Tuesday, December 28, 2021

Kucing

KUCING

Cerita pasal kucing, kalau kawan2 rapat yang kenal memang tahu punya le abam TAK SUKA kucing datang dekat2 berpeleseran di kaki. Bukan TAKUT cuma tak SUKA. Dan RASA ini abam kongsikan bersama 2 anak perempuan abam. Kalau di kedai makan memang angkat kaki bersila le kalau ada kucing. Dan pernah sekali anak abam naik atas meja.

Orang kata, lagi kau tak suka lagi la kucing tu suka dekat2 dengan kau. Kononnya macam dia tahu mamat ni takut kucing.... Betul atau tak? Tapi memang perasan dari ramai2 kawan, kenapa kucing ni pilih abam untuk dirapati.

Di kejiranan abam memang RAMAI kucing lalu lalang depan rumah dan selalu juga singgah buang air agaknya merasakan rumah abam seperti RNR tepian highway. Mula2 dulu RIMAS bak hang.... Bau semerbak, buka pintu boleh hilang selera makan dek aroma yang tiada bertepian.

Macam2 cara abam buat, dapat tips dari pelbagai sumber yang boleh dipercayai... dari simbah minyak tanah kat kawasan pembuangan, letak botol dipenuhi air berwarna merah, pasang plastik yang macam duri, buh ubat penghalau kucing dan macam2 lagi abam cuba... berkesan? Boleh le untuk tempoh sementara, tapi dia mai balik singgah... 

Anak jantan abam (Boboi) pula lain dari kakak2... dia tak takut kucing dan dia je yang boleh pegang kucing bila sesekali ada kucing menyelinap masuk ke rumah. Nampak dia sangat suka kan kucing. 

Jadi satu hari abam belikan Boboi makanan kucing dan berikan pada dia untuk dia berikan kucing yang selalu gurau2 dengan dia depan rumah. Suka boboi bila kucing duk keliling. Dari seekor datang dua... tiga... dan sehingga hari ini kadang2 cecah 5 sekali datang. 

Pemiliknya memang tidak ketahuan, mungkin bertuan atau geng jalanan. Tak kisahlah, dan setiapnya ada nama yang Boboi bagi... Oren, Abu, Awol, Black, Black Kecik... bergantung kepada color dan corak serta watak masing2.

Inilah rahsianya...

Sejak Boboi beri kucing-kucing ini makan, tiada lagi longgokkan najis kucing di halaman rumah. Kalau ada pun mungkin sangat2 jarang dan tidak sekerap dahulu hingga hari2 perlu dibuat operasi pembersihan.

Agaknya kucing-kucing ini tidak akan membuat onar kepada mereka yang memberi mereka makanan. Macam manusia juga la.. nak makan mesti tempat bersih2 kan... 

Sejak dari itu, Boboi kami bekalkan makanan kucing secukupnya. Dan abam sendiri sudah mula JINAK dengan mereka. 

Percaya tak?

Tuesday, November 30, 2021

Coret Piala Malaysia 2021

Orang selatan tanahair sokong JDT.
Geng lembah klang mahu KL menang.

Aku?

Dulu masa zaman sekolah kejap Selangor kejap KL. Pernah le masuk stadium sokong dua2 team ni. Pastu bila tahu ada Melaka United baru perasan ic lahir 04. Kita sokong Melaka pula. 

Sekarang? Abam masih setia sokong team yang ramai orang tak suka. Mencester U.

Jemuh nahan kutukan, pedih2 telinga kekadang bila ilang sabau keluar kutukan yang mungkin kecilkan hati kawan2. Abam minta maaf la ye...

Sapa suruh kau kutuk abam lebih2. Sikit2 sudah.

Apapun Goodluck JDT.. Goodluck KL CITY. Siapa pun menang abam tetap happy.

Coretan Piala Malaysia 2021

Thursday, August 12, 2021

CABARAN MAHASISWA DAN PERSEDIAAN GRADUAN ERA DIGITAL

CABARAN MAHASISWA DAN PERSEDIAAN GRADUAN ERA DIGITAL

Era digital membawa bersama cabaran yang tidak pernah dihadapi oleh era lain sebelumnya.

Kepantasan penyampaian maklumat dan kemudahan melaksanakan pelbagai aspek kehidupan secara atas talian telah menghadirkan pelbagai cabaran dan peluang kepada tamadun manusia ketika ini.

