Tuesday, October 27, 2020

HDL vs LDL

 

Apa beza HDL dan LDL?

HDL

HDL dianggap sebagai kolesterol baik kerana ia berfungsi mengangkut kolesterol ke dalam organ hati. Ia kemudiannya di buang ke dalam kantung hempedu, sehingga tubuh bersih dari kelebihan kolesterol. Kolesterol jenis ini mencegah penumpukan plak, melindungi arteri dan mencegah badan kita daripada penyakit kardivaskular.

Memetik kajian Harvard.edu, kadar HDL normal adalah lebih tinggi dari 55 mg/dL untuk wanita dan 45 mg/dL untuk lelaki. Semakin tinggi angka kolesterol HDL maka semakin rendah risiko anda terkena penyakit jantung, penyakit pembuluh darah dan juga strok.

LDL

LDL pula dikenali sebagai kolesterol jahat kerana peranannya mengangkut kolesterol dari organ hati ke sel-sel yang memerlukan. LDL mengandungi lebih banyak lemak daripada HDL. Jadi semakin banyak jumlah LDL ia boleh mengganggu kesihatan badan. Antara sebabnya adalah kerana LDL menempel di dinding arteri sehingga membentuk plak.

Penumpukan plak ini kemudian menjejaskan aliran darah dan oksigen ke organ utama badan. Lalu ia menyebabkan berlakunya kekurangan oksigen pada organ atau arteri. Ini sekaligus menjadi punca penyakit buah pinggang atau penyakit arteri perifer, serangan jantung atau strok.

Semkain rendah angka LDL semakin baik. Kadar yang baik dalam darah adalah kurang daripada 130 mg/dL jikaanda tidak mengidap penyakit aterosklerotik atau diabetes.

Penyebab LDL Tinggi

Penyebab kolesterol jahat atau LDL tinggi adalah:

·        Diet tinggi lemak

·        Obesiti

·        Kurang melakukan senaman atau bergerak

·        Faktor genetic

·        Ketagihan alcohol

·        Merokok

·        Kencing manis

Sumber makanan HDL

·        Ikan salmon, tuna, mackerel dan cod (Omega-3)

·        Minyak zaiton, bunga matahari

·        Kacang walnut, gajus dan pistachio

·        Sayur-sayuran dan buah-buahan

Sumbar makanan LDL

·        Kek, marjerin dan krimmer

·        Kulit atau lemak haiwan, santan

·        Kuning telur yang diambil berlebihan

·        Minuman 3 dalam 1

·        Makanan proses seperto sosej, nugget, bebola ikan, kek ikan

·        Minyak yang diulang pakai

·        Makanan laut dan organ dalaman haiwan

·        Snek ringan (jajan)

Saturday, September 26, 2020

Family Camping CHECKLIST

CAMPING GEAR
1. Tent
2. Ground cover / tarp
3. Hammer/Mallet
4. Sleeping bags or (sheets & blankets) 
5. Sleeping pads or air mattresses 
6. Portable crib (for younger kid) 
7. Pillows and kids favourite items for sleep time
8. Flash lights and headlamps
9. Spare batteries 
10. Fire starting tinder, kindling and firewood for firepit
11. Matches or lighter
12. Camp chairs
13. Beach blanket 
14. Dustpan and broom

PERSONAL ITEMS
1. Clothing plus plenty of extras for kids
2. Pajamas
3. Jackets, hats and gloves
4. Rain jackets
5. Diapers and nappies (if applicable) 
6. Toiletries 
7. Toilet papers
8. Camp towels
9. Insert repellant 
10. First aid kit
11. Sunscreen 
12. Medications

CAMP KITCHEN
1. Camp stove and propane / butane
2. Plates, cups and utensils 
3. Cooking utensils, pots and pans
4. Pairing knife, spatula and cooking spoon
5. Tongs
6. Can and bottle opener
7. Cutting board
8. Cooler with ice
9. Reusable water bottles 
10. Foods item for meals
11. Snacks
12. Water and other drink of choice 
13. Foil
14. Sponge, dishcloths, dish towels and soap
15. Paper towel
16. Trash bags 

EXTRA AND OTHERS
1. Books
2. Camera
3. Extension wires
4. Fishing gear
5. Binocular


Thursday, August 6, 2020

Tips Gaduh Dengan Mr Kolesterol

Peningkatan risiko serangan jantung kepada orang muda amat ketara dan sebagai salah satu langkah awal pencegahan, pengurusan kolesterol perlu diberi penekanan.

Penyakit jantung kekal sebagai punca utama kematian dalam kalangan orang Dewasa - Jabatan Statistik Malaysia.

Pemakanan tidak sihat, peningkatan tahap stress, gaya hidup, merokok dan jadual kerja yang padat mendedahkan kepada risiko kolesterol tinggi dan penyakit kronik tidak berjangkit (NCD) - Dr. Beni Rusani (IJN)

Bagi memerangi kolesterol tinggi, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Dan cara ini lebih murah dari segi kos.

Namun ramai setuju, pencegahan lebih mudah diucap daripada dilaksanakan.

Cuba lah amalkan pengambilan diet yang sembang dan bersenam secara konsisten. Elakkan makanan segera.

Amalkan PINGGAN SIHAT MALAYSIA
suku-suku-separuh

Suku pertama - protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang. 
Suku kedua - karbo seperti nasi, mi, roti, dan bijirin.
Separuh - buahan dan sayuran.

JOM lawan KOLES....
KOLES jahat wei... Jahat sangat2...

Jangan KAWAN dengan Koles.

Saturday, July 25, 2020

Teknik Sembang Teh Tarik

Perkongsian Hasil Pembelajaran Bengkel Penulisan

Saya hadiri bengkel ini kira-kira 3 tahun yang lalu, waktu itu saya belum lagi menulis sebarang buku. Hanya cita-cita yang BESAR yang bawa saya masuk ke dalam sesi ilmu yang di ajar oleh sifu-sifu HEBAT.

Salah satu topik yang diajar adalah MEMBINA BAB.
Nampak mudah tapi sukar kalau tidak tahu cara dan teknik yang betul. Ia boleh dimulakan oleh penulis sendiri atau hadir dari idea pembaca atau bakal pembaca.

Dan antara kaedah yang paling saya suka dan minati dalam membina BAB adalah "SEMBANG TEH TARIK"

Kaedah ini mudah kalau kita gunakan sosial media seperti Facebook. Dalam kaedah ini, kita dapatkan idea dari pembaca bagi kembangkan idea sedia ada. Kita LONTAR persoalan dan kita LIHAT hasil dari maklumbalas pembaca.

Cakap terus terang kita hendak TULIS BUKU dan berikan mereka TOPIK untuk disembangkan. Percaya atau tidak, banyak idea-idea fresh akan muncul dari sesi sembang. 

Buku tulisan penulis terkenal Robert T.Kiyosaki iaitu "Conspriracy of the Rich" telah di 'gemukkan' melalui respon dari komen pembaca.

Cubalah.... 

Kita TABUR
Kita KUMPUL
Kita SUSUN

InsyaALLAH jadi BUKU.

Saya kongsi Ilmu CIkgu Zamri. Lepas 3 tahun saya baru tulis 4 buku sahaja. 

Cover BUKU Wajib MENARIK

Cover BUKU yang cantik dan menarik sangat PENTING kerana ia menyumbang 20% kepada jualan sesebuah BUKU.

Persepsi pembeli tentang isi kandungan sangat dipengaruhi dengan corak dan warna MUKA DEPAN BUKU.

Betul ke?

Korang suka Tulis Tajuk Evergreen atau Trending?

Evergreen VS Trending
Mana satu bagus untuk TULIS?

Evergreen - malar segar dan selalunya topik yang kita nak tulis selalu jadi topik hot dibincangkan. Jenis penulisan ini boleh kekal lama dalam pasaran bak kata sifu saya, buat sekali tetapi makan berkali-kali hasilnya.

