Thursday, December 29, 2022

K A D B A N K

K A D  B A N K

Sejenis saya memang suka last minit punya kerjaan. 29hb baru teringat kad Maybank nak expired 12/22. Sedar pun dekat pukul 3.00 petang.

Dengan pantas, start motor pacu laju ke Maybank Putrajaya. Sampai-sampai dah nampak ramai semacam berkelah di hadapan bangunan. Alamak ni sah ramai manusia.

Masuk sahaja terus ditanya pegawai bertugas untuk urusan apa hadir, saya maklumkan kad maybank saya tinggal sisa kehidupan 3 hari sehaja lagi termasuk hari ini.

Encik boleh tukar kad di Cawangan ini, tetapi saya maklum awal-awal, ramai pelanggan hari ini maka tempoh menunggu agak lama. Kalau Encik sudi menunggu saya boleh berikan nombor giliran.

Hah sekali dapat nombornya 0098 dan giliran semasa 0058. Masak....

Dek tenampak muka tegang semacam, pegawai bertugas seperti faham kemelut yang berkocak. Encik kalau nak lebih mudah urusan penukaran kad, Encik boleh berurusan di Kiosk Maybank Bangi. Tidak perlu beratur atau giliran nombor, dijamin lebih cepat dan mudah, hanya bawa kad lama dan kad pengenalan. Tutup jam 11.00 malam pula tu katanya lagi. 

Orang degil kan dan malas macam sejenis saya, mesti lah terasa jauh Bangi itu dari Putrajaya.

Nekad tunggu 15 minit kalau nombor giliran tak bergerak, saya angkat kaki jalan. Sebab ikut simple matematik seorang 15 minit kalau 40 orang dalam giliran sudah berapa lama daaa.

Tengok jam sudah 20 minit masih di nombor 0058. Okay chow.

Lepas magrib saya gerak ke Maybank Bangi. Sebenarnya tidak le jauh mana, naik motor 20 minit tak sampai.

Teka berapa minit selesai urusan di Kiosk?

5 minit sahaja termasuk beratur. Depan saya ada satu couple tengah berurusan. Betul pegawai Putrajaya tu habaq, mudah pantas cepat laju express semua.

A Z A M

Azam mana Azam?

Nak masuk awal tahun mesti orang cari dak Azam ni. Tahun lepas pun sama. Cari punya cari, tak kunjung tiba. Ada waktu nampak dah si Azam ni dari jauh tetapi dilambai-lambai tak mahu dia datang dekat.

Nak pasang macam mana lagi?

Inilah saya, nak cari Azam mesti tunggu tahun baru. Padahal boleh je Azam setiap hari.

Dan jadi topik berbual dengan rakan-rakan. Kau Azam apa tahun ni? Azam tahun lepas capai berapa peratus? Adakah Azam tahun ni sama dengan tahun yang terdahulu?

Ada orang pula puas memikir apa Azam baru. Azam tak muncul-muncul. Macam mana nak berazam.

Apapun Azam ni baik orangnya. Semua orang nak Azam yang baik-baik sahaja. Belum jumpa lagi depan mata kawan-kawan yang berazam nak jadi jahanam.

Cari lah beliau. Jangan biarkan Azam hilang. Cuma jangan di cari Azam Baki.

FB : azizulazrinmahmor

M A S

M A S

Ayah awak kerja apa? Soal cikgu kepada setiap seorang murid dalam kelas 3 Hijau. Alamak jenuh, aku mana tahu. Aku cuma tahu ayah kerja dengan MAS di Lapangan Terbang Subang. Ada le sekali ayah bawah tengok kapal terbang berlepas.

Sampai giliran aku, aku jawab tak tahu cikgu. Tetapi aku beri janji esok aku beri jawapan, balik nanti saya tanya ayah saya.

Ingatkan cikgu lupa. Rupanya dia tuntut betul-betul esoknya. Hah, sudah tanya ayah kerja apa.

Ayah saya kerja MAS cikgu...

Oh Pilot kapal terbang ye? Tany cikgu.

Tidak lah dia lap cermin kapal terbang je.

Inilah jawapan yang aku terima dari ayah. Aku mana tahu ayah nak gurau dengan aku. Aku ingat betul-betul ayah lap cermin kapal terbang.

Cikgu yang terima jawapan aku pun seakan compius... Betul ke budak ni...

Al Fatihah buat Ayahanda Mahmor bin Kasim.

C I T A - C I T A

C I T A - C I T A

Dulu zaman sekolah rendah, setiap tahun cikgu akan tanya cita-cita. Dan cikgu akan minta 3 jenis pekerjaan yang berkenan dihati buat jadi cita-cita. Ini zaman sekolah rendah zaman saya la, zaman 80an.

Jadi diulang-ulang setiap tahun 3 jenis cita-cita dari darjah 1 sampai darjah 6. Kekadang sama, kekadang tukar salah satu atau kekadang tukar susunan pilihan sahaja.

Zaman dulu yang selalu menjadi pilihan murid-murid seusia adalah GURU, BOMBA, POLIS dan ASKAR. Ini empat memang kegilaan kami.

Abam dulu 4 jenis ini lah yang selalu dijawab bila cikgu tanya. Jangan tanya kenapa, sebab masa ini belum panjang akal dan mungkin tak kenal jenis occupation yang lain.

Dan sekarang salah satu dari cita-cita tersebut telah abam sandang hampir 20 tahun. Walaupun namanya berbeza namun azalinya sama.

Korang dulu cita-cita jadi apa?
Ada tak yang cita-cita nak jadi penyanyi?

Monday, December 26, 2022

T A K C U K U P

Man, gaji aku dekat 8000 tapi setiap hujung bulan asyik tidak cukup sahaja. Gaji kita hampir lebih kurang sahaja, tapi nampak kau mewah. Boleh makan tempat best2, bawa anak bini kau jalan bercuti dan siap boleh belanja kawan2 di kantin. Kau ada buat kerja part time ke Man?

Panjang persoalan si rakan bila mula membanding beza baki duit setiap hujung bulan. Gaji yang sama, kerja yang sama, persekitaran perbelanjaan harian yang sama namun bakinya selalu putus awal. Kekadang belum sampai waktu, sudah senak perut. 

Padahal Man tiada pun kerja selain yang hakiki selaku Cikgu. Dan tidak pula melabur kepada perkara yang pelik-pelik. 

Ini bukan soal baki sebenarnya, inilah namanya berkat. Kekadang yang sedikit bila berkat cukup semuanya. Walaupun punya banyak pendapatan namun bila tiada berkatnya, semua hilang manis, memanjang putus bekalan. 

Betul rezeki perlu diusahakan. 

Tetapi jangan kita lupa, pemberi rezeki itu perlu diutamakan. Berapa kali kita berhenti melaksanakan pekerjaan bila terdengar azan? Langsung terus menuju ke rumah Allah menunaikan yang hak. 

Dalam satu riwayat, seorang sahabat Nabi sedang bekerja menyiapkan finding yang terdiri daripada susunan batubata. Pada waktu azan dilaungkan, tugasnya hampir selesai yakni hanya tinggal meletakkan seketul bata sahaja. Namun, tatkala mendengar azan segera ia menghentikan kerjaannya dan terus menuju ke tempat solat.

Bila ditanya kenapa tidak diselesaikan sahaja kerjanya walhal hanya tinggal seketul bata, maka beliau menjawab jika beliau meneruskan kerjanya, maka beliau membesarkan batu bata dan bukannya Allah. Padanya, apabila azan dilaung maka semuanya kecil kecuali Allah.

Man, macam mana rezeki mu tidak pernah putus, nampak senang, tenang dan berbahagia? Soal si sahabat lagi.

Lalu dirujuk sahabatnya dengan sebuah Hadis Qudsi. 

Berkata Uqbah bin Amir Al-Juhaini RA, bahawasanya Nabi Saw telah bersabda bermaksud: "Wahai Anak Adam! Tunaikan empat rakaat (sunat) pada awal siang, nescaya dengannya Aku mencukupimu pada sepanjang hari."
Riwayat Ahmad dan Abu Ya'la

Sahabatku, cubalah... Laksanakan lah sebaiknya 4 rakaat sunat Dhuha. InsyaAllah, Allah permudahkan segalanya.

Monday, December 12, 2022

B A N G K O K F L Y

K A L I  P E R T A M A

Baru tiba di Bangkok. Kita rehat2 dulu dalam Airport. Tunggu bas ambil jam 8.00 pagi. Perjalanan udara pertama ku selepas Covid19 melanda.

Hadyai ke Bangkok. 1 jam 25 minit.

Rupanya ramai firstimer flyer dalam trip kali ini. Ecah, Ain Ecah, Alis, Penny, Anum, Azie semua naik kapal buat pertama kali dalam hidup. Semoga ini permulaan perjalanan untuk kalian.

Teringat bila diri sendiri TERPAKSA naik flight buat kali pertama. Dipaksa menghadiri kursus permainan Asas sofbol selaku fasi di Kota Kinabalu Sabah. Bukan tak suka sofbol, tetapi takut gayat tinggi.

Kalau nak tahu dulu naik lif pun tidak. Sanggup menapak memanjat tangga walaupun ke tingkat 15. Sanggup, janji tidak naik lif. Apa punya parah.

Alkisah pertama kali ini, dek kerana sangat-sangat takut, kepucatan pada wajah disedari pramugari. Lembut beliau bertanya adakah saya okay dan terus terang saya menyatakan bahawa ini merupakan penerbangan kali pertama saya. Senyum pramugari agaknya kelakar tengok saya gelabah semacam.

Datang pula Ketua Pramugara bertanya khabar. Agaknya si pramugari report ada firstimer flyer onboard.

Saya difahamkan oleh pramugari bertugas encik pertama kali menaiki penerbangan. Ada apa yang saya boleh bantu bagi memberi sedikit keselesaan pada encik sepanjang perjalanan kita sebentar lagi.

Berilah saya bantal dan selimut. Dan kalau boleh beritahu pilot bawa kapal ini elok2. Itu je yang terlintas saya minta.

Seusai mendarat dan hendak keluar dari perut kapal terbang, beberapa petugas penerbangan menunggu saya di pintu pesawat, bertanyakan saya tentang pengalaman pertama kali dan saya juga diberikan satu beg cenderahati dari pihak MAS.

