi tolak besi. Dan last sekali acara wajib bagi geng gyn ku adalah BERGAMBAR. Tengok lah nanti gambarnya ye. Bergaya atau tidak?? Ha Ha Ha


Wednesday, December 5, 2018

Jom MEMANJAT

Hendak seribu daya... Tak hendak macam2 la alasan kau beri... YE tak?
HaHaHaHa

Semalam cuaca nampak cerah... lalu satu keputusan diambil untuk mencari kelainan dari sebelumnya. KAMI (berdua je pun) decide nak MEMANJAT.

Lokasi PEMANJATAN adalah berdekatan dengan tempat KERJA. Jarak memandu 8 minit bersamaan dengan 4.4 km. Tak jauh pun. Dan memang LOKASI feberet orang Port Dickson keluarkan peluh. 

Kalau rujuk kepada GOOGLE MAPS lokasi tersebut namanya 
CAPE RACHADO.

Sebuah rumah api yang mempunyai pemandangan hutan dan laut.

Tapi kami selalu panggil tempat tu. Rumah api Tanjung TUAN je. Ikut alamat rumah api ini adalah berada di MELAKA bukan Negeri SEMBILAN. 


Sedikit INFO BERKENAAN CAPE RACHADO:

Cape Rachado, juga dikenali sebagai Tanjung Tuan, adalah tarikan alam sekitar 18 km ke selatan dari bandar Port Dickson. Tambak bukit ini merupakan hutan simpan yang diwartakan dan tempat perlindungan hidupan liar, dengan beberapa pantai tersembunyi, paya bakau paya bakau dan sebuah rumah api bersejarah di puncak. Ditadbir oleh negeri Melaka, Cape Rachado juga menjadi tempat tumpuan burung kegemaran, terutamanya semasa musim migrasi raptor.

Anda hanya boleh berkhemah di sini untuk bermalam dan selain pilihan penginapan hotel yang sesuai boleh didapati di Blue Lagoon yang terletak berhampiran. Pelawat boleh mendaki melalui hutan dan melalui lereng bukit untuk sampai ke pantai yang terpencil - masing-masing dipenuhi dengan karisma semulajadi dan pemandangan istimewa.

Cape Rachado dinamakan sempena perkataan Portugis untuk 'Broken Cape'. Selepas menakluk Melaka, pasukan penjajah Portugis membina sebuah rumah api pada puncak pada 1528, untuk menunjuk arah kepada kapal-kapal yang ingin ke pelabuhan dan ia juga digunakan untuk memerhatikan kapal-kapal musuh. Mercu sejarah ini masih berdiri di sini hari ini, tetapi dengan peningkatan moden dan pemancar radar yang bersebelahan yang dapat dilihat pengunjung.

Dari puncak, pelawat mempunyai pemandangan laut yang menakjubkan, bersama dengan pemandangan hutan yang subur di bawah dan kelebihan granit yang indah di sepanjang pantai. Garis besar Sumatera yang berdekatan juga dapat dilihat pada hari yang sangat jelas. Laut-laut di sini juga merupakan tapak penting pertembungan angkatan laut antara pasukan Belanda dan Portugis pada tahun 1606.

Pintu masuk ke Cape Rachado bermula selepas Blue Lagoon, bersebelahan dengan Ilham Beach Resort. Jalan berturap berterusan sehingga mercu Rumah Api. Pada waktu petang, jalan mendaki ini sering dikunjungi oleh peminat samada berjalan atau berjogging. Dari rumah api, pelawat boleh meneruskan perjalanan melalui laluan hutan yang membawa kepada pantai tersembunyi, yang paling popular ialah pantai yang menghadap Pulau Intan.

Satu lagi laluan popular adalah Batu Putih, kawasan pandangan yang menghadap ke garis pantai PD. Perhatikan serangga, mamalia dan burung semasa anda melangkah ke hutan, kerana kawasan ini agak kaya dengan hidupan liar. 

OK sambung cerita....

Masa hendak mulakan perjalanan cuaca memang cerah. Selepas membuat pembayaran RM1 seorang di kaunter masuk, perjalanan mendaki pun bermula.

Lepas 5 minit baru teringat nak ON apps Run Tracker. 

Memang mengah bagi yang belum biasa mendaki. Tetapi pemandangan hijau dengan sekali sekala disakat serangga dan binatang kecil membuatkan perjalanan ini penuh senyuman.

