Saturday, January 26, 2019

Bila Nama Kau Sama

Dulu zaman sekolah, aku berkongsi nama pertama yang sama dengan beberapa rakan satu sekolah. Nama budak2 zaman itu selalunya ada dua perkataan (nama), bukan macam budak sekarang nama panjang sampai penuh dalam kad pengenalan.

Jadi bila kau ada nama yang sama selalunya nama gelaran akan muncul bagi menggantikan nama sebenar. Ini bertujuan bagi mengurangkan kekeliruan dan kesilapan identiti lagi-lagi kalau melibatkan kes disiplin. Takut cikgu sebat Azizul yang salah. 

Azizul Azrin - Copot 
Azizul Tajudin - TJ
Azizul Mansor - Siong
Azizul Hisham - Sham

Hari ini, birthday salah seorang Azizul di atas dan yang bestnya ada rakan yang wish birthday buat ku. Ini mesti kes save nama kami AZIZUL sahaja. Hehehe 

Apapun terima kasih atas doa dalam ucapan tersebut wahai sahabat ku. 

Joyazrin - Lama tak menulis.

Sunday, January 20, 2019

5 Perkara JANGAN BUAT Selepas MAKAN

Untuk abang-abang dan sis-sis yang sedang menjaga diet untuk kurus, ada 5 perkara perlu elak anda buat selepas mengambil juadah makanan.

Pertama - Jangan makan buah-buahan. Orang kita selalu jadikan buah sebagai makanan pencuci mulut sedangkan yang sepatutnya buah-buahan adalah lebih sesuai jadi makanan pembuka selera. Ambil buah-buahan sebelum makanan utama. Baru betul caranya.

Kedua - Jangan minum teh kerana ganggu zat besi. Kalau sudah peminat tegah teh, mohon tunggu sejam selepas makan untuk menikmati teh.

Ketiga - Jangan merokok. Rokok memang tidak bagus untuk kesihatan. Adalah lebih baik, anda berhenti terus dari merokok. Sambutlah saranan kerajaan untuk bebas rokok dan jadi lebih sihat. Geng perokok confirm payah hendak buat perkara ini. Abam tahu lah sebab abam bekas perokok tegar. Paling best hisap merokok adalah selepas makan dan sewaktu membuang.

Keempat - Jangan terus berbaring atau tidur sejurus selepas makan. Semua maklum sihat orang kenyang, pasti mata jadi mengantuk. Bentuk badan yang berbaring tidak bagus untuk proses penghadaman yang baik. Sebaiknya badan berposisi tegak selama dua jam sebelum anda tidur atau berbaring.

Kelima - Jangan bersenam sejurus makan. Bersenam memang bagus tetapi tidak sejurus selepas ambil hidangan berat. Takut termuntah semula semua benda yang baru makan. Dan memamg tidak bagus untuk kesihatan. Ambil lah waktu rehat dahulu, bersenam lah selepas dua jam ambil hidangan berat. Bersenam memang baik cuma perlu pada waktu yang betul bagi memberikan tindakbalas maksimum kepada tubuh badan.

Jom kongsi.

Kredit to AIA MALAYSIA

Joyazrin Menulis.

Saturday, January 19, 2019

Hanya Selepas 11 Tahun

Setiap kali aku membeli buku, akan aku tulis tarikh di penjuru buku sebagai tanda kenangan. Dan ada satu buku berada dalam koleksiku, “Menjadi Penulis Jutawan” tulisan Nimoiz TJ yang aku beli pada 18 Sept 2007. 

Kenapa aku beli?
Sudah tentu aku punya kemahuan yang tinggi untuk menjadi seperti penulis-penulis hebat. Sebagai langkah permulaan, aku merasakan buku ini sesuai untuk aku jadikan pemangkin untuk berjaya. Cuma aku punya satu masalah yang tidak elok dijadikan contoh. Aku suka membeli tetapi selalu gagal membaca hingga habis.

Percaya atau tidak? Buku hebat ini akhirnya  berjaya aku habiskan pada hari ini. Hanya selepas lebih dari 11 tahun aku mulakan bacaan perkataan pertama. 

Mungkin... kalau aku baca buku ini 11 tahun yang lalu, aku sudah punya beberapa judul hebat selaku penulis. Itu kan mungkin, angan-angan kalah Mat Jenin. Pasti ada yang kata, aku telah kerugian. Benar aku banyak rugi dalam menunggu. Ada kemahuan sahaja tidak mencukupi. Ia perlukan tonik hebat dipanggil kegigihan. Dan tidak ramai punya elemen hebat ini dalam diri.