Seronok jadinya. Itulah pengalaman kali pertama saya menaiki pesawat. Dan pengalaman ini terus mematikan rasa gayat saya menaiki lif. Ini cerita benar.

Sekian.

Saturday, December 3, 2022

M A K A N P U J I

Kalau hujung-hujung semester, anda tiba-tiba dipuji student. Anda dikata ensem, kurus, sasa, smart, kacak, manis, jambu dan macam-macam lagi perkataan yang kelihatan suci dan menyejukkan hati. Maka percaya lah, anda sedang diuji.

Budak-budak ini ramai yang jenis extrovert. Memuji makanan mereka. Punya la panjang satu semester, hujung sem baru nak cakap kita ensem. Apa awal sem kita tak lawa ke?

Bila dipuji begini, cepat-cepat lah kita sedar diri, cari cermin lihat sendiri. Maka kita akan sedar kita masih gemuk. Budak-budak ini hendak kan tips soalan final. Yang mereka tidak tahu, proses peperiksaan sekarang menghalang pengajar tahu apa soalan yang akan keluar. Hehehehehe

Ini DEFINISI EXTROVERT

Seorang extrovert biasanya adalah seorang ice breaker atau pencair suasana. Mereka yang extrovert biasanya mudah menyesuaikan diri dan bekerja sama dengan baik dalam sebuah komuniti atau organisasi sosial. Seorang extrovert akan terlihat lebih energik dan memiliki karakteristik yang lebih terbuka.

Thursday, December 1, 2022

C U T I S A M A - S A M A

Topik pagi radio SINAR hari ini berkisar tentang perangai rakan-rakan semasa bercuti bersama.

Ada yang cerita punya la tidak suka kepada rakan-rakan kedekut kuat berkira. Jadi semua benda tidak jadi dan tidak boleh jalan dengan cantik. Kalau kedekut baik duduk rumah sahaja katanya.

Betul la tu. Kalau berjalan dengan geng, semua kena satu kepala. Semua wajib ngam. Semua aktiviti kena buat bersama, jangan ada yang tinggal.

Macam kawan saya sorang, dia punya takut laut sampai kawan-kawan tipu dia. Ambil duit dalam wallet dia dan terus bayar pakej pusing pulau. Terus terjebak, tak pergi rugi duit sudah bayar. Nak pergi masih takut. Tetapi percaya lah takut rugi mengatasi segalanya.

Dia telan pil mabuk terus on ikut sama naik bot 6 jam sambil senyum-senyum.

Monday, November 28, 2022

B E R K E P I T S E L A L U

Berehat sebentar...

Dia ni kalau tertinggal memang menyusahkan kehidupan. Hidup jadi kabur semua perkara jadi tidak jelas. Bukan kata tak boleh hidup tanpa dia. Tapi cukup tak sempurna, lagi-lagi bila kau celik mata. Kalau sudah lelap dibuai mimpi lain cerita. Itupun kekadang dalam mimpi dia ikut sama. Melekat je taknak berpisah.

U S A H A W A N

U S A H A W A N

Semua orang sebenarnya adalah merupakan seorang usahawan samada secara langsung atau tanpa sedar.

Saya dan kawan-kawan masa di sekolah menengah pun telah berjinak-jinak dengan mencari duit POKET pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Ada sahaja aktiviti yang boleh memberikan sumber kewangan. Walaupun tidaklah besar namun cukup menggembirakan.

Budak-budak asrama selalunya boleh keluar ke bandar pada hujung minggu namun berkira-kira juga bagi kamu yang berapa nak ada ini bila mengenangkan duit yang menipis.

Maka timbul idea, ia bukan dari saya tetapi rakan-rakan yang berotak bisnes. Kami menawarkan perkhidmatan mencuci kasut siap pakej kapur kasut. Zaman ini, masih zaman kasut putih, perlu kapur untuk nampak bersih putih.

Jadi hari Jumaat selepas solat Jumaat, wakil dari kumpulan kami mula bergerak masuk ke bilik-bilik mencari pelanggan yang ingin menggunakan khidmat kami.

Boleh tahan perniagaan kami, lenguh juga tangan menyental berpuluh-puluh kasut. Kami basuh hari jumaat malam, sabtu kapur dan Ahad siap untuk diberikan semula kepada pelanggan. Harga pun tidak mencekik POKET kawan-kawan. Namun kalau dapat kasut yang kaki bersukan, jenuh juga menonyoh nak hilangkan kotoran degil.

Seronok dapat duit, walaupun tidak banyak sebab berkongsi dengan rakan-rakan ia sangat menggembirakan.

Satu lagi tugasan yang boleh buat duit adalah cabut kemuncup dari seluar. Kerja ini sangat mencabar kesabaran. Harga caj ikut keparahan kemuncup yang menghinggap dikaki seluar. Tak ramai sanggup buat kerja ini termasuk saya.

Ada juga kawan-kawan yang pandai menulis, siap tulis buku pengembaraan. Mana yang nak baca dan main game pengembaraan ini boleh sewa buku caj ikut hari.

Yang bawa stok maggi, biasanya boleh menjual lagi-lagi pada hujung minggu. Lapar dia lain macam. Permintaan kepada makanan segera seperti ini memang ada.

Apa lagi ek? Korang dulu di sekolah berniaga tak? Jangan kata jual rokok sudah lah.

Eh eh eh

What's on your mind?

What's on your mind?

Kebanyakan mereka yang BERJAYA selalunya telah mengalami banyak siri kegagalan dalam perjalanan menjadi orang yang berjaya. Maka kejayaan yang diperolehi hasil dari siri kegagalan adalah sangat-sangat bererti dan punya nilai tersendiri.

Mereka mengatakan "Saya telah banyak kali mengalami kegagalan, dan kerana itu sekarang saya sangat berjaya"

Mereka berjaya kerana mereka faham. Mereka tidak biarkan kegagalan yang acapkali berlaku sebagai penentu kehidupan tetapi sebagai pengajaran berguna supaya mereka tidak ulang benda yang sama dan lebih bijak setiap kali.

J.K. Rowling - Penulis bertaraf jutawan ini pernah ditolak 12 kali dalam usaha untuk menerbitkan buku pertamanya.

Lihat dimana dia sekarang.

Dan lihat pula dimana aku... Jauh memang jauh. Hehehehe

Saturday, November 26, 2022

L E W A T V S L A M B A T

L E W A T

Kenal tidak anda kepada seseorang yang selalu atau suka hadir lewat pada apa jua acara.

Normalnya, perangai begini akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada yang lain terutama mereka yang selalu awal.

Namun, ada kajian menyatakan bahawa mereka yang suka datang lewat akan hidup lebih lama/panjang dan juga lebih berjaya dalam kehidupan.

Bagaimana pula...

Katanya mereka yang suka lewat kurang mengalami tekanan atau stress. Sekalipun mereka lewat, keadaan akan jadi sangat okay bila mereka sebut "Saya minta maaf". Selesai masalah.

Kerana mereka yang di dalam kategori ini adalah mereka yang tidak peduli dan tidak ambil peduli dengan apa jua orang kata dan nista kepada mereka.

Yang stress adalah acik-acik pensyarah tengok gelagat anak pelajar datang lambat sambil senyum-senyum.

*Korang stress? Koi tak stress, Koi ada pekerjaan.

Saturday, November 19, 2022

I S N I N C U T I K E ?

M A N

Man esok kita cuti ke tidak ni? Manalah sey tahu. PM tidak umum lagi.

Bukan tempohari dua bakal PM umum Isnin cuti ke kalau menang? Sekarang Man, siapa yang menang?

Siapa PM pun belum ketahuan. Agaknya Man mereka tengah bincang lagi tu. Layankan permintaan berkumpulan. Tapi Man, harap jangan lama-lama sangat bincangnya. Takut kerajaan tidak muncul-muncul.

Apa yang kau risau sangat ni?

Aku nak tahu la esok cuti atau tak. Itu je.

Sunday, November 13, 2022

T I P S K U R U S ( L A G I D A N L A G I )

Bukan mudah hendak kurus. Nampak banyak dalam pasaran jual ubat kurus. Percaya lah tiada yang percuma dan tiada yang mudah dalam dunia ini.

Semua benda perlu usaha dan usaha perlu lah berterusan. Kekadang manusia ada usaha cuma nak kekalkan usaha itu konsisten memang sukar, payah, susah, rasa nak mati. Semua ada. 

Ini saya kongsikan semula tips yang saya tonton dalam YouTube. Empat langkah Corak Pemakanan yang boleh diikuti semua. 

Ayuh kita cuba. 

NOMBOR SATU
Sarapan diambil sebelum jam 9.00 pagi. Metabolisme tinggi maka pembakaran lemak mudah berlaku jika kita sarapan awal.

NOMBOR 2
Selepas jam empat petang, jangan ambil buah-buahan. Kandungan gula yang tinggi pada buah tidak menyokong kepada usaha kita hendak kurus, ensem bergaya. Lagi2 buah manggis, ceri, durian, longan.

NOMBOR TIGA
Makan malam sebelum jam 7.00 malam. Kalau makan lewat badan susah hendak hafam elok. Maka banyak yang kekal jadi lemak. Tapi ini hanya sesuai selain bulan Ramadhan ye. Kalau berpuasa kena tunggu azan magrib ye geng.

NOMBOR 4
Tiga jam sebelum tidur kalau lapar juga, jangan ambil karbo atau buah. Kalau terpaksa juga, cubalah minuman protein. Buat cover perut lapar sementara menunggu esok pagi sarapan. Badan tengah berehat susah hendak digest makanan.

Okay selesai. Jom kita cuba. Kalau berjaya tinggalkan KOMEN. Kalau ada yang nak beri nasihat sila tambah2 lauk di komen. Semuanya adalah dialu-alukan.

TQ GENG. 

K E B I A S A A N

K E B I A S A A N

Abam suka jalan-jalan cari makan. Sambil cuci mata, kita pekena menu tempatan yang menyelerakan.

Perubahan yang lari dari kebiasaan selalunya satu strategi peniagaan yang bagus namun tidak di mata abam sekiranya mengambil kira ia adalah sejenis makanan. Abam suka yang biasa, abam tak suka yang diubah suai. Mungkin pada orang itu penambaikan kepada bentuk, rupa mahupun rasa namun bagi abam, kebiasaan adalah yang abam cari. P

Abam adalah peminat tegar nasi lemak kantin di tempat kerja abam. Hampir setiap hari abam hadap nasi lemak telur mata bersama teh tarik kurang manis dan Air suam.

