Wednesday, December 27, 2023

E X A M

 E X A M  2


Selaku Ketua Pengawas Peperiksaan, telah disediakan skrip yang perlu dibaca kepada pelajar sebelum masuk ke dewan. Skrip yang sangat formal mungkin ada yang tidak gemar mendengar maka ditambah lah sedikit perkataan cache yang bisa menarik perhatian pelajar untuk mendengar.


Maka berpesan lah, mohon semua pelajar tinggalkan Toyol masing-masing di luar dewan. Minta mereka doakan kamu semua mudah menjawab tanpa hadirnya mereka.


Berbondong2lah masuk semua pelajar ikut aturan dan barisan. Bertebaran mereka memilih meja dan kerusi ikut baris yang disediakan. Ramai keliru hendak duduk depan atau belakang. Atau di tengah-tengah.


Maka abam pun menjemput mereka mampir ke depan..


"Mari duduk depan, saya dimaklumkan oleh pensyarah kamu, kertas soalan di meja hadapan lebih mudah dan senang banding di belakang." 


Sengih je mereka.


Ketua pengawas pun sambung membaca skrip, tentang risiko sekiranya ditangkap meniru dan lain-lain perkara penting berkaitan peperiksaan.


Okay anda boleh mula menjawab.


Maka pelajar ada yang mengangkat tangan berdoa. Yang selain Islam juga kelihatan menunduk mungkin berdoa ikut ajaran masing2.


Senyum saya. Bagus Anak2 Politeknik.


Tapi saya terpandang pada satu susuk tubuh. Panjang doanya dari yang lain. Tatkala rakan-rakan lain sudah mula mengangkat pen, dia masih menyambung doa. Besar harapan ibu ayah. Takut menghampakan.


Itulah kisah dalam dewan peperiksaan.

Seronok jaga exam. 


Duduk depan

Doa

Friday, December 22, 2023

A Z A M

 Hari ini 22/12/2023


Maka 9 hari lagi sampai penghujung 2023. Hujung-hujung tahun biasa revise semula azam-azaman yang duk sembang dari awal tahun.


Maka sedarlah bahawa satu pun tak capai lagi wei. Azam nak kurus, nak elok ke laut sudah.


Acah2 exercise, Kunun2 nak potong gula. Susahnya hanya diri sendiri yang tahu. Cabarannya, godaannya. Mudah cakap banyak halangan dari dorongan. 


Kawan ajak ngeteh takkan nak order air suam. Nanti kecik hati kawan. Padahal kawan tu tak kata apapun. Ikut awak la nk air suam. Tapi itulah... Mudahnya mencipta alasan untuk tidak berjaya. Sebab apa... Sebab boleh dik. 


Azam nak tulis buku pun ke laut. Azam nak rajin tulis di sosial media je nampak on track. Itu pun belum tentu ramai pembaca.


Bagi yang suka-suka tulis macam abam ni happy sangat kalau ada yang sudi membaca. Dan suka dengan tulisan karut abam. Berbunga kau hati, bila orang tinggalkan komen walaupun sekadar satu emoji.


Semoga dua azam ini makbul 2024. Bukan mudah tetapi ini satu misi bukan mustahil. Boleh tercapai InsyaAllah dengan usaha berganda.


Doakan abam ye wahai rakan taulan. Azam tetap azam. Kita jalan terus. Jangan putus usaha.


Boleh tu.....

Wednesday, December 6, 2023

S U R A T S A K I T

 Kisah Cuti Sakit


Asbab tidak hadir 3 kali sepanjang semester bersamaan dengan 6 jam sesi pertemuan menyebabkan DIN nama sebenar direkod kurang 80% dan bakal gagal bagi subjek Koko.


Ikut logik normal, adalah sukar untuk GAGAL subjek ini. Tetapi masih yang memilih untuk gagal sebab tidak hadir cukup.


Maka DIN perlu mendapatkan TT saya bagi surat tunjuk sebab yang perlu dikemukakan kepada pihak berwajib bagi membolehkan beliau dinilai.


Dan dengan bijak beliau mengemukakan 2 surat  cuti sakit bagi menyokong permohonan ini. Namun, was was untuk saya terima kerana ada pengubahan pada butiran seperti nama dan tarikh MC. Penggunaan correction tape berlaku dengan jelas di kedua-dua dokumen.


Aduhai DIN.


Dah lama ke buat kerja macam ni, soal saya. Surat Cuti ini jelas awak sudah ADJUST.


EH tidak encik, memang saya terima sebegini dari Doktor.


Emmmm agaknya saya nampak bodo2 kot tu DIN yakin gerakan dan tindakannya CLEAN.


DIN tarikh Doktor sign 1/11 tapi MC awak tertulis 29/11. Awak jumpa doktor ke bomoh. Sebab dia boleh JANGKA awak nak sakit 29 hari ke depan. Jelas dokumen telah diubah.


Satu lagi MC tarikh menunjukkan beliau MC 8 hari. Kiraan mudah dari satu tarikh ke satu catatan tarikh dalam surat sakit. Bila ditanya sakit apa, sakit perut jawabnya. Namun ada satu ruang dalam MC jelas menunjukkan jumlah hari MC cuma 1 day. Hahahahaha


Dari nak marah ngamuk sudah jadi kelakar, saya terus tengok cermin, nampak bodoh sangat ke aku ni. Betul2 budak ni TRY.


DIN ooo DIN. Kau buat abam rasa nak tukar karier dah ni.

Wednesday, November 15, 2023

H I J O K I T A

Hari ni ramai yang pakai kaler HIJAU, tanda sokongan tak berbelah bagi kepada perjuangan PALESTIN.

Sebenarnya abam dah cuba cari tapi tak jumpa. Rupanya abam takde kemeja hijo. Ada yang hijau baju Melayu takkan nak pakai baju Melayu hari rabu, tanya pula kakak kau kang nak gi mana.

Jadi abam tetap sokong walaupun baju abam tak ikut tema. Abam pakai PINK ala2 hijo. Ada ke kaler tu. Abam bedal je dik.

Walaupun abam tak hijo diluar tadi abam hampir bertukar hijo bila student hantar proposal tak ikut spek. Kejap hijo kejap biru abam bertukar-tukar. Geram bai.

