MENINGKATKAN KUASA
FIKIRAN
Kita tahu bahawa kita mempunyai kuasa untuk membentuk minda
kita. Seorang pemandu teksi yang mengambil masa beberapa tahun untuk menghafal
setiap pelusuk jalan di dalam Kuala Lumpur dilihat mempunyai motor ingatan yang
baik. Mereka yang mengamalkan meditasi dipercayai mempunyai ingatan yang lebih
baik dari mereka yang terlalu sibuk dengan tugas di lapangan. Mereka yang lebih
muda adalah lebih berpeluang untuk berlatih membentuk minda supaya lebih cerdas
dari mereka yang telah berumur dan seterusnya mengelakkan penyakit lupa dan
nyanyuk.
Gen keturunan dan faktor umur tidak menentukan kekuatan otak
seseorang, oleh yang demikian sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan kuasa
minda dan fikiran.
Jadi, apakah tindakan yang perlu kita ambil?
Pengambilan makanan
khas untuk kesihatan otak
Kita sedia maklum bahawa tidak ada makanan ajaib mahupun
makanan tambahan yang dapat membuatkan anda menjadi lebih bijak dalam masa yang
singkat. Justeru, mengubah corak pemakanan boleh membantu dalam penjagaan
kesihatan otak anda.
Oleh itu, masukkan lah makanan ini di dalam hidangan anda.
Sayuran Jenis Daun Hijau – bayam, daun kale dan sayuran
arugula kaya dengan bahan folat, antioksida dan Vitamin K. Satu kajian daripada
Pusat Kesihatan Universiti Rush menunjukan pengambilan satu hidangan cukup untuk
mengekalkan fungsi kognitif semasa anda. Dan mereka yang ambil lebih dari satu
hidangan, fungsi otaknya adalah sekuat dari mereka yang 11 tahun lebih muda
dari mereka.
Kacang – almond dan wulnut menjadi pilihan kerana khasiat
omega 3. Asid lemak tidak tepu yang ada dalam kekacang ini membantu pembinaan
sel-sel baru dalam otak dan seterusnya mengelakkan masalah keradangan, yang
mana ia boleh menyebabkan kehilangan memori.
Ikan – terutamanya jenis salmon, trout dan sardine adalah
merupakan salah satu sumber utama Omega 3 dalam pemakanan. Sangat baik untuk
kesihatan otak.
Beri – mampu memperlahankan proses lemah ingatan atas faktor
umur. Mereka yang mengambil beri jenis strawberi dan beri biru mempunyai minda
2.5 lebih muda dari umur sebenar. Ia dikatakan mampu menjaga saluran darah
dalam badan.
Elakkan apa sahaja yang
tidak baik untuk jantung
Apa sahaja makanan yang baik untuk jantung adalah juga baik
untuk kesihatan otak. Makanan yang baik
yang kurang lemak dan garam membantu dalam pembentukan minda yang cerdas. Sekiranya
ada keperluan untuk pengambilan makanan jenis lemak tepu seperti daging merah,
keju dan makanan yang digoreng dengan minyak, ambillah dengan kadar yang
berpada-pada dan jangan berlebihan.
Memandangkan masalah tekanan darah dan berat berlebihan juga
merupakan punca penurunan kuasa ingatan, maka penjagaan pemakanan dilihat
sangat penting. Adalah sangat bagus sekiranya seseorang itu mampu megelak terus
dalam mengambil makanan yang tinggi garam dan makanan yang diproses seperti
minuman tinggi gula dan makanan segera.
Bersenam dengan lebih
kerap
Otak kita memiliki lebih kurang 100 bilion neuron iaitu sel yang
bertindak menghantar segala informasi kepada keseluruhan tubuh badan. Oleh yang
demikian senaman yang secukupnya adalah kunci bagi membentuk persekitaran yang
sihat. Aktiviti fizikal daripada senaman dapat membantu dalam peredaran darah
dan oksigen ke dalam otak dan seterusnya membantu peningkatan potensi otak
untuk menjadi lebih cerdas. Selain mampu memberikan kesihatan dan kecergasan tubuh
badan, senaman berbentuk fizikal juga mampu mengurangkan risiko untuk mengalami
masalah lupa dan nyanyuk.
Cari masa untuk
berehat
Setelah penat bekerja seharian, cari la waktu senggang untuk
berehat. Otak juga memerlukan rehat yang secukupnya bagi membantu ia pulih dari
kepenatan berfikir. Berehat bukan lah bermaksud anda tidur seharian tetapi
menjalankan beberapa aktiviti sihat yang merehatkan minda. Mereka yang
mempunyai hobi dalam kehidupan dilihat lebih ceria dari mereka yang gila
bekerja tanpa ada satu ruang untuk diri sendiri. Berilah ruang kepada diri
sendiri untuk melaksanakan sesuatu yang digemari. Sekiranya anda jenis suka
bercuti, ini lah waktunya Cuma pilihlah lokasi yang merehatkan bukan bandar
besar dan pusat membeli belah yang boleh membuatkan anda tertekan dengan
berbelanja. Paling tidak sertai lah mereka yang menjalankan kerja-kerja amal,
aktiviti yang lain dari kebiasaan mampu memberi kelainan dalam membentuk pemikiran
yang sihat. Rehat tubuh badan, rehat minda dan kembali fokus pemikiran untuk
menjadi lebih proaktif pada masa akan datang.
Marilah tidur dengan
secukupnya
Tidur sangat penting untuk kesihatan otak. Gangguan tidur
hanya dalam satu malam sudah cukup untuk mengganggu perjalanan otak yang aktif.
Tidur bukan sahaja berperanan untuk membersihkan data-data yang yang kurang penting
dan tidak diperlukan daripada otak malah ia untuk merekodkan pengetahuan baru
ke dalam memori jangka panjang otak kita.
Tempoh yang disarankan oleh pakar kesihatan adalah kita perlu
dapatkan tidur sekurang-kurangnya antara 7 hingga 9 jam sehari. Latih diri
untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari termasuk hujung minggu.
Amalan untuk bangun lebih lewat pada hujung minggu dengan alasan cuti dan tidak
berkerja adalah tida elok untuk diteruskan. Bangun lah seperti hari-hari yang
lain dan buatlah sesuatu aktiviti yang bermanfaat bagi menggantikan tidur
berlebihan.
Ada antara kita yang mengamalkan tidur sebentar terutama
waktu tengahari. Ia sangat bagus untuk kesegaran minda bagi meneruskan tugas
sebelah petang namun jangan berlebihan. Secukupnya ambil untuk tempoh tidak
lebih 30 minit.
Elakkan pengambilan kafien selepas tengahari bagi mengelakkan
anda sukar untuk tidur atau bakal terjaga ditengah malam. Ia jelas tidak elok
untuk mendapatkan tidur yang baik.
Cuba lah amalkan untuk berhenti menggunakan skrin telefon
atau komputer 2 jam sebelum waktu tidur. Ia bisa membantu anda mendapatkan
tidur terbaik anda dalam seharian. Tukarkan dengan aktiviti membaca atau mandi
untuk mendapatkan kesegaran sebelum tidur. Rehatlah dengan cara yang terbaik
untuk mengakhiri hari penat anda.
Tidur akan sempurna sekiranya anda tidur seperti dalam gua
yang gelap, sejuk dan sunyi.
No comments:
Post a Comment