Untuk sampai ke Rumah API Tanjung Tuan hanya memerlukan kurang dari 15 minit perjalanan dengan TAHAP KESUKARAN level RENDAH. Hahahahaha 
Walaupun memang mengah penafasan sebenarnya.

Ada DUA pilihan.. 
1. Jalan menuju BATU PUTIH
2. Track HUTAN menuju Pantai TERSEMBUNYI

Memandangkan hari masih awal petang dengan cuaca yang masih panas berbahang, perjalanan diteruskan ke PANTAI tersembunyi. Ini serius kali pertama. Memang tak pernah jejak laluan ini. Selalu nampak abang2 ASKAR je duk berlari guna track ini. 

Sedia maklum yang memang tak se FIT abg2 askar tetapi semangat nak tumpaskan kolestrol menjadi pemangkin untuk mencari pantai tersembunyi ini.

Track hutan yang disediakan nampak selamat digunakan dengan tangga dan pemegang tangan di sepanjang perjalanan (kawasan yang tampak bahaya). Sepanjang perjalanan, laluan nya meneruni bukit. Ada yang agak curam tetapi ada tangga yang disediakan. 

HARUNG.. dan akhirnya sampai.
Sakit lutut membawa badan yang makin membesar. 

BETUL ke ada PANTAI tersembunyi??

IYE

Memang ada. Air jernih. Cantik. 


CUMA... agak kotor. Banyak botol2 dan sampah makanan ditinggalkan merata-rata. 
Niat dihati satu hari nanti akan dibawa team CSR bersihkan pantai ini.
Geng Wataniah/PISPA/RELASIS/Pengakap/PanduPuteri siap sedia ye. Nanti kita datang ramai kasi bersih ini tempat.

Apapun, misi lawan kolestrol akan diteruskan. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan secara berterusan bersama rakan2 yang punya KOLESTROL tinggi.

Jom SIHAT. Jom SENAM. JOM punah KOLESTROL.



Tuesday, December 4, 2018

REJIM lawan KOLESTROL

Rejim lawan kejahatan kolestrol telah dilancarkan bermula semalam.

Rupa-rupanya, ramai rakan2 sepejuangan juga telah di serang kolestrol tinggi tanpa sedar. Almaklum ramai mangsa adalah orang sukan berbadan kecil. Macam tidak percaya kan.

Kolestrol bukan lagi hak milik kekal orang2 BESAR. Ia boleh dimiliki oleh semua lapisan masyarakat terutamanya yang KAKI MAKAN.

Jom la panjat Tanjung Tuan : TAK MAU LAH TINGGI PENAT. BAHAYA LUTUT TAK KUAT

Jom la joging : ALA BOSAN NAMPAK BANGUNAN POLI (Dah diajak joging dalan kawasan) LAGIPUN JALAN RATA TAK MENCABAR.

Jom berenang Teluk Kemang : PANAS WEI. MELEKIT BADAN. 

Jom kayuh basikal : SAKIT PUNGKOQ. BASIKAL PUN TIDAK CUKUP UNTUK SEKUMPULAN AHLI YANG BERMINAT.

Ini lah alasan2 yang timbul untuk berkata tidak pada exercise. Bukan sebab malas. Cuma kurang semangat. Hendak buat perkara MUSTAHIL (exercise consider MUSTAHIL) sebaiknya perlu BERKAWAN. Baru seronok. Baru enjoy. Sebab ada geng. Boleh bahan kawan2. Boleh gelak2 sama2. Dalam ramai2, masing2 punya hobi masing, punya minat yang berbeza. Ada suka berenang sebab senang terapung, ada yg suka berbasikal, ada yg suka jejalan je, ada juga yang suka berlari dari masalah. 

Apa yang perlu dan yang paling penting adalah MEMULAKAN SESUATU. 

Bincang panjang2 selalu jumpa jalan buntu. 
Bila punya pilihan acara, pilih lah satu untuk MEMULAKAN. Kawan2 yang lain support ketat2. Next session kita follow hobi kawan yang lain pula. 

Semalam?

KAMI pilih gym sahaja. Yang suka kayuh dapat kayuh, yang suka berlari cemerlang atas track larian, yang suka mencabar dah cuba angkat berat depan cermin. Memang nampak lain. Kacak selalu. 