T A K F A H A M B A H A S A

 "Maaf lah saya tak berminat, terima kasih"

Ini ayat paling lembut saya mampu beri bila menolak pujukan rayu si penjual dalam talian. Tertanya-tanya juga saya mana pula dia dapat nombor hp saya. Sebab takde pula saya isi borang apa-apa bertanyakan pasal produk mereka.

Ada yang menghormati dengan ayat saya akan terus memohon maaf kerana mengganggu dan mematikan panggilan. Yang ini saya tabik. Faham kita tak mahu atau belum mahu.

Selalu kita jumpa yang ini lah. Tapi jangan tak tahu ye , ada juga yang jenis MENJENGKELKAN. Jenis tak faham bahasa atau buat-buat tak faham.

Encik belum dengar lagi penerangan saya, mana  encik tahu tak berminat. Dia pula mempersoalkan minat kita ye. Eh duit kita suka kita le nak minat ke tidak.

Orang yang macam ni biasa saya matikan talian terus. Kalau rajin saya terus BLOK nombor tersebut. Malas layan la senang cerita.

Tapi sampai sekarang saya masih tertanya, mana ek dia dapat nombor hp kita?

Tuesday, September 26, 2023

M I M P I

 M I M P I


Aku beritahu awal-awal, apa yang hendak diceritakan ini sekadar mimpi semata-mata. Hidup semakin keras, ramai masyarakat mengeluh semua barang naik harga, barangan asas pula tu. Seperti sesuatu sedang berlaku...


Sedang aku menuju ke kereta berjalan kaki meniti tepian bangunan yang letaknya sebuah bank terkemuka JENAMA tempatan, dengar pekikan dan laungan memanggil.


Kami menawarkan RM10.00 untuk setiap transaksi yang dilakukan di mesin ATM kami tanpa mengira jumlah dan nilai transaksi.


Wah ini sudah bagus, simpan duit dapat duit, keluar duit pun dapat duit. Macam ini boleh rajin ke bank setiap hari. Mahu beratur panjang bank ini setiap waktu.


Congak punya congak, aku akan diisytihar kaya selepas 3 hari aktif beratur melaksanakan transaksi demi transaksi.


Tapi itulah, TAKDAN BERATUR pun aku DAH TERJAGA. Kan sudah beritahu awal tadi aku kan mimpi.


Korang ingat bank baik sangat nak bagi hadiah seperti itu. Mimpi je lah. Okay jom SUBUH geng.


AA Penulis MIMIPI


Sunday, August 27, 2023

O K U

Beria abam memandu perlahan sambil mata memerhati petak letak kereta yang kosong. Eh ada satu kosong, rezeki abam. Baru nak masuk baru perasan petak untuk orang kelainan upaya (OKU). Okay kita round sekali lagi. Jangan masuk hak orang.


Alhamdulillah depan sikit ada satu petak kosong celah-celah kenderaan yang siap bersusun.


Tutup pintu, melangkah le abam ke deretan kedai. Kelihatan sebuah kereta masuk ke petak istimewa tadi. Nasib tak salah tadi, tidak kasihan kepada yang hak.


Sekali keluar tuan kereta, helok gemok. Dekat cermin belakang pun elok takde pelekat istimewa.


Abam terus jerit... Oittt bila gemuk consider OKU ye? Laju je dia jalan menonong. Rupanya abam jerit dalam hati. Abam seram dia cepuk abam yang kurus ni. Kurus ke abam....


Apapun moral of the story, usah le parking tempat bukan hak awak ye. Hawau kau....

Saturday, August 12, 2023

Y B

 YB

Alhamdulillah selesai urusan negara.

6 negeri telah memilih.

YB - Yang Bertanding telah pun tahu nasib menang atau kalah.

YB - Yang menang tahniah bergelar Yang Berhormat maka laksanakanlah amanah yang digalas.

YB - Yang tewas mungkin boleh jadi Yang BERSARA atau Yang Berehat. Tenang, fikirkan semula maksud perjuangan. Kalau sudah tidak relevan bolehlah berehat panjang.

YB - Tidak dilupa buat YANG BERKECUALI iaitu semua petugas SPR yang menjalankan tanggungjawab dalam melaksanakan proses PILIHANRAYA lancar dan berkeputusan. Tahniah dan terima kasih buat semua. Boleh lah tarik nafas lega dan rehat jadi Yang BERCUTI Isnin nanti.

Sunday, July 16, 2023

T E K N I K B E T U L B A C A

Teknik Membaca Yang Baik


SEBELUM membaca, kenal pasti tujuan pembacaan. Bersedia diri untuk membaca. Sebaiknya dalam berwuduk dan niatkan menuntut ilmu. Pilihlah tempat yang bersih supaya 100% kondusif.


SEMASA sedang membaca cubalah fokus. Baca ikut kemampuan masing-masing. Pilihlah waktu yang paling sesuai, paling selesa.


SELEPAS selesai membaca, cubalah menulis sedikit. Buat rasa-rasa, buat simpan dalam catatan. Mereka yang menulis lebih mudah mengingati apa isi bacaan. Ini benar.


Silalah SHARE jika bermanfaat.

Thursday, June 29, 2023

B E L A J A R


Belajar dan proses pembelajaran bukan kira masa. Di mana-mana kita boleh jadi anak murid. Sebab kita bukan sempurna tahu semua benda. Ada benda kita pakar, kita kasi kongsi la sama orang lain.


Sekejap kita guru sekejap kita duduk di bawah menuntut. Begitulah kehidupan. Memberi bila diminta, mencari bila rasa kurang sana sini.


Dalam seni mengajar, ada macam-macam kaedah. Kalau terlalu selesa dengan cara sedia ada juga tidak bagus untuk mencipta cabaran.


Kalau dulu bawa sebatang marker di poket nampak padu tapi sekarang ia patut berlalu. Bak kata kawan abam, betul kau otai tapi cara kau ketinggalan zaman. Malu kat orang brader.


Tunjuk sini tunjuk sana dapat lah sedikit ilmu namun masih belum cukup buat penuh dada. Lain kali kita panggil buat kursus ye sifu. Kasi padu bab teknologi terkini supaya tidak diperkotak katik pelajar yang sedia siap bijak bab ini.


TQ SIFU



Wednesday, June 28, 2023

B U N T U

 Lama tak menulis. Takde mood katanya. Nak tulis apa pun takde topik nak mula.


Semangat?


