Sunday, February 12, 2023

K O L A H R E N A N G

Keluar toilet saya ditegur seoenuh sarang pakcik, kalau masjid ada kolah adalah lebih baik berwuduk dengan air kolah. Ambil berkat katanya.

Terus teringat kolah zaman sekolah. Dulu sekolah asrama wajib la ada kolah. Mudah untuk mandi dan berwuduk. Kolah yang panjang diletakkan binaan batu di tengah-tengahnya bagi mengelakkan sekolah melahirkan Phelps tanpa sedar.

Namun batu halangan yang dibina tidak bertahan lama, rebah juga  maka terbentang luas sebuah kolah renang. Maka bertanding la saya dan rakan-rakan, siapa paling lana menyelam.

Acara berlangsung penuh semangat kesukanan hingga lah seorang demi seorang naik keluar dari kolah selepas dilibas dengan ustaz.

Adan uke....

Thursday, February 9, 2023

F I R S T T I M E K E R J A

Pagi-pagi ini duk le dengar radio SINAR.FM meja bulat pagi ini berkisar pasal pengalaman bekerja.

Abam pun nak share le pengalaman abam tapi tak lepas masuk talian.

Jadi abam story di sini sahaja.

Abam lepas sekolah, ada le kawan ajak cari kerja. Dulu mana ada internet. Tahun 93 punya cara nak cari kerja kena redah tanya. Maka masuk lah abam dan kawan dari sebuah ke sebuah kedai area ChowKit Road dan Jalan Raja Laut.

Rezeki abam dapat le kerja di BATU Road Supermarket. Masa interview dia tanyanya abam ada pengalaman tak? Jujur abam kata pengalaman takde tapi pengajaran banyak masa di sekolah.

Okay awak diterima kerja di sini sebagai PACKER. Abam tanya apa tu? Ala pembantu kepada CASHIER, tolong masukkan barang ke dalam beg plastik. Oooo... Kacang bang.. Balas abam penuh yakin. Jeling brader HR tu tengok abam.

Maka esoknya bermulalah karier abam sebagai Packer paling berpengajaran. Lepas briefing pagi, kami diberi jadual bertugas. Kawan abam kena department supermarket aras bawah dan abam pula kena ke tingkat 1.

Abam folo le brader cashier ke kaunter yang bakal jadi tempat abam bertugas. Abam tekun tengok brader ini kemas-kemas dan susun semua supaya mudah bekerja. Abam belajar.

Tidak lama lepas itu, pintu dibuka dan masuklah pelanggan. Datang lah customer pertama ke kaunter. Lepas cashier menekan mesin ditolaknya barang ke sebelah untuk abam packing.

Abam 1st time kan. Abam kaku. Camna nak buat ni. Abam senyap je sambil pandang brader cashier, sekali sekala abam jeling makcik yang beli barang. Dia jeling abam balik....

Eh kenapa kau tak masuk plastik?

Laju tangan cashier masukkan barang belian ke dalam plastik, kepilkan dengan resit dan diserah kepada makcik tadi.

Hah camtu caranya... Kata brader cashier. Boleh tak ni?

Okay2 bang.

Masuk customer kedua, ketiga dan seterusnya abam laju selesaikan tugasan abam. Nampak abam cepat faham apa itu kepentingan abam dalam industri ini.

Tetapi...

Kekakuan abam berulang bila customer ke 15 mampir ke kaunter. Kali ini bukan makcik tetapi kategori akak2 sebab nampak muda.

Ada 4 - 5 helai diletakkan atas kaunter. Cashier seperti biasa tekan menekan mesin dan duit bertukar tangan. Dan aku, masih kaku.

Kau ni kenapa? Pack le cepat. Brader cashier sudah bersuara.

Entah budak ni, cepat le sikit. Saya nak cepat ni. Lunch hour nak habis masa. Saya perlu pulang ke pejabat. Ujar akak tadi.

Aku... Kekal kaku.

Menjeling akak tadi lepas cashier serahkan bungkusan. Cashier bungkuskan.

Kau ni apahal, cuba kau cerita sikit? Tanya brader cashier semacam hairan. Kejap okay kejap tak okay.

Camni la bang, saya okay je kerja packing2 ni. Senang sangat sebenarnya. Tak berat mana pun. Tapi saya segan bang. Sumpah segan nak pegang benda tu. Abang tak nampak kr muka saya tukar merah tadi.

Aku tak faham apa masalah kau?

Gini bang. Benda lain saya boleh bang tapi spender dengan bra saya segan la bang. Saya budak sekolah agama bang.

Gelak bahak2 brader tu kat saya. Saya serius ni. Adui la.

Sudah kau pergi rehat tengahari. Masa abam nak turun tangga abam boleh dengar brader cashier tu gelak sambil cerita kat budak2 promoter. Hawau sungguh.

Wan, kau kerja tadi okay tak? Tanya abam pada kawan abam sambil menyuap nasi. Okay je, benda senang. Masuk barang dalam plastik je.