Bak kata penulis buku ini, banyak halangan dalam menulis dan halangan sebenar adalah diri sendiri. Macam-macam alasan direka untuk tidak memulakan sesuatu. Tiada idea, tiada masa dua isu yang selalu jadi alasan kukuh untuk berhenti seketika. 

Penulis buku ini nasihatkan aku, tulis yang kecil hingga siap adalah lebih bagus dari bercita-cita menulis yang besar tetapi tidak pernah sampai siap. 

Idea ada kala jadi musuh. Jauh pergi dari minda, jadi kosong. Tetapi ada waktu ia jadi sahabat terbaik, sentiasa disisi sehingga jadi keliru mana yang perlu dijadikan nombor satu. 

Menulislah dan jangan berhenti. Otak yang kerap diasah dengan menulis akan menjadi lebih tajam seperti pisau. Ada yang hebat menulis dalam suasana sunyi dan memilih mengasingkan diri dalam bilik sendirian. Ada pula yang perlukan pencetus suasana riang dan menjadikan lokasi indah seperti tepi pantai ataupun shopping mall yang meriah untuk mencari ilham. Dan ada yang suka menulis dalam tekanan, kerana ia seperti satu paksaan dan tiada jalan keluar sehingga penulisan selesai.

Apapun cara, pasti ada hasilnya. Yang penting kemahuan perlu disertakan dengan usaha yang gigih dan tidak jemu. Jangan takut kepada komentar insan-insan yang membaca nukilan. Kerana sekurang-kurangnya, kita tahu bahawa tulisan kita ada pembacanya.

Demikianlah sedikit sebanyak aku kongsikan ilmu yang diperolehi dari buku yang umurnya dalam pemilikan ku sudah lebih 11 tahun. Pencetus untuk aku terus menulis, kembali menulis dan mencari peminat.

Joyazrin

Wednesday, January 16, 2019

Makanan Tinggi Kolestrol

Meh ku kongsikan satu senarai panjang makanan yang perlu dijauhi kerana dipercayai mengandungi kolestrol tinggi. Bertabah lah untuk aku dan rakan seperjuangan menjauhi makanan-makanan ini demi kesihatan yang baik.
  1. Hati lembu
  2. Hati ayam
  3. Telur itik
  4. Telur puyuh 
  5. Udang
  6. Telur ayam
  7. Ikan bilis
Jom sihat dengan menjaga diet pemakanan. Jauhi makanan TERLARANG ini dengan memilih pemakanan sihat. Cari lah yang mudah diperolehi tetapi berkhasiat. 

Kalau ikut list aku panjang lagi sebab Aku masukkan semua hidupan laut dalam senarai WAJIB ELAK kecuali ikan.

Selamat mengelak dan jangan culas jaga makan.

Joyazrin

Monday, January 14, 2019

Aku dan Mainan (Zaman Dulu2)

Lepas asar, aku dan rakan-rakan sekampung akan berkumpul di lokasi permainan. Zaman dulu tiada taman permainan khas untuk bermain, jadi kami main atas jalan atau kawasan lapang berdekatan.

Dulu sepakat, kalau main perang-petang mesti main permainan yang sama. Dan pemilihan jenis permainan selalunya ikut musim. 

Kalau musim berangin, kami main layang-layang. 

Kalau musim panas boleh main guli, konda kondi, gasing, nyorok-nyorok, polis sentri (police and theft), tembak-tembak (peluru buah ceri), main kawin-kawin (jarang la sebab jantan ramai), main basikal, teng teng dan banyak lagi.

Kalau hujan selalu mak tidak izin keluar rumah. Jadi aku selalu kira hujan dijendela. Tetapi sekali sekali bila mak tak nampak aku keluar main hujan. Kalau kantoi confirm kena sebat tapi seronok. 

Ada waktu, bila hujan dan sempat kami berkumpul, kami main tepuk kad, main tutup oren atau main tiup batang aiskrim. Sekali sekala kami lawan labah-labah. Dulu simpan labah-labah dalam kotak mancis.

Macam dirancang, bila musim guli semua orang akan main guli. Bertaruh lah semua tengok siapa akan miliki guli paling banyak. Kalau main gasing, pakat ramai-ramai gelakkan kawan yang gasing dia pecah kena pakok. Semua akan main permainan yang sama. 

Biasalah kalau yang kalah memang kena kutuk. Dan bakal punca jadi punca air mata meleleh menahan marah sebab kalah. 

