Apa
beza HDL dan LDL?
HDL
HDL dianggap sebagai
kolesterol baik kerana ia berfungsi mengangkut kolesterol ke dalam organ hati.
Ia kemudiannya di buang ke dalam kantung hempedu, sehingga tubuh bersih dari
kelebihan kolesterol. Kolesterol jenis ini mencegah penumpukan plak, melindungi
arteri dan mencegah badan kita daripada penyakit kardivaskular.
Memetik kajian Harvard.edu,
kadar HDL normal adalah lebih tinggi dari 55 mg/dL untuk wanita dan 45 mg/dL
untuk lelaki. Semakin tinggi angka kolesterol HDL maka semakin rendah risiko
anda terkena penyakit jantung, penyakit pembuluh darah dan juga strok.
LDL
LDL pula dikenali sebagai
kolesterol jahat kerana peranannya mengangkut kolesterol dari organ hati ke
sel-sel yang memerlukan. LDL mengandungi lebih banyak lemak daripada HDL. Jadi
semakin banyak jumlah LDL ia boleh mengganggu kesihatan badan. Antara sebabnya
adalah kerana LDL menempel di dinding arteri sehingga membentuk plak.
Penumpukan plak ini kemudian
menjejaskan aliran darah dan oksigen ke organ utama badan. Lalu ia menyebabkan
berlakunya kekurangan oksigen pada organ atau arteri. Ini sekaligus menjadi
punca penyakit buah pinggang atau penyakit arteri perifer, serangan jantung
atau strok.
Semkain rendah angka LDL
semakin baik. Kadar yang baik dalam darah adalah kurang daripada 130 mg/dL
jikaanda tidak mengidap penyakit aterosklerotik atau diabetes.
Penyebab
LDL Tinggi
Penyebab kolesterol jahat
atau LDL tinggi adalah:
·
Diet tinggi lemak
·
Obesiti
·
Kurang melakukan senaman atau bergerak
·
Faktor genetic
·
Ketagihan alcohol
·
Merokok
·
Kencing manis
Sumber
makanan HDL
·
Ikan salmon, tuna, mackerel dan cod (Omega-3)
·
Minyak zaiton, bunga matahari
·
Kacang walnut, gajus dan pistachio
·
Sayur-sayuran dan buah-buahan
Sumbar
makanan LDL
·
Kek, marjerin dan krimmer
·
Kulit atau lemak haiwan, santan
·
Kuning telur yang diambil berlebihan
·
Minuman 3 dalam 1
·
Makanan proses seperto sosej, nugget, bebola
ikan, kek ikan
·
Minyak yang diulang pakai
·
Makanan laut dan organ dalaman haiwan
·
Snek ringan (jajan)
No comments:
Post a Comment