Walaupun komputer mula digunakan sejak tahun 1940-an, dengan sistem komputer ENIAC di University Pennsylvania, Amerika Syarikat, namun impaknya kepada masyarakat belum dirasai sehinggalah peningkatan populariti komputer peribadi sekitar 1970-an.

Internet juga dicipta pada 1980-an dengan hasil penyelidikan ketenteraan mengenai rangkaian komputer, namun impaknya kepada kehidupan seharian manusia hanya benar-benar dirasai di awal kurun ke-21.

Perkembangan ini antara lainnya dibantu dengan kemunculan telefon pintar dan kemajuan teknologi komunikasi yang membolehkan hampir segenap urusan aspek kehidupan kita dijadikan lebih pantas dan mudah.

Apa sahaja boleh didapati dan diuruskan di telapak tangan masing-masing, pada bila-bila masa.

Adakah revolusi komunikasi yang memberikan kesan kepada cara manusia berhubung ini sesuatu yang bermanfaat atau memudaratkan terutamanya kepada golongan pelajar dan mahasiswa?

Apakah yang boleh dilakukan oleh mahasiswa untuk mempersiapkan dirinya menghadapi era digital ini?

Apakah benar masa depan mereka lebih muram, terutamanya apabila ditambah dengan malapetaka pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia?

Cabaran untuk generasi milenial ini tidak boleh dipandang ringan dan pada masa yang sama, terdapat banyak lagi ruang untuk mahasiswa terokai bagi mempersiapkan mereka untuk masa hadapan yang penuh dengan ketidaktentuan.

Peluang untuk berinteraksi dan belajar secara langsung dengan pelbagai lapisan pengguna internet, dari saintis peringkat dunia, sehinggalah rakan sebaya dari negara yang beribu batu jauhnya, semuanya dapat dilakukan.

Perkongsian idea dan perbincangan dapat dilakukan dalam masa sebenar (real-time), tanpa mengira sempadan geopolitik dan kekangan masa.

Walaupun demikian, mahasiswa diingatkan untuk tidak terlalu terburu-buru dalam mengejar cita-cita dan kemahuan, dek kepantasan sistem komunikasi ini.

Mahasiswa perlu mengasah dan menggilap sahsiah diri melalui interaktif yang positif, selain tidak lupa memenuhi tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa.

Media sosial, yang diakui menjadi sebahagian daripada kehidupan mahasiswa seharusnya digunakan sebagai medium yang membantu pembangunan diri dan bukannya tempat untuk melarikan diri daripada tanggungjawab serta realiti kehidupan.

Persekitaran ekosistem pembelajaran mahasiswa di era digital ini diakui lebih berat berbanding sebelumnya, terutamanya dengan penggunaan online learning yang meluas disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Mahasiswa, tidak dapat tidak, perlu tangkas menerima perubahan, dan melatih diri untuk menjadi kuat dengan tekanan dan cabaran bentuk baharu di era digital ini.

Mahasiswa perlu mempunyai visi dan cita-cita yang jelas mengenai kejayaan yang diingini dan tidak akan mudah terganggu dengan pelbagai tarikan yang ditawarkan oleh aplikasi di peranti masing-masing.

Visi ini juga akan menjadikan mahasiswa itu lebih berdisplin dengan masa dan tidak menghabiskannya untuk perkara yang tidak mendokong penghasilan cita-citanya.

Mereka perlu pandai melatih diri untuk faham mengenai keperluan dan berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang dilakukan, jika ingin mendapatkan sesuatu. Bak kata perpatah, yang bulat tidak akan datang bergolek, dan yang pipih takkan datang melayang.

Graduan seharusnya tangkas mencipta dan mengambil peluang sedia ada, termasuklah yang disediakan kerajaan. 

Walaupun mungkin agak tertekan dengan keperluan untuk melengkapkan diri mengharungi dunia pekerjaan, graduan seharusnya perlu mengambil peluang terhadap insentif peningkatan kebolehpasaran, seperti Program Kemajuan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (Penjana KPT-CAP).

Usaha yang dijalankan adalah bertujuan untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dan kaya dengan kemahiran yang diperlukan dan mengurangkan peratusan pengangguran.

