Ceritanya begini...
Siapa yang kenal sure tahu bahawa aku memang kurang menyenangi kucing dekat2 dengan aku. Geli beli digesel2 terbayang2 digigit2 gitu. Aku suka je kucing tapi tak suka kena gigit.. Nampak tak?
Manakala yang lain dirumah memang geng kucing. Disebabkan suka mereka kepada kucing aku peruntukan sedikit dari rezeki setiap bulan untuk membeli makanan kucing. Maka rajin lah kucing2 hadir ke rumah makan kenduri.
Asbab keletihan yang amat, semalam aku terlelap di kusyen. Salah seekor kucing jiran kegemaran ramai (Oyen) juga bermalam di rumah. Sudah ditunjukkan pintu keluar banyak kali, namun oyen tetap tidak mahu keluar.
Maka terjadi lah kejadian...
Lebih kurang jam 3.00 pagi.. Oyen menggesel kaki ku.. Auto terkejut, terus aku terbangun. Dan aku desak Oyen dikeluarkan dari rumah. Lepas tu memang dah mula tidur2 ayam. Susah dah nak lelap.
Tengah mamai2, dengar bunyi pintu dibuka, nampak kelibat lengan berbaju coklat ditepi pintu. Siapa pula keluar rumah pagi2... Apa kejadah anak aku pagi2 dah keluar rumah. Tengok jam baru 3.45 pagi.
Niat nak marahkan anak... Aku buka pintu utama yang tersedia tidak berkunci. Nampak susuk lelaki muka melayu terkejut memandang aku, tidak jauh lebih kurang 3 meter dari aku berdiri. Terus cabut berlari. Jelas tidak berselipar, berbaju coklat seluar paras lutut berlari ke arah kiri jalan rumah.
Cek punya cek... Semua anak elok tidur dalam bilik. Maka bukan anak2 punya kerja keluar pagi2. Dan baru perasan tingkap sebelah pintu dah terbuka. Huhuhu
Aku dipecah masuk rupanya...
Silap aku tak kunci pintu grill, maka ia betul2 mengundang peluang. Hanya perlu umpil tingkap dan seluk tangan buka pintu kayu.
Syukur sangat2 pada Allah jaga keluarga ini.
Syukur oyen tidur dirumah. Syukur oyen gesel kaki buat aku terjaga. Syukur aku tidak lena tidur seperti kebiasaan (tidur mati)...
Syukur tiada kehilangan.. Tiada kecederaan...
Polis kata penjenayah memang target kawasan yang aman dan tenang. Masalah rumah disini yang tiada pagar maka tidak ada indicator awal tindakan luar jangka orang yang lalu lalang.
Maka jangan terlalu yakin kawasan kita aman dan selamat. Jangan lalai sebagai ketua keluarga. Jangan ambil mudah bab keselamatan. Sikit silap boleh jadi sesuatu yang besar untuk disesalkan.
Apapun ini lah Ceritanya...
Cerita pasal AKU dan OYEN.