Tiba-tiba pada satu hari, semasa hendak mengulang tabiat harian, abam dapati makcik kantin telah mewarnakan nasi lemak beliau kepada warna KUNING.

MAKA ia adalah sesuatu yang potong stim. Abam nak nasi lemak dan bila nasi lemak itu berwarna kuning maka ia lebih kelihatan seperti NASI AYAM.

Abam Tak Boleh...

Saturday, November 12, 2022

T E N G O K J E

Kalau nampak lelaki jalan-jalan dalam shopping mall dengan tangan dibelakang maka usahlah ditegur atau disapa. Kerana memang dia tidak berniat untuk membeli apa-apa. Sekadar berjalan-jalan menghabiskan masa selalunya disebabkan oleh kerana perlu menunggu isteri membeli belah.

Jalan sini, jalan sana kadang-kadang tiada arah tujuan. Sesekali pegang barang tengok harga lepas itu letak semula cepat-cepat. 

Kalau dia tengah perati sesuatu benda lama dan tiba-tiba datang salesman laju aje dia blah tempat lain. Kalau salesman sempat menyapa, mesti dia senyum je sambil jari tunjuk ke depan. Signal nak terus maju tanpa sebarang respon dan bual bicara.

Kena ambil tahu, lelaki ini sebenarnya kedekut. Sangat-sangat kedekut tetapi tidak kepada isteri dan ahli keluarga. Cuma dia sangat kedekut membeli untuk diri sendiri.

Kalau sudah dipegang sesuatu, boleh letak balik bila memikir betapa boleh ditangguh pembelian itu asbab keperluan lain. Kedekut sungguh la.

Kalau mencari barang, lelaki dia fokus. Cari, jumpa, bayar terus balik. Tidak melelong ke temoat lain. Jarang dan tidak pandai nak cuci mata. 

Lelaki juga sebenarnya tidak suka jalan sorang2. Rasa macam alien, risau orang ngorat hahahaha okay ni abam tambah lauk buat sedap cerita. 

Tuesday, November 8, 2022

K E L A J U

K E L A J U A N

Sebut pasal kelajuan sekali lagi. Ini cerita siang tadi, fresh lagi. Masa abam dalam perjalanan pulang dari kerja.

Kali ini pasal jentera dua roda. Abam suka menonggeng ke tempat kerja. Dalam menghirup udara segar sambil melayan gigit2 corner manja2.

Abam macam biasa, kelajuan bukan my middle name. Jadi abam memacu dalam kelajuan munasabah. Orang sekarang sebut laju beshe2 aje.

Sedang abam melayan jiwa, datang la sebiji Yamaha apa ntah berasap2 memintas dengan lajunya. Abam rasa dia anak ketua kampung atau anka ketua balai sebab selamba dia tidak pakai helmet. Abam juga rasa kepala dia keras serupa batu.

Abam terganggu, satu sebab ASAP minyak 2T dan satu lagi bising brader. So abam memintas, bukan niat nak melaju sangat pun cuma nak elak terhidu ASAP. Rokok pun abam tak isap tau.

Darah muda agaknya. Jiwa rempit aras tinggi maka di potongnye abam semula sampai sengih2. Yang paling tak best lepas memintas dia boleh slow pula macam memang suruh telan ASAP dia.

Eh eh abam dulu rider tau. Nasib la sekarang abam bawa skuter je takde minyak 2T. Tidak memang kau makan ASAP budak.

Sekian EX Rider RG Sport Foot Race

V I V A

V I V A

Dulu abam ada sebuah Viva 850 warna biru bernombor plat Melaka Hawau. Viva manual tau, seronok layan tekan clutch dalam kesesakan lalu lintas.

Viva CC tidak besar maka sebenarnya tidak lah laju mana pun cuma boleh kalau nak selaju 140km sejam. Selalunya bila bersama Viva abam tidak rajin nak melaju. Bawa tenang2, perlahan janji sampai.

Tetapi ada waktu ada keperluan abam perlukan kesegeraan tetapi bukan kelajuan. Maka lebih sedikit laju dari kebiasaan. Maka bermula lah adegan penghinaan tatkala cuma memintas kereta yang lebih besar dan segak.

Nampak Viva dan sejenis seperti Kancil memotong seperti satu sumpahan agaknya. Suwei katanya. Kalau dapat pintas pun pasti dipintas semula.

Abam bukan nak laju. Tahu kalau abam racing abam tumpas teruk. Abam laju sikit je. Itupun sebab abam tak tahan nak berak. Tu je nak cerita.

Lain kali kalau nampak Viva dan seumpama melaju faham2 la tau. Hehehe

Saturday, November 5, 2022

T I K E T 5 0 S E N

T I K E T  5 0  S E N

Cerita yang mula ditayangkan pada tahun 1981 lakonan hebat Harrison Ford bersama Karen Allen dengan penceritaan tentang penjelajahan mencari harta.

Abam tonton cerita ini ala2 menonton wayang gambar cuma bezanya bukan lah dipanggung wayang tetapi di dalam perpustakaan sekolah.

Acara anjuran geng pustakawan dibuat pada hari istimewa dan selalunya pada hujung minggu.

Tiket harga RM0.50 setiap satu dengan tempat terhad. Kerusi tidak disediakan, semua kena duduk bersila. Tayangan bukan pada sebarang layar tetapi hanya sebuah peti TV saiz gemuk zaman dulu2.

TV paling besar zaman abam Tingkatan 1 (1989) pun besar mana je kan. Jadi, penonton tidak boleh ramai2. Nanti nampak kecil sahaja ceritanya. Sound sistem bergantung penuh kepada keupayaan TV tersebut.

Kena beli tiket awal sebab memang high demand. Sekejap je habis terjual. Menonton tidak boleh bising2 nanti warden marah. Tertib semua menonton fokus kepada cerita. Mana2 cubaan nak komen semasa tayangan memang kena syyyyyhhhh. Betul ke bunyi dia. Suruh diam la maksudnya.

Inilah hiburan kami budak2 asrama. Sekolah mana? Biar lah rahsia. Hehehehe

Abam2 pustakawan betul kan?

Wednesday, November 2, 2022

B U K U K E C I L

N O T A  K E C I L

Atas meja kerja saya akan ada satu buku nota kecil yang saya sediakan bagi mencatatkan sebarang perkara yang perlu saya laksanakan sama ada yang memerlukan kesegeraan ataupun ada tempoh yang masih berbaki.

Bila umur meningkat dewasa (TUA), tahap ingatan sedikit menurun. Ada benda yang dirancang untuk dilaksanakan juga kekadang terlepas pandang. Sampai satu waktu, baru kita sedar ada yang terlambat dilaksanakan. 

Kalau melibatkan proses kerja, maka hal ini sedikit sebanyak bisa mengheret insan lain terpalit masalah. Tidak baik susahkan orang seharusnya apa jua pekerjaan mudahkan orang.

Maka, apa jua yang saya rancang lakukan atau selesaikan esok hari akan saya catatkan di buku kecil saya. Saya catatkan perincian siap dengan tarikh ia diperlukan untuk dilaksanakan. Tidak lah lagi saya terlepas apa-apa perkara yang penting.

Maaf lah kekadang bukan tak ingat tetapi lebih kepada terlupa. Ini pun saya baru sahaja buka buku dan untuk hari ini tiada catatan apa2. Saya terlupa tulis semalam maka saya tak ingat apa perlu saya segerakan untuk hari ini. Tetapi saya tahu ada benda yang berkeperluan untuk disiapkan.

Masalah juga bila TERLUPA TULIS. 
Naya Pak Abu.....

Saturday, October 29, 2022

J O M K E R J A

K E R J A  P E R T A M A

Zaman persekolahan tentunya jadi tempoh yang paling menggembirakan kita semua. Disitu kita kenal rakan2 dan belajar berkawan. Banyak kenangan indah yang akan kekal lekat diingatan. 1 tahun di sekolah makan (tadika), 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun berjuang hadap SPM. Walaupun banyak masa di padang. Jiwa gembira menunggu petang setiap hari asbab hendak turun bersukan. 

Tamat sahaja sekolah, topik bincang bersama rakan sebaya adalah apa benda hendak buat lepas ini. Memang semua niat nak sambung ke menara gading tapi untuk tempoh senggang sementara menunggu tawaran apa kita nak buat.

Jom kerja.

Inilah cadangan bernas yang terbit hasil sesi bincang kosong. Objektif masa itu, nak merasa suasana kerja dan simpan duit untuk persediaan masuk Universiti.

Masa tahun 1993 (tahun SPM) tidak lah banyak pilihan kerja yang ada kalau hendak kerja secara sementara. Antaranya kedai makanan segera selalunya KFC dan McD atau shopping mall samada kedai dalam mall atau di super market. Masa ini, mall yang besar2 masih belum sebanyak sekarang.

Aku memang jenis tak suka duduk diam maka bersama beberapa rakan mula usaha mencari kerja. Dulu nak cari kerja kena rajin berjalan dan bertanya terus ke tempat yang dituju. Mana ada liputan Internet meluas lagi. Mr Google pun duk tadika lagi agaknya.

Maka naik bus turun bus dari satu tempat ke satu tempat. Lepas sekolah kan, motor takde lagi. Lesen pun tak ambil lagi. Keras2 urat kaki jenuh berjalan. Dari Yaohan Plaza ke sekitar Chowkit Road dan lepas itu ke Pertama Complex. Semua kami masuk tanya. Bang, kak ada kerja kosong tak?

Destinasi seterusnya adalah area Pasar Seni dan sekitar juga tidak lupa Sungei Wang Plaza. Kami naik bus mini. Laju Nok harom. Kena pegang kuat2 kerusi kalau berdiri sebab dia punya lipat tang kona memang tak boleh bincang.

First round mengecewakan, banyak penuh. Budak lepas SPM mana kenal erti putus asa. Berbekalkan RM10 pemberian emak, aku dengan seorang kawan (Wan Bakul) jalan lagi.

Yes, dapat lah akhirnya. Maka rasmi kerja pertama ku adalah sebagai packer di BATU ROAD SUPERMARKET di Jalan TAR. Kalau korang cari sekarang, bangunan masih ada tapi dah jadi kedai lain.

Zaman dulu, ini antara supermarket pilihan ramai sekitar Jalan TAR dan Chowkit selain Keramat Supermarket dan Hankyu Jaya. Toksah cari, semua dah gone.