Ada je cuma setiap kali duduk di meja, rasa kosong. Kosong sangat-sangat. Tak nak tulis buku ke? Mahunya tidak, cita-cita tak pernah padam. Tapi bila? Jangan ditanya, susah nak jawab. Ada tu satu hari nanti.


Kawan tanya abam jawab. Selalu dapat ilham dari mana? Kalau abam, dari surat khabar, berita tv, majalah, buku-buku. Itu kalau tengah rajin menelaah lah.


Kalau malas, duk perati gelagat orang di tempat awam. Dalam bas atau kenderaan awam, shopping mall, kedai makan senang cerita semua tempat ada istimewa. Mesti akan ada perkara yang best muncul untuk ditulis.


Habis posting kali ini abam dapat dari mana ideanya?


Abam tengok TV cerita Korea tentang seorang penulis Blog. Dalam satu scene, beliau ditanya oleh peminat tentang masalah otak kosong bila duduk di meja. Maka jawapannya... Keluar dan berjumpa orang. Ia pasti muncul, bila dah berisi maka duduk lah enak di meja mulakan menulis.


Itu abam tengah dan selesai buat ni.

Blogger Tak Laku.


Monday, May 1, 2023

R A Y A S E B U L A N ?

Raya sebulan ye tak?

Udah berapa banyak makanan enak-enak kau sudah bedal. Penuh kalori, berlemak2, bergula  dan garam.

Name it...

Lemang, ketupat, rendang ayam, rendang daging, kuah kacang, soto ayam, laksa ikan sekor, dodol, wajik, kuih dan muih beraneka macam bak lagu.

Ke LAUT nampaknya diet ku abam Karim.

Ala beria sangat risau macam la dia gemuk terpaling. Gemuk itu subjektif ye kawan-kawan. Ada yang nampak chubby sikit pun dah declare war kepada kegemukkan. Dan ada juga yang udah senget gelebeh pun masih mengaku berat badan IDEAL.

OKAY soalan...

Korang pandai tak kira BERAT BADAN IDEAL?

MEH sini abam ajarkan.
Mula sekali pergi le ukur ketinggian. Mana yang rendang jangan ngaku lampai ye. Ukur betul-betul.

Pastu pi timbang berat. Make sure scale tidak menipu ye. Sebab ada sekarang dijual scale yang jaga hati tuan. Asyik diskaun je ukurannya 5kg.

Okay dah dapat dua-dua, MOH buat kira ilmu hisab. Matematik le hawau.

Formula BMI = Berat Badan (kg) / Tinggi (m)²

Maka, rujuk lah Jadual Status BMI

Kurang dari 18.5 = Consider kurang berat
18.5 - 24.9 = Normal IDEAL bebeh
25 - 29.9 = Berat berlebihan
Lebih 30 = Kau GEMOK OBES

Hah tunggu lagi. Jom le BERSENAM. Semoga sihat selalu. Ayuh jangan mengalah. Kita mampu menjadi lebih baik dari SEMALAM.

Sunday, April 23, 2023

J E B A H

B O R A K  R A Y A  3

Jebahnya kau Ijoy, tegur Mak Ngah turun dari kereta. Aku yang sedang duk atas buai depan pintu rumah berkerut dahi duk memikor apa pula Mak Ngah ni mengata aku ni...

Jebah? Apa tu...

Ala macam debab, tembam....

Emmm tak nak la kawan Mak Ngah.

Mak kau mana? Ada kat dalam, cari sendiri. Hahahahha

Mak Ngah ni nak datang beraya ke nak menimbulkan kerisauan jejaka bersangka kurus macam aku ni...

Adui la....

Saturday, April 22, 2023

B O R A K R A Y A 2

B O R A K  R A Y A  2

Bila berjumpa pakcik-pakcik pasti bercerita pasal kenangan dia dengan arwah ayah. Pangkat sepupu kepada ayah dan memang rapat dari zaman bujang.

Ayah kau dulu pandai melukis. Setiap kali balik kampung dia akan duduk tepi sawah melukis pemandangan. Kalau dia lukis sawah memang hidup. Tapi itulah dia tak simpan atau jual lukisan yang dia buat.

Ye betul ayah memang berbakat dalam seni lukis. Cuma tidak serius. Ayah memang boleh melukis dengan cantik. Kalau dulu masa zaman aku sekolah, kalau kena buat kerja-kerja seni memang ayah la tukang selesaikan semuanya. Aku? Memang tak berseni bab lukis melukis. Tangan bangku.

Pakcik seorang lagi beritahu, ayah kau dulu zaman bujang pakai VESPA. Tapi takde lesen. Pernah sekali aku terpaksa terjun dari motor bila jumpa roadblock. Rupanya ayah kau lesen L. Naik bas aku balik ke rumah. Nasib ada bas tidak naya jalan kaki. Ceritanya lagi. Aku tahu pakcik aku rindu ayah. Mereka memang rapat. Aku juga rindu ayah.

Semoga Allah letakkan Ayah bersama mereka yang diberkati dan diredhai.

Okay dah tahu dulu ayah ada VESPA. Nanti nak cari seketul VESPA juga lah.

Wednesday, April 12, 2023

D U I T S E G A L A N Y A ?

Topik pagi ini di SINAR. Adakah DUIT adalah segalanya?

Duit perlu cukup untuk kelansungan hidup. Bila semuanya cukup, kita sekeluarga selesa walaupun mungkin belum sempurna. Cukup sekadar membahagiakan ikut saiz kasut masing-masing.

Takde duit, boleh jadi mengganggu perjalanan sebuah kehidupan. Banyak perkara bertangguh dan semakin lama ia membukit menggunung. Akhirnya ia bisa menghilangkan senyuman sedikit demi sedikit.

Cukup untuk seseorang berbeza-beza. Level kecukupan berbeza ikut KEINGINAN. Walaupun bukan semua KEINGINAN itu satu keperluan, namun ia masih berada dalam garisan kehendak yang Kadang-kadang sukar diabaikan.

Namun, jangan terlalu mengejar DUIT hingga terlupa yang lebih penting. Keluarga adalah segalanya. Hidup bermasyarakat, berteman berkawan. Berbuat kebajikan boleh beroleh kebahagiaan yang ajaib. Benda tak boleh dijual beli.

Sekian. Lama tak tulis. Sebab selalu naik moto takde radio nak dengar topik.