Abam senyap je. Lepas makan, abam pass kat wan uniform kaler biru muda abam suruh pass pada supervisor. Bagitahu supervisor, abam quit.

Aikkk.. Takkan berhenti..

Diamlah wan, kau tak faham.....

E X P L O R I N G P U T R A J A Y A


Meh saya nak share apa ada di Putrajaya.

Selain sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya juga merupakan antara lokasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Bagi yang berkesempatan jalan-jalan di sini waktu malam, bolehlah cuba ke PUTRAJAYA SECRET GARDEN.

Anda akan dihidangkan dengan satu pemandangan yang cantik dan menarik dengan hiasan lampu pelbagai bentuk seperti juraian lampu, arnab, cendawan, dinasour dan banyak lagi memenuhi ruang bersebelahan Hotel Pulse Grande Putrajaya.

Bagaimana untuk ke sini?

Anda boleh memarkir di sebelah bawah Tangga Putrajaya dan menikmati senaman ringan menaiki anak tangga menuju ke SECRET GARDEN atau memandu terus ke parkir Hotel Pulse Grande.

Anak-anak anda pasti gembira dengan apa yang disediakan di sini.

SELAMAT BERJALAN2 KE PUTRAJAYA....

Wednesday, February 8, 2023

K I S A H

K I S A H

Sedih dengar kisah seseorang yang biasa mewah namun diuji dengan kesempitan kewangan.

Dengan pendapatan tinggal RM200 sebulan manakan normal menjalankan kehidupan biasa-biasa. Katanya habis emas isteri digadai buat kelangsungan hidup, tinggal seutas sahaja ditangan buat pakai.

Pecah tabung syiling buat bayar belanja anak nak sambung belajar. Kehulu hilir mencari insan yang sudi menukar syiling yang dimiliki.

Hendak meminjam orang tak percaya, maka jual semua apa yang ada, yang punya nilai. Poket selalu kosong.

Jatuh betul-betul parah, namun dia bangkit. Malah lahirkan rasa syukur atas ujian yang diberikan Tuhan Yang Maha Berkuasa. Ujian ini menyedarkan, ia tunjukkan jalan pulang. Lebih dekat dengan Tuhan Pencipta yang dahulu selalu jauh. 

Pengakhiran sebuah perjalanan yang belum ketahuan. Semoga baik-baik untuk saya dan semua pembaca.

P E M I M P I N

Pemimpin Terhebat Wajib Ada Semua Elemen A hingga I. 

A - Amanah
B - Bijak
C - Cerdas
D - Dedikasi
E - Elok
F - Faham
G - Gigih
H - Hasrat
I - Iman

Ayuh membina hubungan dengan manusia tanpa mengira apa jua sandangan. 

Tuesday, February 7, 2023

R U T I N

Bila kau buat benda yang sama ulang2 patutnya kau berubah dari biasa jadi pakar. Dari banyak kesilapan akan berkurang setiap kali perkara yang sana diulang2. Hingga semua jadi sempurna tiada cacat cela.

Namun bila kau ulang benda yang sama setiap hari selama beberapa tahun maka timbul rasa selesa yang akhirnya menjadi BOSAN.

Maka untuk hilangkan rasa itu, kena ubah cara biasa. Perlu jadi lain dari lain. Perlu berani berubah cari kelainan. Tidak salah mencuba sesuatu yang baru dan lain. Janji ia mendatangkan manfaat dan tidak ada mudarat buat diri dan orang sekeliling.

Semua benda yang dibuat perlu ada sedikit rasa suka dan gembira. Baru nilai tambah kepada keberhasilan muncul secara semulajadi.

Jom lah kita CUBA.

ACIK Tulis Suka2

Monday, February 6, 2023

M E L A T O

L A T O - M E L A T O

Amat jangan main dekat meja orang. Jangan kacau orang nak makan. Tegur si ibu bila anaknya melato-latokan mainan di tangan.

Bingit dan agak mengganggu juga benda alah ini. Selalu dengar orang bercerita dan kali ini betul-betul berdengung ditepi telinga.

Patutlah banyak negara mengharamkan permainan ini. Selain merbahaya kepada si pemain ia amat mengganggu emosi manusia sekeliling.

Bila budaknya makin dekat, perlahan tapi bunyinya agak kejam semakan berbisik...

Kalau kena acik, memang ke hutan lato-lato tu acik baling. Biar harimau kat bawah tu main....

Terus dia berhenti main. Nampak budak memang sayang mainan dan mungkin dia jenuh memikir macam mana lah harimau melato-lato.

Sekian.

Acik Suka2 Tulis.

B U D A K

Nanti lah cik, sekejap lagi saya story. Bisik Pika buat aku lebih tidak sabar untuk mengetahui. Apa kisah disebalik segalanya. Betul-betul mencuri perhatian.

Kalau dilihat luaran, sama macam budak lain. Tiada cacat cela. Elok belaka. Cuma rambut panjang, tidak sempat agaknya atau tidak cukup duit. Ahhh small matter. Benda boleh adjust usah bikin jadi susah. 

