Semoga jadi aturan untuk saya dan mereka yang lain.
Sebelum fajar menyingsing, beliau sudah pergi ke surau, sesudah beliau melakukan tahajud di Khutub Khanahnya.
Setelah selesai sembahyang Subuh, tatkala penduduk kampung pergi ke tempat pekerjaan, beliau kembali ke Khutub Khanahnya mengarang, menelaah, berzikir dan membaca Al-Quran. Mulutnya sentiasa terkumat-kamit, kerana setiap hari mrngkhatam Al-Quran.
Kalau waktu Zuhur telah dekat, barulah beliau keluar dari Kutub Khanahnya, pergi ke muka suraunya menimbang cahaya matahari dengan benang untuk mengakurkan jam. Setelah tergelincir, beliau isyaratkan kepada seorang pemuda yang berdiri dengan tabuh, supaya memukul tabuh menyatakan Zuhur sudah masuk.
Selesai sembahyang Zuhur, beliau makan di rumah salah seorang dari dua isterinya. Kemudian beliau tidur sebelum Asar masuk.
Selesai solat Asar, orang pun berkumpul kembali. Disuruhnya salah seorang pemuda membaca buku-buku yang ringan, karangan-karangan baru atau majalah-majalah satu jam lamanya.
Selesai solat Maghrib, tidaklah putusnya beliau mengerjakan wiridnya sampai Isyak masuk.
Selepas sembahyang Isyak dikerjakannya solat rawatib yang ringan dan beliau pulang dan tidur. Sebab pukul 3 pagi hendak bangun lagi.
Itulah yang membuat orang kerap kali takjub melihat cara hidup beliau. Semuanya diatur dengan tepat.
AYAHKU
HAMKA
No comments:
Post a Comment