Tuesday, April 4, 2023

B A J U M E L A Y U

Cekak Musang VS Teluk Belanga

Raya sudah dekat geng. Korang sudah beli baju raya tak? Ke pakai tahun lepas punya? Apapun pilihan, yang pasti baju melayu memang jadi pilihan digayakan di pagi hari raya.

Kalau di Sarawak katanya 7 hari pakai baju melayu. Raya ke LAPAN baru baju biasa. Lagi padu geng.

Antara dua pilihan CM dan TB korang suka yang mana?

Aku? Mestilah TB.

Kenapa? Selesa, smart, kemas, butang tak banyak, rare sebab geng Johor je suka pakai. Pastu digayakan dengan baju diluar sampin. Stylo la gamaknye. Suka suka suka.

CM lawa juga cuma sejak dua menjak ni macam tak kena selera, macam kurang selesa.  Tak tahu kenapa. Padahal dulu feberet abam ni.

Hanya yang faham je tahu.

Sunday, April 2, 2023

L A M P U

L A M P U

Sepertiga Ramadhan telah dilalui, ramai yang sudah mula membuat persediaan menyambut hari kemenangan.

Beli itu beli ini nak jadi lengkap. Biar sempurna katanya. Namun ada juga yang memilih untuk bersederhana. Bukan kerana tidak gembira meraikan tetapi lebih selesa untuk tidak beria dalam satu-satu perkara.

Sama la kita. Apapun cara, bersyukurlah dengan apa yang ada.

Nak cerita pasal persediaan, ada satu benda yang selalu juga dicari buat jadi meriah.

LAMPU.

Kalau di lorong tempat saya tinggal memang meriah dengan cahaya. Semua pakat tak tinggal benda ini. Ada yang warna biru ada yang merah ada yang kelip-kelip ada juga yang kuning putih terang menyala. Ada yang bentuk bulat, ada yang saiz kecil ada yang bentuk bulan bintang dan juga bentuk ketupat.

Maka lorong rumah kami jadi terang benderang setiap hari. Balik terawih boleh senyum sorang2 tau. 

Itu belum kira yang pasang pelita traditional lagi. Menarik bak hang. Cuma kos mahal sikit la nak beli minyak. Mahal rupanya minyak tu.

Maka untuk tahun ini, saya plan nak pasang hak baru. Yang lama dah tak menyala. Jadi kejap lagi saya akan cuba la cari benda tu, maybe di MYDIN ada jual.

Persoalannya sekarang nama dia LAMPU LIP LAP kan? Ke LAMPU LAP LIP. Abam kompius.

Friday, March 31, 2023

G E M U K D A N A L A S A N

Orang lelaki sebenarnya bukan tidak mahu jadi kurus. Tetapi kerana keterpaksaan, jiwa lembut mudah kasihan. Maka memilih untuk berkorban demi mereka yang disayangi.

Yang pertama pasangan. Selalu menegur lelaki, eh saya tengok awak ni gemuk la... Tapi bila tengah makan dia sendukkan nasi tambah sambil tanya lauk dia masak sedap tak? Acaner nak jawab tu. Cuba bagitau.

Pastu yang kedua kawan2, sekejapan ajak mengeteh mengopi memilo. Kalau beritahu kita kenyang nampak cam sombong tak nak bersosial gitu. Kawan lak semua baik2, susah juga nak menolak. Udah nama mengeteh mengopi takkan nak order air suam sebab tadi tidak diajak menyuam. Demi sayangkan kawan2, ku korban kan six pek.

Yang ketika kejap belum terfikir nak salahkan sapa pula. Ada yang ada idea tak, siapa patut kita salah kan bila kegemukkan melanda seorang lelaki.

Wednesday, March 29, 2023

K A Y A

Man... Kau nak tak jadi kaya?

Apa punya soalan la kau tanya ni Jul. Mesti la mahu. Aku selalu mimpi tau aku jadi kaya raya. Dalam mimpi tu aku beli macam-macam. Aku beli rumah besar, aku beli kereta mewah, aku pergi bercuti luar negara dan yang paling best aku dapat kahwin dengan artis cantik comey lotey.

Begitulah sahabat aku, bila ditanya pasal kaya pakej siap mimpi. Bak kata orang mimpi dan impi kan percuma jadi kenapa perlu runsing. 

Kita layan kan. 

Aku? Aku tahu kaya datang dengan tanggungjawab, amanah besar. Bukan calang-calang orang boleh jadi yang barakah. Takut jadi musibat bila dah kaya. Risau sungguh. 

Tapi kalau jadi lah juga, aku nak bantu orang terutama adik beradik dan keluarga. Ini niat ku. Tanam siap-siap. InsyaAllah. 




Thursday, March 23, 2023

X B A C A

Dalam berkomunikasi tidak kira dengan sesiapa pun cuba elak gunakan ayat ini.

"Kan saya dah beritahu awak tadi......... 

Benar, kita sedia maklum dengan arahan atau kenyataan pertama itu, dan selalunya sebagai manusia biasa ulangan pertanyaan bakal berlaku. Bukan kerana tidak faham atau tidak dengar tetapi lebih kepada mahu kan satu pengesahan.

Bila ditanyakan dengan perkara yang sama jangan lah gunakan ayat di atas dalam memberi penegasan. Saya jamin sekiranya digunakan ia bakal menimbulkan rasa kurang senang kepada rakan/orang yang bertanya.

Aku tanya sebab nak kan pengesahan bukan sebab aku tak faham lah bahlol. Hah gitu rasanya. 

Wednesday, March 22, 2023

U C A P A N R A M A D H A N

Sahabat,

Esok harinya. Bermula sebuah perjuangan. Jangan pula terlupa hingga meneguk air selepas subuh.

Alangkah lebih segan kalau terpandu lalu di McD ketika tengahari. Ingatkan saya wahai teman, takut terlupa.

Walaupun lupa itu satu nikmat namun kalau dah hari2 terlupa itu bahaya. Patut periksa mana silap.

Teman, esok kita janji berubah. Menjadi lebih baik. Toksah banding beza dengan orang lain, janji lebih baik dari diri kita sendiri yang semalam. Yang agaknya hanyut jauh dalam dunia rekaan.

Kawan, ingatkan aku kalau aku alpa. Maafkan aku andai jahat mulut ku selama ini, mengata kamu gemuk sebagai contoh. Ampun aku kawan. Aku lupa aku juga gemuk.