Apapun jenis permainan yang kami main, pasti akan ada gelak tawa penuh riang, meriah satu kampung. Yang menang ada hak untuk berbangga sekurang-kurangnya sehingga esok.

Dan apapun jenis permainan dahulu, ada had waktu bermain. Ada wisel penamat. Dengar sahaja azan magrib semua pakat-pakat cabut balik. Takut lambat nanti kena sesah dengan batang paip.

Semua kini jadi kenangan. Aku cuba tunjukkan beberapa permainan buat anak generasi sekarang, namun tidak timbul minat macam aku rasa dulu. Sekarang geng gajet. Semua ngadap handphone dah tak berkawan. 

Beza.. memang berbeza.
Korang rasa yang sama tak?

Joyazrin berceloteh

Saturday, January 12, 2019

Tiada Masa Exercise

Aduh! Aku busy lah. Mana ada masa hendak buat exercise. Habis kerja pun sudah dekat magrib, dah gelap bahaya nak buat aktiviti. Nanti kena sampok pula magrib2 ni. Mak aku bising nanti.

Macam-macam alasan boleh direka untuk berkata TIDAK. Memang benar ada hari yang kita benar-benar sibuk sehingga terlepas masa makan, habis kerja badan sudah lesu keletihan. Payah juga kan.

Dan inilah yang berlaku kepada aku. Dah banyak hari asyik cheat day ni. Bab makan dah boleh kawal sikit, kurangkan mana yang boleh, elak mana yang tidak patut diambil. Tetapi bab senam memang culas selalu.

Antara ramai-ramai rakan ku yang punya tahap kolestrol tinggi, ada sorang sahabat ni punya masalah yang sama. Seorang isteri dan Ibu kepada anak-anak yang sedang membesar. Tugas beliau sebagai pensyarah, buat beliau kurang masa senggang untuk diri sendiri.

Namun beliau ada jalan penyelesaian mudah kepada isu aku ini. Bila aku jawab tiada masa, beliau setuju dan beri aku satu cara untuk aku bersenam.

Apa yang beliau buat adalah - LOMPAT BINTANG (Star Jump) 20 kali pagi, 20 kali petang dan 20 kali sebelum tidur. Tidak pakai masa yang banyak untuk buat perkara ini. Janji pecah peluh. Maka ia sangat sesuai buat semua yang banyak alasan macam aku.

Dah cuba ke belum? 
Aku belum. Kejap lagi kita mula jom. Semoga bermanfaat, terima kasih sahabat.

Joyazrin Mr Kolestrol
#terusmenulis


Friday, January 11, 2019

Yang TERBAIK

Kita selalu cuba jadi yang terbaik dalam semua perkara, termasuklah dalam pekerjaan, hubungan dengan Allah Maha Pencipta, hubungan sesama manusia (keluarga/majikan/rakan/murid/jiran) dan hampir semua hal kita akan cuba lakukan yang paling sempurna.

Walaupun ada kala nampak canggung dan lompong sini sana, sebenarnya mencuba buat yang terbaik buat hati jadi puas sendiri. Mungkin ia belum capai satu tahap yang diperlukan namun usaha penting sebelum berserah.

Kekadang kita rasa apa yang kita buat sudah cukup bagus namun ia belum tentu bagus dimata orang sekeliling. Itulah adat kita sebagai manusia. Tiada yang sempurna. Kita mungkin bagus dalam perkara A tetapi rakan kita lebih bagus dari kita dalam perkara B.

Untuk dapatkan hasil terbaik dalam kehidupan, kita boleh berharap kepada insan2 hebat yang berada disekeliling kita. Mereka tidak jauh, selalu ada berhampiran. Apa yang perlu, kita meminta dengan baik. Dua tiga kepala adalah lebih baik dari satu kepala. Supaya kita tidak syok sendiri, kita perlukan nasihat dan komen rakan2. 

Jangan kita tutup pintu perbincangan dengan amarah. Bila ada yang bertanya, jawablah dengan jawapan bukan persoalan. Persoalan yang dijawab dengan persoalan sukar ditafsir maksudnya hingga mungkin timbul persepsi yang tidak enak. 

Bak kata seorang sahabat, kita kadangkala didatangkan dengan manusia yang bawa permasalahan kerana Allah nak didik kita kawal hati. Selalu lah bersangka baik pada mereka yang sedang marah, kerna mungkin masalah mereka disebalik agak berat dipikul waktu itu. Kita pula tidak sedar dan prihatin, jadi jangan tambah minyak pada apu yang sedang marak. 