Majikan kini tidak lagi memandang kecemerlangan akademik semata-mata dalam membuat pemilihan, tetapi juga melihat kepada nilai tambah yang ada pada diri graduan dari segi pengetahuan dan kemahiran tertentu.

Graduan perlu terus komited dalam melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran digital, selari kehendak industri era digital dan Revolusi Industri 4.0.

Majikan yang memiliki pekerja mahir dalam bidang digital sudah tentu mempunyai kelebihan dalam meneruskan kelangsungan perniagaan terutama ketika pandemik.

Ketika banyak syarikat gulung tikar kerana tiada permintaan ke atas barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan, perubahan besar yang dilaksanakan ke atas kaedah dan mekanisme pengurusan serta pemasaran berlandaskan digital mampu menjana pendapatan yang baik dan berterusan.

Jelas kini selain kemahiran berkomunikasi,kemahiran digital adalah merupakan satu bentuk kemahiran insaniah yang perlu ada di dalam resume setiap graduan.

Tidak lagi menjadi kejanggalan andai iklan pekerjaan pada masa kini menuntut kemahiran digital sebagai elemen nombor satu yang wajib ada pada setiap calon.

Antara kemahiran digital yang dicadangkan termasuklah pemasaran digital, pengaturcaraan, copywriting, pembangunan perisian dan perundingan pemasaran digital. 

Graduan yang memiliki kemahiran ini bukan sahaja mempunyai kelebihan dalam mendapatkan pekerjaan, malah ada antara mereka yang mampu menjana pendapatan yang lumayan dengan menubuhkan syarikat yang bersifat global dan kekal bersaing dalam industri.

Graduan yang dilengkapi dengan kemahiran digital dilihat berbeza dengan mereka yang tidak diberi pendedahan.

Pandangan mereka tentunya lebih luas dan dilihat lebih cenderung untuk menbangunkan syarikat sendiri daripada bekerja dengan orang lain.

Mereka ini dilihat akan mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain dan sedikit sebanyak bakal menyelesaikan masalah pengangguran yang melanda negara.


Wednesday, August 4, 2021

Aturan Hidup

Saya salinankan aturan hidup harian Dr Hj Abdul Karim Amrullah yang dipetik dari buku AYAHKU tulisan HAMKA.

Semoga jadi aturan untuk saya dan mereka yang lain.

Sebelum fajar menyingsing, beliau sudah pergi ke surau, sesudah beliau melakukan tahajud di Khutub Khanahnya. 

Setelah selesai sembahyang Subuh, tatkala penduduk kampung pergi ke tempat pekerjaan, beliau kembali ke Khutub Khanahnya mengarang, menelaah, berzikir dan membaca Al-Quran. Mulutnya sentiasa terkumat-kamit, kerana setiap hari mrngkhatam Al-Quran.

Kalau waktu Zuhur telah dekat, barulah beliau keluar dari Kutub Khanahnya, pergi ke muka suraunya menimbang cahaya matahari dengan benang untuk mengakurkan jam. Setelah tergelincir, beliau isyaratkan kepada seorang pemuda yang berdiri dengan tabuh, supaya memukul tabuh menyatakan Zuhur sudah masuk.

Selesai sembahyang Zuhur, beliau makan di rumah salah seorang dari dua isterinya. Kemudian beliau tidur sebelum Asar masuk.

Selesai solat Asar, orang pun berkumpul kembali. Disuruhnya salah seorang pemuda membaca buku-buku yang ringan, karangan-karangan baru atau majalah-majalah satu jam lamanya.

Selesai solat Maghrib, tidaklah putusnya beliau mengerjakan wiridnya sampai Isyak masuk.

Selepas sembahyang Isyak dikerjakannya solat rawatib yang ringan dan beliau pulang dan tidur. Sebab pukul 3 pagi hendak bangun lagi.

Itulah yang membuat orang kerap kali takjub melihat cara hidup beliau. Semuanya diatur dengan tepat.

AYAHKU
HAMKA

Tuesday, July 27, 2021

Cabaran Mahasiswa Dan Persediaan Graduan Era Digital

https://gpsbestari.sinarharian.com.my/komuniti/cabaran-mahasiswa-dan-persediaan-graduan-era-digital/

Saturday, July 17, 2021

Review Movie - The Bucket List

Watching The Bucket List

Cerita dua orang lama yang berkenalan semasa mendapatkan rawatan kanser di sebuah hospital milik salah seorang dari mereka.

