Keluar toilet saya ditegur seoenuh sarang pakcik, kalau masjid ada kolah adalah lebih baik berwuduk dengan air kolah. Ambil berkat katanya.
Terus teringat kolah zaman sekolah. Dulu sekolah asrama wajib la ada kolah. Mudah untuk mandi dan berwuduk. Kolah yang panjang diletakkan binaan batu di tengah-tengahnya bagi mengelakkan sekolah melahirkan Phelps tanpa sedar.
Namun batu halangan yang dibina tidak bertahan lama, rebah juga maka terbentang luas sebuah kolah renang. Maka bertanding la saya dan rakan-rakan, siapa paling lana menyelam.
Acara berlangsung penuh semangat kesukanan hingga lah seorang demi seorang naik keluar dari kolah selepas dilibas dengan ustaz.
Adan uke....
No comments:
Post a Comment