Selamat menyambut Ramadhan mulia sahabat.

Okay Sekian.

Tuesday, March 21, 2023

R U J U K

Jadi kebiasaan bila menerima panggilan telefon dari nombor fix line agak malas sedikit nak angkat. Sebab banyak sangat scammer yang sedang berkhidmat.

Maka, kalau dia call dua kali baru la abam angkat tapi dengan nada acah2 garang. Kalau yang menjual barangan abam akan kata terus tak berminat, mana yang promote insurans abam kata dah ada, kadang ada yang terus menekan abam cakap abam sendiri ejen insurans.

Ada juga yang jual pakej percutian, abam akan kata abam suka camping tak suka duk hotel sejuk aircond tak best.

Ada juga yang kata dari LHDN (scammer) abam terus letak telefon malas nak dengar dia gebang buat tambah dosa dia menipu.

Kekadang nombor hp tapi ngaku dari agensi kerajaan lagi lah abam biar je dia cakap sorang2 loudspeaker. Sampai dia kata halo.. Halo... Halo..

Tapi hari ini abam rasa terdetik nak angkat satu panggilan no bermula 03...

Rupanya ada ex student letak nama dan no abam sebagai RUJUKAN dalam resume cari kerja. Bila sebut nama penuh, jenuh juga abam duk mengingati siapakah pemilik nama. Sebab masa belajar banyak guna nama samaran superhero.

Terpaksa la abam minta pemanggil memberi butiran ex student. Pemanggil siap tanya pelajar cik tak beritahu ke dia gunakan contact cik sebagai rujukan?

Jenuh abam kata... Ooo saya terlupa.. Ada dia minta saya jadi referee. Padahal budak ni memang tak beritahu apa2. Adui la anak2 ku...

Lepas la juga abam beri ulasan positif buat ex student abam. Semoga dia berjaya dalam dunia pekerjaan.

Pesanan abam satu je, kalau nak guna abam sebagai rujukan beritahu le hawau. Supaya siap sedia... Takde le terkejut2....

Okay Sekian.

Thursday, March 9, 2023

R O K O K

Kalau lah ini gambar 2023 maka orang akan kata abam KAYANGAN sebab nyedut DUNHILL.

Ini namanya kenangan. Dulu abam memang perokok tapi tak berapa tegar. Sekotak tu kadang tahan 2-3 hari kekadang separuh hari je. Tengok kejadian tertentu.

Mana dak2 baru nak up rugilah, lahir lambat rokok dah mahal. Dulu abam sekolah dah layan Dunhill tau.

Feberet abam Dunhill 7 baru RM1.50 sekotak. Bukan apa kotak dia kecik senang nak sorok warden tak jumpa dan rasanya yang lebih kaw dari Dunhill kotak 14 atau 20.

Nasib abam dah berhenti nyedut. Jadi tak terkesan dengan kenaikan harga yahudi rokok2 seantero Malaysia. Dan abam sokong kalau kerajaan nak naik kan lagi sebab abam dah sedar bahawa rokok is no good.

Sunday, February 12, 2023

K O L A H R E N A N G

Keluar toilet saya ditegur seoenuh sarang pakcik, kalau masjid ada kolah adalah lebih baik berwuduk dengan air kolah. Ambil berkat katanya.

Terus teringat kolah zaman sekolah. Dulu sekolah asrama wajib la ada kolah. Mudah untuk mandi dan berwuduk. Kolah yang panjang diletakkan binaan batu di tengah-tengahnya bagi mengelakkan sekolah melahirkan Phelps tanpa sedar.

Namun batu halangan yang dibina tidak bertahan lama, rebah juga  maka terbentang luas sebuah kolah renang. Maka bertanding la saya dan rakan-rakan, siapa paling lana menyelam.

Acara berlangsung penuh semangat kesukanan hingga lah seorang demi seorang naik keluar dari kolah selepas dilibas dengan ustaz.

Adan uke....

Thursday, February 9, 2023

F I R S T T I M E K E R J A

Pagi-pagi ini duk le dengar radio SINAR.FM meja bulat pagi ini berkisar pasal pengalaman bekerja.

Abam pun nak share le pengalaman abam tapi tak lepas masuk talian.

Jadi abam story di sini sahaja.

Abam lepas sekolah, ada le kawan ajak cari kerja. Dulu mana ada internet. Tahun 93 punya cara nak cari kerja kena redah tanya. Maka masuk lah abam dan kawan dari sebuah ke sebuah kedai area ChowKit Road dan Jalan Raja Laut.

Rezeki abam dapat le kerja di BATU Road Supermarket. Masa interview dia tanyanya abam ada pengalaman tak? Jujur abam kata pengalaman takde tapi pengajaran banyak masa di sekolah.

Okay awak diterima kerja di sini sebagai PACKER. Abam tanya apa tu? Ala pembantu kepada CASHIER, tolong masukkan barang ke dalam beg plastik. Oooo... Kacang bang.. Balas abam penuh yakin. Jeling brader HR tu tengok abam.

Maka esoknya bermulalah karier abam sebagai Packer paling berpengajaran. Lepas briefing pagi, kami diberi jadual bertugas. Kawan abam kena department supermarket aras bawah dan abam pula kena ke tingkat 1.

Abam folo le brader cashier ke kaunter yang bakal jadi tempat abam bertugas. Abam tekun tengok brader ini kemas-kemas dan susun semua supaya mudah bekerja. Abam belajar.

Tidak lama lepas itu, pintu dibuka dan masuklah pelanggan. Datang lah customer pertama ke kaunter. Lepas cashier menekan mesin ditolaknya barang ke sebelah untuk abam packing.

Abam 1st time kan. Abam kaku. Camna nak buat ni. Abam senyap je sambil pandang brader cashier, sekali sekala abam jeling makcik yang beli barang. Dia jeling abam balik....

Eh kenapa kau tak masuk plastik?

Laju tangan cashier masukkan barang belian ke dalam plastik, kepilkan dengan resit dan diserah kepada makcik tadi.

Hah camtu caranya... Kata brader cashier. Boleh tak ni?

Okay2 bang.

Masuk customer kedua, ketiga dan seterusnya abam laju selesaikan tugasan abam. Nampak abam cepat faham apa itu kepentingan abam dalam industri ini.

Tetapi...

Kekakuan abam berulang bila customer ke 15 mampir ke kaunter. Kali ini bukan makcik tetapi kategori akak2 sebab nampak muda.

