12 tahun lepas abam kembali jadi student. Nak buat full time, susah sangat masa tu nak dapat biasiswa. Jadi kita buat le part time.
Ala buat MBA je. Kelas hujung minggu. Sabtu Ahad setiap minggu berkampung dari pagi sampai petang di UKM Tasik Titiwangsa. Sesekali je ke UKM Bangi.
Best ke belajar?
Best le. Jumpa kawan2 dari pelbagai LATAR belakang. Ada yang boss2 dah.. Ada businessman woman berjaya, ada freshie fresh from oven. Ada juga la macam abam, geng kakitangan kerajaan.
Kawan2 semua best. Yang boss2 pun sama2 meniarap kat ruang tamu rumah siapkan assignment sebab mamak semua dah tutup.
Benda yang tak boleh beli dengan duit adalah kenangan bersama kawan2. Banyak abam belajar dari pengalaman.
Buat part time ni cabaran dia berbeza. Hari biasa kita kerja macam biasa, hujung minggu berhabisan di kelas dengan kuliah, tugasan, pembentangan. Masa adalah segalanya. Kena pandai2 bahagi masa, kerja belajar dan keluarga.
Geng2 bujang yang satu kelas enjoy je. Gelak memanjang. Apapun semua gembira. Ada juga rakan yang sangkut di tengah jalan. Tidak sama2 menggenggam segulung kertas bernilai. Rezeki masing2.
PhD?
Me... Tak kot. Hehehe belum terfikir. Tapi kalau nak biasiswa umurnya telah terlepas tarikh. Kalau satu hari abam nak jadi Dr. Kena le bayo sendiri atau ada mana2 yang sudi bayarkan. InsyaAllah. Niat mesti ada. Jadi tak jadi belakang cerita. Kan kan kan..
Trend anak2 sekarang lepas diploma ramai yang nak terus kerja. Alasan nak cari pengalaman. Dan selalunya, mereka ini akan kekal bekerja lagi2 bila sudah terikat dengan komitmen bayaran kereta atau rumah.
Kalau ikut abam la. Mana yang ada niat nak sambung ijazah tu, terus... Jangan stop. Momentum belajar lari satu hal juga dan yang paling selalu jadi, bila dah pegang duit sendiri syok dia lain macam, takut terkubur sudah niat mu nak sambung tinggi.
Apapun, jangan berhenti BELAJAR. Belajar boleh berlaku dimana2. Ilmu yang ada kongsikan lah dengan yang lain.
Okay cukup dulu.
No comments:
Post a Comment