Trend - akan selalu berubah ikut keadaan dan masa. Kalau borak pasal teknologi paling lama 2 tahun confirm ada update, dah perlu semakan semula. Ada trend tulis pasal selebriti, artis, politician. Peminat suka baca tetapi cuba cari sesuatu dari sisi berbeza bukan kisah personal nanti pembaca cepat bosan. Tapi kan kekadang cerita dalam kain juga yang panas.

Apapun korang nak tulis, teruskan menulis. Jangan lah risau tentang gaya. Konon takut tak kena dengan corak semasa. takut orang tak suka. Tapi kalau tak tulis lagi lah tak tahu potensi. 

Saya pernah baca semula tulisan saya yang saya tulis 3 tahun lepas, macam tak percaya saya yang garap dan tulis. Macam baca tulisan penulis lain.

JOM TULIS....

The Dip

The Dip - Sebuah buku yang mengajar kita bila patut kita berhenti dan bila patut kita kekal-terus-jalan.

Dikatakan MANUSIA akan mula berhenti bila mereka sudah mencapai 20% usaha.

Tiada masa - kita stop.
Duit habis - kita stop.
Jadi takut - kita stop.
Tak serius buat - kita stop.
Hilang MINAT - kita stop.

Penyataan di atas boleh kita apply dalam pelbagai perkara dalam kehidupan seharian. 

Semangat kita sangat tinggi waktu mula2 buat sesuatu perkara, pasang niat nak berjaya, cita-cita nak jadi kaya selalunya. Apapun pekerjaan kita, kita set kan diri nak jadi lebih baik dari sebelumnya. Betul kan?

Namun banyak KITA berhenti bila sampai 20% perjalanan atas macam2 alasan yang panjang kalau boleh disenaraikan.

Ada yang kata ini semua batu penghalang kejayaan, ada yang kata ini lah halangan paling getir. Kalau lepas, kita akan terima gamjaran yang paling baik.

The Dip ajar kita kalau terkekang, jangan lah berhenti tetapi cuba cari kelainan, kecilkan skop, permudahkan target. Mudah untuk kita.

Ada nanti kata kita tak bercita-cita TINGGI. Tapi kan kawan2, kalau tinggi sangat pun BAHAYA juga, sebab takut tak capai-capai apa yang kita tulis dalam sebuah impian. 

Untuk penulis baru macam saya, toksah target nak tulis tebal2 dan toksah le mimpi nak tulis laju2. Kita set minima, kecilkan skop penulisan kita. Cukuplah untuk sebuah buku dengan 45 - 60 muka surat A4 dengan guna langkau 1.5 FOnt 11 Arial. Semua ini kita cuba SIAPKAN dalam 3 bulan (1 buku). MUDAH SIKIT KAN....

Saya KONGSI ilmu CIKGU ZAMRI.

Saturday, July 11, 2020

Pesanan Acik buat Adik2...

Wahai Adik2...

Memang tanggungjawab ayah ibu beri nafkah, makan minum, tempat tinggal, pakaian dan ilmu dunia akhirat. Namun semua ada caranya. Ada batasannya.

Tidak semua kaya, tidak semua yang berkemampuan. Bersyukur lah, kau masih punya ayah dan ibu yang masih mampu memberi sebaiknya.

Belajar jangan ikut kawan. Sebab cermin kita dengan cermin dia tentu tak sama besar. Cuma cermin diri sendiri dahulu, selayaknya kita dimana? Baru boleh susun kehidupan ikut kemampuan.

Tempat belajar ada banyak jenis. Budak2 bijak pandai ada yang dapat ke luar negara, percuma je dik kerajaan payung sebab asbab bijak laksana. Ada pula yang belajar dalam Malaysia. Ada IPTA ada IPTS.

Kena tahu IPTA jauh murah dari IPTS. Ini hakikat. Bukan dongeng.

Form 6 pun pilihan yang baik bagi mereka yang tidak berpeluang ke IPT. Lepas form 6 kalau result baik, boleh masuk IPT sambung sampai Degree, Master dan PhD. Apa ada hal? Cepat dan lambat je isunya.

Ada orang bijak pesan, biar LAMBAT asal SELAMAT. Dari mengejar sesuatu yang terbeban diri sendiri. Hutang bertimbun dek kerana mengikut kehendak bukan keperluan.

Acik dulu IPTA IPTS dua2 acik MASUK. Sijil dan Diploma dengan IPT MARA. Percuma dik, semua tanggung siap dapat duit poket setiap bulan. Cuma masa tu acik suka pergi kedai mesin. Jahanam acik.

Degree dapat sambung luar negara, tapi ekonomi Malaysia menonggeng teruk masa itu. Akhirnya acik masuk IPTS. Serius mahal dik tetapi acik masuk bukan sebab ikut kawan, cuma sebab tiada pilihan masa itu. So pinjaman atas nama sendiri bukan ayah ibu tau.

Habis belajar, bayar sendiri dik. Alhamdulillah selesai sudah semuanya. Tidak juga susah sangat kehidupan. Syukur seadanya.

Pesan acik buat mu Adik2, usah lah menyusahkan ayah dan ibu. No good. Belajar lah mana2 pun janji belajar itu yang penting. Jangan ikut sangat gelojoh dihati. Rugi dik.

Okay bai.

REZEKI

Orang kata kalau dah BUKAN REZEKI kau, kau buat lah lagu mana pun, bukan HAK kau.

Tapi...

Kalau SUDAH TERTULIS... Ia pasti tidak salah alamat. InsyaAllah.

Orang la kata.. Bukan sey yang kata. Tapi sey caya je dengan kata2 di atas. Ada waktu, macam dah almost 100% confirm tetapi at very last minute boleh je kena sailang. Itu lah namanya BUKAN REZEKI.

Ada waktu pula, tanpa dijangka ada pula syarikat panggil buat kerja. Tak mencari pun, tapi itulah REZEKI.

CUMA kena ingat ada rezeki orang lain dalam REZEKI yang kita terima. So jangan lupa ringankan tangan MEMBERI.

INSYAALLAH akan diganda Yang Maha Esa.

Thursday, June 18, 2020

Kompius

Abang, minta tolong sikit... saya dari tadi cari duit kurang 8 ringgit mahu beli gas masak. (Sambil menunjukkan not 10 dua keping di tangan)... Kompius kan. 

Aku ni suka memerhati. Pakai handphone blackberry siap pecah dah casing sebelah atas. Nampak agak susah. 

Ada ketika kita tahu dan sedar, musim covid ni sebabkan ramai hilang punca pencarian dan benar2 dalam kesusahan. Namun ada juga yang ambil kesempatan, ini perlu kita akui. Walaupun bilangan yang tidak ramai, tetapi boleh jadi punca manusia jadi ragu2.

Apapun, fikir yang baik2. Hulur dan redha... Biar Allah selalu ringankan hati kita untuk bertindak baik.

Aku pandang je brader naik motor tu, agaknya dia perasan. Dia angkat tangan mungkin tanda terima kasih. Kekadang kita boleh rasa kan, samada kita sedang membantu atau sedang diperdaya. Bila rasa ringan je... lega lah rasa hati. Tetapi pernah juga rasa berat dan kelam. Tapi kali ini, memang rasa ringan.

InsyaAllah...

Monday, June 8, 2020

Cerita Duit Raya 2019

Viral pasal duit raya.. Nilai cukup mencukupi? Bukan syarat sah wajib berhari raya pun kan.

Teringat zaman kecik-kecik dahulu...

Kalau nak berjalan raya mesti cari geng dalam 5 hingga 7 orang baru ngam..

Dan trend berjalan, redah semua rumah tak kira kenal atau tidak. Kalau datang hari kekuatan berlipat ganda melanda sampai kampung dan taman sebelah pun kami jalan beraya.