Ada 4 - 5 helai diletakkan atas kaunter. Cashier seperti biasa tekan menekan mesin dan duit bertukar tangan. Dan aku, masih kaku.

Kau ni kenapa? Pack le cepat. Brader cashier sudah bersuara.

Entah budak ni, cepat le sikit. Saya nak cepat ni. Lunch hour nak habis masa. Saya perlu pulang ke pejabat. Ujar akak tadi.

Aku... Kekal kaku.

Menjeling akak tadi lepas cashier serahkan bungkusan. Cashier bungkuskan.

Kau ni apahal, cuba kau cerita sikit? Tanya brader cashier semacam hairan. Kejap okay kejap tak okay.

Camni la bang, saya okay je kerja packing2 ni. Senang sangat sebenarnya. Tak berat mana pun. Tapi saya segan bang. Sumpah segan nak pegang benda tu. Abang tak nampak kr muka saya tukar merah tadi.

Aku tak faham apa masalah kau?

Gini bang. Benda lain saya boleh bang tapi spender dengan bra saya segan la bang. Saya budak sekolah agama bang.

Gelak bahak2 brader tu kat saya. Saya serius ni. Adui la.

Sudah kau pergi rehat tengahari. Masa abam nak turun tangga abam boleh dengar brader cashier tu gelak sambil cerita kat budak2 promoter. Hawau sungguh.

Wan, kau kerja tadi okay tak? Tanya abam pada kawan abam sambil menyuap nasi. Okay je, benda senang. Masuk barang dalam plastik je.

Abam senyap je. Lepas makan, abam pass kat wan uniform kaler biru muda abam suruh pass pada supervisor. Bagitahu supervisor, abam quit.

Aikkk.. Takkan berhenti..

Diamlah wan, kau tak faham.....

E X P L O R I N G P U T R A J A Y A


Meh saya nak share apa ada di Putrajaya.

Selain sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya juga merupakan antara lokasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Bagi yang berkesempatan jalan-jalan di sini waktu malam, bolehlah cuba ke PUTRAJAYA SECRET GARDEN.

Anda akan dihidangkan dengan satu pemandangan yang cantik dan menarik dengan hiasan lampu pelbagai bentuk seperti juraian lampu, arnab, cendawan, dinasour dan banyak lagi memenuhi ruang bersebelahan Hotel Pulse Grande Putrajaya.

Bagaimana untuk ke sini?

Anda boleh memarkir di sebelah bawah Tangga Putrajaya dan menikmati senaman ringan menaiki anak tangga menuju ke SECRET GARDEN atau memandu terus ke parkir Hotel Pulse Grande.

Anak-anak anda pasti gembira dengan apa yang disediakan di sini.

SELAMAT BERJALAN2 KE PUTRAJAYA....

Wednesday, February 8, 2023

K I S A H

K I S A H

Sedih dengar kisah seseorang yang biasa mewah namun diuji dengan kesempitan kewangan.

Dengan pendapatan tinggal RM200 sebulan manakan normal menjalankan kehidupan biasa-biasa. Katanya habis emas isteri digadai buat kelangsungan hidup, tinggal seutas sahaja ditangan buat pakai.

Pecah tabung syiling buat bayar belanja anak nak sambung belajar. Kehulu hilir mencari insan yang sudi menukar syiling yang dimiliki.

Hendak meminjam orang tak percaya, maka jual semua apa yang ada, yang punya nilai. Poket selalu kosong.

Jatuh betul-betul parah, namun dia bangkit. Malah lahirkan rasa syukur atas ujian yang diberikan Tuhan Yang Maha Berkuasa. Ujian ini menyedarkan, ia tunjukkan jalan pulang. Lebih dekat dengan Tuhan Pencipta yang dahulu selalu jauh. 

Pengakhiran sebuah perjalanan yang belum ketahuan. Semoga baik-baik untuk saya dan semua pembaca.

P E M I M P I N

Pemimpin Terhebat Wajib Ada Semua Elemen A hingga I. 

A - Amanah
B - Bijak
C - Cerdas
D - Dedikasi
E - Elok
F - Faham
G - Gigih
H - Hasrat
I - Iman

Ayuh membina hubungan dengan manusia tanpa mengira apa jua sandangan. 

Tuesday, February 7, 2023

R U T I N

Bila kau buat benda yang sama ulang2 patutnya kau berubah dari biasa jadi pakar. Dari banyak kesilapan akan berkurang setiap kali perkara yang sana diulang2. Hingga semua jadi sempurna tiada cacat cela.

Namun bila kau ulang benda yang sama setiap hari selama beberapa tahun maka timbul rasa selesa yang akhirnya menjadi BOSAN.

Maka untuk hilangkan rasa itu, kena ubah cara biasa. Perlu jadi lain dari lain. Perlu berani berubah cari kelainan. Tidak salah mencuba sesuatu yang baru dan lain. Janji ia mendatangkan manfaat dan tidak ada mudarat buat diri dan orang sekeliling.

Semua benda yang dibuat perlu ada sedikit rasa suka dan gembira. Baru nilai tambah kepada keberhasilan muncul secara semulajadi.

Jom lah kita CUBA.

ACIK Tulis Suka2

Monday, February 6, 2023

M E L A T O

L A T O - M E L A T O

Amat jangan main dekat meja orang. Jangan kacau orang nak makan. Tegur si ibu bila anaknya melato-latokan mainan di tangan.

Bingit dan agak mengganggu juga benda alah ini. Selalu dengar orang bercerita dan kali ini betul-betul berdengung ditepi telinga.

Patutlah banyak negara mengharamkan permainan ini. Selain merbahaya kepada si pemain ia amat mengganggu emosi manusia sekeliling.

Bila budaknya makin dekat, perlahan tapi bunyinya agak kejam semakan berbisik...

Kalau kena acik, memang ke hutan lato-lato tu acik baling. Biar harimau kat bawah tu main....

Terus dia berhenti main. Nampak budak memang sayang mainan dan mungkin dia jenuh memikir macam mana lah harimau melato-lato.

Sekian.

Acik Suka2 Tulis.

B U D A K

Nanti lah cik, sekejap lagi saya story. Bisik Pika buat aku lebih tidak sabar untuk mengetahui. Apa kisah disebalik segalanya. Betul-betul mencuri perhatian.

