Pagi-pagi ini duk le dengar radio SINAR.FM meja bulat pagi ini berkisar pasal pengalaman bekerja.
Abam pun nak share le pengalaman abam tapi tak lepas masuk talian.
Jadi abam story di sini sahaja.
Abam lepas sekolah, ada le kawan ajak cari kerja. Dulu mana ada internet. Tahun 93 punya cara nak cari kerja kena redah tanya. Maka masuk lah abam dan kawan dari sebuah ke sebuah kedai area ChowKit Road dan Jalan Raja Laut.
Rezeki abam dapat le kerja di BATU Road Supermarket. Masa interview dia tanyanya abam ada pengalaman tak? Jujur abam kata pengalaman takde tapi pengajaran banyak masa di sekolah.
Okay awak diterima kerja di sini sebagai PACKER. Abam tanya apa tu? Ala pembantu kepada CASHIER, tolong masukkan barang ke dalam beg plastik. Oooo... Kacang bang.. Balas abam penuh yakin. Jeling brader HR tu tengok abam.
Maka esoknya bermulalah karier abam sebagai Packer paling berpengajaran. Lepas briefing pagi, kami diberi jadual bertugas. Kawan abam kena department supermarket aras bawah dan abam pula kena ke tingkat 1.
Abam folo le brader cashier ke kaunter yang bakal jadi tempat abam bertugas. Abam tekun tengok brader ini kemas-kemas dan susun semua supaya mudah bekerja. Abam belajar.
Tidak lama lepas itu, pintu dibuka dan masuklah pelanggan. Datang lah customer pertama ke kaunter. Lepas cashier menekan mesin ditolaknya barang ke sebelah untuk abam packing.
Abam 1st time kan. Abam kaku. Camna nak buat ni. Abam senyap je sambil pandang brader cashier, sekali sekala abam jeling makcik yang beli barang. Dia jeling abam balik....
Eh kenapa kau tak masuk plastik?
Laju tangan cashier masukkan barang belian ke dalam plastik, kepilkan dengan resit dan diserah kepada makcik tadi.
Hah camtu caranya... Kata brader cashier. Boleh tak ni?
Okay2 bang.
Masuk customer kedua, ketiga dan seterusnya abam laju selesaikan tugasan abam. Nampak abam cepat faham apa itu kepentingan abam dalam industri ini.
Tetapi...
Kekakuan abam berulang bila customer ke 15 mampir ke kaunter. Kali ini bukan makcik tetapi kategori akak2 sebab nampak muda.
Ada 4 - 5 helai diletakkan atas kaunter. Cashier seperti biasa tekan menekan mesin dan duit bertukar tangan. Dan aku, masih kaku.
Kau ni kenapa? Pack le cepat. Brader cashier sudah bersuara.
Entah budak ni, cepat le sikit. Saya nak cepat ni. Lunch hour nak habis masa. Saya perlu pulang ke pejabat. Ujar akak tadi.
Aku... Kekal kaku.
Menjeling akak tadi lepas cashier serahkan bungkusan. Cashier bungkuskan.
Kau ni apahal, cuba kau cerita sikit? Tanya brader cashier semacam hairan. Kejap okay kejap tak okay.
Camni la bang, saya okay je kerja packing2 ni. Senang sangat sebenarnya. Tak berat mana pun. Tapi saya segan bang. Sumpah segan nak pegang benda tu. Abang tak nampak kr muka saya tukar merah tadi.
Aku tak faham apa masalah kau?
Gini bang. Benda lain saya boleh bang tapi spender dengan bra saya segan la bang. Saya budak sekolah agama bang.
Gelak bahak2 brader tu kat saya. Saya serius ni. Adui la.
Sudah kau pergi rehat tengahari. Masa abam nak turun tangga abam boleh dengar brader cashier tu gelak sambil cerita kat budak2 promoter. Hawau sungguh.
Wan, kau kerja tadi okay tak? Tanya abam pada kawan abam sambil menyuap nasi. Okay je, benda senang. Masuk barang dalam plastik je.
Abam senyap je. Lepas makan, abam pass kat wan uniform kaler biru muda abam suruh pass pada supervisor. Bagitahu supervisor, abam quit.
Aikkk.. Takkan berhenti..
Diamlah wan, kau tak faham.....
No comments:
Post a Comment