Jelas seorang darinya memang sangat kaya dan seorang lagi seorang mekanik kereta. Menjadi sangat rapat atas sakit yang dihidapi dan dikhabarkan mereka hanya punya 6 bulan untuk hidup atau setahun jika bernasib baik.

Setelah menolak rawatan yang masih diujikaji dan tidak kepastian keberkesanannya, mereka memilih untuk mencapai impian yang telah ditulis dan disenaraikan secara bersama.

Maka bermulalah perjalanan pendek yang panjang bagi mereka.

Antara yang mereka lakukan bersama...

Terjun bebas
Memandu Shelby dilitar lumba
Berburu di Afrika
Piramid Mesir
Taj Mahal
Cubaan ke gunung yang tinggi
Makan aiskrim di Hong Kong
Gelak sehingga menangis

Yang semuanya mereka lakukan bersama. Namun ada beberapa di dalam senarai yang masih belum tercapai.

Mekanik meninggal dunia dan meninggalkan si kaya untuk menyelesaikan impian yang belum tercapai seorang diri.

Demi rakan yang baru dikenali, beliau berusaha menunaikan permintaan rakannya melengkapkan senarai yang telah tertulis.

Cari kebahagian dalam dalam kehidupan dan dalam cerita ini si kaya mencari kebahagian dengan bertemu kembali dengan anak yang terpisah kerana perbalahan keluarga.
Dan dalam pada yang sama beliau memenuhi satu hajat di dalam senarai itu dengan menciumi perempuan paling cantik di dunia iaitu cucu perempuan si kaya yang pertama kali dia jumpa.

Antara hajat yang disenaraikan adalah membantu orang yang tidak dikenali demi kebaikan. Mereka yang merupakan orang asing  antara satu telah melalui 3 bulan yang terbaik dalam kehidupan mereka.

Si kaya pula meninggal tidak lama selepas itu. Jasadnya dibakar diletakkan dalam tin kopi dan dibawa ke puncak gunung bersalji. Dia disemadikan di sebelah rakan baiknya si mekanik yang juga abu jasadnya diletakkan dalam tin yang serupa.

Maka tercapailah hasrat hajat mereka yang paling atas di dalam senarai iaitu melihat permandangan yang agong.

Tercapai semua hajat dan impian yang tertulis di dalam senarai tersebut. Mata tertutup dan hatinya terbuka.

Lakonan:

Morgan Freeman - Si Mekanik
Jack Nicholson - Si Kaya

#suka2tulismrkolesterol
#kitakongsiceritamrkolesterol

Tuesday, June 22, 2021

Pengurusan Kewangan Peribadi (3)

Cikgu lepas suntik vaksin dilanda sakit kepala dua hari. Petang ni baru lega sedikit.

So kita sambung BELAJAR.

Pengurusan Kewangan Peribadi
Topik 1

Faedah Merancang Pengurusan

1. Kawalan kewangan yang lebih teratur dan baik.
2. Hubungan lebih baik dengan insan sekeliling. 
3. Bebas dari kebimbangan berkaitan kewangan.
4. Pengurusan kewangan yang berkesan dari segi perolehan, penggunaan dan perlindungan sumber kewangan.

Bila kita berjaya merancang sekurang-kurangnya kita sudah ada pedoman dan panduan. Mana yang boleh, mana yang tidak boleh kita sudah jelas dan nyata.

Kurang sedikit dalam melakukan kesilapan dalam kewangan terutama pembaziran kepada pembelian yang bukan keperluan.

Urus kewangan dengan baik bermakna kita selangkah lebih sihat dari stress. Kurang rasa bimbang tidak cukup duit setiap bulan. Hidup lebih tenang dan selesa dengan kemampuan sedia ada kita.

Pesan saya, beli cermin besar-besar supaya mudah ukur baju sesuai atau tidak bila hendak berbelanja.

Bila semua siap teratur, kehidupan kita pasti bahagia. Kurang konflik rumahtangga, sejahtera dengan adik beradik, cukup kelengkapan anak-anak dan siap menyantuni ibu dan ayah.

Alhamdulillah.

