Walaupun subjeknya jauh menyimpang, namun teknik perlaksanaan yang diperolehi dari bengkel tersebut banyak membantu. Yang pasti hampir kesemua mereka tersenyum melaksanakan tugasan.
Topik 2 kelas Usahawan adalah berkenaan dengan Idea dan Peluang Perniagaan. Tugasannya mudah, setiap kumpulan perlu mencari perniagaan yang sesuai dan menarik untuk mereka kendalikan sepanjang semester.
Dalam mendapatkan idea perniagaan yang berkesan, aku kongsikan 3 kaedah yang perolehi pada hari Ahad yang lalu.
1. KJ Method
2. Kaedah Jigsaw Maklumat (Google)
3. Kaedah Sembang Teh Tarik
Melalui aktiviti brainstoming di dalam kumpulan, hasil yang diperolehi agak memuaskan. Dan yang mengujakan aku, perbincangan dalam kumpulan nampak rancak dari kebiasaan.
Dan diantara 3 kaedah di atas, Sembang Teh Tarik lebih diminati para pelajar. Mereka teruja menantikan komen dan maklumbalas dari rakan Facebook dan Instagram. Bila mereka tersenyum, aku tahu bahawa mereka sudah terima komen pertama dan seterusnya.
Walaupun ada antara mereka yang memberikan komen buat rakan sendiri, namun objektif untuk mereka mempelajari kaedah mendapatkan sumber maklumat berjaya dicapai dengan jayanya.
Bagi seorang tenaga pengajar, adalah sangat membahagiakan aku bila melihat anak didik tersenyum dan gembira bila menuntut ilmu lagi2 dari GURU yang garang seperti aku.
Tak lokek ilmu, takkan hilang ilmu diberi. Akan ku gali lagi ilmu buat dikongsi bersama mereka yang perlu. Moga bermanfaat buat semua.
Rakan2 yang mahu ilmu 3 kaedah ini, boleh PM ye. InsyaAllah akan dikongsikan sebaiknya nanti.
No comments:
Post a Comment