Untuk menambah kepada titik yang tak boleh dilupakan kepada pekerjaan pertama aku ini, aku ditempatkan di Ladies Department. Maka antara tugasan mencabar aku adalah membungkus hasil belian pelanggan antaranya pakaian dalam wanita. Kejung keras muka aku bila duduk disitu. Almaklum pemalu orangnya.

Tak angkat kepala, packing pun laju2. Nak cepat selesai. Makcik2 dan kakak2 pelanggan senyum je tengok budak lelaki jaga situ.

Supervisor ni penaya aku agaknya letak aku kat situ sedang kan kawan sorang lagi best, duk dikaunter barangan makanan.

Cukup 4 jam, kami rehat sama. 45 minit hingga 1 jam diperuntukkan untuk makan dan solat. Tengah2 makan, kawan ni beri satu cadangan yang sampai hari ini aku duk gelak kalau ingat.

JOM BERHENTI KERJA.

Gambar Batu Road tak jumpa. Gambar Hankyu Jaya je ada buat penyeri cerita.

Friday, October 28, 2022

L E P A K M A M A K

N G E T E H  VS  N G O P I

Orang perempuan kalau suami nak keluar malam jangan dibebeli sebab bukan kemana pun, dia jumpa kawan lepak mamak borak kosong cerita pasal dulu2.

Jangan di risau kat mamak jarang segerombalan awek2 single cun bergetah bersidai ramai2.

Orang lelaki pula, jangan pula ambil kesempatan tiap2 malam nak keluar. Mana tak menyinga kawan tu kat rumah. Tak dibelinya pula sebungkus dua mee goreng mamak atau maggi goreng buat jajan dibawa pulang. Kena politik sikit brader.

Sekian pesanan Pak Maun pada abam waktu dia call abam tadi.

S E L I P A R J U M A A T

S E L I P A R

Hari ini semua kaum Adam berkumpul untuk solat jumaat samada di surau atau pun masjid berhampiran.

Ada yang suka datang awal. Selesa memilih tempat solat. Boleh ngaji sikit atau pun solat sunat buat tambah2 pahala yang tak berapa nak tebal.

Ada pula yang datang ngam2. Tunggu azan pertama baru nak gerak punggung tuju masjid. Dan tak kurang juga yang tunggu azan kedua.

Yang datang awal biasa port selipar dia cun. Atas rak yang masjid/surau sediakan. Susun elok. Bukan apa, datang awal kan sure rak kasut masih kosong.

Dan bila mula penuh maka jemaah mula letak selipar di ruangan yang di fikirkan sesuai. Ada yang susun di tangga, sorok dalam pasu, selit celah dinding dan ada yang suka tindih selipar orang. Paling ramai memang letak je diluar masjid ikut pintu mana dia masuk.

Pernah abam perhatikan ada sekumpulan anak2 kecil rajin menyusun selipar jemaah ikut barisan. Cantik bersusun kemas dan pasti mudah buat jemaah sarung dan terus pulang. Benda ini kalau semua orang buat yang sama sure kemas. Semua buat reverse parking selipar masing2. Keluar sarung blah. Kan mudah tu.

Tapi yang paling abam nampak selalunya memang SEPAH la. Dan bila keluar lepas solat, jadi jem di pintu keluar dek kerana mencari selipar yang dah beralih dari kedudukan asal asbab tertendang oleh mereka yang lebih awal.

Apa boleh buat...

Sekarang abam nak tanya siapa ada terambik selipar abam warna hitam jenama bowling keluaran speedmart99. Minta PM abam ye.

Wednesday, October 26, 2022

J E M

J E M

Bila kau mula rasa sangkut, semua benda yang kau nak cerita nampak tak best. Sampai satu tahap nak letak tajuk pun JEM.

Hari ini aku cuba cari mana salah dan silap. Selalu idea datang tak kena masa. Yang best2  selalu masa kau takde pen dan kertas dan not even your HP untuk mencatat.

Time kau MEMBUAT PELABURAN.

So lepas ni, jangan tanya kenapa bawa HP masuk toilet YE. Kita kena siap siaga.

Bila tengah best, idea tengah banyak kekadang boleh tulis banyak perkara dan pelbagai genre. Tapi bila sangkut, 2 - 3 hari juga FB tidak update.

Hari ini abam cuba baca kembali buku yang abam beli pada 18/09/2007. Catatan tentang meransang idea.

Ada yang suka sendiri, duduk diam2 dalam bilik tak mahu suasana bising. Ada pula yang suka meneroka suasana lain, duduk tengah shopping kompleks tengok manusia kekadang datang idea.

Ada suka tepi pantai, hutan, sungai dan tak kurang yang suka lepak mamak. 

Membaca karya orang lain juga salah satu cara meransang idea dan menaikkan semangat. Ini yang abam tengah buat dan terhasil lah apa yang korang tengah baca ini. 

Kalau tak BEST pm abam ye. Meh bagitahu abam korang suka baca apa. Abam TULIS.

Sunday, October 23, 2022

C A R I S A L A H

C A R I  S A L A H

Kalau kita mencari salah pasti jumpa. Dan ia bukan sesuatu yang menggembirakan. Kekadang menjadikan ia lebih buruk dan tidak harmoni.

Dari elok berborak gelak2 dah jadi sunyi sepi. Dari boleh selisih senyum2 dah elak bertembung, siap buat2 ikat tali kasut sebab taknak bersua muka.

Jadi bagaimana nak buat. Jangan cari salah, cari PENYELESAIAN. Setiap masalah atau isu mesti ada jalan keluar. Dari kau kumpul salah siap buat list buat stok nak mengungkit dikemudian hari, baiklah kau duduk bincang elok2. Keruh kasi jernih brader...

Tapi...

Ada orang memang kerjanya cari salah. Memang dalam senarai tugasnya, mencari salah dan silap. Tapi orang macam ni bukan lah nak buat stok gaduh lah..

Macam kawan saya dalam gambar ( Mohd Farizzal Dolah ) , siap perati sungguh2 cara saya memukul bola BASEBALL5, bukan sebab dia dengki dek ketinggian saya melompat tapi lebih kerana tugas beliau sebagai pengadil perlawanan.

Tegakkan keadilan supaya perlawanan dapat dijalankan dengan baik dan saksama.

Jangan serius sangat baca tu. Kali ini gambar ada kena mengena dengan penulisan. Terima kasih buat si penangkap gambar. Ini pun nak buat stok bahan dengan tajuk "BUDAK GEMUK MELOMPAT TINGGI"

Wednesday, October 19, 2022

S A M B U N G B E L A J A R

12 tahun lepas abam kembali jadi student. Nak buat full time, susah sangat masa tu nak dapat biasiswa. Jadi kita buat le part time.

Ala buat MBA je. Kelas hujung minggu. Sabtu Ahad setiap minggu berkampung dari pagi sampai petang di UKM Tasik Titiwangsa. Sesekali je ke UKM Bangi.

Best ke belajar?

Best le. Jumpa kawan2 dari pelbagai LATAR belakang. Ada yang boss2 dah.. Ada businessman woman berjaya, ada freshie fresh from oven. Ada juga la macam abam, geng kakitangan kerajaan.

Kawan2 semua best. Yang boss2 pun sama2 meniarap kat ruang tamu rumah siapkan assignment sebab mamak semua dah tutup.

Benda yang tak boleh beli dengan duit adalah kenangan bersama kawan2. Banyak abam belajar dari pengalaman.

Buat part time ni cabaran dia berbeza. Hari biasa kita kerja macam biasa, hujung minggu berhabisan di kelas dengan kuliah, tugasan, pembentangan. Masa adalah segalanya. Kena  pandai2 bahagi masa, kerja belajar dan keluarga.

Geng2 bujang yang satu kelas enjoy je. Gelak memanjang. Apapun semua gembira. Ada juga rakan yang sangkut di tengah jalan. Tidak sama2 menggenggam segulung kertas bernilai. Rezeki masing2.

PhD?

Me... Tak kot. Hehehe belum terfikir. Tapi kalau nak biasiswa umurnya telah terlepas tarikh. Kalau satu hari abam nak jadi Dr. Kena le bayo sendiri atau ada mana2 yang sudi bayarkan. InsyaAllah. Niat mesti ada. Jadi tak jadi belakang cerita. Kan kan kan..

Trend anak2 sekarang lepas diploma ramai yang nak terus kerja. Alasan nak cari pengalaman. Dan selalunya, mereka ini akan kekal bekerja lagi2 bila sudah terikat dengan komitmen bayaran kereta atau rumah.

Kalau ikut abam la. Mana yang ada niat nak sambung ijazah tu, terus... Jangan stop. Momentum belajar lari satu hal juga dan yang paling selalu jadi, bila dah pegang duit sendiri syok dia lain macam, takut terkubur sudah niat mu nak sambung tinggi.

Apapun, jangan berhenti BELAJAR. Belajar boleh berlaku dimana2. Ilmu yang ada kongsikan lah dengan yang lain.

Okay cukup dulu.

Sunday, October 16, 2022

S E A T I N G A R R A N G M E N T

D U D U K  T E N G A H

Budak-budak kalau naik kereta tak suka duk tengah. Apahal?

Anak-anak abam ada 3, dua perempuan dan satu lelaki bungsu. Dan setiap kali nak mulakan perjalanan mesti ada isu.

Siapa yang masuk awal, mesti terus kunci pintu side dia masuk. Mana yang lambat mesti menunggu yang sorang lagi berebut tak nak duduk tengah.

Dua kakak besar selalu jadikan yang bungsu mengalah. Maka yang bungsu la selalu duk tengah. Monyok muka bebel mulutnya walaupun mengalah dek pujukan si ibu.

Maka, kami buat GILIRAN. Macam Abang Jamil dalam cerita Madu Tiga. 

Trip 1 - Kakak Ya duk tengah
Trip 2 - Kakak Ca duk tengah
Trip 3 - Boboi duk tengah

Begitu lah seterusnya. Kecuali ada yang sudi rela hati nak duk tengah.

Bagi mereka yang memiliki bilangan anak lebih dari dua ini agak2 ada masalah yang sama tak?

Abam layan je.

Thursday, October 13, 2022

R E Z E K I S U A M I

N A K  C E R I T A

Dulu ada seorang rakan menghadiahkan sebuah telefon bimbit berjenama kepada saya kerana membantu beliau menyediakan dokumen berkaitan kerja-kerja dan tugasan beliau.

