Sunday, April 23, 2023

J E B A H

B O R A K  R A Y A  3

Jebahnya kau Ijoy, tegur Mak Ngah turun dari kereta. Aku yang sedang duk atas buai depan pintu rumah berkerut dahi duk memikor apa pula Mak Ngah ni mengata aku ni...

Jebah? Apa tu...

Ala macam debab, tembam....

Emmm tak nak la kawan Mak Ngah.

Mak kau mana? Ada kat dalam, cari sendiri. Hahahahha

Mak Ngah ni nak datang beraya ke nak menimbulkan kerisauan jejaka bersangka kurus macam aku ni...

Adui la....

Saturday, April 22, 2023

B O R A K R A Y A 2

B O R A K  R A Y A  2

Bila berjumpa pakcik-pakcik pasti bercerita pasal kenangan dia dengan arwah ayah. Pangkat sepupu kepada ayah dan memang rapat dari zaman bujang.

Ayah kau dulu pandai melukis. Setiap kali balik kampung dia akan duduk tepi sawah melukis pemandangan. Kalau dia lukis sawah memang hidup. Tapi itulah dia tak simpan atau jual lukisan yang dia buat.

Ye betul ayah memang berbakat dalam seni lukis. Cuma tidak serius. Ayah memang boleh melukis dengan cantik. Kalau dulu masa zaman aku sekolah, kalau kena buat kerja-kerja seni memang ayah la tukang selesaikan semuanya. Aku? Memang tak berseni bab lukis melukis. Tangan bangku.

Pakcik seorang lagi beritahu, ayah kau dulu zaman bujang pakai VESPA. Tapi takde lesen. Pernah sekali aku terpaksa terjun dari motor bila jumpa roadblock. Rupanya ayah kau lesen L. Naik bas aku balik ke rumah. Nasib ada bas tidak naya jalan kaki. Ceritanya lagi. Aku tahu pakcik aku rindu ayah. Mereka memang rapat. Aku juga rindu ayah.

Semoga Allah letakkan Ayah bersama mereka yang diberkati dan diredhai.

Okay dah tahu dulu ayah ada VESPA. Nanti nak cari seketul VESPA juga lah.

Wednesday, April 12, 2023

D U I T S E G A L A N Y A ?

Topik pagi ini di SINAR. Adakah DUIT adalah segalanya?

Duit perlu cukup untuk kelansungan hidup. Bila semuanya cukup, kita sekeluarga selesa walaupun mungkin belum sempurna. Cukup sekadar membahagiakan ikut saiz kasut masing-masing.

Takde duit, boleh jadi mengganggu perjalanan sebuah kehidupan. Banyak perkara bertangguh dan semakin lama ia membukit menggunung. Akhirnya ia bisa menghilangkan senyuman sedikit demi sedikit.

Cukup untuk seseorang berbeza-beza. Level kecukupan berbeza ikut KEINGINAN. Walaupun bukan semua KEINGINAN itu satu keperluan, namun ia masih berada dalam garisan kehendak yang Kadang-kadang sukar diabaikan.

Namun, jangan terlalu mengejar DUIT hingga terlupa yang lebih penting. Keluarga adalah segalanya. Hidup bermasyarakat, berteman berkawan. Berbuat kebajikan boleh beroleh kebahagiaan yang ajaib. Benda tak boleh dijual beli.

Sekian. Lama tak tulis. Sebab selalu naik moto takde radio nak dengar topik.

Tuesday, April 4, 2023

B A J U M E L A Y U

Cekak Musang VS Teluk Belanga

Raya sudah dekat geng. Korang sudah beli baju raya tak? Ke pakai tahun lepas punya? Apapun pilihan, yang pasti baju melayu memang jadi pilihan digayakan di pagi hari raya.

Kalau di Sarawak katanya 7 hari pakai baju melayu. Raya ke LAPAN baru baju biasa. Lagi padu geng.

Antara dua pilihan CM dan TB korang suka yang mana?

Aku? Mestilah TB.

Kenapa? Selesa, smart, kemas, butang tak banyak, rare sebab geng Johor je suka pakai. Pastu digayakan dengan baju diluar sampin. Stylo la gamaknye. Suka suka suka.

CM lawa juga cuma sejak dua menjak ni macam tak kena selera, macam kurang selesa.  Tak tahu kenapa. Padahal dulu feberet abam ni.

Hanya yang faham je tahu.

Sunday, April 2, 2023

L A M P U

L A M P U

Sepertiga Ramadhan telah dilalui, ramai yang sudah mula membuat persediaan menyambut hari kemenangan.

Beli itu beli ini nak jadi lengkap. Biar sempurna katanya. Namun ada juga yang memilih untuk bersederhana. Bukan kerana tidak gembira meraikan tetapi lebih selesa untuk tidak beria dalam satu-satu perkara.

Sama la kita. Apapun cara, bersyukurlah dengan apa yang ada.

Nak cerita pasal persediaan, ada satu benda yang selalu juga dicari buat jadi meriah.

LAMPU.

Kalau di lorong tempat saya tinggal memang meriah dengan cahaya. Semua pakat tak tinggal benda ini. Ada yang warna biru ada yang merah ada yang kelip-kelip ada juga yang kuning putih terang menyala. Ada yang bentuk bulat, ada yang saiz kecil ada yang bentuk bulan bintang dan juga bentuk ketupat.

Maka lorong rumah kami jadi terang benderang setiap hari. Balik terawih boleh senyum sorang2 tau. 

Itu belum kira yang pasang pelita traditional lagi. Menarik bak hang. Cuma kos mahal sikit la nak beli minyak. Mahal rupanya minyak tu.

Maka untuk tahun ini, saya plan nak pasang hak baru. Yang lama dah tak menyala. Jadi kejap lagi saya akan cuba la cari benda tu, maybe di MYDIN ada jual.

Persoalannya sekarang nama dia LAMPU LIP LAP kan? Ke LAMPU LAP LIP. Abam kompius.

Ceramah 6/8/2024

 Unsur manusia 1. Jasad - makan baik2. Minum yang halal.  2. Roh - solat 5 waktu 3. Akal - didik akal dengan ilmu manfaat  4. Hati - bahagia...