Tuesday, August 6, 2024

Ceramah 6/8/2024

 Unsur manusia


1. Jasad - makan baik2. Minum yang halal. 

2. Roh - solat 5 waktu

3. Akal - didik akal dengan ilmu manfaat 

4. Hati - bahagia kan hati dengan zikir

5. Nafsu - kawal lah dengan iman dan taqwa



3 agenda Utama Al Quran


1. Tauhid - kenal tuhan

2. Sunnah - the way of life

3. Kiamat - 1/4 sebut pasal kiamat



Tuesday, March 26, 2024

N I A G A

 Tengok orang berniaga, kita pun nak berniaga tapi apa benda yang nak diniagakan pun tak tahu. Tengok ini viral, kita pun cakap macam menarik, boleh dicuba ni. Toleh situ pula eh menarik beratur manusia membeli, boleh tiru ni.


Tapi bila banyak sangat memikir pasal berapa untung, apa jadi kalau rugi, kalau tak habis nanti lagu mana. Maka selalunya ia seperti angin lalu.


Hehehehe


Ini cakap pasal diri sendiri ye. Bukan orang lain yang berdekatan mahupun yang jauh.


Teringat zaman kanak-kanak dahulu kala. Masuk sahaja Ramadhan sudah siap-siap cari modal nak berjual. Selalu mak lah jadi kantung modal awal jual beli.


Dua benda selalu jadi barang dagangan. Ada permintaan yang baik dikalangan rakan kelas. Kad Raya dan Mercun. 


Jual kad raya. Cari yang comel murah, ambil untung pun seposen sekeping. Yang laku selalu yang gambar kartun dan selalu galakkan rakan-rakan guna PANTUN. 


"PECAH KACA PECAH GELAS, SUDAH BACA HARAP BALAS"


Maka akan bertambah seorang lagi customer dek kerana nak membalas. Cerdik abam masa kecik-kecik.


Jual mercun menarik, cuma tak boleh diniagakan terang-terang di sekolah. Masak kena pembaris panjang dengan cikgu. Barang dagangan pula dirampas seluruhnya. Tak pasal bankrupt.


Maka ambil order, serahan dibuat depan pagar selepas habis sekolah. Abam pengawas maka, terselindung sedikit perbuatan abam. Tapi skala kecil la. Bukan tokan besar. Lepas la nak beraya.


Gitu....

Saturday, February 3, 2024

B E R S A R A

 Nanti bersara apa je aktiviti harian?


Entahlah tak fikir lagi. Jadi driver mem pastu cari geng sarapan. Kot la korang masih nak minum dengan aku ni.


Taknak cucuk tanam ke?


Ada niat cuma aku nak cari orang, upah orang buat. Aku datang sekali sekala tengok2 macam mandor. Janji ada aktiviti.


Pastu jadi geng masjid la ye?


Eh ini jangan tunggu bersara baru nak pergi masjid. Ini ramai silap. Kena mula dari sekarang dan patut mula dari dulu lama dah. Bukan bersara baru nak kawan dengan tangga masjid.


Okay DEEP.


Sunday, January 14, 2024

U S I A

 Aduhai sakit kaki berdenyut2 rasa dipijak pasukan lawan. Biasa le tu main bola kan. Ada hari makan ada hari pula kena makan. Adil kan tu.


Habis game, kita pun lepak le layan air sambil teman abam2 yang lapar menjamu selera. Sambil mengunyah banyak la juga perkara yang dibualkan dan hampir kesemua berkisar tentang kehidupan.


Mula borak pasal kolesterol. Bila ditanya hampir semua ada masalah yang sama tanpa mengira saiz gemuk kurus. Ada yang dah mula makan ubat, ada yang sedang dalam pemantauan 3 bulan dan ada juga yang cari alternatif.


Diet paling mujarab bab ini, potong gula. Sayonara teh tarik bak kata seorang sahabat yang amalkan 7 hingga 8 gelas sehari sebelum ini. Nampak mudah tapi percayalah ia sangat menguji keimanan. Namun tidak mustahil dilaksanakan.


Kita dari kecik duk hadap nasi dan memang makan ikut masa makan. Pagi kena sarapan, tengahari kena cari lunch, petang pula ada snack time kopi-kopi dan malam ada yang wajib dinner sebab orang rumah dah masak. Aje cari pasal kalau tak makan.


Namun sebenarnya kita tak perlu makan di setiap waktu seperti di atas. Kita cuma perlu makan ikut keperluan badan masing-masing. Pengambilan kalori selalu terciduk kita ni, berlebihan dari keperluan.


Maka kawan saya suggest amalkan IF atau Keto Diet. Dua-dua memberi kesan yang baik buat beliau yang susut 5kilo dalam sebulan. Apa yang penting disiplin.


Panjang kami berbual. Selit sikit isu politik semasa, bab ini kita boleh berbual je lah sebab nak mengubah negara tak boleh 5 orang sahaja. Hahahaha


Topik last pasal umur anak sulung. Ada yang sudah 21 ada yang 20 ada juga yang masih muda bersekolah. Kaitan umur anak dan umur si ayah berkahwin juga dikisahkan. Ada yang kahwin awal ada juga yang lewat. Ini namanya jodoh.


Bila bab ini seorang kawan kata ustaz dia pesan dulu kalau nak cari pasangan kena cari yang umur ideal. Ada kiraan matematik katanya.


Gini....


Umur awak (lelaki) bahagi 2 lepas tu campur 5. Maka itulah umur sesuai pasangan anda. Cuba lah kira.

Ceramah 6/8/2024

 Unsur manusia 1. Jasad - makan baik2. Minum yang halal.  2. Roh - solat 5 waktu 3. Akal - didik akal dengan ilmu manfaat  4. Hati - bahagia...