Syukur saya dan rakan2 telah MEMULAKAN sesuatu yang sukar. Semoga berterusan ye kawan2. Semoga saya juga dapat berterusan menulis buat bacaan suka suki kawan2 yang lain.

Terbaikkkkkk.


Monday, December 3, 2018

Kolestrol Ku Tinggi

Encik ni tidak makan ubat ke? Marah Dr bila melihat bacaan kolestrol ku hanya turun sedikit dari pemeriksaan 6 bulan yang lalu. Total kolestrol turun sedikit tetapi kolestrol jahat naik. 

KANTOI aku makan ubat dengan culas. Hari ini makan, esok lusa rehat ubat... pastu makan balik.
Kalau ikut dose kena makan satu biji sehari setiap malam. 4mg. High dose kata Dr.

Ada EXERCISE?

Tentu lah ada!

Tetapi... 

Tidak lah hari2 saya exercise. Macam makan ubat juga. Hari ini saya exercise... lepas tu rehat seminggu. HEHEHE Kekadang joging.. tetapi nak dapat 5km punya lah jenuh. Kekadang panjat rumah api tanjung tuan... Itupun bila ada kawan2 meneman. Nak naik seorang terasa pelik pula.

Seminggu sekali dapat lah main bola. Join KEBAS dalam liga ALUMNI. Itupun terasa hina bila nak kejar pemain lawan macam siput. Jauh berbeza dengan prestasi lalu. Kena terima HAKIKAT... AWAK dah GEMUKKKKKS

Gemuk kalau sihat mungkin bagus tetapi bila gemuk dengan kolestrol tampak BAHAYA.

RISAU?

Mesti lah beb.

Apa pesanan DR tadi?

Dr pesan... Ubat kena makan. Makan kena jaga. Elakkan lemak, elakkan makanan berminyak... makanan goreng2 jangan sentuh... JANGAN SENTUH Udang, sotong dan DAGING. Makan nasi SEGEMPAL sahaja sekali hidangan. LEBIHkan sayur.. makan masakan yang direbus adalah yang terbaik. Piramid makanan tu kena follow. Jangan main bedal je.. Kalau ada pilihan antara AYAM, DAGING dan IKAN. Pilihlah IKAN...

Dr juga pesan kena SENAM setiap HARI bukan sekali kala. Buat setiap hari sekurang2nya 1/2 jam tanpa henti. Buat kerja rumah seperti basuh kereta, siram pokok tidak dianggap bersenam. 

Dr, apa exercise yang mudah?
Dr jawab.. jogging, berbasikal atau main gym.
Yang penting KONSISTEN...

Kalau KOLESTROL tinggi... 
BAHAYA

Boleh sumbat salur darah semua. Nanti strok.. bahaya untuk JANTUNG juga.
bahaya kan??

Awak makin tua... bukan makin muda... MAKAN sudah kena JAGA.. EXERCISE kena selalu. Banyak benda sudah tidak boleh makan. Walaupun sedap kena elakkan. Sekali sekala boleh agaknya. Buat lepas rasa.. Buat hilang rasa kempunan.

Ramai yang kata... "EH awak ni kan KURUS macam mana boleh ada KOLESTROL"
Kolestrol TIDAK KENAL berat badan sekarang. Dia boleh menyerang sesiapa. Kolestrol bukan hanya ada pada orang GEMUK. Yang kurus cekeding pun silap2 ada. 

Semua orang ada KOLESTROL samada tinggi atau rendah.. samada yg baik atau jahat.
Macam mana nak tahu jahat ke baik atau tinggi ke rendah??

PERGI LE PERIKSA dengan DR
Dia ambil darah dan dianalisis... cukup dua tiga hari sudah boleh tahu jawapan.

JOM jaga kesihatan.. JOM SIHAT...

Blog Baru

Blog Baru

Semangat baru... penulisan akan bermula.
Janji permulaan - satu hari satu entree... tapi inikan janji manusia. 

Bukan mudah tetapi tidak sukar.. semoga penulisan akan datang lebih matang.. lebih bermakna.. lebih segalanya. Moga ada kebaikan datang dari penulisan. 

KENAPA BARU?

Kerana cuba mencari kelainan.. lari kebiasaan..

InsyaALLAH

Ceramah 6/8/2024

 Unsur manusia 1. Jasad - makan baik2. Minum yang halal.  2. Roh - solat 5 waktu 3. Akal - didik akal dengan ilmu manfaat  4. Hati - bahagia...