Plan awal2 dengan semua geng, jangan makan banyak2. Minum air sedikit dan satu kuih je setiap rumah. Supaya tangki simpanan mampu bertahan lama dan masa yang diambil untuk setiap rumah juga dapat dikawal. Nampak tak, kecik2 dah pandai urus masa dan perancangan.

Dan tak semua rumah ada habuan duit raya. Ada rezeki baik, ada la duit kertas. Memang senyum lebar dan aim rumah itu untuk diviralkan kepada team lain supaya hadir segera. Ada kala pula dapat duit syiling. Masa kecik2 ni dapat 50sen pun dah bahagia.

Kalau yang perempuan siap bawa uncang syiling tetapi geng lelaki kami penuh kan dalam poket baju melayu. Kalau berjalan dalam rumah  beraya, kena jalan perlahan2 supaya tuan rumah tak dengar duit syiling berlaga. Nanti akan keluar statement "Hah dah banyak dah tu duit raya, takyah la pakcik bagi lagi"....

Paling best kalau pergi beraya ke tokey kedai runcit, sebab kami akan diberi pilihan samada mahu duit raya atau ambil air oren dalam peti ais di kedainya. Confirm la pilih peti ais.

Ada juga rumah yang ada pintu tol. Belum sempat masuk dah di tanya, "Ni nak beraya atau nak duit raya je" Sopan kami menjawab, kami nak beraya pakcik. Terus dijemput masuk. Kecik2 lagi kami dah pandai coverline. Nampak tak....

Kalau pergi taman rumah besar2 kena tgk tiang rumah betul2. Kalau silap tengok ada penunggu menyalak kuat. Hehehe salah rumah daaa. Rumah uncle cina.

Kalau orang sekarang tak suka pergi beraya sebab akan ditanya soalan pasal BILA KAU NAK KAHWIN, BILA NAK KAU NI NAK DAPAT ANAK, KAU NI TAK TAMBAH2 KE ANAK TU...

Kami kecik2 dulu pun sama. STRESS bila ditanya. KAU NI DAH SUNAT KE BELUM?

Penah juga buat perangai repeat rumah yang sama semata2 dapat duit kertas hehehe dengan sedikit teknik penyamaran. Raya pertama baju melayu pakai songkok, raya ketiga datang lagi pakai baju moden rambut sikit tepi nampak suci. Aku tahu pakcik makcik tu perasan tetapi dia layankan je kami.

Dah puas berjalan seharian, kami akan pilih salah satu rumah antara kami untuk jadi port kira hasil kutipan. Masing2 kena declare ke LHDN la macam tu la konon2nya. Tak boleh sorok hasil kutipan, kena maklum semua ahli. Sapa yang terbanyak kira dia la paling hensem. Tu je pun.

Isu budak sekarang buka sampul raya depan2 tuan rumah, dapat sikit siap buat muka. Kami dulu takyah buka, sebab syiling diberi tanpa sampul pun. Lebih tulus, ikhlas tanpa selindung. Sikit pun tak tarik muka, senyum dan tak lupa ucapkan terima kasih.

Mak ayah selalu pesan dulu, kalau pergi rumah orang susah, jangan minta macam2. Makan apa dihidang sahaja. Jangan demand air oren bagai. Niat beraya tu nak ziarah.

Seronok lan raya dulu2.

Sekian.

Azizul Azrin Haji Mahmor
Suka2 Tulis.

Tuesday, June 2, 2020

Raya 2019 - Tulisan Tahun Lepas

Tidak ramai yang bertuah dapat cuti di hari raya. Bersyukurlah bagi kita-kita yang dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga tercinta.

Sewaktu mengisi borang rekod pulang ke kampung di Balai Polis berdekatan, sempat berbual dengan seorang Anggota Polis bernama Fadli.

"Tuan bila cuti raya?" tanyaku sambil mengisi borang.

"Oh, tahun ini turn saya bertugas, memang tidak bercuti. Kami anggota keselamatan memang ambil giliran cuti raya" ujarnya sambil mengukirkan senyuman.

Kalau aku yang kena macam ni, sure monyok tanpa senyuman. Itulah pengorbanan anggota keselamatan. Terima kasih abang polis.

Ditengah perjalanan ke kampung singgah mengisi minyak di stesen Shell. Seorang pemuda umur awal 20an bertugas diruangan pam bagi memudahkan para pelanggan membuat bayaran.

Kalau geng bangla, dia set kan bayaran di pam, kita yang kena isi sendiri. Tetapi dengan adik ini, dia yang bantu isikan.

"Tak cuti ke dik" tanyaku

"Cuti bang, tetapi mula raya ketiga. Raya pertama dan kedua saya kerja bang" ulasnya jujur dengan senyuman.

Seusai mengisikan minyak, kami bersalaman dan saling mengucapkan selamat hari raya. Sempat beliau berpesan untuk saya berhati-hati memandu.

Benarlah, tidak ramai yang bertuah seperti saya. Mereka ini tidak sedikit mengeluh walaupun perlu bertugas dihari lebaran. Bagi mereka mungkin, hari raya adalah hari-hari biasa yang perlu dilalui dengan tugasan yang selalu mereka laksanakan.

Semoga Allah merahmati semua mereka yang bertugas di hari lebaran. Terima kasih atas khidmat anda sekalian.

Sekian.

Sunday, May 31, 2020

Bila tak tahu nak tulis apa...

Salah satu batu penghalang BESAR bagi seorang penulis baru adalah tidak tahu hendak bermula di mana.

Susahkan?

Apa kata kita mula menulis di sini. (Facebook). Tulis sahaja apa sahaja yang kita suka. Apa sahaja topik janji tidak lari dari hukum hakam negara. 

Tulis sahaja pasal hobi kalian. Tentang binatang kesayangan atau juga tumbuhan menjalar di halaman rumah. Ceritakan pengalaman berjalan melihat negeri orang. Kisah hasil mata yang melihat gelagat manusia di gedung beli belah.

Apa sahaja tanpa henti. Biar satu tulisan satu hari. Cukup sebulan sudah ada 30 cerita. Cukup setahun 360 cerita. Dari banyak2 yang kau tulis takkan tiada yang bisa dikumpul, ditapis dan dihalusi jadi buku. 

Bubuh sahaja nama buku itu "1 hari 1 cerita di FB"...

Okay...jom mulakan. 

P/s - banyak idea tapi belum ada yang jadi. Payah juga. Mana2 SIFU nak drop nasihat silakan. Ucapan terima kasih didahulukan.

Sunday, May 24, 2020

1 Syawal yang lain...

1 Syawal...

Dalam banyak2 Ramadhan, kali ini sangat terasa lainnya. Tatkala rutin harian kau jadi terkekang, perkara biasa jadi luar dari kebiasaan.

Bila banyak perkara yang kau boleh buat sudah tidak lagi mudah untuk dilaksanakan. Bila sedikit nikmat Ramadhan ditarik, surau dan masjid tidak lagi sewenang dikunjungi.

Terasa lain bila setiap kali penghulu hari tiba, solat Jumaat kau ditahan-tahan. Hilang kebiasaan walhal ketika kebiasaan ini belum hilang, kau paling lambat melangkah masuk ke rumah Allah. Rugi lah aku...

Apa yang terjadi, telah banyak mengubah norma. Tiada lagi hidup bersosial. Tiada lagi sesi me ngeteh bersama taulan. Tiada lagi jerit bising mengejar bola. Yang pasti magrib yang selalu lewat, kini awal dikerjakan.

Walaupun sudah berapa kali Jumaat tidak dibuat, banyak jua kebaikan menyerap dalam diri. Kau sudah boleh memimpin solat sekurangnya buat keluarga kecil mu. Surah tidak lagi kau ulang-ulang yang sama segankan si anak yang akan bertanya. Kalau dikira-kira mungkin terawih mu kali ini lebih banyak dari tahun sebelum.