Lalu bila dibawa pulang, saya hadiahkan pula kepada isteri sempena hari ulangtahun kelahiran. Alhamdulillah selesai urusan. Nampak macam jimat la ye tak, tak perlu beli hadiah. Masa tu tuan-tuan nak beli jenama itu pun berkira gak, mahal. Jadi bila berpeluang memiliki, sempat lah pegang belek2 sebelum sejam kemudian terus bertukar tangan. Merasa lah juga... bak kata kawan2 saya... nakkan SUASANA je.

Hendak dijadikan cerita rakan yang memberikan saya hadiah itu pelawa bertemu minum2 di kedai mamak seminggu selepas itu. Tiada pun urusan yang penting, sekadar borak2 kosong sembang pasal dunia.

Lelaki kalau borak, biasa HP kita letak atas meja sambil menikmati TEH TARIK kegemaran. Buih lebih wajib kurang manis. Sudah tua takleh manis2.

Maka terpandanglah rakan tadi dan terus bertanya kenapa saya masih menggunakan telefon lama saya walaupun telah diberikan telefon yang baru mingge lepas.

A L A M A K

Apa nak jawab ni? Serba salah juga kan... Namun saya memilih untuk berterus terang..

"Maaflah wahai sahabat, hadiah mu itu ku hadiahkan buat isteri sempena Ulang Tahun Kelahirannya...."

Rakan tu terus bangun dan keluar dari kedai. Nampak dari jauh menuju ke kereta. Ah sudah, marah kah dia? Dua minit kemudian kembali ke meja kami dan meletakkan sebuah lagi telefon bimbit jenama yang sama.

"Kenapa tak bilang, nah ini untuk mu pula sahabat, gunakan lah, gantikan telefon mu yang lama itu"

Pernah le dengar satu cerita atau ceramah, kalau nak rezeki lebih kena selalu belanja isteri... agaknya macam ni la KOT.

BETUL KE?

H A R I R E P O R T C A R D

Hari Report Card

Sebagai parent, ini merupakan satu rutin setiap penggal persekolahan.

Pakai smart2, menuju sekolah berharap cikgu lawa hahaha. Datang awal dapatlah cari parking sport dekat2 sikit. Tidak kalu, memang menapaklah kita beberapa ratus meter.

Sistem giliran biasanya first come first serve, ada cikgu siap buat no giliran (terbaik cikgu) ada pula yang susun kerusi di luar kelas, maka gerakkan punggung dari satu kerusi ke satu yang lain.

Bila kita dalam giliran menunggu selalu tertanya2 apa je lah cikgu dan parent di depan bualkan. Bila lama sikit, ada jelingan dari rakan2 parent yang sedang menunggu. Maka ia signal untuk kita faham, masa kau nanti jangan le lama2 interview cikgu duk mana, dah makan belum, apa usaha cikgu untuk tingkatkan kemajuan dan prestasi anak saya.

Selalunya, saya laju dan cepat selesai dan saya cuma ada satu sahaja soalan buat cikgu yang bertugas....

"Apa saya boleh bantu/buat untuk tingkatkan prestasi anak saya ini?"

Tu je....

M A K A N S O R A N G

M A K A N   S O R A N G

Ada orang makan wajib ada teman. Kalau sorang2 potong abis, hilang selera. Tak lalu nak telan. Makan perlu ada perbualan katanya. Baru ceria dan makanan auto sedap.

Ada pula orang kata geng makan sorang2 ni spesis GARANG. Takde ramai kawan, tapi cukup strong karektornya. Bukan kaleng2 la kunun2.

Abam cakap pasal makan sorang2 tau... Bukan  makan sorang. Banyak beza maksud ya.

H I L A N G

H I L A N G

Hari ini ramai geng Fesbuki kata hilang followers. Ada yang asalnya dah ratus ribu tinggal jadi 9k gitu. Apa sudah jadi?

Hanya Mat Juki je boleh memberi jawapan. 

Bila benda ni UP, baru la teringin nak tengok diri sendiri ada followers tak? Hehehehe
Selama ni tak pernah cek pun. Geng2 suka suka tulis macam saya, sangat la gembira bila tulisan dibaca dan di komen. Sumpah seronok bila ada yang memberi respons. SERIUS...

MAKA bila cek tadi.. Eh ada 69 orang. Yeahhh... Ada la juga. Walaupun belum capai 100.

Jangan risau. Kita terus TULIS apa yang kita suka. KITA akan terus buat apa yang baik2 dan memberi manfaat.

Semua ini hanya nombor. Memang seronok bila ramai minat ye tak. Dapat ramai komen pun dah happy. Walaupun kalau perhati betul2 kawan2 sama je komen hehehe tq sahabat ku yg tak jemu... Apatah lagi bila ramai SHARE. Terasa ada value dalam tulisan.

Apapun keep kental. Jangan stop.

Gambar sekadar hiasan. Nak bagitahu birthday abam dah dekat. Mana yang nak kasi hadiah boleh PM.

S I M P L E

S I M P L E

Bila kau dapat mengajar pelajar semester 1, macam2 panggilan kau akan dapat. Kalau yang masih rindukan sekolah, siap panggil kau cikgu.

Ada yang panggil sir.. Terasa mat saleh nye. Sebab bukan teacher rasa tak kena. 
Thy 4 35 gv vc
Ada yang panggil tuan, ini memang saya minta dia tukar. Rasa janggal yang amat sangat.

Paling ramai panggil kau Encik dan agak ini merupakan kebiasaan yang memberi keselesaan buat si pemanggil dan yang di panggil.

Kalau budak2 sukan sure panggil kau Coach.

Tapi tadi ada seorang pelajar ni selamba panggil kau abang. Tak tahu nak rasa camna. Tapi tersenyum la juga bila mendengar.

Korang yang kategori macam saya ni, budak2 panggil korang apa ek?

CASTELLO VS CASTELOR

C A S T E L L O  V S  B E K A S  T E L O R

Gini sebenarnya...

Masa nak gi keje lepas siap2 mandi teman bersiap le depan cermin. Siap pakai semua, tepuk bedak sikit mencari le gel rambut. Sekali sudah abis rupanya.

Teman mikir punya mikir camna nak selesai kan masalah ini... Lama juga teman mikornya.

Dengan ekonomi yang serba tak menentu dan kenaikan harga gel rambut yang acapkali terjadi. Maka teman pun...

Emmm itulah yang jadi begini.

Potong nak sama Datuk Rosyam Nor.. Castello la kunun2. Serupa tak?

Friday, September 16, 2022

Lagenda BUDAK TAKUT KUCING

Lagenda Budak Takut Kucing

Dulu2 aku tak takut kucing. Sewaktu baru bertatih sehingga masuk tadika, kucing jadi teman. Boleh peluk dukung bagai semua. Dan selalu menjadi tunggangan. Waktu itu nakal ku lebih dari si kucing. Arwah ayah memang sayang kucing. Seingat aku, memang ada beberapa ekor yang tinggal bersama kami.

Cerita takut kucing bernula ketika aku tumpas dalam perebutan sebungkus nasi lemak. Kalau tak silap waktu darah satu sekolah agama rakyat. Garang si kucing lain macam, berdarah aku dicakar dan digigit semata nak kan nasi lemak bungkus nan satu.

SEJAK itu perjalanan hidup aku dihantui. Aku jadi penakut kepada spesis comey ini.

Aku jadi malu. Setiap kali makan selalu berdoa tiada kucing berhampiran. Kalau ada, aku doa pula jangan le datang dekat pada aku. Pergi la kau kat kawan2 lain. Cuba teka, kaki siapa yang selalu jadi mangsa geselan si comey ini. Aku le.. Yang penakut ni.

Kalau ada yang jenis letak kaki kat peha kita waktu kita tengah makan, memang boleh terbalik meja. Malu juga bila kawan2 tanya, eh takut kucing ke? Eh tak lah tak suka je. GELI.

Jawapan selamat.

Selalu kalau makan sure order satu air manis untuk diminum dan segelas air kosong preparation sebagai senjata bila kucing datang dekat. Tidak le kejam secawan ku jiruskan. Sekadar merenjis buat niat menghalau jauh sedikit dari kaki.

Nampak aku jahat bila selalu ku tolak si comey menggunakan kaki bila dia dekat. Namun percaya lah aku buat dengan sangat lembut dna bukan menentang. Maafkan lah ye.

Dulukan pernah glamer rancangan TV FEAR FACTOR. Manusia diuji dengan ketakutan dan salah satunya diuji dengan BINATANG. Aku toksah letak ular atau kala jengking, dia letak sekandang dengan kucing2 ni memang surrender terkeluar seawal pusingan pertama.

Itulah aku... BUDAK TAKUT KUCING.

Sekian

AKU, OMOT dan ORKID (OKIT)

Thursday, September 15, 2022

Kau Gemuk.. Kau Keeper

Main bola kecik2 dulu...

Gemuk - Keeper
Owner bola - Midfield Kapten
Ensem - Striker
Muka pecah - Defence

Kredit to Ku Sherry Ku Man (Player UMT Veteren)

Wednesday, September 14, 2022

Beli kereta, Baru atau 2nd hand. Hutang atau cash.

Salah satu topik kecil dalam subjek Personal Financial Management yang diajar kepada pelajar Diploma membincangkan TENTANG KEPERLUAN vs KEINGINAN.

Pelajar diajar tentang kepentingan mengurus kewangan peribadi sebagai persediaan untuk mereka menempuh kehidupan sebenar seusai menamatkan pengajian.

Antara TAJUK YANG hangat dibincangkan adalah:

1. RUMAH - beli atau sewa
2. KERETA - baru atau 2nd hand

Semuanya bergantung kepada situasi. Kena pandai CERMIN DIRI dahulu. Tanya diri sendiri adakah ia keperluan atau KEINGINAN.

Sekiranya keperluan, teruskan.
Namun kalau ia cuma KEINGINAN, tanya diri sekali lagi sesuai tak beli sekarang?

Beli rumah memang satu pelaburan yang baik, namun perlu dilihat beberapa faktor menyumbang kepada permintaan aset tersebut di masa depan.

Faktor lokasi antaranya. Kalau beli jauh di pendalaman atau kawasan berisiko banjir maka sedikit sebanyak memberi kesukaran untuk penjualan semula.

