Sunday, May 31, 2020

Bila tak tahu nak tulis apa...

Salah satu batu penghalang BESAR bagi seorang penulis baru adalah tidak tahu hendak bermula di mana.

Susahkan?

Apa kata kita mula menulis di sini. (Facebook). Tulis sahaja apa sahaja yang kita suka. Apa sahaja topik janji tidak lari dari hukum hakam negara. 

Tulis sahaja pasal hobi kalian. Tentang binatang kesayangan atau juga tumbuhan menjalar di halaman rumah. Ceritakan pengalaman berjalan melihat negeri orang. Kisah hasil mata yang melihat gelagat manusia di gedung beli belah.

Apa sahaja tanpa henti. Biar satu tulisan satu hari. Cukup sebulan sudah ada 30 cerita. Cukup setahun 360 cerita. Dari banyak2 yang kau tulis takkan tiada yang bisa dikumpul, ditapis dan dihalusi jadi buku. 

Bubuh sahaja nama buku itu "1 hari 1 cerita di FB"...

Okay...jom mulakan. 

P/s - banyak idea tapi belum ada yang jadi. Payah juga. Mana2 SIFU nak drop nasihat silakan. Ucapan terima kasih didahulukan.

Sunday, May 24, 2020

1 Syawal yang lain...

1 Syawal...

Dalam banyak2 Ramadhan, kali ini sangat terasa lainnya. Tatkala rutin harian kau jadi terkekang, perkara biasa jadi luar dari kebiasaan.

Bila banyak perkara yang kau boleh buat sudah tidak lagi mudah untuk dilaksanakan. Bila sedikit nikmat Ramadhan ditarik, surau dan masjid tidak lagi sewenang dikunjungi.

Terasa lain bila setiap kali penghulu hari tiba, solat Jumaat kau ditahan-tahan. Hilang kebiasaan walhal ketika kebiasaan ini belum hilang, kau paling lambat melangkah masuk ke rumah Allah. Rugi lah aku...

Apa yang terjadi, telah banyak mengubah norma. Tiada lagi hidup bersosial. Tiada lagi sesi me ngeteh bersama taulan. Tiada lagi jerit bising mengejar bola. Yang pasti magrib yang selalu lewat, kini awal dikerjakan.

Walaupun sudah berapa kali Jumaat tidak dibuat, banyak jua kebaikan menyerap dalam diri. Kau sudah boleh memimpin solat sekurangnya buat keluarga kecil mu. Surah tidak lagi kau ulang-ulang yang sama segankan si anak yang akan bertanya. Kalau dikira-kira mungkin terawih mu kali ini lebih banyak dari tahun sebelum.

Kau sudah lebih dekat dengan naskah Quran yang selama ini banyak kau pandang sepi. Ada yang berjaya khatam pertama kali dalam hidup barangkali. Ada juga yang lebih dari sekali khatam dalam sebulan. Dari merangkak mengenal bunyi setiap huruf, kau sudah mula ada lagu dalam mengalun.

Bila terkurung, baru sedar nikmatnya bebas. Dulu kau bebas, terkadang lupa mendahulukan yang penting. Mana yang utama, mana yang kurang perlu dan mana yang boleh diketepikan. Sekarang kau makin bijak kenal bebas. Bebas itu ada hadnya.

Ada yang ibu ayah jauh di kampung. Pasti rindu. Ada yang dulu, sangat sibuk dengan perkara hingga alpa pada dua insan yang membesarkan. Bila terhalang merentas pulang, ada yang keras langgar. Ada yang sendu sendiri. 

Nanti ingat, bila waktu kau dah senggang nanti, pulang lah selalu. Jangan diulang silap yang sama. Bila sudah tiada, baru terasa rindu yang sebenar-benarnya. 

Aku rindu AYAH.

Monday, May 18, 2020

Pak Din

Al kisah, ada seorang tua bernama Pak Din. Punya lah kaya raya, banyak gedungnya bertaburan seluruh negara. Dari mula cuma satu kini sudah tak cukup jari tangan.

Rezeki Allah untuk Pak Din memang murah.

Orang kata waktu beliau dilanda kemerosotan baru nampak akalnya tak berapa panjang. Dengkinya pada kerabat Pak Ali memang tak boleh bawa bincang.

Ada ke patut disuruhnya potong separuh. Tak patut.. Tak patut...

Merajuk kerabat Pak Ali beramai2. Anak2 Pak Ali jiwanya lembut, walaupun tegas jangan diusik bab periuk nasi. Memang menjawab.