Kehulu kehilir aku tengok Pika bertugas dalam dewan. Bila la dapat nak buka cerita. Sabar itu seksa. 

15 minit aku dengar Pika story. Walaupun aku rasa tak lengkap tetapi sudah cukup menyentuh jiwa jantan aku untuk bersedih. Ada insan sekental budak ini dalam dunia. Membesar tanpa kasih sayang ibu tanpa kenal siapa si ayah. 

Menumpang kasih dari satu rumah ke satu rumah keluarga angkat tentu tak sama dengan yang darah daging. Pandai bawa diri, bila rasa mula dicurigai atau tampak menyusahkan, laju angkat kaki jalan hidup sendiri. 

Tidak terbayang bagaimana kehidupan budak ini ketika kecil tetapi nampak sihat hari ini, bukti dia membesar baik. Apa dugaan dan cabarannya hanya dia boleh bercerita. Raya dia tentu tak sama, sekolah dulu pasti susah tanpa sokongan keluarga. Jangan tidak percaya ye, SPM agak cemerlang. 2A dan lain semua B. Macam mana dia belajar dalam bergelandangan, tidak terfikir dek akal aku yang dangkal tentang sulit manusia. 

Bagaimana kisahnya boleh hadir ke tempat aku, semuanya kisah belas kasih seorang pendidik. Bukan saudara juga tidak ada hubungan darah. Tetapi Allah temukan keduanya untuk sesuatu yang mulia. 

Sulit katanya untuk mendaftar walaupun RESULT SPM baik sebab tiada dokumen diri ibu ayah yang lengkap. Namun usaha sang pendidik yang nampak ada potensi pada budak ini buat beliau usaha sampai boleh. 

Berbekal RM800 pemberian sang pendidik yang berhati mulia, hadir diri sendirian tanoa ada yang teman. Urus semuanya seorang diri. Duit pemberian cukup-cukup buat bayaran yuran semuanya. Ada baki RM10 dalam akaun. 

Apa lah awak nak makan nanti? 

Puan jangan simpati dan kasihan pada saya. Beri saya kerja, saya akan buat sebaiknya. Saya tiada pendapatan lepas berhenti kerja di bengkel. 

Walaupun susah, berdikari sudah sebati dalam dirinya. Tidak mahu menyerah mudah, tidak juga meminta-minta. Baik luaran InsyaAllah baik dalamannya. 

Hei budak janji tau kau belajar rajin-rajin. Pasal duit kau jangan fikir dan risau. Ramai mak dan ayah angkat kami lantik buat sara kau seadanya. 

Hei budak kau janji jaga adab, jaga kelakuan. Jangan macam-macam ye. Ramai nak tengok kau berjaya. Nak tengok kau naik pentas ambil sijil lepas 3 tahun. 

Aku tengok kau aku nampak kau boleh berjaya. Aku tak kenal kau tetapi aku nak doa supaya kau berjaya dalam hidup, berjaya harung semua sampai jadi. 

Kau boleh... Aku tahu kau boleh..... 


Friday, February 3, 2023

S E L A R I

Tempoh hari kita borak pasal SERASI. Kali ini kira bincang sikit pasal SELARI.

Ada yang umur sudah 45 muka oun nampak 45 ini kita panggil SELARI atau seiring. Muka kena dengan umur.

Macam saya umur 47 tapi masih ada yang cuba teka umur saya 37, ini namanya TIDAK SELARI atau tidak seiring. Ketidak SELARI ini bila ditegur boleh menimbulkan KEGEMBIRAAN.

Ada satu jenis TIDAK SELARI pula menimbulkan KEGUSARAN dan KEMARAHAN. Ini berlaku bila umur kau baru 33 tetapi student kau ingat kau dah 53.

Tak GUNA punya student.

Wednesday, February 1, 2023

S E R A S I

Serasi itu subjektif. Selain serasi dengan pasangan, serasi yang bagaimana lagi yang anda perlukan dalam kehidupan.

Ada bila sakit ambil ubat kena yang serasi. Klinik nak yang sama juga kalau serasi. Taknak langsung cuba klinik lain kalau boleh. Doktor pun kalau boleh nak yang sama. 

Ada yang bila gunting rambut mesti nak dengan tukang gunting yang sama.

Ada juga bila tempah baju melayu setiap kali nak sambut hari raya mesti nak jenama yang sama atau pun tukang jahit mesti orang yang sama.

Bila sudah SERASI biasanya, ia kekal mengulang benda yang sama. Sukar nak berubah kepada yang lain. Serasi ini selalu membawa kepada selesa.

Apapun benda kalau SERASI kira on... Gitu...

Ceramah 6/8/2024

 Unsur manusia 1. Jasad - makan baik2. Minum yang halal.  2. Roh - solat 5 waktu 3. Akal - didik akal dengan ilmu manfaat  4. Hati - bahagia...