Kau sudah lebih dekat dengan naskah Quran yang selama ini banyak kau pandang sepi. Ada yang berjaya khatam pertama kali dalam hidup barangkali. Ada juga yang lebih dari sekali khatam dalam sebulan. Dari merangkak mengenal bunyi setiap huruf, kau sudah mula ada lagu dalam mengalun.

Bila terkurung, baru sedar nikmatnya bebas. Dulu kau bebas, terkadang lupa mendahulukan yang penting. Mana yang utama, mana yang kurang perlu dan mana yang boleh diketepikan. Sekarang kau makin bijak kenal bebas. Bebas itu ada hadnya.

Ada yang ibu ayah jauh di kampung. Pasti rindu. Ada yang dulu, sangat sibuk dengan perkara hingga alpa pada dua insan yang membesarkan. Bila terhalang merentas pulang, ada yang keras langgar. Ada yang sendu sendiri. 

Nanti ingat, bila waktu kau dah senggang nanti, pulang lah selalu. Jangan diulang silap yang sama. Bila sudah tiada, baru terasa rindu yang sebenar-benarnya. 

Aku rindu AYAH.

Monday, May 18, 2020

Pak Din

Al kisah, ada seorang tua bernama Pak Din. Punya lah kaya raya, banyak gedungnya bertaburan seluruh negara. Dari mula cuma satu kini sudah tak cukup jari tangan.

Rezeki Allah untuk Pak Din memang murah.

Orang kata waktu beliau dilanda kemerosotan baru nampak akalnya tak berapa panjang. Dengkinya pada kerabat Pak Ali memang tak boleh bawa bincang.

Ada ke patut disuruhnya potong separuh. Tak patut.. Tak patut...

Merajuk kerabat Pak Ali beramai2. Anak2 Pak Ali jiwanya lembut, walaupun tegas jangan diusik bab periuk nasi. Memang menjawab.

Tapi.. Dengar kata Pak Din umum offer harga Langar habis supaya kerabat Pak Ali, Pak Man, Pak Jenal dan yang lain menjenguk.

Entah lah...

Lagi Cerita Dongeng Pak Pak Sekalian.
Saje2 TULIS.

Saturday, May 16, 2020

Anak PAK Ali - CiKGU

Dalam ramai2 anak Pak Ali, antara yang paling disayangi dan disenangi masyarakat adalah yang namanya macam2 tetapi depannya ada panggilan CIKGU walaupun jelas tiada dalam IC. Hebatnya anak Pak Ali versi ini adalah mereka lah yang menjadi jambatan ilmu buat anak-anak bangsa. Hasilnya nah... ada yang jadi majisteret, lawyer, jurutera, akauntan, doktor dan ada juga yang bergelar pemimpin negara sama seperti Pak Ali.

Bakti mereka usah dipertikai. Mereka lah Ibu mereka lah ayah. Perit jerih tidak pernah dipertonton. Kegigihan menutup segala kepayahan. Kesungguhan mengatasi segala masalah yang menimpa. Takkan semua benda nak LELONG satu dunia.

Itu sebab Pak Ali sayang...

Dalam waktu terjadi wabak, mereka Pak Ali rehatkan sebentar. Ramai tidak setuju. Ramai suruh Pak Ali potong gaji. Yang orang tak tahu, dalam santai mereka terus menyampai ilmu. Kalau tidak masakan ada ibubapa yang mengeluh anak-anak banyak kerja sekolah dirumah. Kan Kan

Pak Ali faham itu semua... Pak Ali taknak cakap apa2 pasal ni.
Pak Ali nak buat ucapan je...

Pak Ali harap anak2 Pak Ali semua bersabar. Kuatkan diri, cekalkan hati, teruskan berjuang demi anak bangsa.

"SELAMAT HARI GURU BUAT CIKGU DAN CIKGI... ANAK2 PAK ALI"

Saje2 TULIS.
Ni pun DONGENG je.

Wednesday, May 13, 2020

Duit Raya Anak2 Pak Ali

Pak Ali beri duit RAYA seorang RM500 kepada anak2 beliau. Bukan tak mahu bagi lebih tetapi itulah jumlah yang diberi setiap tahun tanpa berubah.

Setelah bertahun2, anak2 Pak Ali sedikit pun tak mengeluh malah bersyukur kehadrat Illahi atas rezeki yang diterima. Sedikit pun tak berbunyi walaupun tahu Pak Man beri anak2 mereka RM2000 seorang.

Tak marah pun pada Pak Jenal sebab beri duit raya RM5000 kepada tanggungan hasil keuntungan yang diperolehi.

Dengar kata anak2 Pak Abu dapat seutas jam tangan dan barang kemas plus RM10,000 setiap seorang, sedikit pun tak terluah nak marah kan Pak Abu sebab itu hak Pak Abu. Duit dia, siapakah anak2 Pak Ali nak mempertikai.

Bila tahun ini, ekonomi tak berapa cantik, wabak melanda. Kebanyakan bisnes tak berapa menjadi. Pak Man, Pak Jenal dan Pak Abu tidak dapat beri duit raya seperti kebiasaan. Tahun ni je, bukan tiap2 tahun gagal tetapi tahun ni sahaja Pak2 kaya ni gagal. Bising lah anak2 mereka. Tapi sedar kah anak2 mereka bahawa bukan mereka sengaja tak memberi. Tiada kemampuan untuk tahun nan ini. Sehingga lupa lah mereka pada jumlah yang pernah mereka terima sebelum2 ini.

Sampai melihat anak2 Pak Ali yang masih menerima CUMA RM500 tahun ini, buat jadi tak senang duduk. Marah mereka pada Pak Ali kerana memberi duit raya kepada anak2nya.

Ingatlah anak2 Pak Ali tanggungjawab Pak Ali. Anak2 Pak Ali tak minta lebih pun. Itulah jumlah yang sama setiap tahun.

Syukur. Redha... 

Cerita Pak Ali, Pak Man, Jenal dan Pak Abu. Dongeng semata2.

Saje2 TULIS.

Sunday, April 19, 2020

AZMAN

Azman bengang. Azman tidak merokok. Lama dah Azman berhenti merokok, kira-kira 8 tahun lalu. Kalau tanya Azman susah ke berhenti merokok? Susah sangat-sangat, benda dah jadi ketagih sebati dengan diri memang susah nak tinggalkan. Payah ya amat sangat. Tapi Azman berjaya. 
Ikut sejarah Azman mula kenal rokok di sekolah asrama, masuk sahaja tingkatan 2 sudah ada senior yang sua rokok untuk dicuba. Azman masih budak-budak, mana kenal bahaya. Janji dapat berkawan, benda percuma. Rokok pertama, buat Azman jatuh longkang. Padan muka Azman. Tapi tak serik, dan itulah permulaan Azman jadi perokok tegar. 

Kalau tanya geng merokok, paling syok adalah lepas makan. Dan ada segelintir yang suka masa membuang. Berasap-asap bilik kecil tu tapi tak pernah Azman mengadu lemas dengan bau dan asap. Azman tenang dengan asap-asap. Bagi Azman, setiap hembusan melepaskan segala masalah dalam benak kepala. Kalau tak dapat merokok umpama hilang sesuatu yang indah dalam hidup. Hidup tak sempurna, hilang senyuman. 

Azman memang kuat merokok, boleh habis sekotak dalam sehari. Kalau dapat berkumpul dengan rakan-rakan sejenis lagi laju rokok dinyala dan padam dijari. Silih berganti dengan borak-borak kosong. Kalau zaman bujang, kena masa main kad black jack atau pair, rokok la peneman. Tak lekang dari jari dan mulut berganti-ganti. 

Azman dulu hisap Dunhill tak macam budak-budak sekarang hisap jenis murahan rokok seludup. Bukan sebab Azman kaya atau Azman berduit, cuma dulu memang rokok murah. Tak semacam sekarang rokok harga yahudi. Kalau dulu tiada pun rokok seludup kecuali jenis kretek. Gudang garam kalau layan sebatu boleh bau, memang kantoi Azman dengan cikgu zaman asrama. Tapi kalau di luar sekolah, memang pilihan utama sebab lambat habis. Puas hati rasa cengkih tapi confirm berkahak lepas itu.

