Kalau dilihat luaran, sama macam budak lain. Tiada cacat cela. Elok belaka. Cuma rambut panjang, tidak sempat agaknya atau tidak cukup duit. Ahhh small matter. Benda boleh adjust usah bikin jadi susah.
Kehulu kehilir aku tengok Pika bertugas dalam dewan. Bila la dapat nak buka cerita. Sabar itu seksa.
15 minit aku dengar Pika story. Walaupun aku rasa tak lengkap tetapi sudah cukup menyentuh jiwa jantan aku untuk bersedih. Ada insan sekental budak ini dalam dunia. Membesar tanpa kasih sayang ibu tanpa kenal siapa si ayah.
Menumpang kasih dari satu rumah ke satu rumah keluarga angkat tentu tak sama dengan yang darah daging. Pandai bawa diri, bila rasa mula dicurigai atau tampak menyusahkan, laju angkat kaki jalan hidup sendiri.
Tidak terbayang bagaimana kehidupan budak ini ketika kecil tetapi nampak sihat hari ini, bukti dia membesar baik. Apa dugaan dan cabarannya hanya dia boleh bercerita. Raya dia tentu tak sama, sekolah dulu pasti susah tanpa sokongan keluarga. Jangan tidak percaya ye, SPM agak cemerlang. 2A dan lain semua B. Macam mana dia belajar dalam bergelandangan, tidak terfikir dek akal aku yang dangkal tentang sulit manusia.
Bagaimana kisahnya boleh hadir ke tempat aku, semuanya kisah belas kasih seorang pendidik. Bukan saudara juga tidak ada hubungan darah. Tetapi Allah temukan keduanya untuk sesuatu yang mulia.
Sulit katanya untuk mendaftar walaupun RESULT SPM baik sebab tiada dokumen diri ibu ayah yang lengkap. Namun usaha sang pendidik yang nampak ada potensi pada budak ini buat beliau usaha sampai boleh.
Berbekal RM800 pemberian sang pendidik yang berhati mulia, hadir diri sendirian tanoa ada yang teman. Urus semuanya seorang diri. Duit pemberian cukup-cukup buat bayaran yuran semuanya. Ada baki RM10 dalam akaun.
Apa lah awak nak makan nanti?
Puan jangan simpati dan kasihan pada saya. Beri saya kerja, saya akan buat sebaiknya. Saya tiada pendapatan lepas berhenti kerja di bengkel.
Walaupun susah, berdikari sudah sebati dalam dirinya. Tidak mahu menyerah mudah, tidak juga meminta-minta. Baik luaran InsyaAllah baik dalamannya.
Hei budak janji tau kau belajar rajin-rajin. Pasal duit kau jangan fikir dan risau. Ramai mak dan ayah angkat kami lantik buat sara kau seadanya.
Hei budak kau janji jaga adab, jaga kelakuan. Jangan macam-macam ye. Ramai nak tengok kau berjaya. Nak tengok kau naik pentas ambil sijil lepas 3 tahun.
Aku tengok kau aku nampak kau boleh berjaya. Aku tak kenal kau tetapi aku nak doa supaya kau berjaya dalam hidup, berjaya harung semua sampai jadi.
Kau boleh... Aku tahu kau boleh.....
No comments:
Post a Comment