Azizul Azrin Mahmor
Pengajar Modul
Pengurusan Kewangan Peribadi

#kitakongsi
#suka2tulis

Sunday, June 20, 2021

Pengurusan Kewangan Peribadi (2)

JOM BELAJAR

Pengurusan Kewangan Peribadi
Topik 1

LIMA Langkah Asas Pengurusan Kewangan Anda -->

1. Menilai kedudukan kewangan anda sekarang.
2. Menetapkan MATLAMAT kewangan anda.
3. Menyediakan rancangan tindakan.
4. Melaksanakan perancangan no.3.
5. Mengkaji progress yang sedang berjalan, membuat penilaian semula (jika perlu) dan semak semula peracangan anda.

Benda boleh borak kenapa nak simpan-simpan kan. Walaupun ramai yang tahu betapa penting sebuah perancangan namun masih ramai yang gagal dalam merancang. 

Ada orang BIJAK-BIJAK kata, GAGAL MERANCANG adalah  merancang untuk GAGAL. 

Bagi yang belum memulakan apa-apa, masih belum terlambat untuk mengambil langkah pertama. Biar lambat asal BUAT. 

Azizul Azrin Mahmor
Pensyarah Modul 
Pengurusan Kewangan Peribadi

#kitakongsi
#suka-sukatulis

Pengurusan Kewangan Peribadi (1)

JOM BELAJAR

Pengurusan Kewangan Peribadi
Topik 1

LIMA Langkah Asas Pengurusan Kewangan Anda -->

1. Menilai kedudukan kewangan anda sekarang.
2. Menetapkan MATLAMAT kewangan anda.
3. Menyediakan rancangan tindakan.
4. Melaksanakan perancangan no.3.
5. Mengkaji progress yang sedang berjalan, membuat penilaian semula (jika perlu) dan semak semula peracangan anda.

Benda boleh borak kenapa nak simpan-simpan kan. Walaupun ramai yang tahu betapa penting sebuah perancangan namun masih ramai yang gagal dalam merancang. 

Ada orang BIJAK-BIJAK kata, GAGAL MERANCANG adalah  merancang untuk GAGAL. 

Bagi yang belum memulakan apa-apa, masih belum terlambat untuk mengambil langkah pertama. Biar lambat asal BUAT. 

Azizul Azrin Mahmor
Pensyarah Modul 
Pengurusan Kewangan Peribadi

#kitakongsi
#suka-sukatulis

Tuesday, June 8, 2021

Raya 2019

Viral pasal duit raya.. Nilai cukup mencukupi? Bukan syarat sah wajib berhari raya pun kan.

Teringat zaman kecik-kecik dahulu...

Kalau nak berjalan raya mesti cari geng dalam 5 hingga 7 orang baru ngam..

Dan trend berjalan, redah semua rumah tak kira kenal atau tidak. Kalau datang hari kekuatan berlipat ganda melanda sampai kampung dan taman sebelah pun kami jalan beraya.

Plan awal2 dengan semua geng, jangan makan banyak2. Minum air sedikit dan satu kuih je setiap rumah. Supaya tangki simpanan mampu bertahan lama dan masa yang diambil untuk setiap rumah juga dapat dikawal. Nampak tak, kecik2 dah pandai urus masa dan perancangan.

Dan tak semua rumah ada habuan duit raya. Ada rezeki baik, ada la duit kertas. Memang senyum lebar dan aim rumah itu untuk diviralkan kepada team lain supaya hadir segera. Ada kala pula dapat duit syiling. Masa kecik2 ni dapat 50sen pun dah bahagia.

Kalau yang perempuan siap bawa uncang syiling tetapi geng lelaki kami penuh kan dalam poket baju melayu. Kalau berjalan dalam rumah  beraya, kena jalan perlahan2 supaya tuan rumah tak dengar duit syiling berlaga. Nanti akan keluar statement "Hah dah banyak dah tu duit raya, takyah la pakcik bagi lagi"....

Paling best kalau pergi beraya ke tokey kedai runcit, sebab kami akan diberi pilihan samada mahu duit raya atau ambil air oren dalam peti ais di kedainya. Confirm la pilih peti ais.

Ada juga rumah yang ada pintu tol. Belum sempat masuk dah di tanya, "Ni nak beraya atau nak duit raya je" Sopan kami menjawab, kami nak beraya pakcik. Terus dijemput masuk. Kecik2 lagi kami dah pandai coverline. Nampak tak....