Zaman sekolah Azman sorok rokok dalam Kamus tebal, potong siap-siap bentuk kotak rokok. Cikgu pun tak terfikir agaknya Azman sanggup korbankan kamus yang mahal sebagai lokasi rahsia. Port Azman hisap rokok paling selamat adalah di atas loteng asrama. Malam pun sanggup panjat, masa itu tak takut apapun. Hantu pun Azman tak peduli janji dapat hisap rokok tanpa diganggu. Boleh sahaja hendak hisap dalam bilik asrama tetapi tak puas sebab nanti kena pow dengan kawan-kawan sebilik. Biasa lah, nak merokok malas membeli. Itu yang buat bulatan dan rokok akan bertukar tangan ikut bulatan. Siapa yang sedut kuat, memang kena ketuk kepala sebab tak hormat orang lain. Owner rokok selalu diberi kelebihan merokok sehingga puas dan meninggalkan baki buat sahabat yang lain.

Azman dulu kantoi hisap rokok dengan cikgu. Cikgu bagi curut india, hisap sampai muntah. Dia potong kecil-kecil curut tu disuruhnya telan. Memang serik kantoi tapi Azman tak berhenti rokok pun. Azman susah nak berhenti rokok. Dulu perokok satu lambang kenakalan budak lelaki. Dan budak nakal memang diminati. Itu sebab Azman terus merokok, supaya tak jadi budak nerd. 

Masuk universiti, lagi laju Azman merokok. Jumpa pula kawan-kawan serumah yang 90% confirm perokok. Yang tak merokok pun jadi merokok dek kerna pengaruh rakan sebaya. Macamana la Azman hendak berhenti merokok. Memang tak la...

Masa belajar Azman pernah cuba berhenti itupun selepas sebulan dilanda batuk tidak berhenti. Doktor yang merawat nasihat suruh berhenti kalau taknak mati sebab rokok. Jahat sungguh doktor tu. Suka takutkan anak-anak muda seperti Azman. Gembira hati awek Azman masa tahu Azman ambil keputusan nak berhenti rokok. Senyum simpul si awek. 

Berjaya juga Azman berhenti merokok selama setahun. Masuk tahun terakhir di universiti Azman kena buat macam-macam projek akhir. Azman jadi sangat stress. Muka dah ketat dan badan jadi penat. Ada pula lahabau hulur rokok buat release tension katanya. Azman lemah digoda. Iman senipis bawang, Azman tewas dengan rokok percuma sekali lagi. Dari hisap yang percuma, Azman kembali jadi pembeli. Akhirnya Azman kembali bergelar PEROKOK. Kembali sedih awek Azman...

Bila dah mula berkeluarga Azman mula ada kekangan bila hendak merokok. Sang isteri memang hidung jenis sensitif. Tak boleh langsung bau. Azman dah gagal merokok masa membuang. Azman cuma bole merokok masa di luar rumah. Azman tipu bini konon-konon dah berhenti merokok. Azman siap spare chew gum dan gula-gula dalam poket. Selalu jadi penyelamat dari kantoi. 

Bila dah ada anak-anak baru la Azman rasa sangat-sangat perlu untuk berhenti. Jumpa pula rakan-rakan yang lebih berumur nasihat untuk stop merokok. Azman jadikan mereka ini contoh yang baik utnuk diteladani. Ada yang bagitau, kalau tak merokok duit beli rokok boleh kumpul beli kereta. Masa jadi perokok, Azman akan tanya balik, "Hah mana kereta yang kau berjaya beli ?" Marah betul Azman.

Tekad Azman untuk berhenti kali ini bukan atas nasihat seorang doktor yang memberi perkhabaran ngeri tentang kesihatan. Tetapi sekadar mahu berubah untuk jadi lebih baik. Pernah bila diserang sakit kepala, Azman campak kotak rokok siap menyumpah bencikan rokok penyebab sakit. Namun hanya sementara. Kali ini Azman TEKAD dan NEKAD akhirnya berhenti untuk ke sekian kalinya.

Bila kini melihat kan perokok tidak ambil pusing dengan orang sekeliling, Azman jadi bengang. Dulu Azman juga perokok tapi Azman prihatin, sanggup matikan rokok bila ada anak kecil duduk berdekatan. Azman betul-betul bengang dengan mereka yang pentingkan diri sendiri. 

Bila kerajaan umum pasal perintah larangan merokok, Azman orang yang paling awal angkat tangan bersetuju dengan tindakan wajar kerajaan. Walaupun kerajaan yang keluarkan perintah bukan kerajaan pilihan Azman, Azman gembira dengan keputusan ini.

Setiap kali kerajaan umum naik harga rokok, Azman lihat ramai rakan-rakan yang maki kerajaan. Azman pula tak ambil peduli tentang harga rokok. Azman peduli apa, Azman boleh senyum walaupun harga rokok melambung sekotak RM100.

KIAH

Kiah makin tinggi diri. Sejak tular disebut dalam media, Kiah sudah sombong. Jalannya tegak tidak lagi menoleh kiri dan kanan. Jangan kau tersadung tergolek macam anjing jangan salah kan manusia pula ye Kiah. Orang bijak berpesan, jalan tu tunduk-tunduk sikit memandang tanah.

Kiah peduli apa dengan apa orang kata, biarlah apa mereka nak carutkan. Kiah tidak lagi ambil pusing. Kiah tahu Kiah always betul. Kiah tak belajar tinggi tapi Kiah lawa, manis, gojes, padu bak kata budak zaman sekarang. Mak Kiah pun dah tak kuasa nak halang. Penat agaknya orang tua membebel, masuk telinga kanan keluar semula setiap butir telinga kiri, takde dilekat di benak kepala Kiah ni. Kiah memang betul-betul berubah...

Senah pun perasan, Kiah dah tidak macam dulu. Mesra dan baik tersenyum dengan semua orang. Sekarang lalu sebelah pun tak mahu dia menegur. Apa salah Senah, dia sendiri tak tahu. Lantak lah kamu Kiah, janji kau tak kacau laki aku sudah, fikir Senah mudah malas nak campur.

Kiah bukan apa, Kiah ingin kan perubahan. Takkan sampai bila-bila Kiah nak jadi budak kampung. Kiah kena ambil langkah permulaan. Kalau tidak mula sekarang, sampai bila-bila lah Kiah begini. Tak maju, tidak mundur. Kekal membatu macam tugu. Kiah dah buat kira-kira, kalau menjadi seperti apa dirancang dalam tahun depan Kiah dah boleh beli kereta. Makin berlagak la Kiah dengan sekalian orang Kampung Katak Hijau ini.

Agaknya Kiah dah penat kayuh basikal. Kesana kesini dulu, dia kuat mengayuh sampai keras betis dia. Kalau diselak nampak berketul otot, seram tengok dek budak-budak. Kiah dah pilih model kereta idaman, Kiah tak mimpikan yang besar dan mewah, cukup la Kiah nak Kancil Turbo warna Ungu. Memang feberet Kiah dari dulu.

Pernah dulu dia naik kereta seperti ini milik Seman, anak ketua kampung Haji Manap Lebai. Seman ini tidak la kacak cuma harap tinggi dan putih itupun sebab khabarnya ada darah keturunan cina dari seberang. Seman ada lah try-try kacau Kiah, dia ajaknya Kiah jalan-jalan pekan. Kiah happy sangat sebab dalam kampung ni kira Seman ni pujaan gadis-gadis. kalau Mila, Muna, Jemah dan Lola tahu tentu naik berbulu masing-masing. Semua tu memang pasang nawaitu nak jadi menantu Tok Ketua. Apa la anak dara kampung cita-cita takde yang berwawasan.