Bergurau lah pada batasnya. Gelak tawa bisa segarkan hati yang sedang berduka. Temani lah mereka yang dalam kesukaran, kerana sukar yang dikongsi pasti ringan untuk dijinjing bersama.

Wednesday, January 9, 2019

KOMEN

KOMEN

Benda yang sangat diperlukan dalam menjadikan AKU lebih baik dari semalam dan kelmarin. Esok dan hari-hari mendatang kalau kita tidak dapat menerima KOMEN maknanya kita sudah selesa dengan apa yang kita miliki dan tidak lagi mahu lagi terokai peluang untuk lebih maju.

Ada komen yang memuji... tentu buat penulis mana2 pun tersenyum..
Ada yang komen membina... sangat positif..
Ada yang komen jenis kritik... kena tarik nafas dalam2 dan telan...  
dan lebih baik dikritik dari tiada langsung komen. Sebab kita tidak tahu dimana kita berada sekarang. Takut sesat jauh sangat tanpa ada teguran dan peringatan dari yang melihat dan membaca.

Ada satu komen memang menusuk KALBU. 
Buat aku jadi termimpi2... buat jadi banyak benda jadi perlahan... 

Pernah tak kalian baca semula apa yang korang pernah tulis 4-5 tahun yang lalu. Betul ke aku yang tulis ni? Bukan gaya aku rasanya? Ye ke aku yang tulis?
Ada rasa janggal bila baca tulisan sendiri walaupun kekadang terbit rasa tidak percaya bahawa lelaki kasar ini mampu mengarang.

Oh... 

Nak tahu ye apa komen cucuk kalbu tu ye.

Meh aku share.

"Tulisan awak ni masih belum boleh buat saya sebagai pembaca TERSENYUM tatkala tamat" 

Ikhlas kan bunyinya... tetapi cucuk dalam2 kan... huhu

Janji Tidak Tepati

Bila janji SEHARUSNYA ditepati.
Apapun bentuk janji.. bertulis, siap perjanjian, atau sekadar cakap mulut tetap juga ditepati.
Janji umpama kita berhutang selagi tidak ditunaikan. Dan selagi tidak ditunaikan ia seperti satu sumpahan yang menghantui kita.

Ada satu JANJI ni memang manusia selalu hadapi keSUKARan.
Tapi tidak semua manusia la.. ramai je yang baik dan tunai apa yang dikata.
Janji BAYAR HUTANG.. 
lagi2 bila si peminjam sebut "nanti ada DUIT aku bayar lah semula" 
PEH memang berjinggut. Korang pernah KENA tak?
HeHeHe

Tapi kali ini bukan nak cerita pasal janji bayar hutang tapi cerita pasal aku yang tak tunai janji pada diri sendiri. Asyik kantoi je. Apa lah yang nak jadi.
Tahun lepas janji nak EXERCISE hari2... emmm hampir ke laut nampaknya. 

Dah dekat seminggu tak bersokan ni. huhuhu.
Badan pun nampak montok je naik sini naik sana. Minggu lepas pun masa join game bola pun rasa seksa nak mengejar team lawan yang lebih gemuk dari aku. 

Apakah janji tinggal janji?

Ada DUA HUTANG besar sebenarnya yang sedang aku hadapi. Memang masalah. Kantoi besar ni. Yang pertama tadi lah, hutang janji exercise. Bab ini memang terpaksa berharap kepada rakan2 seperjuangan (Geng Kolestrol TINGGI) untuk kerap ingatkan aku tentang PERLUnya bersenam secara berterusan. Tolong GENG, please ingatkan aku. 

Hutang yang kedua... pun besar gak. Lepas join bengkel penulisan (rujuk topik terdahulu) aku diMESTIkan menghantar TAJUK BUKU dan ISI Kandungan buku tersebut. Dan sehingga hari ini aku masih GAGAL melaksanakan. Ada je benda lain, ada je alasan, ada sahaja yang buat benda ini tertangguh. Sehari ke sehari dan jadi berminggu... dan tak lama lagi jadi berbulan. Tapi percayalah wahai SIFU, aku tak pernah lupa ilmu yang diberikan. 

InsyaALLAH ada jalan nanti.

Target tetap target.

Jom lah kita mula perlahan2. Janji jadi. 

Satu buku pasal SOFBOL
Satu buku pasal KISAH POLI
dan SATU pasal KISAH AKU.

Tunggu......