Ada juga yang baru kerja dah target beli rumah besar, impian itu memang indah tapi kena kira2 dulu. Jangan sangkut sampai miss soru. Tak salah beli kecil dahulu dan kemudian beli yang besar.

Nak beli kereta baru bagus sebab dalam 5 tahun tak perlu fikir pasal rosak. Dan ada banyak pilihan dari segi spek dan harga. Jadi, mulakan dengan keperluan. Kecil selesa sudah mencukupi rasanya janji boleh dipandu ke destinasi (tempat kerja).

Ada juga yang lebih selesa tidak berhutang. Beli murah2 kereta 2nd hand buat permulaan. Bagus juga, cuma perlukan bantuan mekanik yang bagus untuk benar2 mengesahkan kereta yang di beli dalam keadaan baik dan SIHAT.

SEMUA atas pilihan masing2. Setiap keputusan berkemungkinan SESUAI untuk orang tertentu dan dalam keadaan tertentu sahaja.

Pilh lah yang TERBAIK.

Tuesday, September 13, 2022

Bila Kau TIPU... DIET kau ke laut.

Bila kau dah berumur..

Dan apa yang kau rancang dalam mengurus DIET tidak berdisplin, maka percaya lah perubahan mendadak struktur badan terutama perut adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Bila kau janji taknak makan nasi lemak maka kau tipu.. Kau bedal nasi lemak makcik kantin setiap pagi sebab sambal dia sedap.

Bila kau janji nak elak coklat namun kau tipu bila berpapan2 Cadbury Fruit & Nuts kau sental.

Bila kau janji nak minum air masak/putih banyak2 namun teh tarik kurang manis (acah kurang gula) kau tak pernah miss setiap pagi di tambah ngeteh malam dan sekali lagi teh tarik kurang manis yang kau telan.

Bila kau janji nak kurangkan nasi dan sekali lagi kau tipu bila kau tanpa sedar menambah nasi bila lauk yang kau makan kau rasa sangat lazat.

Kau gagal...

Dan jangan sesekali kau nak tunding jari salahkan orang sekeliling. Mereka semua dah lama perhati perangai kau.

Kau gemuk kau salahkan orang. Apa benda kau ni. Suka percaya bila ada yang KATA kau tak gemuk. Itu semua dusta. Kau gemuk. Kau kena tahu tu. Kau gemuk.

Hahahaha

Sunday, September 11, 2022

Saya TAK BOLEH dengan KUCING

Saya dulu memang TAK BOLEH dengan spesis ini.

Bukanlah kata takut tapi lebih kepada geli bila spesis ini mendekati. Kalau terlanggar kaki waktu tengah makan boleh terangkat meja sampai terkejut kawan semeja.

Ini penangan TERKEJUT.

Ada kawan kata, spesis ni boleh hidu rasa gerun/takut saya maka mereka memilih untuk mendekati saya lebih dari rakan2 yang lain. Dan ini memang kejadian... Punya lah ramai kawan2 duk semeja, dengan saya juga di duk melekat.

Rasa TAK BOLEH saya ini terwaris kepada anak3 juga. Pernah dulu2 dek kerana ketakutan seorang berdiri atas kerusi dan sorang lagi dah memanjat meja makan sampai tokey restoran tangkap kucing letak dalam keretanya. Dan lepaskan semula seusai kami selesai makan.

TERUK KAN?

TAK BOLEH saya ni consider tidak lah kritikal. Sebab saya ada kawan yang dia punya elergik kepada spesis ini sampai tak boleh dengar bunyi mengiau. Terus menggelupur. Walhal kami setting bunyi deringan telepon bimbit dia dengan bunyi spesis ini.

Bermula dengan kehadiran spesis ini milik jiran yang rajin berkunjung membuang dilaman kami. (rasa pernah story dulu) Dari mencurah minyak tanah, letak botol berwarna, pasang alas tajam dan macam2 cara saya buat, namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Sehinggalah saya ubah cara. Dari menghindar, saya beri makan. Saya beli makanan kering jenis Whiskas dan berikan spesis ini makan di hadapan rumah. Percaya atau tidak, aktiviti membuang dilaman saya tidak lagi berlaku.

Ada yang KATA mereka tak berak tempat mereka makan. Betul lah agaknya. Memang dah takde lagi.

Kejadian di selamatkan oyen dari dirompak membuka hati untuk membela spesis ini. Aik dah tak gerun ke.. Eh.... Masih rasa TAK BOLEH. Tapi anak3 dah minta bela.

Atas offer seorang rakan (dulu dia pun takut spesis ni) untuk menjaga seekor anak kucing berwarna oren, maka bermula lah kehidupan saya dengan spesis ini. TQ sahabat dek atas nasihat dan tips2 bermanfaat.

Dari seekor yang saya panggil OJ (Oyen Junior) kini juga sudah ada ORKID, OMOT dan yang terbaru OREO. Masing2 ada cerita tersendiri.

Tengok sekarang saya dah BOLEH pegang KUCING. Cam tak caya je kan. Sapa kenal saya dulu sure tahu SEJARAH saya dengan spesis ini.

SUMPAH dulu memang TAK BOLEH.

P/S - Saya dan ORKID

Friday, September 9, 2022

Aku dan PETAI

Saje nak bagitau... Abam ni peminat petai. Paling feberet petai mentah. Makan cicah dengan budu dengan tempoyak. Sedap woooo. Paling tidak cecah sambal belacan. 

Tapi kalau tak dapat petai mentah, boleh je layan petai rebus, bakau atau lain2 cara. Petai sambal udang pun on je.

Cuma sejak ada migrain ni dah kena jaga nafsu terhadap petai. Makan lebih2 nanti akibatnya terpaksa le telan caffox bila migrain menyerang. Entah le ada kaitan antara petai dengan migrain. Mana geng doktor atau diet boleh le beri tunjuk ajar.

Kalau layan makan mentah, suka yang tua sikit. Kalau muda sangat rangup gigit bunyi2 tapi kurang kick dari segi rasa dan bau. Tapi kalau tua sangat umang ai.. Baunya paing tak hingat kau...

Mata petai jangan halus sangat, bikin panas bila nk kopek. Tapi jangan le siap2 kopek tak mencabar pula masa nak makan. Macam2 la kau kan.

Sekali hadap.. Setiap suap nasi wajib sebiji petai sekali masuk. Kalau selalu makan bertambah folo bilangan baki petai. Kalau masih ada lagi, confirm minta tambah. Selalunya dua papan sekali hadap, malu kat mak mertua bila duduk sekali makan. Apa boleh buat menantu hantu petai.

Akibat petai kena la bersedia. Nak bercakap dengan insan2 jangan dekat2 sangat. Effect bau kekal dalam 24 jam juga. Gosok le gigi.. Kunyah le chewgum kasi kurang impact haha.

Bab masuk toilet, jangan tak cuci lepas membuang. Make sure lebihkan sabun dalam mencuci. Kalau terlupa pam maknanya kau ishtihar perang hawau.

Ini aku le dan kisah petaiku.

Korang lak suka ulam ulaman tak. Ada orang kata ulam ulaman ni ejen awet muda. Betul agaknya. Sebab gi kedai belum lagi ada orang panggil aku PAKCIK.

AWET muda takpe jangan AWEK muda. Naya pak ABU.

Tuesday, August 30, 2022

Go GREEN Angsi 2022

Cerita hari ini...

Kita support program KK Kuala Pilah. Go GREEN Gunung Angsi. Selaku wakil tunggal PNS, wajib berjaya ke puncak.

Ini merupakan kali kedua abam menakluk Gunung Angsi dan kali pertama naik via Bukit Putus. Awal2 terus pacak, hampir2 putus asa. Dengan lecak asbab trek jadi licin dan sedikit memenatkan.

Jarak Trek lebih kurang 5km dan abam berjaya di puncak dalam masa sejam 53 minit.  Abam bangga dengan diri sendiri, slow2 sampai.

Lepas ni siapa naik Angsi sudah ada lampu solar dan plug charger untuk HP. Geng2 ni dah pasang solar panel. Harap bermanfaat buat semua hiker Angsi.

Sempena esok MERDEKA. Tadi kita nanyi ramai2 lagu NegaraKu dan Jalur Gemilang. Dan gempita puncak Angsi dengan laungan MERDEKA 3X. Jangan tak caya, abam lead laungan tadi tau. Actually kawan abam paksa. 

Penat tak panjat Angsi?
Penat le. Apa benda soalan... Abam kan gemuk. Wajib le penat. Ada yang KATA abam laju tadi. Tapi abam rasa beshe2 je.

Okay done POYO....

Monday, August 22, 2022

Migrain - Cuba Elak Makanan Ini

Bila migrain menyerang semua perkara jadi tidak teratur dan tidak selesa. Sakit yang terasa di sebahagian kepala kekadang buat mata jadi kabur.

Siapa geng migrain pasti tahu, betapa seksa kalau terkena. Gelapkan bilik, nak sunyi dan sendirian. Nampak macam eksen tapi bukan. Memang kalau boleh nak duk diam2 sorang2 dalam gelap dan sunyi sepi.

Selalu kawan2 tanya,  macam mana boleh kena migrain ye?

Dia kalau nak datang, dia macam beri signal awal. Hah siap2 la dengan ais pek dan ubat jika teruk.

Punca migrain ada banyak2. Dan salah satunya adalah dari pemakanan. Hasil pembacaan (nak habaq kita rajin membaca) ada 10 jenis makanan ini kalau boleh elak,  cuba lah jauhi. Meh kita senarai kan...

1. Kafien - dalam kopi atau teh.
2. Coklat, feberet ku Cadbury Fruit & Nut
3. Gula tiruan/Pemanis tiruan.
4. Alkohol, InsyaAllah tak ambil yang ni.
5. Monosodium Glutamat (MSG)
6. Daging proses seperti Nugget, Sosej, Burger
7. Keju, yang ni jarang le. Tekak melayu.
8. Jeruk atau makanan yang ditapai seperti timun jeruk dan kimchi. Adui feberet gak ni.
9. Makanan/minuman sejuk seperti aiskrim.
10. Makanan masin contohnya kentang goreng yang ditabur garam atau kerepek.

Tabiat makan setiap hari juga boleh menjadi punca trigger awal sakit kepala.

1. Makan tidak tentu masa.
2. Kurang minum air kosong.
3. Selalu skip makan.

Makan marilah kita makan ikut timing. Nanti gemuk camna? Biar gemuk janji tak migrain..  Gitu...