Kalau dilihat luaran, sama macam budak lain. Tiada cacat cela. Elok belaka. Cuma rambut panjang, tidak sempat agaknya atau tidak cukup duit. Ahhh small matter. Benda boleh adjust usah bikin jadi susah. 

Kehulu kehilir aku tengok Pika bertugas dalam dewan. Bila la dapat nak buka cerita. Sabar itu seksa. 

15 minit aku dengar Pika story. Walaupun aku rasa tak lengkap tetapi sudah cukup menyentuh jiwa jantan aku untuk bersedih. Ada insan sekental budak ini dalam dunia. Membesar tanpa kasih sayang ibu tanpa kenal siapa si ayah. 

Menumpang kasih dari satu rumah ke satu rumah keluarga angkat tentu tak sama dengan yang darah daging. Pandai bawa diri, bila rasa mula dicurigai atau tampak menyusahkan, laju angkat kaki jalan hidup sendiri. 

Tidak terbayang bagaimana kehidupan budak ini ketika kecil tetapi nampak sihat hari ini, bukti dia membesar baik. Apa dugaan dan cabarannya hanya dia boleh bercerita. Raya dia tentu tak sama, sekolah dulu pasti susah tanpa sokongan keluarga. Jangan tidak percaya ye, SPM agak cemerlang. 2A dan lain semua B. Macam mana dia belajar dalam bergelandangan, tidak terfikir dek akal aku yang dangkal tentang sulit manusia. 

Bagaimana kisahnya boleh hadir ke tempat aku, semuanya kisah belas kasih seorang pendidik. Bukan saudara juga tidak ada hubungan darah. Tetapi Allah temukan keduanya untuk sesuatu yang mulia. 

Sulit katanya untuk mendaftar walaupun RESULT SPM baik sebab tiada dokumen diri ibu ayah yang lengkap. Namun usaha sang pendidik yang nampak ada potensi pada budak ini buat beliau usaha sampai boleh. 

Berbekal RM800 pemberian sang pendidik yang berhati mulia, hadir diri sendirian tanoa ada yang teman. Urus semuanya seorang diri. Duit pemberian cukup-cukup buat bayaran yuran semuanya. Ada baki RM10 dalam akaun. 

Apa lah awak nak makan nanti? 

Puan jangan simpati dan kasihan pada saya. Beri saya kerja, saya akan buat sebaiknya. Saya tiada pendapatan lepas berhenti kerja di bengkel. 

Walaupun susah, berdikari sudah sebati dalam dirinya. Tidak mahu menyerah mudah, tidak juga meminta-minta. Baik luaran InsyaAllah baik dalamannya. 

Hei budak janji tau kau belajar rajin-rajin. Pasal duit kau jangan fikir dan risau. Ramai mak dan ayah angkat kami lantik buat sara kau seadanya. 

Hei budak kau janji jaga adab, jaga kelakuan. Jangan macam-macam ye. Ramai nak tengok kau berjaya. Nak tengok kau naik pentas ambil sijil lepas 3 tahun. 

Aku tengok kau aku nampak kau boleh berjaya. Aku tak kenal kau tetapi aku nak doa supaya kau berjaya dalam hidup, berjaya harung semua sampai jadi. 

Kau boleh... Aku tahu kau boleh..... 


Friday, February 3, 2023

S E L A R I

Tempoh hari kita borak pasal SERASI. Kali ini kira bincang sikit pasal SELARI.

Ada yang umur sudah 45 muka oun nampak 45 ini kita panggil SELARI atau seiring. Muka kena dengan umur.

Macam saya umur 47 tapi masih ada yang cuba teka umur saya 37, ini namanya TIDAK SELARI atau tidak seiring. Ketidak SELARI ini bila ditegur boleh menimbulkan KEGEMBIRAAN.

Ada satu jenis TIDAK SELARI pula menimbulkan KEGUSARAN dan KEMARAHAN. Ini berlaku bila umur kau baru 33 tetapi student kau ingat kau dah 53.

Tak GUNA punya student.

Wednesday, February 1, 2023

S E R A S I

Serasi itu subjektif. Selain serasi dengan pasangan, serasi yang bagaimana lagi yang anda perlukan dalam kehidupan.

Ada bila sakit ambil ubat kena yang serasi. Klinik nak yang sama juga kalau serasi. Taknak langsung cuba klinik lain kalau boleh. Doktor pun kalau boleh nak yang sama. 

Ada yang bila gunting rambut mesti nak dengan tukang gunting yang sama.

Ada juga bila tempah baju melayu setiap kali nak sambut hari raya mesti nak jenama yang sama atau pun tukang jahit mesti orang yang sama.

Bila sudah SERASI biasanya, ia kekal mengulang benda yang sama. Sukar nak berubah kepada yang lain. Serasi ini selalu membawa kepada selesa.

Apapun benda kalau SERASI kira on... Gitu...

Monday, January 30, 2023

G A P Y E A R

PERUTUSAN TAHUN BARU YBM KPT

GAP YEAR is back

Masa saya berada di Bahagian Pembangunan Mahasiswa JPT tahun 2017, Gap Year diperkenalkan kepada mahasiswa yang berminat untuk mengambil semester break bagi mengikuti program kesukarelawan yang dire can akan mengikut agensi yang bersesuaian.

GAP YEAR yang ditawarkan ada 3 bentuk sukarelawan. Pertama, Gap Year Khidmat Negara yang akan menempatkan pelajar yang berminat ke agensi-agensi badan beruniform seperti PDRM, ATM dan APM selama satu tahun. 

Kedua, Gap Year Kesukarelawanan yang menawarkan kepada pelajar yang berminat untuk melaksanakan kerja-kerja sukarelawan menjalankan pelbagai program bersama agensi seperti JAKOA, JKM dan masyarakat setempat antara selama 6 bulan hingga satu tahun.

Dan yang ketiga adalah GAP Year Umum yang bersifat lebih terbuka kepada sukarelawan umum seperti bidang sukan, usahawan, kemahiran pelancongan dan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai dengan program di IPT masing-masing.

Semua pelajar yang terlibat dengan program Gap Year ini akan diberikan penangguhan antara 1 semester hingga 1 tahun bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyertai program bermanfaat disamping memberikan nilai tambah dalam aspek kemahiran.