Hati Kiah girang la masa jalan-jalan, tapi riang nya tidak berpanjangan ke petang. Baru je keluar kedai makan, ada sekumpulan anak India duk berkumpul keliling kereta Seman. Seman jadi kaget, apa kes? Kiah tengok dari jauh, sebab malas nak campur hal lelaki. Bincang punya diskus, nampak Seman serah kunci. Apa punya anak ketua kampung, hutang kancil pun 4 bulan dah tak bayar. Naya Kiah balik naik beca, bayar sendiri. Seman pula, Kiah malas layan, lantak le kamu katanya. Takde duit jangan cuba-cuba nak dekat dengan Kiah. Kiah ada standard. Kiah bukan biasa-biasa.

Kiah ada jumpa Ustazah Zaiton, minta nasihat. Ustazah Zaiton ni macam kakak angkat Kiah. Ustazah muda yang ajar di sekolah Kiah mula dari Tingkatan 4. Kiah cerita semua niat nak berubah, Kiah tunjuk perancangan Kiah. Kiah dah cerita semua impian dan harapan Kiah pada Ustazah. Ustazah mampu senyum dan minta Kiah balik. Ustazah siap pesan, jangan lagi datang jumpa dia. Kiah terpinga-pinga. Ustazah tak suka ke dengan pelan Kiah, Kiah bukan bodoh alang tak reti buat perancangan. Kiah dah fikirkan semua. Kenapa Ustazah halau Kiah....

Kiah akhirnya tahu, laki ustazah buat hal. Dia minat Kiah. Dia siap minta izin Ustazah nak try Kiah. Patut Ustazah halau Kiah. Kiah malas dah nak jumpa Ustazah, dia ingat Kiah apa... Kiah sendiri ada taste, laki orang Kiah letak barisan paling belakang sekali. Mak Kiah pun dah pesan, jangan ambil laki orang. Kiah bukan nak pun laki dia, Kiah nak berubah je. Kiah perlukan sokongan.

Setiap kali tidur Kiah mimpi kejayaan, Kiah tahu kejayaan tidak akan datang bergolek. Kiah kena usaha. Banyak juga dah buku motivasi Kiah baca, semua Kiah pinjam dari Kutub Kanah Kg Katak Hijau. Leman yang tunjukkan buku-buku yang bagus untuk Kiah. Leman dah lama jadi Pustakawan tentu Leman tahu mana yang bagus untuk bantu Kiah berubah menjadi apa yang Kiah impikan. Leman ni bagus, dia tak try pun Kiah. Mula-mula tu Kiah hairan juga. Penat Kiah lentik-lentik depan dia, tidak dipandangnya kita. Kiah suspect dia suka Seman.

Kiah fikir-fikir, hanya seorang je lagi yang Kiah kena jumpa. Kiah kena juga tanya dia. Kiah kena jumpa Ayah Kiah segera. Ayah Kiah bukan calang-calang, dia kerja di sebuah universiti di bandar. Orang kerja Universiti kan hebat-hebat, mesti ayah juga hebat. Kiah harap sangat Ayah jadi pemutus semua masalah-masalah Kiah selama ini. Kata Ayah yang muktamat, kalau ayah kata ON Kiah akan mulakan segera projek Kiah ini, tak boleh tunggu lagi. Kiah dah tak peduli orang lain. Ayah je yang Kiah percaya.

Okay Kiah pun mulakan.... sebenarnya, Kiah nak jual nasi lemak....
Ayah tenung je muka Kiah....

Tuesday, April 14, 2020

Review BUKU - KAMERA by Mim Jamil

Aku ambil masa dua hari juga untuk menghabiskan bacaan dan bagi sebuah buku yang karangannnya melebihi 200 muka surat, ini merupakan bacaan terpantas aku. Sejujurnya ada je aku skip perenggan kerana aku rasa ada part yang tidak perlu untuk dibaca, antara aku cepat bosan atau aku speed up untuk cepat habis.

Bagi aku yang jarang-jarang sekali berpeluang menjelajahi negara asing, buku ini seperti bawa aku berjalan menyusuri setiap lorong yang Ramly lalui. Aku jadi membayang bahawa Iran, Turki dan Zurich merupakan tempat yang menarik untuk dilawati. Garapan tentang keadaan dan situasi memberikan informasi yang sangat-sangat menarik untuk disimpan terutama bila Ramly bercerita tentang perjalanan di negara asing. Ia seperti memberi jalan dan harapan unutk orang seperti aku untuk jadi pengembara seperti dia. Menarik....

Ramly seorang melayu mungkin yang jenis moden dan layan apa sahaja depan mata. Yang aku tahu Ramly suka melancap. Amalan budak-budak bujang yang kegersangan. Ini sedikit slide tidak baik bagi Ramly. Yang pasti bila sudah agak dewasa seperti Ramly, adakah sebenarnya sangat sukar untuk mimpi basah. Ini pada aku sedikit was was dalam mencari logik.

Masuk bab cinta... plot cerita seperti boleh diagak pada awalnya. Sara seorang yang lawa, manis dan senang berbual dan berbicara. Namun bila masuk ke penghujung yang sangat pantas ditamatkan dengan tanda tanya... Mungkin kalau aku jadi Ramly, sudah lama Sara tu ku lempang laju-laju. Tiada langsung penjelasan, menjadi pelik bukan sesuatu perkara yang normal.

Hilangnya Ramly Nasution sesuatu yang misteri. Tanpa jejak walaupun ada peninggalan KAMERA dan lappy kesayangan sehingga terbitlah cerita ini hasil dari penulisan emel kepada penerima yang langsung tidak dikenalkan sebagai watak. Apapun misteri yang ditinggalkan pada hujung-hujung buku, buat aku meninggalkan msg kepada penulis di ruangan instagram beliau "Ramly Nasution ini kisah benar atau tidak?"

Sekian.

Buku ini buat aku kembali menulis....

Saturday, April 11, 2020

Apa jadi kalau Imam kentut masa solat?

Boboi, kalau tengah sujud imam terkentut, papa bisik kat boi untuk sambung jadi imam tau. So boi kena sambung solat sebagai imam tau, kalau tidak nanti mama dan kakak yang tengah sujud tak tahu imam dah batal.

"Takpe papa, orang belakang nanti mesti bau punya......

Jem

JOM SIHAT OTAK


MENINGKATKAN KUASA FIKIRAN

Kita tahu bahawa kita mempunyai kuasa untuk membentuk minda kita. Seorang pemandu teksi yang mengambil masa beberapa tahun untuk menghafal setiap pelusuk jalan di dalam Kuala Lumpur dilihat mempunyai motor ingatan yang baik. Mereka yang mengamalkan meditasi dipercayai mempunyai ingatan yang lebih baik dari mereka yang terlalu sibuk dengan tugas di lapangan. Mereka yang lebih muda adalah lebih berpeluang untuk berlatih membentuk minda supaya lebih cerdas dari mereka yang telah berumur dan seterusnya mengelakkan penyakit lupa dan nyanyuk.
Gen keturunan dan faktor umur tidak menentukan kekuatan otak seseorang, oleh yang demikian sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan kuasa minda dan fikiran.

Jadi, apakah tindakan yang perlu kita ambil?

Pengambilan makanan khas untuk kesihatan otak

Kita sedia maklum bahawa tidak ada makanan ajaib mahupun makanan tambahan yang dapat membuatkan anda menjadi lebih bijak dalam masa yang singkat. Justeru, mengubah corak pemakanan boleh membantu dalam penjagaan kesihatan otak anda.
Oleh itu, masukkan lah makanan ini di dalam hidangan anda.

Sayuran Jenis Daun Hijau – bayam, daun kale dan sayuran arugula kaya dengan bahan folat, antioksida dan Vitamin K. Satu kajian daripada Pusat Kesihatan Universiti Rush menunjukan pengambilan satu hidangan cukup untuk mengekalkan fungsi kognitif semasa anda. Dan mereka yang ambil lebih dari satu hidangan, fungsi otaknya adalah sekuat dari mereka yang 11 tahun lebih muda dari mereka.