Selain bab makan ada beberapa faktor lain juga menyumbang kepada punca migrain menyerang anda.

Persekitaran dan tabiat yang tidak sihat seperti merokok atau berada dekat dengan asap rokok boleh trigger sakit kepala. Selain daripada itu terdedah kepada cahaya yang terang seperti cahaya matahari atau skrin terang dari komputer,  TV dan telefon bimbit serta gangguan bunyi yang terlalu bising dan bau yang sangat kuat (minyak wangi) boleh menjadi punca awal diserang migrain.

Psikologi juga bisa jadi punca migrain seperti tekanan kerja, kemurungan, keletihan, rasa marah. Macam saya pula, selalu diserang migrain ketika tengah rehat dan bertenang terutama di hujung minggu atau hari cuti. Orang panggil weekend migrain, senang cerita tak boleh duk baring2 relaks2 je kalau bercuti. Kena buat sesuatu. Kalau tidak confirm kena. Ini saya lah. Orang lain mungkin tidak.

Kesimpulan migrain yang kerap dan teruk memang mengganggu kehidupan dan menurunkan kualiti hidup. Oleh yang demikian, langkah pencegahan perlu diambil segera bagi mengurangkan risiko diserang.

Semoga kehidupan kita lebih baik tanpa migrain.

#tulissukasuka

Sunday, August 21, 2022

KAMI CHAMPION

Ini cerita throwback Team Sofbol Wanita MSP.  Simpan sini buat KENANGAN dan bacaan diri sendiri dimasa hadapan. 

Sofbol POLI MALAYSIA bermula seusai Covid19 reda. Apabila diumum akan kebenaran menjalankan aktiviti sukan maka program2 mula di susun.

Kelangsungan sukan ini perlu diteruskan dek sudah lama sangat berehat dari sebarang aktiviti. Takut2 atlet pun dah lupa mekanik permainan. Ghisau...

Maka kita mulakan dengan Kejohanan Liga Sofbol Politeknik Malaysia. Kejohanan berlangsung di lokasi keramat kami (POLIMAS). Dengan 4 team bertarung, biar sedikit janji kita mulakan selepas lama berehat. Poli N9,  Kedah A (Polimas),  Kedah B (PTSB)  dan Poli Johor. Kita layan liga satu pusingan dan diteruskan dengan Page System.

1. Poli N9
2. Poli Kedah B
3. Poli Kedah A
4. Poli Johor

Sambil layan Liga Politeknik Malaysia kita buat juga game Jemputan MSP dengan 3 team bertanding iaitu Politeknik Malaysia, Kedah dan Vipers Pulau Pinang. Confirm lah Vipers Champion, ini belum full team pun dah power. Dengan Kedah pun kami tumpas. Duduk le no 3. Apapun pengalaman yang mahal kami perolehi dengan Ain Mek patah tangan cedera semasa bertanding. 

Percaya atau tidak...  
Abis je game ni terus masuk kem latihan pusat persediaan ke Kejohanan Sofbol Terbuka Kebangsaan 2022.

22 atlet terpilih ke sesi pemilihan dengan 17 tempat menjadi rebutan. 

Dari awal2 latihan pengurusan PKAT dah maklum target utama team adalah EMAS di SUKIPT 2022. Maka Kejo
hanan Kebangsaan dijadikan medan persediaan terakhir sebelum SUKIPT. Dengan undian kumpulan maut bersama MASUM, PERAK dan Pulau Pinang B. Kita layan kan...  Apapun kita cuba sebaiknya... 

Tak sangka lolos le separuh akhir. Nampak team makin mantap. Ada juga ruang untuk penambahbaikan namun overall sudah ada sinar GOLD. 

POLI VS MASUM (Kalah 4-11) 
POLI VS PERAK (Menang 2-1)

SEMI jumpa Kuala Lumpur. Menang 4-2
Final jumpa semula MASUM. Kali ini kita layan 7 inning penuh. Lebih 3 jam habaq hang. Naya Pak Abu. Catcher dah nak pitam. Pitcher pukul kena jari terus bawa ke hospital. Kita layan sampai abis. Good job team Poli. Kita tewas dengan melawan. Kita tewas 11 - 12 je. Ada je ek..  Tipis sangat. Belajar terima kekalahan. Walau awal takde target di kebangsaan namun dapat no 2 Malaysia. Cukup2 baik dah tu kan.... 

Habis je game, signal awal team Poli telah diberikan kepada team bakal lawan di SUKIPT.  Matematik mudahnya...  MASUM menang tipis dengan Poli...  Masa SUKIPT nanti MASUM berpecah main Universiti masing2. Maka....  Congak2 nampak kami team feberet kan tu...

Habis je game..  Balik rehat..  Sebulan juga..  Puas pesan budak2 suruh jogging. Suruh pitching. Suruh batting... Wajib update setiap hari dalam Group WhatsApp. Tang ngelat tak boleh nak cek. Berdoa je semua ikhlas training untuk diri sendiri. Itu je duk ulang2 pesan. Berlatih untuk kuatkan diri sendiri. Buat semua sendiri. Buat untuk masing2. Nanti jumpa masuk kem baru kita gabung untuk team. Alhamdulillah ada yang susut dari tembam ke kurang tembam. Ada yang turun 5kg. Ada yang masih tembam tapi lari dah laju. Ini yang kita mahu....

Syukur Poli habis semester sebulan sebelum SUKIPT maka habis je sem terus atlet masuk kem.  Mana lagi...  Gelanggang keramat kami sekali lagi.  

POLIMAS.... 

Kali ini kita hilang dua player tarik diri Putri dan Waki. Tapi kita dapat ahli baru dari Polisas Ain Za. 

Total player 22. Dan sekali lagi hanya 17 slot rasmi ke SUKIPT. Maka rejim latihan pun bermula.... 

Pagi lepas subuh jogging. Mula dengan seround POLIMAS. Tambah jadi dua. Kena kelentong kekadang jadi 1 setengah round. Dah lama2 kita pendek kan jarak. Dari skin diomand lari ke pintu masuk POLIMAS patah balik. Ini lah rutin setiap pagi. 

Sampai je Coach Muin. Kita tambah buat Latihan DINAMIK. Siapa yang pernah buat sure tahu...  Agak keras juga kalau tak biasa. Kuatkan kaki. Kuatkan stamina. Kuatkan semangat juga. Ada yang senyum ada yang muncung panjang. Layan..... 

Lepas tu kita sarapan. Coach2 mula keluar duk cari roti pulau, kari gearbox,  roti bakar telur...  

Atlet makan special hasil tangan isteri En Ujang.... Setiap hari 3 kali sehari. Sarapan, lunch dan dinner. Ada juga supper burger, banjo, kari kaki ayam..  Makan dengan roti. Peh.. Padu. Nasi memang portion atlet. Penuh. Memang kenyang. 

Lepas sarapan kita start training semula.  Semua benda kita buat. Dari basic seperti drill melontar, memukul sehingga lah strategi game. Semua benda kita buat ulang2. Setiap hari kita buat benda yang sama tanpa rasa bosan. Sesi pagi kita stop jam 12 atau kekadang lebih awal. Ada kala sampai kul 1 juga. Tengok keadaan dan cuaca. 

Petang kita mula jam 3 selalunya. Takut hujan kalau mula lewat sangat. Panas berdeting toksah komplen. Memang HITAM namun masih lawa semuanya. Manis tak hilang. 

Bagi happy2 petang kita selalu buat game. Team kalah kena bahan. Team menang ada hak eksen sampai esok. Itu untung ada 22 pemain. Boleh buat game. Semua posisi ada kurang2 dua pemain. Mudah nak susun. Mudah nak rancang game. 

Serius koleksi pemain kali ini sangat baik dan bagus dari semua segi. Senang sangat nak susun barisan. Susun batter pun semua jalan. Takde sangkut2.

Tiber2.. 
Kapten tarik diri. Sebab ada urusan yang tidak boleh dielakkan. Kita terima keputusan beliau. Kita lantik kapten baru. Jalan terus... 

Tengah2 latihan, kami terima berita yang mengoyakkan segalanya. Semua berhenti berlatih. Bercucuran air mata semua.  Coach juga steady. Nampak cool walau dalam hati siapakan tahu ye tak... 

ACARA SOFBOL WANITA DIGUGURKAN... 

KOYAK semua beb... 

Sebab apa?  Sebab hanya ada 8 team sahaja yang mengesahkan penyertaan. Sedangkan syarat umum perlu ada 9 team untuk sesuatu acara dijalankan. 

Sedih koyak dan dengar khabar semua team sedang murung. Kecewa. Team POLI hilang semangat. Tangan dah koyak pecah, peha dah rabak dan kali ini mental semua habis koyak teruk. Semua tak mahu training. Seharian bersedih. 

Serangan cyber dimulakan. Semua medium kita gunakan dalam mendapatkan perhatian YBM KPT.  Rayuan rasmi juga kita susulkan melalui MSP dan PSM. Budak2 semua institusi buat kerja dalam talian. Habis semua medium digunakan. Tunjuk gambar tangan rabak.. Mohon rayuan untuk acara sofbol Wanita diteruskan. Game tinggal 6 hari sahaja lagi.  Kalau gugur memang kejam. 

Semua kabel kita guna. KPT KBS team YBM dari Batu Pahat juga kita hubungi dan minta dibantu. 

Syukur rintihan dan rayuan kami di dengar pihak Menteri maka rezeki sofbol Wanita acara ini diteruskan dengan 8 pasukan yang bakal bertanding. Semua mula senyum. Tapi ada budak hutang masuk longkang dan lari keliling padang. 

Dah nama atlet kan..  Lepas teruk kena kita sulamkan dengan aktiviti recovery. Tapi ini lah acara paling mereka tak suka...  Mandi ais. Macam2 kerenah nak ngelat. Benda baik maka kita wajib teruskan. Macam2 rupa ada. Wajib kelakar kalau kita diluar kolam. Yang tengah hadap sure menyirap je dengan rakan2. 

Masa umum 17 yang terpilih macam2 rasa bercampur baur. Mana ada orang happy bila kena drop kan..  Sure koyak..  Tapi apa kan daya.  Sistem pendaftaran hanya membenarkan maksimum 17 pemain dan 3 pegawai sahaja. Walau ada sedikit isu namun semua selesai dengan baik. Semua ikut ke PSAS lokasi Penginapan team bagi SUKIPT 2022. 