Saturday, January 5, 2019

Senam Malam Turunkan Kadar Hipertensi Lelaki

Sekumpulan penyelidik daripada University of North Texas, Amerika Syarikat berkongsi hasil kajian berkaitan senaman pada waktu malam mampu mengawal kadar hipertensi dikalangan lelaki. Senaman malam lebih efektif dalam menurunkan tekanan darah tinggi dikalangan pengidap hipertensi. 

Claudia Forjaz (Ketua Penyelidik) menyatakan senaman ringan seperti berbasikal dan aktiviti aerobik beri manfaat yang baik buat kesihatan diri seorang lelaki. 

Amalkan lah senaman secara teratur bagi mendapatkan kesan terbaik dalam menurunkan kadar tekanan hipertensi dan secara tidak langsung mampu mendapatkan berat badan ideal. 


Sumber: Kesihatan Panorama, Kosmo 06/01/2019

TIPS UNTUK MEREKA BERKOLESTROL TINGGI


TIPS UNTUK MEREKA BERKOLESTROL TINGGI

Facebook posting Rabu 02 Januari 2019

Saya berumur 43 tahun dan bacaan KOLESTROL saya agak tinggi. Setiap malam saya perlu mengambil satu biji pil SIMVASTATIN 40mg yang dibekalkan oleh doctor secara berterusan.

Apa yang saya cuba amalkan adalah:
1.    Makan oat + susu setiap pagi
2.    Elakkan daging

Kemungkinan ada rakan-rakan yang seperti saya. Boleh tak share tips pemakanan dan kesihatan yang kalian amalkan untuk turunkan kolestrol terutama kolestrol jahat.
Share sikit please.

Posting ini telah menjemput ramai rakan-rakan samada pemilik kolestrol tinggi mahupun bukan untuk memberikan pandangan dan nasihat buat aku. Sejumlah 45 like dan 169 komen direkodkan bagi tujuan pengumpulan sumber berkaitan kolestrol. Terima kasih buat kalian yang tidak lokek dengan ilmu dan berkongsi dengan aku yang sangat-sangat memerlukan.

Tahukah anda bahawa kolestrol tinggi dalam darah adalah disebakan oleh cara dan pengambilan makanan seharian, berat badan berlebihan, kurang melakukan aktiviti senaman, faktor usia, keturunan dan tabiat tidak sihat seperti merokok.

Aku kongsikan semula semua cadangan dan nasihat yang dicoretkan oleh rakan-rakan FB buat bacaan aku sendiri dan semua insan yang memerlukan diluar sana. Dalam umur yang sudah jejak 40 tahun ini, aku dan ramai rakan sebaya punya masalah yang sama. Kolestrol dan kami agak sukar dipisahkan. Samada ia berkaitan dengan tabiat pemakanan atau aktiviti seharian yang tidak menyumbang kepada tahap kesihatan maksimum.

Oat + Susu Segar – Antara  yang paling banyak kali disebut dalam komen yang diterima dari rakan-rakan FB. Ada yang mengamalkan oat dan susu sama seperti aku. Apa yang amalkan setakat ini adalah 5 sudu oat (Quiker Oat) dicampur dengan segelas susu segar (pelbagai jenama) untuk sarapan pagi dan makan malam. Mungkin ada yang berpandangan oat segera (bukan 3 in 1) kurang berkhasiat namun ia antara hidangan yang boleh diterima tekak dengan baik. Pada aku ia adalah lebih baik dari tiada.

Oat Rolled – dikatakan lebih serat dari oat biasa yang memberikan kita rasa kenyang lebih lama dan boleh digunakan untuk menurunkan paras gula dalam darah. Oat jenis ini lebih tebal dan perlu dimasak sekurang-kurangnya lima minit. Untuk lebih sedap, hidangan perlu dipelbagaikan menu. Antara menu yang menjadi pilihan adalah overnite oat, bubur oat dan fitbar.

Sayur Banyakkan pengambilan sayur dalam hidangan sebagai serat yang diperlukan untuk badan setiap hari. Antara yang disebut boleh menurunkan paras koelstrol adalah brokoli, seledri, karot, bayam, kubis, tomato dan kacang soya hijau (green soy bean).

Air Masak – Pengambilan air putih atau air masak dalam kuantiti yang banyak juga dikatakan mampu membantu dalam mengatasi isu kolestrol ini. Antara amalan yang bagus untuk diikuti adalah mengambil segelas air putih sebelum makan. Ia boleh buat anda cepat kenyang dan bagus untuk diet bagi mereka yang punya berat badan berlebihan.