Tapi.. Dengar kata Pak Din umum offer harga Langar habis supaya kerabat Pak Ali, Pak Man, Pak Jenal dan yang lain menjenguk.

Entah lah...

Lagi Cerita Dongeng Pak Pak Sekalian.
Saje2 TULIS.

Saturday, May 16, 2020

Anak PAK Ali - CiKGU

Dalam ramai2 anak Pak Ali, antara yang paling disayangi dan disenangi masyarakat adalah yang namanya macam2 tetapi depannya ada panggilan CIKGU walaupun jelas tiada dalam IC. Hebatnya anak Pak Ali versi ini adalah mereka lah yang menjadi jambatan ilmu buat anak-anak bangsa. Hasilnya nah... ada yang jadi majisteret, lawyer, jurutera, akauntan, doktor dan ada juga yang bergelar pemimpin negara sama seperti Pak Ali.

Bakti mereka usah dipertikai. Mereka lah Ibu mereka lah ayah. Perit jerih tidak pernah dipertonton. Kegigihan menutup segala kepayahan. Kesungguhan mengatasi segala masalah yang menimpa. Takkan semua benda nak LELONG satu dunia.

Itu sebab Pak Ali sayang...

Dalam waktu terjadi wabak, mereka Pak Ali rehatkan sebentar. Ramai tidak setuju. Ramai suruh Pak Ali potong gaji. Yang orang tak tahu, dalam santai mereka terus menyampai ilmu. Kalau tidak masakan ada ibubapa yang mengeluh anak-anak banyak kerja sekolah dirumah. Kan Kan

Pak Ali faham itu semua... Pak Ali taknak cakap apa2 pasal ni.
Pak Ali nak buat ucapan je...

Pak Ali harap anak2 Pak Ali semua bersabar. Kuatkan diri, cekalkan hati, teruskan berjuang demi anak bangsa.

"SELAMAT HARI GURU BUAT CIKGU DAN CIKGI... ANAK2 PAK ALI"

Saje2 TULIS.
Ni pun DONGENG je.

Wednesday, May 13, 2020

Duit Raya Anak2 Pak Ali

Pak Ali beri duit RAYA seorang RM500 kepada anak2 beliau. Bukan tak mahu bagi lebih tetapi itulah jumlah yang diberi setiap tahun tanpa berubah.

Setelah bertahun2, anak2 Pak Ali sedikit pun tak mengeluh malah bersyukur kehadrat Illahi atas rezeki yang diterima. Sedikit pun tak berbunyi walaupun tahu Pak Man beri anak2 mereka RM2000 seorang.

Tak marah pun pada Pak Jenal sebab beri duit raya RM5000 kepada tanggungan hasil keuntungan yang diperolehi.

Dengar kata anak2 Pak Abu dapat seutas jam tangan dan barang kemas plus RM10,000 setiap seorang, sedikit pun tak terluah nak marah kan Pak Abu sebab itu hak Pak Abu. Duit dia, siapakah anak2 Pak Ali nak mempertikai.

Bila tahun ini, ekonomi tak berapa cantik, wabak melanda. Kebanyakan bisnes tak berapa menjadi. Pak Man, Pak Jenal dan Pak Abu tidak dapat beri duit raya seperti kebiasaan. Tahun ni je, bukan tiap2 tahun gagal tetapi tahun ni sahaja Pak2 kaya ni gagal. Bising lah anak2 mereka. Tapi sedar kah anak2 mereka bahawa bukan mereka sengaja tak memberi. Tiada kemampuan untuk tahun nan ini. Sehingga lupa lah mereka pada jumlah yang pernah mereka terima sebelum2 ini.

Sampai melihat anak2 Pak Ali yang masih menerima CUMA RM500 tahun ini, buat jadi tak senang duduk. Marah mereka pada Pak Ali kerana memberi duit raya kepada anak2nya.

Ingatlah anak2 Pak Ali tanggungjawab Pak Ali. Anak2 Pak Ali tak minta lebih pun. Itulah jumlah yang sama setiap tahun.

Syukur. Redha... 

Cerita Pak Ali, Pak Man, Jenal dan Pak Abu. Dongeng semata2.

Saje2 TULIS.

Ceramah 6/8/2024

 Unsur manusia 1. Jasad - makan baik2. Minum yang halal.  2. Roh - solat 5 waktu 3. Akal - didik akal dengan ilmu manfaat  4. Hati - bahagia...