GAP YEAR mungkin belum biasa dalam budaya pendidikan di Malaysia. Namun ia sebenarnya adalah peluang besar kepada para pelajar mencari kelainan dan kekuatan selain akademik dalam menyediakan diri bagi menghadapi cabaran yang lebih besar di alam pekerjaan.

Di Malaysia, menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan adalah satu target utama hinggakan nikmat yang sepatutnya dikecapi sebagai pelajar hilang begitu sahaja dek mengejar masa.

Bak kata YBM - Pendidikan di IPT bukan sekadar satu episod kecil dalam kehidupan. Tetapi ia merupakan satu episod penting dalam TRANSFORMATIF.

Saturday, January 28, 2023

P A S A R M A L A M

Nak cerita sikit ni.

Semalam jalan-jalan di pasar malam Putrajaya. Putrajaya ada pasar malam okay.

Teringat le zaman-zaman belajar dahulu rajin tolong kawan berniaga pasar malam dan sesekali pasar pa8igi.

Kawan abam dulu niaga sayur. Seawal jam 3 pagi sudah keluarga 9kar rumah naik motor RG SPORT kaler hijau ke Sentul. Ambil lori, jangan tak caya ye, abam boleh bawa lori atas sebab keterpaksaan kawan abam tak reti bawa kereta inikan pula lori. Lesen? Tak do.... Hehe

Gamble betul demi kawan-kawan.

Ke Pasar Borong Selayang. Selesai punggah sayur naik lori, tuju ke Taman Melati niaga pasar pagi. Seronok tengok orang pagi2 lagi2 kalau hujung minggu. Ramai datang membeli.

Skill ikat sayur, kira congak dalam kepala, bungkus kemas sangat diperlukan bagi memastikan semuanya lancar. Ini yang orang kata pentingnya education. Kira kena laju. Belum kira acik2 minta diskaun.

Habis sesi pagi rehat la tidur rumah kawan. Tunggu nak buka pasar malam. Lokasi Taman Melati, Taman Melawati, Gombak merata.

Banyak pengalaman abam belajar dari rakan2 geng niaga pasar malam. Terima kasih sahabat atas pengalaman.

Penat memang penat, happy bila jualan baik. Muram sedikit bila hujan. Faham sangat susah senang orang niaga. Banting tulang betul.

Mee goreng sekarang RM4 sebungkus dulu abam masih ingat RM2 je sebungkus. Seingat abam la. Ke abang dah pelupa...

Thursday, January 26, 2023

M A S K

M A S K

Selepas arahan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka kepada rakyat jelata, maka tidak lah lagi menjadi kejanggalan bila melihat manusia berjalan-jalan tanpa memakainya. 

Walau bagaimanapun, adalah sangat-sangat digalakkan bagi penggunaannya kepada mereka yang merasakan perlu terutamanya mereka yang berisiko tinggi mudah dijangkiti penyakit. Mereka yang punya gejala seperti batuk dan selesema juga adalah disarankan menggunakan pelitup muka bagi menghindari menjangkiti mereka yang lain.

Senang kira sekarang ada PILIHAN. Nak pakai bagus, tak pakai pun tidak SALAH besar. 

Macam saya, mengenakan pelitup muka bila masuk ke kawasan yang ramai pengunjung seperti pasar, kedai, kompleks perniagaan, bilik mesyuarat dan juga masjid. 

Kalau sebelum musim Covid memang tertoleh2 orang ke arah awak kalau guna pelitup muka. Tak sihat le tu....

Tapi lepas Covid melanda seluruh dunia, pemakaiannya tampak biasa dan normal.

Lepas solat Jumaat, rakan di sebelah bertanya kenapa saya mengenakan pelitup muka, Kau tak sihat ke? Tanyanya mungkin risau.

Saya dekatkan muka ke telinga dia lalu berbisik, Kau jangan tak tahu pelitup muka ni banyak FUNGSInya. Aku pakai hari ini sebab tengahari tadi aku makan ulam PETAI, kang tak kusyuk pula kau solat duk sebelah.

Ada FAHAM?

Monday, January 16, 2023

J A N G G U T

SIMPAN atau CUKUR

Ikut ISLAM, menyimpan janggut adalah sunat dan juga merupakan sunnah Nabi. 

Ada yang nampak elok dengan janggut dan jambang tetapi kekemasan perlu diberi perhatian. Namun ada juga yang nampak canggung kerana tidak sesuai dengan paras dan bentuk muka.

Ada juga kerana tugas dan pekerjaan melarang untuk menyimpan sebagai contoh team beruniform. 

Maka ada pelbagai alasan dan tujuan ia samada disimpan atau dicukur bersih.

Mereka yang menyimpan selalunya merasakan:
1. Mudah kerana tidak perlu bercukur setiap pagi.
2. Tarikan seksual kepada sesetengah wanita.
3. Tingkatkan keyakinan - nampak lebih matang dan bijak.
4. Tampak lebih maskulin.
5. Sembunyi ekspresi berkaitan emosi.

Manakala, mereka yang suka bercukup pula memberikan alasan seperti berikut:
1. Faktor kebersihan - muka nampak bersih.
2. Menarik minat sebilangan besar wanita.
3. Kelihatan lebih MUDA.
4. Tampak lebih dihormati dan boleh dipercayai.
5. Lebih mudah dilihat beremosi.

Korang yang mana satu?

Wednesday, January 4, 2023

S A L A H B A J U

Baju saiz M sepatutnya muat, namun sedikit sendat. Masih okay sebab belum nampak macam sarung nangka.

Baju baru beli, masa try bukan main elok terletak. Bila dibawa balik seperti mengecil. Dalam hal begini saya salahkan baju, apahal kecut. Tapi kan orang kata baju sedikit mengecut lepas basuh, masalahnya baju ini saya belum basuh. Perangai pelik saya, tidak suka basuh baju baru sebelum pakai.

So sekarang siapa salah? Saya ke baju. Untuk yang berminat dengan baju seperti ini boleh dapatkan sendiri di Hentian RnR UTC Gopeng Perak.

Bila kau salah kan baju dan bukan diri sendiri, ini namanya KEEGOAN. Masalah sejagat lelaki dan wanita yang meningkat timbangan.

Sekian dari AAM.

Ceramah 6/8/2024

 Unsur manusia 1. Jasad - makan baik2. Minum yang halal.  2. Roh - solat 5 waktu 3. Akal - didik akal dengan ilmu manfaat  4. Hati - bahagia...