SUKIPT kat UPSI tau.. 

Manager gi meeting. Maka undian dibuat. Seram juga tertunggu2 siapalah lawan dalam kumpulan. 

Kumpulan A
UKM
UiTM
Politeknik Malaysia
UTHM

Kumpulan B
UUM
UPSI
UM
UPM

Maka perjalanan Kejohanan pun bermula. Gelanggang di Padang Istiadat UPSI. Empat diomand disediakan.

Jumaat (12/8/2022) 
POLI vs UKM (Menang 29-3)

Sabtu (13/8/2022) 
Rehat takde game. 

Ahad (14/8/2022)
POLI vs UiTM (Menang 10-0)
POLI vs UTHM (Menang 17-4)

Isnin (15/8/2022) Separuh Akhir
POLI vs UPSI (Menang 19-4)

Selasa (16/8/2022) Final
POLI vs UiTM (Menang 19-0)

Semua game menang MERCY RULE. Alhamdulillah. Bukan nak kata team POLI KUAT cuma team kami BERSEDIA. Cukup latihan, cukup segalanya dan berada dipuncak ketika di SUKIPT 2022. Semua perancangan berjalan lancar. Elok smooth semuanya. Memang best. Syukur Allah mudahkan segalanya. 

Akhirnya target yang diletakkan telah tercapai. Bukan setakat berjaya GOLD tetapi telah juga dinobatkan sebagai PASUKAN WANITA TERBAIK SUKIPT 2022. Bonus bagi pasukan SOFBOL POLITEKNIK MALAYSIA. 

Terima kasih semua. 

Chef D Mission (Ust Wan) 
Pengerusi dan MSP
Sekretariat MSP
Pak Ujang dan isteri
Manager Medi &  Lan Katiman
Coach Cikgu Muin & Mes
Wak ijan
Leyna
Fairuz Pisio
Farizal 
Pojan, Wan Rawi
Mirul Baya








Tuesday, August 16, 2022

Terima Kasih SUKIPT 2022

Dah joging belum? Berapa KM? Exercise dynamic dah siap ke?

Korang mesti rindu soalan macam ni..

Terima kasih kepada semua atlet HEBAT yang telah memberikan seluruh jiwa raga kepada sukan sofbol dan pasukan MSP ini.

Terima kasih atas pengorbanan masa, tenaga, keringat, sakit pening segalanya selama kita berkampung sebagai satu keluarga besar dalam menyediakan diri dan satu gandingan paling hebat.

Asbab penat lelah dan semangat yang tak pernah luntur, ini lah pasukan yang terhebat dalam sejarah SUKIPT yang menang semua perlawanan dengan mercy rule. Anda memang hebat.

Saya akui sepanjang saya membawa pasukan MSP bermula tahun 2005 ini lah pasukan yang paling lengkap di semua sudut. 1st nine hebat, 2nd nine juga padu. Mudah sangat nak susun corak permainan.

Tahun 2022 adalah yang terbaik buat pasukan wanita bermula dengan menjadi Naib Johan peringkat kebangsaan. Ini sudah memberi signal awal, kita bakal digeruni di SUKIPT apabila cuma tewas tipis kepada pasukan Gabungan semua Universiti Malaysia.

Petanda itu telah pun dibuktikan. Anda kini adalah juara SUKIPT Edisi 2022. Rekod tecipta dengan jumlah larian 91 dan larian kena hanya 11.

Terima kasih anak2 sofbol MSP. Anda memang layak bergelar juara.

Terima kasih buat barisan pengurusan. Orang nombor satu dalam barisan, En Ujang yang telah banyak berusaha untuk menjadikan semua impian yang ditulis atas kertas sebagai satu janji tercapai secara realiti. Ini lah orang paling penting dalam pembangunan sukan sofbol MSP. Sama2 kita doakan Allah memberikan kesihatan yang baik buat insan ini.

Terima kasih juga buat isteri beliau yang banyak memberikan segalanya buat pasukan ini. Makan minum kalian terjaga dengan baik atas hasil air tangan beliau. Jangan sesekali melupakan kari kaki ayam dimakan dengan roti gardenia. Sedap...

Terima kasih Tuan Manager En Medi dan En Lan. Mudah semua urusan atlet. Lengkap semua keperluan mereka dari mula latihan hingga selesai pulang ke kampung masing2.

Terima kasih Head Coach Cikgu Muin atas sudi menabur bakti dan pengalaman. Walaupun terkekang dengan masa dan tanggungjawab lain masih sempat berkongsi ilmu buat atlet MSP. Anak2 sekalian jangan lupa ilmu yang diberi.

Terima kasih yang paling padu buat 3 orang paling penting dalam pasukan ini. En Ijan, En Fairuz dan Puan Leyna. Tanpa kalian, hilang tiang seri pasukan. Tiada jerit dan nasihat. Tiada pujuk dan balutan yang meredakan kesakitan. Tiada kasih dan sayang terpadu abad ini.

Tak lupa team pengurusan yang lain en farizal (adik William), en mirul, en baya pakar saiko team lawan dan coach pasukan lelaki (fauzan dan wan). Sedikit sebanyak, banyak membantu menjadikan pasukan ini no 1 di Malaysia.

Terima kasih sekali lagi semua pemain - Ecah The Kapten (pasukan ampuh katanya), Alis, Anum, Ain Aisyah, Azie, Penny, Kakak, Adik, Umi, Ainza, Yaya, Peah, Awin, Ain Mek, Dalila, Mashi, Farhana, Nabila, Azurin, Mai dan Adel.

Korang memang PADU.

Jumpa lagi dilain hari. Semoga kita semua diberi kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam kehidupan.

Selesai TULIS.

Coach AZIZULAZRINMAHMOR.

Thursday, July 14, 2022

Ceritanya begini....

Ceritanya begini...

Siapa yang kenal sure tahu bahawa aku memang kurang menyenangi kucing dekat2 dengan aku. Geli beli digesel2 terbayang2 digigit2 gitu. Aku suka je kucing tapi tak suka kena gigit.. Nampak tak? 

Manakala yang lain dirumah memang geng kucing. Disebabkan suka mereka kepada kucing aku peruntukan sedikit dari rezeki setiap bulan untuk membeli makanan kucing. Maka rajin lah kucing2 hadir ke rumah makan kenduri. 

Asbab keletihan yang amat, semalam aku terlelap di kusyen. Salah seekor kucing jiran kegemaran ramai (Oyen) juga bermalam di rumah. Sudah ditunjukkan pintu keluar banyak kali, namun oyen tetap tidak mahu keluar.

Maka terjadi lah kejadian...

Lebih kurang jam 3.00 pagi.. Oyen menggesel kaki ku.. Auto terkejut, terus aku terbangun. Dan aku desak Oyen dikeluarkan dari rumah. Lepas tu memang dah mula tidur2 ayam. Susah dah nak lelap.

Tengah mamai2, dengar bunyi pintu dibuka, nampak kelibat lengan berbaju coklat ditepi pintu. Siapa pula keluar rumah pagi2...  Apa kejadah anak aku pagi2 dah keluar rumah. Tengok jam baru 3.45 pagi.

Niat nak marahkan anak...  Aku buka pintu utama yang tersedia tidak berkunci. Nampak susuk lelaki muka melayu terkejut memandang aku, tidak jauh lebih kurang 3 meter dari aku berdiri. Terus cabut berlari. Jelas tidak berselipar, berbaju coklat seluar paras lutut berlari ke arah kiri jalan rumah.

Cek punya cek... Semua anak elok tidur dalam bilik. Maka bukan anak2 punya kerja keluar pagi2. Dan baru perasan tingkap sebelah pintu dah terbuka. Huhuhu

Aku dipecah masuk rupanya...

Silap aku tak kunci pintu grill, maka ia betul2 mengundang peluang. Hanya perlu umpil tingkap dan seluk tangan buka pintu kayu.

Syukur sangat2 pada Allah jaga keluarga ini.
Syukur oyen tidur dirumah. Syukur oyen gesel kaki buat aku terjaga. Syukur aku tidak lena tidur seperti kebiasaan (tidur mati)...

Syukur tiada kehilangan.. Tiada kecederaan...

Polis kata penjenayah memang target kawasan yang aman dan tenang. Masalah rumah disini yang tiada pagar maka tidak ada indicator awal tindakan luar jangka orang yang lalu lalang.

Maka jangan terlalu yakin kawasan kita aman dan selamat. Jangan lalai sebagai ketua keluarga. Jangan ambil mudah bab keselamatan. Sikit silap boleh jadi sesuatu yang besar untuk disesalkan.

Apapun ini lah Ceritanya...

Cerita pasal AKU dan OYEN.

Wednesday, June 22, 2022

EMPAT PUTIH yang perlu DIJAUHI demi KURUS dan SIHAT

Kawan aku cerita la...

Dalam banyak2 benda yang boleh dimakan ada 4 benda ini perlu la dijauhi kalau mahukan figure yang diingini. Ada orang yang berdiet menggila untuk kurus. Fokus kita bukan sebab nak kurus sahaja semata, tapi lebih kepada nak SIHAT. Ini matlamat UTAMA.

Jadi kawan tu beritahu cubalah elak 4 PUTIH.


1. Nasi PUTIH.
2. Gula
3. Susu
4. Tepung


Semua yang ada kaitan dengan 4 di atas cubalah dielak atau paling tidak dikurangi pengambilannya dalam santapan harian. Nampak macam susah tapi tidak sukar. Nampak macam senang tapi perlu istiqamah. Nampak macam mustahil tapi benda boleh ubah kan... hendak atau tidak  sahaja.


Dan... banyakkan minum air masak/kosong/mineral setiap hari. Ada seorang coach cakap kena 3 liter setiap hari. Ambil banyak ketika siang. 


Katanya lepas 2 minggu dah boleh nampak perbezaan... betul ke ni?

Saya pernah buat... dan memang ada perubahan... tiber2 ensem... susah nak explain.. Alah cuba je lah, benda tak susah percuma pula tu... kalau berjaya nanti share story tau.


jom SIHAT. 
Mr Kolesterol 

Ceramah 6/8/2024

 Unsur manusia 1. Jasad - makan baik2. Minum yang halal.  2. Roh - solat 5 waktu 3. Akal - didik akal dengan ilmu manfaat  4. Hati - bahagia...