Tengok orang berniaga, kita pun nak berniaga tapi apa benda yang nak diniagakan pun tak tahu. Tengok ini viral, kita pun cakap macam menarik, boleh dicuba ni. Toleh situ pula eh menarik beratur manusia membeli, boleh tiru ni.
Tapi bila banyak sangat memikir pasal berapa untung, apa jadi kalau rugi, kalau tak habis nanti lagu mana. Maka selalunya ia seperti angin lalu.
Hehehehe
Ini cakap pasal diri sendiri ye. Bukan orang lain yang berdekatan mahupun yang jauh.
Teringat zaman kanak-kanak dahulu kala. Masuk sahaja Ramadhan sudah siap-siap cari modal nak berjual. Selalu mak lah jadi kantung modal awal jual beli.
Dua benda selalu jadi barang dagangan. Ada permintaan yang baik dikalangan rakan kelas. Kad Raya dan Mercun.
Jual kad raya. Cari yang comel murah, ambil untung pun seposen sekeping. Yang laku selalu yang gambar kartun dan selalu galakkan rakan-rakan guna PANTUN.
"PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS"
Maka akan bertambah seorang lagi customer dek kerana nak membalas. Cerdik abam masa kecik-kecik.
Jual mercun menarik, cuma tak boleh diniagakan terang-terang di sekolah. Masak kena pembaris panjang dengan cikgu. Barang dagangan pula dirampas seluruhnya. Tak pasal bankrupt.
Maka ambil order, serahan dibuat depan pagar selepas habis sekolah. Abam pengawas maka, terselindung sedikit perbuatan abam. Tapi skala kecil la. Bukan tokan besar. Lepas la nak beraya.
Gitu....