Kacang – almond dan wulnut menjadi pilihan kerana khasiat omega 3. Asid lemak tidak tepu yang ada dalam kekacang ini membantu pembinaan sel-sel baru dalam otak dan seterusnya mengelakkan masalah keradangan, yang mana ia boleh menyebabkan kehilangan memori.

Ikan – terutamanya jenis salmon, trout dan sardine adalah merupakan salah satu sumber utama Omega 3 dalam pemakanan. Sangat baik untuk kesihatan otak.

Beri – mampu memperlahankan proses lemah ingatan atas faktor umur. Mereka yang mengambil beri jenis strawberi dan beri biru mempunyai minda 2.5 lebih muda dari umur sebenar. Ia dikatakan mampu menjaga saluran darah dalam badan.

Elakkan apa sahaja yang tidak baik untuk jantung

Apa sahaja makanan yang baik untuk jantung adalah juga baik untuk kesihatan otak. Makanan yang baik yang kurang lemak dan garam membantu dalam pembentukan minda yang cerdas. Sekiranya ada keperluan untuk pengambilan makanan jenis lemak tepu seperti daging merah, keju dan makanan yang digoreng dengan minyak, ambillah dengan kadar yang berpada-pada dan jangan berlebihan.

Memandangkan masalah tekanan darah dan berat berlebihan juga merupakan punca penurunan kuasa ingatan, maka penjagaan pemakanan dilihat sangat penting. Adalah sangat bagus sekiranya seseorang itu mampu megelak terus dalam mengambil makanan yang tinggi garam dan makanan yang diproses seperti minuman tinggi gula dan makanan segera.  

Bersenam dengan lebih kerap

Otak kita memiliki lebih kurang 100 bilion neuron iaitu sel yang bertindak menghantar segala informasi kepada keseluruhan tubuh badan. Oleh yang demikian senaman yang secukupnya adalah kunci bagi membentuk persekitaran yang sihat. Aktiviti fizikal daripada senaman dapat membantu dalam peredaran darah dan oksigen ke dalam otak dan seterusnya membantu peningkatan potensi otak untuk menjadi lebih cerdas. Selain mampu memberikan kesihatan dan kecergasan tubuh badan, senaman berbentuk fizikal juga mampu mengurangkan risiko untuk mengalami masalah lupa dan nyanyuk.

Cari masa untuk berehat

Setelah penat bekerja seharian, cari la waktu senggang untuk berehat. Otak juga memerlukan rehat yang secukupnya bagi membantu ia pulih dari kepenatan berfikir. Berehat bukan lah bermaksud anda tidur seharian tetapi menjalankan beberapa aktiviti sihat yang merehatkan minda. Mereka yang mempunyai hobi dalam kehidupan dilihat lebih ceria dari mereka yang gila bekerja tanpa ada satu ruang untuk diri sendiri. Berilah ruang kepada diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu yang digemari. Sekiranya anda jenis suka bercuti, ini lah waktunya Cuma pilihlah lokasi yang merehatkan bukan bandar besar dan pusat membeli belah yang boleh membuatkan anda tertekan dengan berbelanja. Paling tidak sertai lah mereka yang menjalankan kerja-kerja amal, aktiviti yang lain dari kebiasaan mampu memberi kelainan dalam membentuk pemikiran yang sihat. Rehat tubuh badan, rehat minda dan kembali fokus pemikiran untuk menjadi lebih proaktif pada masa akan datang.

Marilah tidur dengan secukupnya

Tidur sangat penting untuk kesihatan otak. Gangguan tidur hanya dalam satu malam sudah cukup untuk mengganggu perjalanan otak yang aktif. Tidur bukan sahaja berperanan untuk membersihkan data-data yang yang kurang penting dan tidak diperlukan daripada otak malah ia untuk merekodkan pengetahuan baru ke dalam memori jangka panjang otak kita.

Tempoh yang disarankan oleh pakar kesihatan adalah kita perlu dapatkan tidur sekurang-kurangnya antara 7 hingga 9 jam sehari. Latih diri untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari termasuk hujung minggu. Amalan untuk bangun lebih lewat pada hujung minggu dengan alasan cuti dan tidak berkerja adalah tida elok untuk diteruskan. Bangun lah seperti hari-hari yang lain dan buatlah sesuatu aktiviti yang bermanfaat bagi menggantikan tidur berlebihan.

Ada antara kita yang mengamalkan tidur sebentar terutama waktu tengahari. Ia sangat bagus untuk kesegaran minda bagi meneruskan tugas sebelah petang namun jangan berlebihan. Secukupnya ambil untuk tempoh tidak lebih 30 minit.
Elakkan pengambilan kafien selepas tengahari bagi mengelakkan anda sukar untuk tidur atau bakal terjaga ditengah malam. Ia jelas tidak elok untuk mendapatkan tidur yang baik.

Cuba lah amalkan untuk berhenti menggunakan skrin telefon atau komputer 2 jam sebelum waktu tidur. Ia bisa membantu anda mendapatkan tidur terbaik anda dalam seharian. Tukarkan dengan aktiviti membaca atau mandi untuk mendapatkan kesegaran sebelum tidur. Rehatlah dengan cara yang terbaik untuk mengakhiri hari penat anda.
Tidur akan sempurna sekiranya anda tidur seperti dalam gua yang gelap, sejuk dan sunyi.


Thursday, April 2, 2020

Khasiat Antikanser Dalam Makanan


Makanan dan minuman yang berkhasiat adalah senjata utama mencegah kanser atau barah. Mengikut kajian, satu pertiga daripada penyakit kanser berpunca daripada makanan yang diambil. Justeru pengawalan pemakanan adalah penting untuk mencegah kanser. Antara bahan-bahan antikanser yang terdapat di dalam makanan ialah  antioxidant seperti vitamin C, vitamin E dan selenium. 

Kajian juga menunjukkan mereka yang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai risiko 50% lebih rendah diserang kanser, terutamanya kanser paru-paru, usus besar, esofagus, serviks, mulut, perut, pundi kencing, pankreas dan ovari berbanding mereka yang lain. 

TOMATO - kaya dengan vitamin C, vitamin B, magnesium dan kalsium. Bahan lycopene di dalam tomato berfungsi mencegah kesan negatif radikal bebas ke atas sel-sel di dalam badan, disamping mampu mencegah kanser prostat bagi lelaki dan kanser pankreas secara umumnya. Lycopene juga boleh didapati di dalam tembikai.

SAYUR-SAYURAN HIJAU - Sayuran seperti bayam, daun salad dan kubis ada bahan antikanser seperti beta-carotene, lutein dan asid folik.

BAWANG - Bawang merah dan putih juga mengandungi banyak bahan antikanser. Kajian menunjukan ia mampu mengecutkan ketumbuhan payudara sebanyak 71% dan mampu mencegah kejadian kanser perut dan usus. Bahan yang dikenali sebagai ajoene dalam bawang bertindak sebagai bahan toksik kepada sel-sel kanser, Bawang juga mempunyai bahan sebatian belerang atau sulphur compounds yang mampu meransang sistem pertahanan seseorang.

BUAH SITRUS - Limau, lemon, oren dan seumpamanya mengandungi bahan-bahan antikanser seperti carotenoids dan flavonoids. Juga kaya dengan limonene yang berfungsi merangsang sistem pertahanan badan untuk melawan sel kanser. Buahan seperti ceri dan anggur juga bermanfaat lagi berkhasiat dalam melawan kanser.

SAYUR JENIS KUBIS - Kubis, bunga kubis atau cauliflower dan lobak amat berkhasiat kepada manusia kerana ia mengandungi vitamin B, vitamin C, kalsium, kromium dan serat. 