Air Barli + Biji Barli – Salah satu minuman alternatif yang ditulis oleh rakan FB. Dipercayai berkesan untuk menurunkan kadar kolestrol yang tinggi. Juga boleh diambil bersama lemon bagi mendapatkan variasi rasa yang berbeza dalam setiap hidangan. Cuma lemon boleh menyebabkan gastrik menyerang perut jika diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan. Barli adalah gandum yang kaya dengan fiber, vitamin, protein tinggi dan beberapa mineral penting. Pengambilan secara kosisten mampu membantu mengurangkan tekanan darah dan membantu mengawal berat badan.

Bawang Putih Mentah – Beberapa posting rakan-rakan menyatakan bahawa pengambilan bawang putih mentah juga berkesan dalam melawan kolestrol. 7 biji bawang putih mentah diambil bersama hidangan nasi setiap hari. Bawang putih bakar pula boleh dijadikan satu pilihan yang baik sekiranya anda merasakan makan secara mentah agak keterlaluan. Kandungan allicin dan aliin di dalam bawang putih mempunyai daya antikolestrol. Ia juga kerap digunakan dalam bidang perubatan kerana ia bersifat antibakteria dan antiseptik.

Minyak Zaiton – Antara makanan sunah yang punya banyak khasiat sejak 1400 tahun yang lalu. Minyak zaiton mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, disamping lemak tepu dan lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk omega 3 dan 6. Ia juga mengandugi bahan antioksidan yang tinggi serta vitamin E dan K. Tidak dinyatakan dengan jelas oleh rakan-rakan FB tentang cara pengambilan namun ada yang mencadangkan pengambilan minyak zaiton secara berterusan adalah satu yang boleh membantu mendapatkan kesihatan yang baik. Satu kajian oleh ahli sains di Jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Medical Science Monitor 2004 menunjukkan pengambilan minyak zaiton oleh 28 pesakit yang mempunyai masalah kolestrol tinggi selama enam minggu membantu menurunkan paras kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan meningkatkan kolestrol HDL (kolestrol baik).

BG22 + Lesitin atau Oat Grain 35 – Oat yang boleh dibeli dari farmasi berhampiran. Berbentuk serbuk dan rasanya tidak berapa menyelerakan tekak. Benda yang baik selalunya tidak sedap.Ada rakan yang mengambil oat ini dengan air suam dengan menggunakan shaker bagi memudahkan ia larut dalam air.

Cuka Epal Cider Vinegar – Dalam satu kajian 2012 yang diterbitkan dalam Life Science Journal, cuka epal dapat membantu menurunkan paras kolestrol dan trigliserida. Cara pengambilan yang disarankan adalah satu sudu campur segelas air suam. Ambil waktu pagi dan malam. Tambah madu sebagai perasa.

Susu Omega Plus – Boleh pilih samada yang bentuk serbuk dan perlu dibancuh atau yang siap sedia diminum dalam kotak. Harga agak sedikit mahal namun baik untuk pemilik kolestrol tinggi. Ada rakan yang mengamalkan susu omega ini diambil bersama 3 biji kurma dan 3 sudu oat sebagai hidangan sarapan pagi.

Supplement  - Antara pilihan dalam mendapatkan sumber yang baik bagi mengatasi masalah kolestrol tinggi. Kolestrol jika pada tingkat normal adalah zat penting untuk tubuh. Namun jika kosentrasi dalam darah terlalu tinggi, itu menjadi bahaya senyap yang boleh membuat orang berisiko terkena serangan jantung. Antara supplement yang dicadangkan rakan FB adalah Fish Oil dan Omega 3.

Beras Perang – alternatif buat beras putih yang aku amalkan dirumah. Menurut pakar beras perang lebih nutrisinya berbanding beras putih. Beras perang dikategorikan sebagai bijiran penuh kerana ia tidak hilang zat penuhnya setelah melalui proses penapisan ‘refining’ dan ia terbukti dapat mengurangkan pembentukan plak di arteri dan secara tidak langsung mengursangkan risiko penyakit jantung dan koelstrol tinggi. Harganya lebih tinggi namun khasiatnya bagus untuk kesihatan. Bagi mereka yang pertama kali mengambilnya pasti sukar menerima perubahan. Rasanya agak tidak berasa kerana kurang gula.