Kalau pergi taman rumah besar2 kena tgk tiang rumah betul2. Kalau silap tengok ada penunggu menyalak kuat. Hehehe salah rumah daaa. Rumah uncle cina.

Kalau orang sekarang tak suka pergi beraya sebab akan ditanya soalan pasal BILA KAU NAK KAHWIN, BILA NAK KAU NI NAK DAPAT ANAK, KAU NI TAK TAMBAH2 KE ANAK TU...

Kami kecik2 dulu pun sama. STRESS bila ditanya. KAU NI DAH SUNAT KE BELUM?

Penah juga buat perangai repeat rumah yang sama semata2 dapat duit kertas hehehe dengan sedikit teknik penyamaran. Raya pertama baju melayu pakai songkok, raya ketiga datang lagi pakai baju moden rambut sikit tepi nampak suci. Aku tahu pakcik makcik tu perasan tetapi dia layankan je kami.

Dah puas berjalan seharian, kami akan pilih salah satu rumah antara kami untuk jadi port kira hasil kutipan. Masing2 kena declare ke LHDN la macam tu la konon2nya. Tak boleh sorok hasil kutipan, kena maklum semua ahli. Sapa yang terbanyak kira dia la paling hensem. Tu je pun.

Isu budak sekarang buka sampul raya depan2 tuan rumah, dapat sikit siap buat muka. Kami dulu takyah buka, sebab syiling diberi tanpa sampul pun. Lebih tulus, ikhlas tanpa selindung. Sikit pun tak tarik muka, senyum dan tak lupa ucapkan terima kasih.

Mak ayah selalu pesan dulu, kalau pergi rumah orang susah, jangan minta macam2. Makan apa dihidang sahaja. Jangan demand air oren bagai. Niat beraya tu nak ziarah.

Seronok lan raya dulu2.

Sekian.

Azizul Azrin Haji Mahmor
Suka2 Tulis.

Sunday, March 21, 2021

Kisah Tak Nak Duduk Asrama 2

Kisah Tak Nak Duduk Hostel 2

Kita selalu fikirkan yang terbaik buat anak2 didik kita. Namun, yang baik2 bagi kita belum tentu jadi yang baik buat mereka.

Ini salah satu alasan bertulis yang diterima oleh kami yang mengurus.

"Anak saya pernah diganggu entiti luar semasa duduk di asrama. Perawat telah menasihatkan untuk anak saya tidak duduk di asrama supaya kejadian diganggu tidak berulang"

Selidik punya selidik, yang tulis surat ini si kekasih yang kononnya serabut dipaksa di gf yang mendesak dan terdesak tidak mahu duduk asrama.

Belum NIKAH dah takut.. Duk dengar cakap. Ini lelaki tak boleh guna statement yang sedang VIRAL SEKARANG.

KITA BELI BERAS.....

Okay bye.

Kisah Tak Nak Duduk Asrama 1

Kisah Tak Nak Duduk Asrama 

Ada yang ngaku close contact covid19. Konon mak dia sudah diarah kuarantin di rumah sebab ada cikgu yang satu sekolah sudah positif.

Siap takut2kan Penyelia Asrama lagi... 'Puan tak takut ke kalau saya bawa jangkitan ke asrama, puan nak bertanggungjawab ke?'

Takpe2...

Kita call mak dia. Seorang guru yang sedang bertugas. Selepas memperkenalkan diri perbualan seperti di bawah berlaku. 

Salam Cikgu, cikgu ada dimana?

Saya di sekolah tuan. Ujar si emak.

Oh anak cikgu beritahu cikgu kena kuarantin sebab close contact kes Covid19, kenapa ke sekolah bahaya untuk orang lain. Itu sebab anak cikgu tak mahu masuk asrama dan nak kuarantin di rumah sewa.

Eh tidak tuan, memang ada kes di sini cuna saya kira kategori 4 tidak dikuarantin dan masih perlu hadir bertugas.

Okay Kantoi cerita satu. Tergamak kata mak nya kuarantin. Macam mendoakan pula. Minta jauh ahli keluarga kita dari sebarang penyakit.

Macam2 hal anak2 muda zaman sekarang.

