PERUTUSAN TAHUN BARU YBM KPT
GAP YEAR is back
Masa saya berada di Bahagian Pembangunan Mahasiswa JPT tahun 2017, Gap Year diperkenalkan kepada mahasiswa yang berminat untuk mengambil semester break bagi mengikuti program kesukarelawan yang dire can akan mengikut agensi yang bersesuaian.
GAP YEAR yang ditawarkan ada 3 bentuk sukarelawan. Pertama, Gap Year Khidmat Negara yang akan menempatkan pelajar yang berminat ke agensi-agensi badan beruniform seperti PDRM, ATM dan APM selama satu tahun.
Kedua, Gap Year Kesukarelawanan yang menawarkan kepada pelajar yang berminat untuk melaksanakan kerja-kerja sukarelawan menjalankan pelbagai program bersama agensi seperti JAKOA, JKM dan masyarakat setempat antara selama 6 bulan hingga satu tahun.
Dan yang ketiga adalah GAP Year Umum yang bersifat lebih terbuka kepada sukarelawan umum seperti bidang sukan, usahawan, kemahiran pelancongan dan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai dengan program di IPT masing-masing.
Semua pelajar yang terlibat dengan program Gap Year ini akan diberikan penangguhan antara 1 semester hingga 1 tahun bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyertai program bermanfaat disamping memberikan nilai tambah dalam aspek kemahiran.
GAP YEAR mungkin belum biasa dalam budaya pendidikan di Malaysia. Namun ia sebenarnya adalah peluang besar kepada para pelajar mencari kelainan dan kekuatan selain akademik dalam menyediakan diri bagi menghadapi cabaran yang lebih besar di alam pekerjaan.
Di Malaysia, menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan adalah satu target utama hinggakan nikmat yang sepatutnya dikecapi sebagai pelajar hilang begitu sahaja dek mengejar masa.
Bak kata YBM - Pendidikan di IPT bukan sekadar satu episod kecil dalam kehidupan. Tetapi ia merupakan satu episod penting dalam TRANSFORMATIF.