KACANG SOYA dan produknya seperti tofu dan tempe mempunyai paling kurang 5 bahan sebatian yang berfungsi untuk mencegah kanser. 

SAYURAN JENIS KEKACANG DAN BIJIRIN - Kacang panjang kaya dengan vitamin B, zat besi, potassium dan magnesium. Ia juga mengandungi bahan yang mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan disamping mencegah kanser. Kekacang dan bijirin secara umumnya mengandungi banyak bahan serat yang bertindak mempercepatkan proses pembuangan bahan-bahan toksik sebelum ia merosakkan sel-sel sistem penghadaman. Ia mampu mencegah kanser pankreas dan perut.

DAUN TEH - Teh hijau adalah lebih berkhasiat daripada teh hitam daripada pelbagai sudut. Teh hijau yang kaya dengan bahan polyphenols memelihara sel-sel di dalam badan daripada bertukar menjadi kanser, disamping mencegah daripada serangan sakit jantung. 

SUSU TANPA LEMAK atau rendah lemak - Lemak tepu yang terdapat dalam susu boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser perut, usus besar, mulut, paru-paru, pundi kencing, payu dara dan serviks. Oleh yang demikian pengambilan susu tanpa lemak atau rendah lemak mampu mengatasi perkara ini disebabkan oleh kalsium, riboflavin, vitamin A dan D yang terdapat di dalam susu. 

IKAN SALMON - Salmon, pelata atau mackerel dan sardin mempunyai asid lemak omega-3 yang mampu mencegah seseorang daripada diserang penyakit jantung, radang sendi dan gatal kulit. Kajian juga mendapati asid lemak omega-3 berfungsi sebagai bahan antikanser dalam badan seseorang. 

Wednesday, March 18, 2020

Al Kahfi 54 hingga 59

54: Dan sesungguhnya Kami telah mengulangi bagi manusia dalam al-Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.

55: Dan tidak ada sesuatu pun yang menghalangi manusia daripada beriman ketika petunjuk telah datang kepada mereka dan memohon keampunan kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum Allah yang telah berlaku pada umat-umat terdahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata.

56: Dan tidaklah Kami mengurus rasul-rasul melainkan sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi orang yang kafir membantah dengan (cara) yang batil agar dengan demikian mereka dapat melenyapkan yang hak dan mereka menganggap ayat-ayat Kami dan peringatan-peringatan terhadap mereka sebagai olok-olokan.

57: Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah di peringatan dengan ayat-ayat daripada Tuhannya, lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan sungguh pun kamu (Muhammad) menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.

58: Dan Tuhanmulah Yang Maha Pengam pun lagi mempunyai Rahmat. Jika Dia mengazab mereka kerana perbuatan mereka, tentu Dia akan menyegerakan azab bagi mereka. Tetapi bagi mereka ada waktu yang tertentu (untuk mendapat azab) yang mereka sekali-kali tidak akan menemukan tempat berlindung dariNya. 

59: Dan (penduduk) Negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat zalim dan telah Kami tetap kan waktu tertentu bagi kebiasaan mereka. 

Surah al-Kahfi

Monday, February 3, 2020

Pesanan

Untuk kesihatan yang baik, kendalikan makanan u,

Untuk jiwa yang baik, kendalikan dosa-dosamu,

Dan untuk keimanan yang baik, kirimkan shalawat kepada Nabi Muhammad SAW. 

5 Wasiat Junjungan Besar Kita

Wasiat 1
Jagalah diri mu dari yang haram, nescaya engkau akan menjadi orang yang paling baik dalam beribadah.

Wasiat 2
Redha lah terhadap apa yang Allah bagikan untukmu, kamu akan menjadi orang terkaya.

Wasiat 3
Berbuat baiklah kepada tetanggamu, kamu akan menjadi orang Mukmin.

Wasiat 4
Cintai lah untuk orang lain apa yang kamu cintai untuk dirimu sendiri, kamu akan menjadi Muslim.

Wasiat 5
Dan janganlah engkau banyak tertawa, kerana banyak tertawa akan mematikan hati.

Amalkan lah dan ajarkan kepada semua Muslimin dan Muslimat. 


Thursday, January 30, 2020

Pesanan Geng Koles

Bila umur injak 40, sedar lah anda sudah separa tua. Dan sudah mula terasa yang dahulunya gagah sudah makin menurun kuatnya. Bila terasa ada yang lain dari kebiasaan pergi lah bertemu Doktor. Jangan cuba menjadi Doktor tanpa kelulusan. Ini selalu berlaku, bila kita jadi lebih pandai dari Doktor. Semata nak sejukkan hati, nak tenangkan diri konon2 sihat walafiat tanpa masalah.

JOM la kita cek kolesterol 3 bulan sekali. Usah gentar dengan keputusannya. Ada rezeki, Doktor turunkan dose ubat dari 4mg kepada 2mg. Kalau tak berapa ONG dose bertambah sambil direnung tajam oleh Doktor. Mesti Doktor ni kata budak ini mesti geng ngelat makan ubat. 

Selalu juga kita amalkan, cek tekanan darah tinggi. Kita tubuh tak tinggi takpe, rendang comey janji darah tak berapa tinggi. Kalau dapat kadar 120/80 cantik. Itu kira normal. Kalau cecah 140 laju2 pergi klinik atau hospital. Takut takut takut. Labur sikit kawan2, harga mesin cek tekanan darah tu dalam range 100 hingga 150 ikut jenama. Boleh cek banyak kali selagi bateri hidup lagi. Kekadang kita tak sedar, nampak segar gagah tiba2 boleh tumbang. 

Mana2 yang selalu sakit kepala, jom la kita periksa diri. Suruh Doktor tengok kan takut2 ada mana2 salur tersumbat. Jangan asyik tonyoh minyak cap kapak, ivmist lega nya hanya sementara. Seram lak bila cakap pasal ni. 

Bawak2 lah membenci susu manis. Jadi kan beliau musuh dalam kehidupan harian. Sama juga dengan kawan baik beliau encik gula. Bukan boleh di harap membantu, malah memberi mudarat kepada kita geng2 kolesterol. Cakap senang bro. Nak stop yang ini memang lah payah. Rindu nescafe. 

Akhir kata, jom le bersenam. Sedikit pun cukup dari langsung tak mula. Senam ikut kemampuan. Ikut usia. Yang tua buat cara tua. Yang muda belia buat lebih sikit jangan rasa diri tu tua. Yang ada besikal apa lagi mula le kayuh. Ini kayuh nak kena tunggu geng. Bila geng semua kena kurung, besikal pun kaku sandar dinding. 

Takde besikal bukan alasan. Cari kasut sesuai, jom lari2 anak. Pastu boleh lari2 mak, bapak atuk nenek. 

Sekian olahan semula. Semoga bermanfaat. 


Sunday, January 26, 2020

Ayah 2

Boboi tolong pijak papa sikit, sakit belakang la...

Bila badan rasa lenguh, boboi la tukang settlekan. Memang melegakan. Teringat kecik2 dulu, selalu jadi tukang pijak ayah. Mesti ada yang tanya, wah biadab sungguh la pijak ayah dia... Tetapi itulah yang BERASA bila nak hilangkan lenguh badan. Nak suruh urut pakai tangan, apa lah tangan comel ku mampu berikan.

Anak2 lelaki ayah semua mesti pernah ambil tugasan ini. Rindu zaman kecik2 dulu.

Ayah cepat bangun ye. Boleh balik rumah. Rehat2 sambil baca surat khabar. Pasni dah tak boleh merokok. Di larang sama sekali. Adik2 lelaki yang masih berkecimpung, mohon jauhkan ayah dari rokok ye.

Ceramah 6/8/2024

 Unsur manusia 1. Jasad - makan baik2. Minum yang halal.  2. Roh - solat 5 waktu 3. Akal - didik akal dengan ilmu manfaat  4. Hati - bahagia...