Epal Hijau – Bukan sahaja enak dimakan sebagai pencuci mulut namun epal sesuai dijadikan snek kesihatan bagi mengurangkan risiko sakit jantung dan kolestrol darah. Pengambilan dua hingga tiga biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai kandungan nutrien dan serat termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan dan kulit seseorang. Epal wajar diambil setengah jam sebelum menikmati hidangan utama kerana kandungan seratnya yang tinggi beruapaya mengisi perut dan mengurangkan pengambilan hidangan utama.
Buahan Lain – Antara senarai buah-buahan yang dapat membantu mengatasi masalah kolestrol dalam darah adalah aprikot, pear, beri (strawberi, beri biru, cranberi), anggur, betik, jambu batu dan jeruk.

Walnut dan Almond – Beli mentah dan bakar dalam frying pan. Amalkan makan 5-10 biji sehari. Almond juga boleh dibuat susu almond. Caranya 300gm almond rendam semalaman dan kisar bersama susu sehingga hancur. Selepas tapis anda boleh terus menikmati susu almond yang menyelerakan.

Ikan – Pilih lah ikan yang punya kadar merkuri yang rendah seperti mackerel, sardine dan salmon. Cara yang baik untuk hidangan ikan adalah dimasak car abakar atau stim. Elakkan yang digoreng.

Beras Parboiled (Beras Rebus) – Antara pilihan yang baik selain beras perang. Rasanya lebih menyerupai beras putih dan lebih sedap dari beras perang. Beras jenis ini adalah yang biji padinya direbus/stim terlebih dahulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Dan kaya dengan fiber dan vitamin yang menyerap ke dalam beras. Sudah tentu harganya adalah lebih tinggi tetapi berbaloi kalau hendak dibandingkan dengan harga ubat sekiranya kita jatuh sakit. Tidak rugi melabur lebih untuk kesihatan yang baik.

Buah Naga – Antara diet yang baik untuk kesihatan jantung. Merujuk kepada satu artikel kesihatan, khasiat buah naga mampu menurunkan kadar angka kolestrol dalam darah.

Jangan Itu dan Jangan Ini

Bab ini pula aku nak share perkara-perkara atau makanan yang perlu dijauhi dan dielakkan bagi membantu proses menurunkan kadar keolestrol yang tinggi dalam diri. Nasihat ini aku perolehi dari seorang doktor yang merawat ku. Dalam banyak-banyak makanan, doktor pesan untuk elakkan sotong dan udang (musuh utama). Dua makanan kesukaan aku yang perlu aku jauhi. Kalau masak sambal selalunya pasti bertambah nasi dari sepinggan ke dua atau tiga.

Doktor juga pesan elak ambil makanan laut selain ikan. Selain tidak membantu dalam isu kolestrol, makanan laut menyumbang kepada penyakit gout. Daging juga antara makanan yang perlu dielakkan. Pengambilan secara berterusan boleh menyebabkan kadar kolestrol meningkat.

Elakkan juga masakan berminyak, masakan bergoreng kerana minyak menyumbang kepada kolestrol. Mulai hari ini, jom amalkan hidangan yang dibakar atau direbus sahaja.
Doktor juga pesan untuk aku bersenam (exercise) setiap hari. Dalam erti kata bersenam yang sebenar-benarnya. Ada yang menganggap aktiviti seperti berkebun, menyapu sampah ataupun membasuh baju satu aktiviti senaman. Walaupun, aktiviti sedemikian mengeluarkan peluh tetapi ia bukan satu aktivti yang efektif bagi maksud bersenam.

Bersenamlah ikut minat kerana minat yang buat kita kekal dan gembira dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Bagi yang suka dengan air, berenanglah. Bagi mereka yang suka dengan kehijauan, boleh cuba mendaki bukit atau gunung atau sekurang-kurangnya explore kawasan hutan yang selamat. Bagi yang suka aktiviti yang simple boleh cuba berlari atau berbasikal atau masuk gym 3 kali seminggu sekurang-kurangnya. Pilih lah satu sukan untuk kesihatan diri.

Thursday, January 3, 2019

Cari Ilmu Kongsi Ilmu

Hari ini aku kongsikan kepada anak didik kelas Usahawan apa yang aku perolehi dalam bengkel penulisan yang aku hadiri Ahad yang lalu. 

Walaupun subjeknya jauh menyimpang, namun teknik perlaksanaan yang diperolehi dari bengkel tersebut banyak membantu. Yang pasti hampir kesemua mereka tersenyum melaksanakan tugasan.

Topik 2 kelas Usahawan adalah berkenaan dengan Idea dan Peluang Perniagaan. Tugasannya mudah, setiap kumpulan perlu mencari perniagaan yang sesuai dan menarik untuk mereka kendalikan sepanjang semester. 

