Tuesday, October 27, 2020

HDL vs LDL

 

Apa beza HDL dan LDL?

HDL

HDL dianggap sebagai kolesterol baik kerana ia berfungsi mengangkut kolesterol ke dalam organ hati. Ia kemudiannya di buang ke dalam kantung hempedu, sehingga tubuh bersih dari kelebihan kolesterol. Kolesterol jenis ini mencegah penumpukan plak, melindungi arteri dan mencegah badan kita daripada penyakit kardivaskular.

Memetik kajian Harvard.edu, kadar HDL normal adalah lebih tinggi dari 55 mg/dL untuk wanita dan 45 mg/dL untuk lelaki. Semakin tinggi angka kolesterol HDL maka semakin rendah risiko anda terkena penyakit jantung, penyakit pembuluh darah dan juga strok.

LDL

LDL pula dikenali sebagai kolesterol jahat kerana peranannya mengangkut kolesterol dari organ hati ke sel-sel yang memerlukan. LDL mengandungi lebih banyak lemak daripada HDL. Jadi semakin banyak jumlah LDL ia boleh mengganggu kesihatan badan. Antara sebabnya adalah kerana LDL menempel di dinding arteri sehingga membentuk plak.

Penumpukan plak ini kemudian menjejaskan aliran darah dan oksigen ke organ utama badan. Lalu ia menyebabkan berlakunya kekurangan oksigen pada organ atau arteri. Ini sekaligus menjadi punca penyakit buah pinggang atau penyakit arteri perifer, serangan jantung atau strok.

Semkain rendah angka LDL semakin baik. Kadar yang baik dalam darah adalah kurang daripada 130 mg/dL jikaanda tidak mengidap penyakit aterosklerotik atau diabetes.

Penyebab LDL Tinggi

Penyebab kolesterol jahat atau LDL tinggi adalah:

·        Diet tinggi lemak

·        Obesiti

·        Kurang melakukan senaman atau bergerak

·        Faktor genetic

·        Ketagihan alcohol

·        Merokok

·        Kencing manis

Sumber makanan HDL

·        Ikan salmon, tuna, mackerel dan cod (Omega-3)

·        Minyak zaiton, bunga matahari

·        Kacang walnut, gajus dan pistachio

·        Sayur-sayuran dan buah-buahan

Sumbar makanan LDL

·        Kek, marjerin dan krimmer

·        Kulit atau lemak haiwan, santan

·        Kuning telur yang diambil berlebihan

·        Minuman 3 dalam 1

·        Makanan proses seperto sosej, nugget, bebola ikan, kek ikan

·        Minyak yang diulang pakai

·        Makanan laut dan organ dalaman haiwan

·        Snek ringan (jajan)

Ceramah 6/8/2024

 Unsur manusia 1. Jasad - makan baik2. Minum yang halal.  2. Roh - solat 5 waktu 3. Akal - didik akal dengan ilmu manfaat  4. Hati - bahagia...