J E M
Bila kau mula rasa sangkut, semua benda yang kau nak cerita nampak tak best. Sampai satu tahap nak letak tajuk pun JEM.
Hari ini aku cuba cari mana salah dan silap. Selalu idea datang tak kena masa. Yang best2 selalu masa kau takde pen dan kertas dan not even your HP untuk mencatat.
Time kau MEMBUAT PELABURAN.
So lepas ni, jangan tanya kenapa bawa HP masuk toilet YE. Kita kena siap siaga.
Bila tengah best, idea tengah banyak kekadang boleh tulis banyak perkara dan pelbagai genre. Tapi bila sangkut, 2 - 3 hari juga FB tidak update.
Hari ini abam cuba baca kembali buku yang abam beli pada 18/09/2007. Catatan tentang meransang idea.
Ada yang suka sendiri, duduk diam2 dalam bilik tak mahu suasana bising. Ada pula yang suka meneroka suasana lain, duduk tengah shopping kompleks tengok manusia kekadang datang idea.
Ada suka tepi pantai, hutan, sungai dan tak kurang yang suka lepak mamak.
Membaca karya orang lain juga salah satu cara meransang idea dan menaikkan semangat. Ini yang abam tengah buat dan terhasil lah apa yang korang tengah baca ini.
Kalau tak BEST pm abam ye. Meh bagitahu abam korang suka baca apa. Abam TULIS.
No comments:
Post a Comment