Dalam mendapatkan idea perniagaan yang berkesan, aku kongsikan 3 kaedah yang perolehi pada hari Ahad yang lalu. 

1. KJ Method
2. Kaedah Jigsaw Maklumat (Google)
3. Kaedah Sembang Teh Tarik

Melalui aktiviti brainstoming di dalam kumpulan, hasil yang diperolehi agak memuaskan. Dan yang mengujakan aku, perbincangan dalam kumpulan nampak rancak dari kebiasaan. 

Dan diantara 3 kaedah di atas, Sembang Teh Tarik lebih diminati para pelajar. Mereka teruja menantikan komen dan maklumbalas dari rakan Facebook dan Instagram. Bila mereka tersenyum, aku tahu bahawa mereka sudah terima komen pertama dan seterusnya. 

Walaupun ada antara mereka yang memberikan komen buat rakan sendiri, namun objektif untuk mereka mempelajari kaedah mendapatkan sumber maklumat berjaya dicapai dengan jayanya.

Bagi seorang tenaga pengajar, adalah sangat membahagiakan aku bila melihat anak didik tersenyum dan gembira bila menuntut ilmu lagi2 dari GURU yang garang seperti aku.

Tak lokek ilmu, takkan hilang ilmu diberi. Akan ku gali lagi ilmu buat dikongsi bersama mereka yang perlu. Moga bermanfaat buat semua.

Rakan2 yang mahu ilmu 3 kaedah ini, boleh PM ye. InsyaAllah akan dikongsikan sebaiknya nanti.

Tuesday, January 1, 2019

Salam TIGA meter

Bermulalah satu era baru yang sangat dinanti-nantikan oleh sebilangan BESAR manusia di Malaysia.

 “Restoran Tanpa Asap Rokok/Vape”

Berita BAIK buat aku, juga mungkin berita baik buat sebilangan besar rakan2 yang lain. Dapatlah aku menikmati hidangan bersama keluarga dengan lebih tenang tanpa perlu mengibas kiri dan kanan menolak asap. 

Bukan bencikan perokok sebab aku juga bekas perokok tegar. Mula merokok seawal usia 14 tahun hinggalah berjaya hidup tanpa rokok 8 tahun yang lalu. Ayah aku, adik2 aku, sepupu2 ku, rakan2 ku dan boss2 ku juga merokok. 

Bagi mereka yang tidak pernah merokok, diselubungi asap rokok adalah sesuatu yang menjengkelkan. Aku faham apa mereka rasa. Rasa tidak gembira lagi2 apabila sedang menjamu selera bersama keluarga. 

Tempat makan seperti restoran mahupun gerai selalunya dipenuhi dengan pelbagai lapisan manusia termasuk kanak-kanak. Bagi perokok yang punya anak kecil selalunya mereka memiliki siifat sensitiviti yang lebih tinggi kerana pastinya mereka tentu tidak suka anak kecil mereka diselubungi asap. Jadi apabila mereka merokok mereka akan sedikit prihatin dengan orang sekeliling. 

Aku pernah lihat ada rakan2 yang berhenti merokok serta merta bila ada kanak2 berada berdekatan. Itu namanya prihatin. Aku suka dengan situasi sebegni. Kalaulah semua perokok punya nilai seumpama rasanya tiada keperluan untuk kerajaan membuat peraturan 3 meter ini. Hehehe

Cuma dalam ramai2, pasti ada yang lain dari yang lain. Mungkin bilangannya kecil dari sebilangan besar populasi perokok2 tegar Malaysia. Mereka yang tidak ambil peduli orang sekeliling. Hembus tanpa tengok kiri kanan. Kalau dijeling pun akan buat tak tahu sahaja. Seperti dunia ini ana yang punya.

Bermula hari ini, 1 Januari 2019, jarak 3 meter dikuatkuasakan. Walaupun ada dilaporkan dalam media ada yang masih berdegil dengan tabiat ini namun bilangannya makin berkurangan. Penguatkuasaan pada peraturan ini perlu dibuat oleh pihak berwajib bagi mencapai objektif bebas rokok di premis menjual makanan. Semoga apa yang diusahakan ini, mampu mengubah kualiti kehidupan yang lebih baik dan sihat buat semua.

Dengar khabar, sudah ada sekumpulan perokok telah mengambil tindakan perundangan. 

Kita tunggu dan lihat. 

Ceramah 6/8/2024

 Unsur manusia 1. Jasad - makan baik2. Minum yang halal.  2. Roh - solat 5 waktu 3. Akal - didik akal dengan ilmu manfaat  4. Hati - bahagia...