Thursday, March 4, 2021

Kisah 4 Pelajar Baru Mendaftar

Kisah 4

Encik, boleh tak kalau saya nak tinggalkan anak saya ni dalam 5 - 6 tahun di sini? Tanya si ayah dengan nada serius.

Eh Encik diploma kami cuma 3 tahun sahaja. InsyaAllah anak encik akan tamat mengikut perancangan yang telah disusun. Tak perlu sampai 6 tahun. Jawab saya walaupun sedikit hairan adakah si ayah tidak percaya tentang keupayaan si anak.

Oh ye ke cik. Bukan apa, saya tak larat bela dia kat rumah, makin gemok asyik makan je tak berhenti. Tambah si bapa sambil si ibu gelak besar.

Adoi la pakcik, bergurau pula. Ingatkan betul2 tadi. Geleng kepala saya. Pakcik mungkin tak tahu, masakan Negeri Sembilan ni sedap ya amat, enaknya memang tak boleh bawa bincang.

Tengok je saya sebagai contoh. Baru 4 tahun kerja di Negeri Sembilan dah membulat. Mantop.

Tak terbayang kalau betul2 anak pakcik ni duduk sini 6 tahun. Takut obersiti di universiti.

HEP PNS 2021

Kisah 3 Pelajar Baru Mendaftar

Kisah 3

Walkie Talkie - Salam Team Jati untuk makluman ada seorang pelajar lelaki menaiki GRAB dan sekarang berada di kaunter pendaftaran HEP. Mohon bantuan runner datang dan pickup pelajar ini untuk dibawa ke asrama Blok Jati.

Runner - Okay roger. On the way.

Di Blok Jati.
Awak yang naik GRAB tadi ye? Datang dari mana? Tanya saya.

Ye encik. Saya naik GRAB dari Kuala Lumpur. Pagi tadi baru sampai dari Alor Setar Kedah. Jawab pelajar lelaki siap kemas bertali leher.

Bagus budak ini, datang seorang diri tanpa ditemani keluarga. Naik kenderaan awam lagi. Memang independent sungguh.

Budak jenis ini, letak mana pun memang boleh hidup. Semoga Allah permudahkan urusan mu dan semoga berjaya dalam pelajaran. Selamat datang ke PNS dan selamat bergelar pelajar PNS.

Teringat dulu2, gi lapor diri masuk diploma naik bas sorang2. Itu tahun 1994 nasib dekat di Bangunan MARA Kuala Lumpur.

HEP PNS 2021

Kisah 2 Pelajar Baru Mendaftar

Kisah 2

Assalamualaikum, selamat datang ke PNS encik. Ucap saya kepada si ayah kepada pelajar lelaki.

Boleh saya bertanya. Ujar si ayah.

Silakan encik.

Di sini boleh sembahyang jemaah? Tanya si ayah.

Oh.. InsyaAllah di sini solat jumaat pun kita dirikan dalam institusi kami. Pusat islam kami diberi kebenaran untuk laksana solat jumaat.

Alhamdulillah.. Lama dah tak berpeluang solat jumaat di tempat kami. Keluh si ayah.

Oh.. Encik dari mana? Tanya saya.

Saya dari Kelang.

Baru saya sedar ramai yang merindui solat berjemaah dan solat jumaat.

HEP PNS 2021

Kisah 1 Pelajar Baru Mendaftar

Kisah 1

Encik dari mana? Tanya ku
Saya dari Hulu Klang, betul-betul belakang Zoo Negara. Jawab si ayah.

Oh Kemensah...

Ye betul encik. Rumah saya memang dalam hutan. Saya nak tanya lah, di sini ada hantu tak?

Dimana2 pun ada kan. Jawab saya ikhlas sebab saya sendiri tidak pasti.

Oh takpe, anak saya ni memang bawa sekali saka dia. Hahahaha

Saya pula jadi kompius. Seronok berbual dengan si ayah yang tampak gembira menghantar anak ke IPT kami.

Sebelum bergerak pulang sempat si ayah berpesan pada para petugas pelajar... Ingat ye, rajin-rajin belajar, bertugas elok2 dan satu lagi, jangan kencing malam.

Okay yang last saya tak boleh brain. Sambil melihat pakcik tu tersengih meninggalkan kami.

Kuat gurau acik ni la.... 

HEP PNS 2021

Saturday, February 13, 2021

Geng Gout Sila BACA

Geng2 GOUT sila baca..

1. Cubalah kawal pemakanan. Hadkan ambil protein dari sumber haiwan yg boleh tingkatkan paras asid urik.

Say no to organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, jantung, daging angsa, ikan bilis, sardin, ikan kembung dan hidupan laut bercengkerang.

Ambil protein dari tumbuhan seperti kacang dan kekacang. 

2. Kawal berat badan. Gemuk boleh jejas keupayaan badan untuk singkir asid urik. Mulakan bersenam. Masih belum terlambat untuk mulakan langkah pertama.

3. Jauhi minuman beralkohol. Haram pun bak hang. Usah le diusik.

4. Minum air putih at least 2liter sehari. Asid urik akan keluar ikut perkumuhan.

5. Yang jenis suka susu, pilihlah yang rendah lemak atau yang lebih baik yang bebas lemak.

6. Banyakkan karbo kompleks seperti bijirin, sayur dan buah. Kurangkan karbo yang diproses seperti roti putih dan kek.

7. Jimatkan gula dalam makanan. Jangan maniskan makanan dan minuman. Maniskan senyuman sudah cukup buat anda bahagia dengan kesihatan. Ingat GULA dan GEMUK itu sahabat karib. Pisahkan, anda mampu mengubahnya. Macam iklan pula.

Okay done TULIS SEMULA.
Sharing is caring.
Tulis walaupun sedikit janji manfaat buat pembaca.

Kredit: Metro Ahad 14 Feb 2021

By me - AZRIN MAHMOR

Wednesday, January 13, 2021

PERINGATAN

Sharing dari grup wasap...peringatan utk diri...

Fudhail bin Iyadh (seorang ulama besar) berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 45, 55, 60, 70 tahun, Maka nasihat Fudhail kepadanya : Berarti  kamu sekarang  berjalan menuju kepada Tuhanmu dan hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus...!

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 45, 55, 60, 70 tahun:

1. JANGAN banyak BERGURAU dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat

2. JANGAN berlebih-lebihan, BERHIAS,  BERSOLEK, dan BERPAKAIAN

3. JANGANLAH BERLEBIH-LEBIHAN makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal soleh

4. JANGAN  BERKAWAN dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal kepada kita

5. JANGAN banyak berjalan dan MELANCONG ke sana sini tanpa MANFAATNYA yang dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat

6. JANGAN gelisah, berkeluh kesah, dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur

7. PERBANYAK doa mengharap keredhaan ALLAH agar husnul Khatimah (mati dalam kesudahan yang baik) dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah (mati yang tak baik)

8. TAMBAHKAN ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya

9. Siapkan/tuliskan WASIAT yang berguna untuk kaum kerabatmu

10. Kerap menjalin SILATURAHIM dan mendekatkan hubungan yang telah renggang  sebelumnya

11. MINTA MAAF dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi

12. TINGKATKAN amal SOLEH terutama amal yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati

13. MAAFkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu

14. Bereskan segala HUTANG yang ada dan jangan buat HUTANG BARU walaupun untuk menolong orang lain

15. Berhentilah dari melakukan semua MAKSIAT!!!

16. MATA, berhentilah memandang yg tidak halal bagimu

17. TANGAN, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu

18. MULUT, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari GHIBAH (mengumpat ), FITNAH, dan berhentilah menyakiti hati orang lain

19. TELINGA, berhentilah mendengar hal-hal haram dan tak bermanfaat

20. Berbaik sangka lah kepada ALLAH atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa

21. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat dan setiap waktu

22. Banyakkan bersedekah dan sucikan harta dengan mengeluarkan zakat

Semoga bermanfaat bagi kita semua dan ALLAH lindungi kita dari segala musibah. Aaminn.

Bersabarlah kepada mereka yang sedang di uji dengan kesusahan, kesedihan, kesakitan, kelaparan. 

Ya ALLAH.. Angkatlah segala ujian dan musibah ini.
#peringatanuntukdirisendirijg

Ceramah 6/8/2024

 Unsur manusia 1. Jasad - makan baik2. Minum yang halal.  2. Roh - solat 5 waktu 3. Akal - didik akal dengan ilmu manfaat  4. Hati - bahagia...